Anda di halaman 1dari 2

d. Membuat kesimpulan dan refleksi berdasarkan pengalaman menjalankan kajian ini.

Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian ini, memang bertepatan dengan Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day iaitu kanak-kanak pada peringkat membuat simbol akan terpengaruh dengan keadaan sekeliling atau persekitarannya. Ini dapat dibukti berdasarkan penerangan daripada bapanya yang menyatakan anaknya menggemari menonton siri karton. Jadi tidak hairanlah kanak-kanak tersebut menghasilkan istana sedemikian rupa. Ciri-ciri peringkat ketiga simbolisma dapat dilihat pada hasil karya kanak-kanak tersebut iaitu dia menghasilkan imej konkrit seperti bunga, burung, tebing sungai dan istana. Jika berdasarkan karya tersebut, kanak-kanak ini sudah mempunyai ciri-ciri bagi peringkat pra-remaja. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut sudah pandai membuat kadar banding pada objek. Contohnya objek bunga lebih besar berbanding burung disebabkan objek bunga lebih hampir kepada pelukis manakala objek burung lebih jauh daripada pelukis. Perkara ini jelas menunjukkan kanak-kanak tersebut mempunyai apresiasi yang tinggi melebihi umurnya. Manakala menurut Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britian pada Peringkat Schematic, kanak-kanak telah mampu membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Apa yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut adalah bertepatan dengan Peringkat Schematic. Contoh yang dapat dilihat pada hasil karya tersebut ialah kanak-kanak tersebut membahagikan sungai dengan daratan.

Kesimpulannya ialah tidak semua kenyataan yang terdapat pada Peringkat Membuat Simbol ( Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Hurwitz dan Day) dan juga Peringkat Schematic( Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britian) adalah bertepatan dengan umur kanak-kanak bagi setiap peringkat seperti yang terdapat di dalam modul HBAE1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Akhir sekali, saya merakamkan terima kasih kepada Ong Len Yee dan keluarga kerana sudi bekerjasama dalam membantu saya dalam menjalankan kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai