Anda di halaman 1dari 13

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016

SEKOLAH MENENGAH RAJA DR NAZRIN SHAH KG


GAJAH
2215 KESUSASTERAAN MELAYU

TARIKH
MASA

: 5 SEPTEMBER 2016 ( ISNIN )


: 11.30 pagi hingga 2.00 petang [ 2
JAM ]

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan


Bahagian Dua .
2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.
3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiaptiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C .

Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

....................................................
...................
(EN. NOR JAFFRY SHAH HASHIM)
ABDUL RAHMAN)
Guru Kesusasteraan Melayu
Bahasa

...... .......................
(PN. RAZANA
Ketua Bidang

SULIT
1

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.


Bahagian Satu
[ 40 markah ]
Jawab semua soalan.
1.
Fasal Kelima:
Jika hendak mengenal orang yang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan ia.
Jika henak mengenal orang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal.
(Dipetik daripada teks Nilai Insan:Puisi Tradisional m/s 12 )

a)

Nyatakan jenis puisi tersebut.

b)

Berikan dua ciri puisi tersebut.

[ 2 markah
]
[ 2 markah
]

2.
Syahadan khabar itu pun terdengarlah kepada Syahbandar
mengatakan budak itu hilang. Maka Syahbandar itu pun datanglah
mendapatkan bonda budak miskin itu. Setelah ia sampai ke rumah
budak miskin itu maka bonda budak miskin itu pun datanglah
menangis di kaki Syahbandar itu dengan berbagai-bagai ratap
tangisnya itu. Maka Syahbandar turut menangis juga kerana belas
kasihan hatiya melihat kelakuan bonda budak itu. Maka kata
Syahbandar, Hai saudaraku, baiklah tuan hamba kenduri akan
anakanda itu! Seketika duduk berkata-kata itu maka Syahbandar pun
bermohonlah pulang ke rumahnya.
( Dipetik daripada teks Nilai Insan:Sastera Hikayat m/s 71 )

Berikan dua jenis gaya bahasa berserta contoh yang


terdapat dalam petikan tersebut.
[ 4 markah
]

3.
Maka pendekar Jepun itu pun turun ke tanah menghunus pedangnya
SULIT
2

serta dengan amarahnya, beberapa dilarang oleh hulubalang Siam


tiada didengarnya. Phra Cau sendiri lalu dilarangnya. Maka ia pun
berseru-seru, katanya, Hai Melayu, turunlah engkau! Jika tiada turun
supaya kunaiki balairung kutendas kepalamu.
(Dipetik daripada Sastera Epik :Hang Tuah Diutus ke Siam m/s 52)

Berikan dua teknik penceritaan berserta contoh yang


terdapat dalam petikan tersebut.
[ 4 markah
]

4.

Tiba-tiba dalam tak


disangka-sangka, ini pagi
angin bertiup ke utara
dan hujan pun turun
sungguh kupercaya
engkau lupa sudah
lantaran lama sekali tak jumpa!
(Dipetik daripada Puisi Moden Sekeping Kartu Kecil m/s13 )

5.

a)

Berikan definisi gaya bahasa inversi.

b)

Berikan dua contoh inversi yang terdapat dalam


petikan puisi tersebut.
[ 2 markah
]

BLACKWAY
BLACKWAY

MAT PIAH

[ 2 markah
]

: Bunyi apa itu? (Cemas lantas dia teringatkan


sesuatu.Terus menjerit seperti orang hilang akal).
: Serangan Siam! Serangan Siam! Serangan Siam!
(BLACKWAY ketakutan. Dia lari dan
menyembunyikan diri di belakang beca MAT PIAH.MAT
PIAH melihat BLACKWAY tiba-tiba histeria).
: Kenapa,tuan? Kenapa?

SULIT
3

BLACKWAY
BLACKWAY

(MAT PIAH tercenggang-cenggang)


(Di layar belakang pentas tayangkan gambar
sekumpulan mat rempit sedang beraksi di atas jalan
raya).
: Serangan Siam! (Menjerit dengan suara ketakutan
sambil menutup kepalanya dengan kedua-dua tangan).
: GodSave The King ... oh, no ... no... God save me,God ...
save me! Save me! (Menunduk kepala sambil
menggeletar)
(Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr Blackway m/s
161)

Berikan dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat


dalam petikan drama tersebut
[ 4 markah
]

6.

DR.
CHAN

ANNA

DR.
CHAN

: Hai, saya tak fikir begitu,Anna. Saya tahu Zaki.Dia


memang sayangkan Anna. Hanya dia menghadapi masalah
mata ibunya. Dan usahanya mahu menebus tanahnya yang
tergadai.
: Saya harap mata Mak Munah akan baik seperti sediakala.
Saya harap kasih sayang anak dan ibu ini tambah kuat.
Tambah pula dengan cucunya yang manis, Tina. Saya ini,
apalah doktor, mengharapkan sesuatu yang tak kunjung
datang. Kadang-kadang saya tak percaya Zaki sampai
boleh lupakan saya.
: Saya tak fikir Zaki lupakan Anna. Saya tak fikir begitu.
Barangkali Zaki nampak melebihkan ibunya, maklumlah
anak dengan ibu. Lagipun pengorbanan Mak Munah
membelanjakan pengajian zaki sungguh besar, Anna.
Sampai satu kali dia jatuh sakit kuat. Waktu itu Zaki dalam
tahun akhir di Universiti Cambridge. Mak Munah tak mahu
beritahu Zaki ... dia tak mahu zaki terganggu. Untunglah

SULIT
4

Zaki berjaya,bukan saja dengan ijazah tapi kembali dengan


engkau, Anna.
(Dipetik daripada drama Anna
m/s 143)
Berikan dua perwatakan Anna beserta contoh dalam
petikan tersebut.

7.

Berdasarkan cerpen, Kami Akan Mati beri


pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut.

[ 4 markah
]

dua
[ 4 markah
]

8.
Penghulu saya akan membuat laporan kepada pihak berkuasa
bahawa Bukit Emas patut dikekalkan, Encik Firdaus tersenyum
melihat telatah Penghulu Sudin seperti budak kecil yang tidak mahu
melepaskan alat mainannya.
Dikekalkan? Penglihatan Penghulu Sudin tiba-tiba kabur dan
segala habuan yang dijanjikan oleh Encik Lim yang berhasrat hendak
mendapatkan lesen kuari untuk mengusahakan tanah kuning dan batu
batan di Bukit Emas demi memenuhi bekalan bahan binaan dalam
bidang pembinaan semakin lenyap daripada fikirannya.
(Dipetik daripada cerpen Bukit Emas m/s 118)

Nyatakan dua teknik penceritaan beserta contoh yang


terdapat dalam petikan tersebut.

[ 4 markah
]

9.
Mereka terus meluru ke pintu, masuk ke dalam rumah lalu
menuju ruang dapur. Mereka dapati darah merah berhamburan di
SULIT
5

lantai. Guru itu terjelepok di suatu sudut, mungkin pengsan. Jarijemari kirinya sedang memagang jari hantunya yang putus, seolaholah dia memegang kapur tulis, dengan bahagian yang putus itu
masih menyentuh permukaan dinding bawah.
Di dinding,beberapa kaki atas kepala guru yang sedang terkulai,
mereka terlihat tulisan darah, TERRA FIRMA! Titik pada tanda seruan
itu berekor panjang, condong turun mengikut gerak jari hantunya
yang terpotong itu.
(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto m/s 131)

Nyatakan dua latar tempat beserta


terdapat dalam petikan tersebut.

1
0.

contoh

yang
[ 4 markah
]

Baru-baru ini mereka ingin memakan bubur tradisional


Ogonshoto paling enak. Tuan nakhoda tahu bubur itu, bukan? Bubur
taro, campur gandum, campur sotong dan daging rusa, ditambah
dengan sayur-sayuran.
Mana ada rusa lagi di Ogonshoto ini? Bingung aku dibuatnya.
Risau. Takut pun ada. Entah macam mana, sehari sebelum jamuan
besar itu diadakan, seorang lelaki datang ke rumahku. Dia kurang
sihat. Aku menyuruhnya mandi, dia mandi.
(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto m/s 163)

Berikan dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat


dalam petikan tersebut.

SULIT
6

[ 4 markah
]

Bahagian Dua
[ 80 markah ]
Bahagian A
( Puisi Tradisional dan Prosa Klasik )
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1.

Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya.
Syair Seratus Siti
Tersebut pula suatu perkataan,
Raja
Malabari
empunya
kerajaan,
Sehari-harian bersuka-sukaan,
Rakyatnya banyak tiada terkian.
Bangsanya Ajam baginda itu,
Kerajaan besar bukan suatu,
Takluk banyak sudah tertentu,
Menghantar ufti sekalian ke situ.
Ada kepada suatu hari,
Baginda bersemayam di balai
seri,
Dihadap sekalian hulubalang
menteri,
Ramainya tidak lagi terperi.
Banyaknya tidak menderita,
Berlimpah sampai ke tepi kota,
Bahana
gemuruh
gegak
gempita,
Menghadap baginda di atas
takhta.
Lasykarnya banyak beribu laksa,
Penuh sesak segenap desa,

SULIT
7

Negerinya
makmur
sangat
sentosa,
Sehari-hari suka termasa.
Baginda melihat kebesarannya,
Sangatlah takbur pada rasanya,
Lalu
bertitah
kepada
menterinya,
Aku nan siapa tara bandingnya.
Adakah raja terlebih kaya,
Daripada aku terlebih mulia,
Akulah raja di dalam dunia,
Terlebih daripada aku manakah
dia.

Baiklah segera kamu berkata,


Kepada aku supaya nyata,
Aku nan hendak mendengar
warta,
Adakah raja bermahkota.

Berdatang
sembah
seorang
pahlawan,
Kaya tuanku tiada berlawan,
Serta adil dengan kelimpahan,
Rakyat tentera berkoyan-koyan.
(Dipetik daripada teks Nilai
Insan
Syair Seratus Siti m/s 8 )

a)

Berikan maksud rangkap 1 hingga 3 syair tersebut.

SULIT
8

[6
markah ]

2.

b)

Jelaskan bentuk syair tersebut.

[6
markah ]

c)

Cipta sebuah syair yang bertemakan Perayaan.

[8
markah ]

Berdasarkan Sastera Hikayat


a) Huraikan lima nilai murni hikayat tersebut.

b)

Huraikan lima unsur kesaktian yang terdapat dalam


hikayat tersebut.

SULIT
9

[10
markah ]
[10
markah ]

Bahagian B
( Puisi Moden dan Drama )
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3.

Baca petikan puisi


soalan berikutnya.

di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-

Mari Kita Cipta Alam Lestari


Mari kita cipta alam sekitar
di tanah hijau bening dan makmur
mari kita jabat tangan transformasi
membingkis salam segar atas nama bestari
di landskap indah universiti berkualiti
kerana di sini lahirnya graduan berjaya
di menara gading yang tersohor dan ternama
bahawa transformasi, apalah maknanya pembangunan
jika alam binasa kerana tangan-tangan kejam
apalah maknanya perubahan
jika segala-galanya penuh dengan sisa-sisa kemusnahan.
Ayuhai; kitalah teknokrat pemaju
hari muka bumi berdaulat
pada mencium puspita dari bunga persada
kita masih sayang akan alam dan sumbernya.
Ayuhai;mari kita ikat tali semangat,ayuh
atas nama anjakan menggenggam wawasan
kita ukir kod indah bersulam peradaban
salam pada gunung yang tinggi menjulang
salam pada laut yang menggulung gelombang
salam pada sungai yang jernih dan dalam
salam pada batu, pada hutan pada alam
pada air tanah api dan angin petang
bahawa alam cantik kudus mempesona
untuk dihuni oleh warga yang cinta akan citranya.
Setelah berdiri di podium ternama menggenggam jaya
segulung ijazah dari universiti ternama
jangan kita lupa bahawa alam sentiasa mengajar kita
sentiasa waspada tidak leka dengan gegar gempita
pekik tsunami kejam pernah menyampai gelombang
laung gunung berapi pernah mengutus salam
raung gempa bumi pernah menghantar pesan walang
dari marsum luka episod trgais sebuah perjalanan.
Bahawa marilah,mari kita semat azam memugar impian

SULIT
10

ayuhai,kita cipta sebuah alam lestari


cantik di mata anggun di atma,nantinya
untuk semua pencinta pesona.
(UTM, Skudai)
Nimoiz T.Y.
Dewan Sastera ,Julai 2012
Dewan Bahasa dan Pustaka
(Dipetik daripada teks Kubentang Sehelai Peta Mari Kita Cipta
Alam Lestari m/s 36 )

4.

a)

Nyatakan dua nilai murni puisi tersebut.

[4
markah ]

b)

Jelaskan empat pengajaran puisi tersebut.

[8
markah ]

c)

Cipta sebuah sajak yang


Bermasyarakat. Ciptaan
mempunyai lebih 12 baris.

bertemakan Hidup
sajak anda mesti

Berdasarkan drama Anna karya Kemala :


a) Jelaskan dua latar masyarakat
tersebut.

drama

[4
markah ]

b)

Huraikan perwatakan watak sampingan Mak Munah


dalam drama.

[8
markah ]

c)

Cipta sebuah skrip drama singkat yang bertemakan


Kasih Sayang. Skrip drama anda hendaklah
mengandungi lebih lapan dialog.

SULIT
11

dalam

[8
markah ]

[8
markah ]

Bahagian C
( Cerpen dan Novel )
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6
5.

6.

Soalan berikut berdasarkan cerpen Profesor Sufi .


a)

Huraikan dua perwatakan saya dalam cerpen


tersebut.

[4
markah ]

b)

Huraikan unsur Islam yang terdapat dalam cerpen


tersebut.

[8
markah ]

c)

Anda diminta untuk menyambung petikan cerpen di


bawah.
Sambungan
cerpen
anda
haruslah
bertemakan Kepentingan Ilmu .
Saya tidak berilmu,sebab itu saya mahu
beramal walaupun sekecil-kecilnya amalan saya itu.
Itu lebih baik daripada saya banyak berilmu tetapi
tidak beramal.

[8
markah ]

Soalan berdasarkan novel Naratif Ogonshoto:


a) Huraikan lima perwatakan watak lelaki tua yang
terdapat dalam novel.
[10
markah ]

SULIT
12

b)

Dr Anwar Ridhwan dalam novelnya Naratif Ogonshoto


banyak
memaparkan
kritikan
sosial
yang
mendedahkan kepincangan masyarakat, sikap tidak
amanah, dan sikap tidak jujur serta ketidakadilan
dalam kepimpinan . Huraikan lima kritikan sosial [10
yang terdapat dalam novel.
markah ]
-------------------------SOALAN TAMAT------------------------------Disediakan oleh,

Disemak

oleh
...

(PN.NURULHUDA BT ISMAIL)

(PN.HJH. ALIZA BT MOHD SAAD )

Guru Kesusasteraan Melayu

Guru Kanan Bahasa

Disemak semula oleh,

Disahkan

Oleh,
..................

......................
.

(PN. HJH. SABIHAH BT HAJI OMAR)

(PN. HJH SEPIAH BT MOHD.


SAPHI)

Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seri Perak.


Perak.

SULIT
13

Pengetua, SMK Seri

Anda mungkin juga menyukai