Anda di halaman 1dari 7

SULIT 2215

BAHAGIAN SATU (40 Markah)


Jawab semua soalan

1.
Gurindam Dua Belas
(Fasal Ketiga dan Fasal Kelima)

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tidaklah damping.

Petikan Gurindam Dua Belas (Fasal Ketiga dan Fasal Kelima)


Antologi Nilai Insan

Berikan dua unsur bunyi beserta contoh yang terdapat dalam gurindam di atas. [4 markah]

2.
Ken Tambohan tidak berkata apa-apa. Ia hanya mengeluarkan lautan air
mata. Bagi pihak Permaisuri pula, kemurkaannya menyala-nyala keluar dari dalam
dadanya. Ditamparnya Ken Tambohan. Jatuh air mata sekalian puteri melihat
peristiwa ini tetapi mereka tiada berani berkata apa-apa. Mereka hanya
menyumpah Permaisuri dalam hati sahaja.

Dipetik daripada Sastera Panji, Ken Tambohan Dibunuh

i. Berikan maksud gaya bahasa hiperbola. [2 markah]


ii.Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas berikan dua gaya bahasa contoh hiperbola.
[2 markah]

3.
Hatta tiada berapa lamanya maka naga itu pun mangkinlah besar tiadalah boleh
berendam di sungai itu. Maka ada pada suatu malam maka naga itu pun berfikir di dalam
hatinya, “Baiklah aku lari pada malam ini, supaya jangan diketahui oleh budak itu.”
Setelah sudah ia berfikir itu maka naga itu pun berjalanlah pada tengah malam itu menuju
Tasik Hijau tempat tinggal datuknya.

Dipetik daripada Sastera Hikayat, Budak Miskin Mendapat Cincin Hikmat


Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, nyatakan dua latar tempat. [4 markah]

1
SULIT 2215
4.
Ada telinga hanya hiasan muka
dia pekak diasak bunyi jentolak
tidak terdengar kicau murai
nyaring katak memanggil hujan
bising cengkering di kala senja
desir daun kelapa disentuh angin
juga kocakan air di sungai
ke manakah suara itu menghilang?
Dipetik
daripada Sajak, Pancang Kenangan
Antologi Ku Bentang Sehelai Peta

Senaraikan empat unsur alam yang terdapat dalam petikan sajak di atas. [4 markah]

5.
ANNA : Empat tahun sudah cukup lama, Zaki. Aku jadi isterimu selama empat
tahun. Tapi kukira tidak untuk empat tahun lagi. Tolong Zaki,
bebaskan aku. Aku hendakkan kebebasanku kembali. Empat tahun
telah cukup lama untuk hidup dalam penjara bersamamu.

Dipetik daripada drama Anna


Antologi Ku Bentang Sehelai Peta

Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan:


(a) Satu latar masa. [2 markah]
(b) Satu latar masyarakat. [2 markah]

6.
Blackway : Bukan. Sudah beratus tahun saya rasa bersalah atas penipuan dan
pengkhianatan yang saya dan Light lakukan terhadap Sultan Muhammad Jiwa,
Sultan Abdullah dan orang Melayu. Saya malu... malu... malu. What a shame!
Nasib baik orang tak kenal sama saya. Nama saya masih bersih, masih suci. Tak
disenaraihitamkan walaupun nama saya Blackway. Thank you, God!

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr.Blackway,


karya Mahazan Husain

Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas. [4 markah]

7. Namun, Penghulu Sudin terpaksa juga menyampaikan khabar kepada penduduk


kampung bahawa suatu majlis randau bersama wakil
2 rakyat akan diadakan di balai raya
Kampung Kuah. Penduduk-penduduk kampung tertanya-tanya akan agenda randau.
Tetapi Penghulu Sudin membisuseribu bahasa. Memang begitulah sikap Penghulu Sudin
SULIT 2215

Dipetik cerpen Buki Emas,


Karya Mufidah Hanum Yusuf

Nyatakan dua perwatakan Penghulu Sudin dalam petikan cerpen di atas. [4 markah]

8. Sharifah menangis tersesak-esak mengenangkan nasibnya. Antara surat layang


yang diterimanya dan kematian abang Said, perspektifnya kini telah beranjak. Antara
marah dan sesak, dia tahu masa depannya tidak akan sama lagi. Sama ada abang Said
hidup atau tidak, dia tidak akan menjadi dia seperti tiga bulan yang lampau. Dia
mencapai sampul surat berwarna hijau muda itu. Cantik kertasnya. Mungkin kertas
daripada pokok luar negara. Di atas sampul itu tertera: Kertas Kitar Semula. Ada
gambar ikan lumba-lumba di atas sampul surat itu. Bukan calang-calang orang
pengirimnya. Nama dan alamatnya bertaip kemas. Bukan tulisan tangan. Bau sampul
surat juga harum, daripada wangian pilihan antarabangsa.

Dipetik daripada cerpen Perspektif


Karya NF Abdul Manaf

i) Berikan maksud teknik plot suspen. [2 markah]


ii) Berikan satu contoh unsur suspen dalam petikan cerpen di atas. [2 markah]

9. Bagaimana kalau banyak manusia memakai beberapa topeng di dunia ini, hingga
menenggelamkan peribadinya yang sebenar? Maaf, dia berbisik kepada diri sendiri, jika
itu merupakan suatu pendapat, pendapat daripada
3 seorang yang tidak pernah dididik
untuk memahami dan menikmati kesenian.
SULIT 2215

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto (Bab: Kamera)


Karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan pertikan di atas, nyatakan satu teknik plot berserta contoh. [4 markah]

10.
Sayangnya, sejak dalam penerbangan dari Narita ke Tatamanu, dia hanya
membawa kamera hitam itu ke dalam kabin. Inilah yang amat disesali, sambil terus
mengutuk kesilapan diri sendiri. Masanya terbuang cuma-cuma dalam penerbangan
jauh menempuh malam Pasifik.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto (Bab: Kamera)


Karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan pertikan di atas, nyatakan satu latar masa berserta contoh. [4 markah]

4
SULIT 2215
BAHAGIAN DUA (60 Markah)

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1. Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Gurindam Dua Belas
(Fasal Ketiga dan Fasal Kelima)

i) Huraikan lima bentuk puisi di atas. [10 markah]


ii) Jelaskan maksud rangkap keempat dan kelapan puisi di atas. [4 markah]
iii) Nyatakan tiga nilai berserta contoh yang boleh diperoleh dari gurindam di atas. [6 markah]
2. Berdasarkan Sastera Panji di dalam teks Nilai Insan :
5
SULIT 2215

i) Huraikan dua ciri Sastera Panji berserta contoh. [4 markah]


ii) Jelaskan empat perwatakan Raden Puspa Kencana. [8 markah]
iii) Berikan empat pengajaran yang terdapat dalam hikayat tersebut. [8 markah]

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Pada Glaukoma ke Ahmar


(Dalam doa buat bonda Fatimah)

Dari ruang cahaya Pada glaukoma itu


kini ke sudut suram telah hampit tiga tekad
rumah kehidupan bertemakan suara membawa pergi
dan sesekali sunyi mendampingi indera kau miliki
mengangkut baki usia. dan mungkinkah deru ahmar ini
bakal membawa pergi
Bagai bayu siang bertiup bebas satu-satunya yang aku miliki.
kemudian terkurung
menjadi uada pengap Ibu, pada glaukoma ke ahmar
dinding kehidupan diikat ruang teruji lagi reda dan sabar
ketika mengatur gerak betapa baki kesempatan ini
ke pintu Pencipta. biar kusisip bunga bakti
ke seri taman budimu
Sesudah glaukoma yang tak tertanam olehku.
pada usia delapan puluh
kamu diterpa ahmar pula (Kg. Tendong, Pasir Mas)
ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan Abd Razak @ Rezeki othman
yang selama ini menggerakkan Bayang di tirai belulang, 2009
ke wuduk dan solatmu. Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd

i) Huraikan tema sajak di atas. [4 markah]


ii) Jelaskan empat gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [8 markah]
iii) Cipta sebuah sajak yang bertemakan Kasih Seorang Ibu. Panjangnya sajak tersebut
antara dua belas hingga lima belas baris. [8 markah]

4. Berdasarkan drama Anna karya Kemala:

6
SULIT 2215
(a) Jelaskan dua perwatakan Mak Munah. [4 markah]
(b) Huraikan empat latar masyarakat yang terdapat dalam drama. [8 markah]
(c) Cipta sebuah skrip drama yang bertemakan semangat Kekeluargaan. Skrip drama tersebut
hendaklah tidak kurang daripada lapan dialog. [8 markah]

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Bukit Emas, jawab soalan-soalan berikut :

i) Nyatakan tiga latar masa berserta contoh yang boleh diteladani daripada cerpen
tersebut. [6 markah]

ii) Bincangkan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini. [6 markah]

iii) Sambung petikan cerpen di bawah mengikut kreativiti anda sendiri. Panjangnya sambungan
cerpen yang anda tulis hendaklah lebih kurang 80 patah perkataan dan bertemakan Kerjasama.
[8 markah]

“Kenapa dengan Penghulu Sudin?” Sahat dan Tahot serentak melontarkan soalan kepada Ayub
yang nafasnya masih turun naik dan tercungap-cungap.

6. Berdasarkan dalam Bab 8: Kamera novel Naratif Ogonshoto, karya Anwar Ridhwan,
jawab soalan-soalan berikut :

i) Huraikan tiga latar tempat. [6 markah]


ii) Huraikan tiga perwatakan pencipta kamera eksperimental. [6 markah]
iii) Jelaskan empat nilai yang boleh dicontohi. [8 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai