Anda di halaman 1dari 2

LEGASI TAPAI UBI

Tema

Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan
bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit berbahaya
seperti kanser.

Persoalan
a) Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa.
b) Ketelitian semasa melakukan sesuatu.
c) Kanser yang boleh mengakibatkan kematian.
d) Pengorbanan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak.
e) Menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa.
f) Bercita-cita tinggi demi kemajuan pada masa depan.

Watak dan Perwatakan


A) Parjo
 Anak sulung Wak Salikon.
 Penerima Ijazah Kedoktoran.
 Pensyarah universiti.
 Taat akan emak dan bapanya.
 Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
 Tidak melupakan jasa emak dan bapanya.
 Seorang yang teliti.

B) Wak Salikon
 Bapa Parjo.
 Gigih melakukan pekerjaan.
 Mementingkan pendidikan anak-anak.
 Bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaannya.
 Teliti ketika melakukan kerja.

C) Emak
 Emak Parjo.
 Gigih membantu suami menjalankan perniagaan tapai.
 Teliti ketika melakukan kerja.
 Prihatin terhadap anak.

D) Profesor Haidar
 Pensyarah kepada Parjo.
 Berpandangan jauh.

Nilai
a) Kegigihan. c) Kasih sayang.
b) Kerajinan. d) Kerjasama.
Pengajaran
A) Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
B) Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.
C) Kita patutlah menghargai jasa ibu bapa.
D) Kita hendaklah bersama-sama mengharungi susah payah dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai