Anda di halaman 1dari 9

SULIT 2 2216/1

Bahagian A
[ 40 markah ]

Jawab semua soalan.

1. Lasykarnya banyak beribu laksa,


Penuh sesak segenap desa,
Negerinya makmur sangat sentosa,
Sehari-hari suka termasa.

Dipetik daripada Syair Seratus Siti


dalam antologi Nilai Insan

Nyatakan dua unsur bunyi berserta contoh yang terdapat dalam petikan puisi
tradisional tersebut. [4 markah]

2.
Di perut Kawai Maru, menjelang tidur malam, kami teringat-ingatkan
sejumlah kisah Ogonshoto itu. Kisah yang kami kutip berkali-kali, dan yang kami
susun-susun hingga setiap kisah menjadi seperti seekor ikan yang lengkap dari ekor
hingga kepalanya. Semuanya menjadi lebih jelas selepas peristiwa tsunami yang
dahsyat itu. Di pulau asing itulah kami bertemu lagi dengan seorang nakhoda dan
para pengikutnya dari Ogonshoto yang mencari daratan baharu. Semua kisah itu
kami bawa ke tempat tidur kami di Kawai Maru.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

Nyatakan dua latar tempat berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel
tersebut. [4 markah]

3. ZAKI: Dapatkah kaulupakan White Christmas dan Trafalgar Square?


(Bercakap dengan lemah lembut).

ANNA (memotong): Aku dah lupakan peristiwa itu. Usah engkau ulangi lagi … .

ZAKI (tak hiraukan ANNA): Kaukata, kausetia kepadaku. Kaukata akulah lelaki
pertama dan terakhir buatmu … .

Dipetik daripada drama Anna


karya Kemala

Berikan dua ciri drama berserta contoh dalam petikan drama tersebut. [4 markah]

2216/1 @ JPNMelaka [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3 2216/1

4.
Dia mengangkat muka letih
setelah lama tunduk menurut perintah
akur dengan rentak arus perubahan
di sana terhampar padang nan tandus
di sini bukit gondol hilang hutan
bumi merekah telaga kontang
kering dasar sungai tebing pun hilang
kita berjalan kaki tak perlu bersampan!

Dipetik daripada sajak Pancang Kenangan


karya Khadijah Hashim

Nyatakan satu persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan sajak
tersebut. [4 markah]

5.
BLACKWAY: Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada
semua orang Puloo Pinang. Memang kami penipu, penindas,
penyamun. Saya sendiri malu dengan apa-apa yang pernah kami lakukan
dulu. Memang kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semua hal yang
pernah saya lakukan dengan Light dulu, saya rasa macam mahu amuk!

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway


karya Mahizan Husain

Nyatakan satu pengajaran berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama
tersebut. [4 markah]

6.
Jikalau Si Tambohan itu isteri anakanda, siapakah yang akan menjadi suri kerana
ia tiada layak menjadi suri. Sekarang apa bicara anakanda? Pada fikiran bonda
eloklah anakanda turut kata bonda. Bonda hendak carikan isteri anakanda. Bonda
hendak pergi meminang ke Banjar Kulon.”
Raden Menteri diam tidak berkata-kata. Mukanya yang manis itu berubah
menjadi muram. Maka tahulah Permaisuri, bahawa anakanda baginda itu di dalam
kemasyghulan kerana tidak mahu dikahwinkan lagi. Tetapi Permaisuri tidak
bertimbang rasa.

Dipetik daripada Sastera Panji, Raden Puspa Kencana


dalam antologi Nilai Insan

Jelaskan satu saranan terhadap perwatakan Permaisuri dalam petikan prosa


tradisional tersebut. [4 markah]

2216/1 @ JPNMelaka [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 4 2216/1

7.
Bukan setakat itu tanggungjawab Pak Mid. Dengan terdirinya surau di
kampungnya, Pak Mid menyumbangkan sedikit daripada habuan pampasan yang
diterima. Dia membelikan lima puluh helai kain sejadah untuk surau. Begitu mulia
hati Pak Mid yang selama ini dipandang ganjil oleh beberapa orang di kampungku.
Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu
berjaya dalam apa-apa jua yang dicitakan.

Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat


karya Nazel Hashim Mohamad

Nyatakan dua unsur keagamaan berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen
tersebut.. [4 markah]

8.
Surat ini bukan berniat jahat. Jauh sekali. Surat ini meletakkan perspektif
sebenarnya kerana dunia puan dan suami puan terlalu dikelilingi oleh orang yang
terlalu palsu. Yang berada di situ kerana ada habuan yang dinantikan. Jangan
terpedaya. Kembalilah kepada kami. Berpakaianlah seperti kami agar kita dapat
mengharung air bah yang berlumpur bersama, menyelamatkan pokok-pokok yang
ditebang sewenang-wenang untuk rumah merpati bernama kondominium atau
memadamkan api rumah setinggan dan memasakkan nasi bubur untuk anak-anak
kelaparan.

Dipetik daripada cerpen Perspektif


karya NF Abdul Manaf

Nyatakan satu isu masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
[4 markah]

9. Ada ubi ada batas,


Ada budi ada balas.

Orang berbudi kita berbahasa,


Orang memberi kita merasa.

Tak tumbuh tak melata


Tak sungguh orang tak kata.

Dipetik daripada Pantun Dua Kerat, Resam Hidup Manusia


dalam antologi Nilai Insan

Senaraikan empat bentuk puisi tradisional tersebut. [4 markah]

2216/1 @ JPNMelaka [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 5 2216/1

10.
Dia telah menjadi nelayan sejak berusia lima belas tahun. Dia lebih kenal ombak
gelombang Jepun dari pesisir Hokkaido hingga ke Pulau Parece Vela di selatan,
daripada mengenal daratan.
Dia menjadi kaya-raya sejak berumur awal tiga puluhan, kekayaan yang
membolehkannya untuk hidup senang-lenang di Tokyo, Osaka atau Kyoto kalau
dia mahu. Namun, lambaian lautan lebih kuat dan berkesan daripada panggilan
daratan. Dia menempah kapal luar biasa besarnya dan memindahkan namanya ke
badan kapal.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

Nyatakan sudut pandangan berserta tiga contoh yang terdapat dalam petikan novel
tersebut. [4 markah]

2216/1 @ JPNMelaka [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 6 2216/1

Bahagian B
[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja

11. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada Glaukoma ke Ahmar


(Dalam doa buat bonda Fatimah)

Dari ruang Cahaya


kini ke sudut suram
rumah kehidupan berteman suara
dan sesekali sunyi mendampingi
mengangkut baki usia.

Bagai bayu siang bertutup bebas


kemudian terkurung
menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat ruang
ketika mengatur gerak
ke pintu Pencipta.

Sesudah glaukoma
pada usia delapan puluh
kamu diterpa ahmar pula
ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan
yang selama ini menggerakkan
ke wuduk dan solatmu.

Pun glaukoma itu


telah hampir tiga dekad
membawa pergi
indera kau miliki
dan mungkinkah deru ahmar ini
bakal membawa pergi
satu-satunya yang aku miliki.

Ibu, pada glaukoma ke ahmar


teruji lagi reda dan sabar
betapa baki kesempatan ini
biar kusisip bunga bakti,
ke seri taman budimu
yang tak ternanam olehku.

(Kg, Tendong, Pasir Mas)

Abd Razak@Rezeki Othman


Bayang di Teratai Belulang, 2009
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2216/1 @ JPNMelaka [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 7 2216/1

(a) Nyatakan nada berserta contoh yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

(b) Jelaskan empat gaya bahasa yang terdapat dalam keseluruhan sajak tersebut.
[8 markah]
(c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan ketabahan seorang ibu.
Panjang sajak anda hendaklah antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]

12. Berdasarkan cerpen Air Mata Dalang karya Rahimidin Zahari :

Mulai dari hari itu, Nora setiap hari selama tiga bulan, bersila ddi hadapan
kelir wayang kulit Pak Yasok. Pak Yasok memberikan segala tunjuk ajarnya
kepada Nora. Dari teknik melayang patung, dengan gerak tangan Nora yang mahir
menari. Gertak perkakas apabila Hanuman akan masuk berperang dengan musuh
dan lawak jenaka orang Wak Long, Pak Dogol, Wak Yah, Samad dan Said
semuanya diajar oleh Pak Yasok. Teknik menggunakan suara juga. Begitu juga
dengan alatan muzik, hampir semua alatan muzik dapat dimainkan oleh Nora,
kecuali serunai. Geduk, gendang ibu, gendang anak, kesi, geedombak, dan gong,
semuanya Nora tahu bermain.

Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang


karya Rahimidin Zahari

(a) Senaraikan empat alat muzik dimainkan oleh Nora dalam petikan cerpen
tersebut. [4 markah]

(b) Jelaskan dua keperibadian unggul Pak Yasok yang terdapat dalam keseluruhan
cerpen tersebut. [8 markah]

(c)
Melihat Ustaz Sauki dan Faezah serta anak-anaknya pulang, Pak Yasok
terssenyum. Faezah menerkam ke tangan Pak Yasok dan mencium. Pak Yasok
belum sempat berkata apa-apa, hanya air matanya yang mengalir ketika itu.

Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang


karya Rahimidin Zahari

Berdasarkan kreativiti anda, sambung petikan cerpen tersebut.


Karya anda hendaklah mengandungi antara 80 hingga 100 patah perkataan.
[8 markah]

2216/1 @ JPNMelaka [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 8 2216/1

13. Berdasarkan Sastera Hikayat, Hikayat Parang Puting dalam antologi Nilai Insan :

(a) Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan prosa tersebut.
[4 markah]

(b) Huraikan dua sanjungan nilai murni dalam keseluruhan prosa tersebut.
[8 markah]

(c) Berdasarkan salah satu nilai murni di bawah, adaptasi kepada sajak.
Panjang sajak hendaklah antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]

Nilai-nilai murni
Hikayat Parang Puting

Nilai ketaatan Nilai kesopanan Nilai keberanian

14. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara :

Kawai Maru menjadi rumah dua ratus pekerjanya selama kapal itu di laut.
Dua tingkat dalam perut Kawai Maru dijadikan ruang tidur. Satu tingkat lagi untuk
ruang dapur dan dewan makan. Dua tingkat pula untuk menyimpan ikan-ikan laut
dalam, lengkap dengan bilik sejuk beku. Tuan Kawai mempunyai bilik khas tidak
jauh dari bilik televisyen dan komputer. Komputer di Kawai Maru menyambung
pandangan mata satelit. Keajaiban pandangan satelit itu menyebabkan Tuan
Kawai pernah membuat kelakar. Dia rela empat ratus biji mata di kapal itu buta,
tetapi jangan mata sebiji yang terapung-apung di sawang langit.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto


karya Anwar Ridhwan

(a) Nyatakan empat keistimewaan kapal Kawai Maru dalam petikan novel tersebut.
[4 markah]

(c) Jelaskan dua pandangan terhadap perwatakan Presiden dalam Bab 1 : Kolonial
novel tersebut. [8 markah]

(c) Huraikan dua ciri kepemimpinan Presiden dalam keseluruhan novel tersebut.
[8 markah]

2216/1 @ JPNMelaka [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 9 2216/1

15. Berdasarkan drama Anna karya Kemala, Sasterawan negara :

DR. CHAN (tenang): Helo Zaki, helo Puan Zaki.

ZAKI: Oh, Dr. Chan. Bagaimana kautahu?

DR. CHAN: Saya ke rumah. Ibumu bilang engkau ke airport. Ada hal penting
katanya. Dan dia minta saya bawa sama.

ZAKI: Tina pun Bersama?

DR. CHAN: Ya, kedua-duanya di dalam kereta. (ZAKI dengan cepat


meninggalkan ANNA dan DR. CHAN).

Dipetik daripada drama Anna


karya Kemala

(a) Nyatakan dua teknik plot berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama
tersebut. [4 markah]

(b) Jelaskan dua isu masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut.
[8 markah]

(c) Berdasarkan kreativiti anda, sambung petikan di bawah menjadi skrip drama yang
mengandungi empat hingga enam dialog. [8 markah]

MAK MUNAH: Diam, cu. (Berdoa) Ya Allah, selamatkan rumah taangga Zaki.
Selamatkan Anna. Selamatkan Tina. (Mengesat air matanya dengan
selendang). Zaki, Anna tak pulang lagi?

ZAKI:; Entahlah mak, terpulanglah padanya … .

2216/1 @ JPNMelaka [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 10 2216/1

16. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Gurindam Dua Belas (Fasal Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


khabar yang jahat tidaklah damping.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,


daripada segala berata dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Hendaklah peliharakan kaki,


daripada berjalan membawa rugi.

Md. Yusof Mohd Nor


Puisi Melayu Tradisi, 1996
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

(a) Nyatakan maksud rangkap kedua dan ketiga puisi tersebut. [4 markah]

(b) Jelaskan empat bentuk keseluruhan puisi tersebut. [8 markah]

(c) Berdasarkan kreativiti anda, cipta empat rangkap gurindam bertemakan budi.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2216/1 @ JPNMelaka [Lihat halaman sebelah


SULIT

Anda mungkin juga menyukai