Anda di halaman 1dari 5

2.

REKABENTUK PENGAJARAN

Rekabentuk pengajaran merupakan sains yang mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pengajaran (Wan Ali et al., 2007). Antara kepentingan rekabentuk pengajaran adalah: Menambahkan kecekapan pengajaran. Menambahkan keberkesanan pengajaran. Memastikan pelajar berminat mempelajari pelajaran yang disampaikan. Memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan secara kos efektif. Memastikan kandungan pembelajaran menepati objektif yang ingin dicapai. Memastikan pembelajaran boleh diaplikasikan kepada semua senario yang berpadanan. Memastikan pelajaran yang dirancang dapat disampaikan dalam masa yang diperuntukan.

2.4.1 STRATEGI PENGAJARAN


Strategi bermaksud cara seseorang guru mengendalikan aktiviti pembelajaran dengan sistematik. Ia adalah tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk membantu pelajar memperolehi hasil pembelajaran maksimum. Antara aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa memilih strategi pengajaran yang sesuai termasuk objektif pengajaran, proses pengajaran , isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah. Antara contoh strategi strategi pengajaran yang sentiasa diamalkan oleh guru-guru adalah : a. Strategi pemusatan guru b. Strategi pemusatan pelajar c. Strategi pemusatan bahan d. Strategi berasaskan tugasan 2.4.1.1 Strategi pemusatan guru Strategi ini menumpu perhatian kepada guru. Guru memonopoli percakapan atau aktiviti. Aktiviti ini sesuai digunakan untuk mata pelajaran yang bergantung sepenuhnya kepada guru. Sebagai contohnya pengajaran tentang pengiraan dan fakta. Kaedah yang sering digunakan ialah kuliah, penerang, demonstrasi dan cerita. Ciri-ciri strategi ini termasuk: Guru memainkan peranan utama dalam proses pengajaran pembelajaran. Komunikasi sehala. Guru mengarah dan mengawal pembelajaran (suasana autokratik). Pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian pencapaian objektif pengajaran guru. Kekuatan strategi ini ialah:

Membantu dalam mata pelajaran pengiraan dan penguasaan fakta. Membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai pembelajaran. Banyak membantu di dalam pengajaran pelajar-pelajar khas.

Manakala kelemahan strategi ini termasuk: Menekankan pada hafazan. Pelajar menjadi pasif, sifat sosial positif kurang dipupuk. Pelajar mudah berpuas hati dengan fakta-fakta yang diberikan oleh guru Tidak mementingkan aspek lain selain daripada perkembangan intelek pelajar. Pelajar menjadi kurang kreatif dan inisiatif.

2.4.1.2 Strategi pemusatan pelajar Strategi ini lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pelajar memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru hanya sebagai pembimbing kepada murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Antara kaedah yang sering digunakan ialah penyelesaian masalah, memainkan peranan, simulasi dan pembelajaran secara penemuan. Ciri-ciri strategi ini adalah: Guru dan pelajar bersama-sama memainkan peranan. Pelajar aktif menyertai proses P&P Komunikasi berbentuk dua hala. Suasana kepimpinan bersifat demokratik. Menekankan perkembangan pelajar. Menekankan pembelajaran kendiri. Menekankan pada kefahaman dan bahan-bahan bermakna. Penekanan kepada pelajaran dengan melakukan aktiviti. Lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran pelajar Kekuatan strategi ini ialah: Dapat memotivasikan pelajar. Kurang bergantung kepada guru. Tahap kefahaman pelajar-pelajar tidak sama. Tumpuan dapat diberikan kepada pelajar tertentu. Idea sesama pelajar lebih mudah difahami. Manakala kelemahan strategi ini termasuk: Menentang tunjuk ajar dan dianggap tidak natural. Pengajaran berpusatkan kepada pelajar bukan merupakan satu idea yang bermakna. Memerlukan tahap disiplin diri yang tinggi.

2.4.1.3 Strategi pemusatan bahan

Pengajaran berpusatkan bahan ialah pengajaran yang lebih menumpukan kepada penggunaan bahan pembelajaran oleh pelajar. Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani pelajar. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi pelajar pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk pelajar belajar untuk kadar masing masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka. Ciri-ciri strategi ini adalah: Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dan sebagainya.

2.4.1.4 Strategi pemusatan tugasan Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan pelajar dalam aktiviti atau yang memberi peluang kepada mereka mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang sedang mereka belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau scaffolding bentuk lain yang diperlukn untuk membolehkan mereka melaksnakan tugasan mereka dengan jayanya. Aktiviti yang dipilih dengan bijak, perlu disampaikan dengan berkesan, dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Antara strategi tugasan yang boleh diberikan oelh guru kepada murid murid ialah Berlakon, Menyanyi, Membuat model, Perbahasan dan Perbincangan. Ciri-ciri strategi ini adalah: Tugasan yang dirancang mesti menarik. Set induksi ringkas dan memberangsangkan. Perkembangan pembelajaran disusun secara teratur dan berturutan. Guru mesti memantau dan memberi bantuan yang sewajarnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan . Penilaian menumpu kepada pencapaian objektif.

2.4.2 ASPEK MOTIVASI (ARCS)


Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Keller (1983), motivasi adalah kecenderungan seseorang individu untuk membuat pilihan dalam

pengalaman atau matlamat yang ingin diterokainya dan seterusnya memilih kuantiti usaha yang perlu dijana untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh sebab itu, unsur motivasi adalah penting untuk menarik minat pelajar dan memastikan mereka sentiasa memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model motivasi atau lebih dikenali sebagai model ARCS diasaskan oleh Keller pada tahun 1987. Komponen ARCS adalah: Attention (Perhatian) Relevance (Relevan) Confidence (Keyakinan) Satisfaction (Kepuasan)

Untuk mencapai komponen PERHATIAN, strategi berikut adalah digalakkan: Mempersembahkan contoh yang konkrit dan gambaran visual yang menarik. Menggunakan pelbagai unsur bahan pengajaran atau multimedia. Mempelbagaikan susun atur power point atau penulisan pada papan. Menggunakan analogi, humor, simulasi atau permainan yang melibatkan interaktiviti tinggi semasa menerangkan konsep baru. Menjalankan aktiviti-aktivi yang berbentuk penyelesaian masalah. Untuk mencapai komponen RELEVAN, strategi berikut adalah digalakkan: Menggunakan analogi yang selari dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Menyatakan objektif pembelajaran semasa atau objektif yang diharapkan secara eksplisit. Menunjukkan hubungan antara apa yang dipelajari (atau aktiviti yang sedang dijalankan atau tugasan yang diharap dapat dilakukan oleh pelajar) dengan masa akan datang atau dengan kehidupan harian. Memberikan pelbagai alternatif atau jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah. Untuk mencapai komponen KEYAKINAN, strategi berikut adalah digalakkan: Menyatakan objektif pembelajaran melalui pemerincian kriteria yang akan dinilai. Menyusunkan bahan pengajaran daripada mudah ke sukar. Menyatakan kejayaan atau penyelesaian yang akan diperolehi dengan usaha yang berpadanan. Membiarkan pelajar mempelajari konsep baru dalam situasi berisiko rendah dan biarkan mereka mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasi dalam situasi seakan-akan keadaan sebenar. Untuk mencapai komponen KEPUASAN, strategi berikut adalah digalakkan: Memberikan insentif yang menarik dan tidak dijangkakan. Memberikan pujian secara lisan. Mengelakkan pengukuhan yang terlalu berat sekiranya kesalahan berlaku. Menggunakan pengukuhan yang berulang-ulangan semasa pelajar mula mempelajari sesuatu konsep baru dan seterusnya mengurangkan pengukuhan secara beransuransur apabila pelajar sudah mula menguasai kemahiran yang diinginkan.

1.4.3 SEMBILAN PERINGKAT PEMBELAJARAN GAGNE


Menurut Gagne, isi pelajar yang ingin disampaikan kepada pelajar perlu melalui aras pemindahan dan penukaran maklumat yang berlalu dalam ingatan seseorang individu mengikut turutan yang tertentu. Sehubungan dengan itu, Gagne telah mencadangkan sembilan peringkat pembelajaran yang harus dilalui oleh pelajar seperti yang berikut: PERINGKAT PEMBELAJARAN 1 Dapatkan perhatian pelajar 2 Pemberitahuan objektif pembelajaran kepada pelajar 3 4 PENERANGAN Mendapatkan perhatian (Gain Attention). Jangkaan guru ke atas tahap kefahaman yang harus dicapai oleh pelajar perlu diketahui oleh pelajar (Expectancy) Memperolehi kembali Mengingati kembali pembelajaran lepas (Recall prior pembelajaran lampau learning) Persembahkan rangsangan Menyediakan rangsangan (Present Stimulus). Pelajar dapat mengenal pasti perkaitan maklumat dan memilih setiap satunya mengikut persepsi masing-masing. Membekalkan bantuan Menyediakan bimbingan pembelajaran menerusi kepada pelajar kaedah yang bersesuaian seperti latihan (Guide Learning). Penghasilan tindak balas Menunjukkan prestasi menerusi prose pengeluaran semula maklumat dari ingatan (Elicit Performance). Pemberian maklum balas Memberi maklum balas untuk mengukuhkan kefahaman pelajar serta memperbetulkan kesilapan pelajar sekiranya ada (Provide Feedback) Penilaian pencapaian Menilai pencapaian menerusi kaedah yang bersesuaian seperti soal-jawab (Assess Performance) Generalisasi Mengukuhkan ingatan dan pemindahan maklumat ke situasi atau keadaan yang baru (Enhance Retention)

6 7

8 9

Anda mungkin juga menyukai