Anda di halaman 1dari 13

SULIT

NAMA:

KERJASAMA ANTARA SEKOLAH MENENGAH


DAERAH DARO,
MUKAH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA


2215 KESUSASTERAAN MELAYU
TINGKATAN 4
SEPTEMBER /2015
2 jam

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.
3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C.

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 7 HALAMAN BERCETAK


1

SULIT
BAHAGIAN SATU
[40 markah]
Jawab semua soalan
1.

Burung kekek burung di hutan,


Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
Dipetik daripada antologi Nilai Insan
Nyatakan dua gaya bahasa dalam puisi di atas.

2.

[4 markah]

Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini! Maka kata
Jepun itu. Berapa puluh orang Melayu itu? Jika seorang dua, bukan lawan patik. Tatkala
itu didengar oleh Laksamana, kata pendekar itu, maka ia pun amarah, serta disingsingkan
tangan bajunya dan mengisarkan kerisnya ke hadapan serta katanya, Cih, hendak berdusta
pula! Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tidak endah padaku! Maka pendekar Jepun
itu pun amarah. Setelah dilihat oleh Phra Cau Laksamana amarah itu, maka titah Phra Cau ,
Laksamana jangan amarah. Maka Laksamana pun menyembah, Daulat tuanku, patik
mohonkan ampun.
Dipetik daripada Sastera Epi Hang Tuah Diutus ke Benua Siam
Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.

3.

[4 markah]

Wa bihi nastain billahi Taala. Ini pada menyatakan suatu hikayat cetera raja-raja di dalam
Tanah Jawa yang dahulukala.
Antara puteri tawanan yang ditaruh dalam kota batu ialah seorang tuan puteri
rupawan yang tidak diketahui negeri asalnya bernama Raden Puspa Kencana.
Dipetik daripada Sastera PanjI Raden Puspa Kencana(Bab1)
Nyatakan dua ciri sastera panji berdasarkan petikan di atas.

[4 markah]

4.
Virus-virus giat mengalir
meniti pembuluh-pembuluh darah
menjengah ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonisme kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari peribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda.
Dipetik daripada Virus dari Langit Global oleh Nur Suhada Sayuti
Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh dalam petikan sajak di atas.

5.

[4 markah]

ANNA : Memang. Engkau lebihkan ibumu daripada aku sendiri. Selama empat tahun aku
hidup seperti dalam penjara. Engkau menjadi anak yang sangat setia kepada
ibumu. Ah, dasar orang Timur, orang Melayu.
ZAKI (berhadap-hadapan dengan ANNA): Anna! Kaulihat sajalah keadaan ibuku. Dia
menderita, Anna. Selama lima tahun aku di tanah Inggeris, dialah yang menyara
belanja universitiku. Dia berjuang sehabis tenaganya, berkorban apa yang ada
padanya, hingga tanah-tanah kami tergadai dan.
Dipetik daripada drama Anna,oleh Kemala
Terangkan dua perwatakan Zaki berdasarkan petikan di atas.

[4 markah]

6.
ZAKI(memotong cepat) : Anna, engkau terlalu mengikut perasaanmu. Bertenang Anna.
Cuba kau dengar dulu. Dengar ini, Anna....
ANNA : Zaki, hari ini bukan hari semalam. Aku telah berubah. Anna yang kau lihat ini pun
bukan Anna semalam.
ZAKI : Aku tak mengerti sikapmu, Anna.
ANNA (mengejek): Engkau memang tak mahu mengerti. Dan memang sikapku tak mudah
hendak dimengertikan orang. Ya, aku pulangkan saja padamu Zaki.
ZAKI : Aku telah cuba mengerti akan engkau, Anna. Aku telah cuba dan aku terus
mencuba.
Tapi engkau begitu cepat berputus asa untuk memulihkan hubungan kita... .
Dipetik daripada drama Anna, oleh Kemala
Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas.

[4 markah]

7.
Aku tidak pernah menyesal kerana menolak tawaran belajar di luar negara dan memilih
universiti tempatan untuk menyambung cita-cita menjadi doktor seperti Along. Aku lebih
menyesal kalau meninggalkan abah dalam kerinduan dan kesepian. Aku kira aku paling
rapat dengan abah. Mungkin kerana satu-satunya anak perempuan abah.
Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
oleh Fauziah Mohd.Ismail
Berikan satu pengajaran berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas.

[4 markah]

8.
Jesteru, KTN perlulah bertanggungjawab atas kerugian yang saya alami ini kata lelaki
itu lagi.
Hakim tersebut menggeleng-geleng sambil tangan kirinya mengusap-usap dagu
yang lican tidak berjangut ketika membaca laporan tersebut. Kaca mata tebalnya
ditanggalkan dan diletakkan di atas meja yang bertimbun dengan fail dan kertas.
Dipetik daripada cerpen Res Judicata
oleh Aidil Khalid
Nyatakan dua teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas.
9.

[4 markah]

Buku biografinya mencatat demikian pula, sebaik-baik sahaja kapal besar itu berlabuh
di Eropah, nakhoda mengambilnya sebagai anak angkat. Dia mendiami rumah nakhoda
yang besar dan indah selama pengajiannya hingga peringkat universiti. Nakhoda amat
mengagumi anak kecil Malagana itu yang sikapnya untuk belajar sangat ketara.
Petikan novel Naratif Ogonshoto, karya Anwar Ridhwan
Nyatakan dua latar tempat berserta peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas[4 markah]

10.

Setengah jam tadi saya masih berada di kapal. katanya sambil bersalam-salam sebelum
duduk. Pada masa itu terlintas dalam fikiran saya, saya ini ada urusan, tapi lupa betul-betul
apa benda urusan itu. Cuba punya cuba, sampai perut terasa lapar. Apabila dah lapar, teringat
nak makan, baru teringat janji kita. Teruk betul saya ini bukan? kalau macam ini mana boleh
jadi wakil Dewan Presiden. Pemilihan akan datang saya menarik dirilah. Saya sungguhsungguh ini.
Petikan novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
4

Berdasarkan petikan di atas, berikan dua nilai kemanusiaan.

[4 markah]

Bahagian Dua
[60 markah]
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.
1.

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Seloka Boros dan Jimat
Katakanlah kau ada...
Emas bertimbun,
Ataupun beras berguni, berkampit, berkarung,
Wang penuh di gedung, padat di kantung.
Tetapi jika ditabur habur,diborosi,
Semuanya segera juga akan habis pergi.
Walaupun beras, tak terbilang ulasnya,
Akan timpas juga, tak tinggal sebiji.
Begitulah tetap akan akibatnya,
Kalau bersifat boros dan habur,
Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta terkubur.
Bidal Melayu sedia berkata:
Nak kaya berdikit-dikit,
Nak ramai bertabur urai;
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
Dipetik daripada antologi Nilai Budi
a) Terangkan maksud dalam rangkap kelima puisi di atas.

2.

[4 markah]

b) Berikan empat bentuk puisi di atas.

[8 markah]

c) Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh dalam puisi di atas.

[8 markah]

Berdasarkan Sastera Epik : Hang Tuah Diutus ke Siam dalam teks antologi Nilai Insan,
jawab soalan berikut;
a)

Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam prosa ini.

[12 markah]
5

b) Huraikan dua persoalan dalam prosa ini.

[8 markah]

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
SEORANG TUA DI KAKI TAMADUN
Berkali-kali resahnya disengat matahari
yang semakin lebar
di langit peradaban yang tak berpagar.
Cangkul menumpul di tangan
dan kemarau yang bersimpul di kepala
tetap dia turun meredah bendang
sebagai badang nusa
yang tak pernah lekang.
Inilah sawah tradisi
yang semakin dibiaki
onak dan lalang dari belukar seberang
padi kuning yang sedang masak
bersarang tikus oportunis
yang kian tamak.
Dia petani tua yang berkali-kali
menghafal pesan wasiat betapa
selut sejarah
yang berkematu di tumit usia
adalah sengsara yang membesarkannya
dengan manis dan manusia.
Saat petang bersandar di surau usang
dia perlahan menghitung sebak
pada laung azan semakin retak
juga nafsu Nusantaranya
yang kian membengkak.
Cita-cita tinggal cuma sepadang lalang
dibelit lidah penjajah yang berpetualang.
Sepetak bendangnya
yang berkurun menyara
kampung leluhur
kini dipijak oleh segunung
kemodenan yang meluluh.
FADH RAZY
6

a) Huraikan empat bentuk sajak di atas.


b) Huraikan maksud rangkap pertama sajak di atas.
c) Bincangkan empat gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.

[8 markah ]
[4 markah ]
[8 markah ]

4. Berdasarkan drama Anna karya Kemala :


a) Huraikan empat latar masyarakat yang terdapat dalam drama tersebut.

[8 markah]

b) Jelaskan tiga nilai murni berserta contoh.


[12 markah]

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6
5.

Berdasarkan cerpen Res Judicata karya Aidil Khalid, jawab soalan berikut :
a) Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen ini

[12 markah]

b) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

[8 markah]

6. Berdasarkan Bab 1 dan Bab 2 novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan , jawab
soalan-soalan berikut :
a) Jelaskan tiga persoalan dalam novel tersebut.

[12 markah]

b) Huraikan dua perwatakan presiden dalam novel.

[8markah]

SOALAN TAMAT

PANDUAN PERMARKAHAN 2215 /PEPERIKSAAN SEPTEMBER 2015 (KM T4)


BAHAGIAN SATU
Soalan
Jawapan
1
2 gaya bahasa
-kata ganda : berlegar-legar
-repitisi : burungburung / mari.marilah
-asonansi u : burung kekek burung di hutan
-aliterasi b : barang baik baru-2m
2
2 pengajaran:
-Kita janganlah bersikap sombong
-Kita haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi
-Kita hendaklah menghormati pemimpin
-Kita hendaklah memohon maaf jika terkasar bahasa.-2m
3

2 ciri sastera panji


i-berlatar tempat Tanah Jawa
ii-mengisahkan cerita tentang raja-raja /kalangan istana
iii-ada gelaran Raden
iv- mengisahkan pengembaraan mencari seseorang
v-menggambarkan kehebatan hero/watak utama

Markah
2
2
2
Maks:4m
2
2
2
Maks:4m
2
2
2
2
Maks:4m

3 gaya bahasa
i-kata ganda-virus-virus/pembuluh-pembuluh
ii-anafora-virus...
virus.....
iii-responsi-...kian...
...kian....
iv-metafora-almari peribadi, benih radiasi
v-asonansicontohnya- virus hedonisme kian menjangkiti (pengulangan vokal i)
vi-aliterasi (pengulangan konsonan m)
contohnya membentuk segumpal sampah di almari peribadi

2
2
2
2
Maks:4m

2 perwatakan Zaki
-seorang yang melebihkan ibunya daripada isteri sendiri
-seorang yang amat belas kasihan/simpati terhadap ibunya
-seorang yang tidak lupa akan pengorbanan ibunya
-seorang yang amat menghargai jasa dan pengorbanan ibunya
-seorang yang memahami penderitaan yang dialami ibunya -2m

2
2
2
2
Maks:4m

2 persoalan
-Persoalan tentang ketegasan.
-Persoalan tentang kegigihan.
2 teknik penceritaan
i-teknik dialog

2
2
2

2
2
Maks:4m
2
8

ii-teknik pemerian
8

10

Soala
n
1(a)

1(b)

1(b)

2 (a)

2
Maks:4m

1 Pengajaran dan contoh


- Kita hendaklah mengutamakan ibubapa/keluarga dalam membuat
pilihan
Contohnya aku sanggup menolak tawaran belajar ke luar negara sematamata untuk sentiasa bersama abah.
2 Latar tempat dan contoh peristiwa
- Eropah: tempat kapal berlabuh
- Rumah:nakhoda yang besar dan indah tempat tinggalnya (Presiden)
sepanjang pengajiannya di Eropah.
2 nilai kemanusiaan
- Nilai jujur
-Nilai menepati masa
-Nilai merendah diri

2
2
Maks:4m
2
2
Maks:4m
Maks:4m

BAHAGIAN DUA
Jawapan
Maksud rangkap 5
-Jika kita hendak hidup mewah atau ingin mengumpul harta hendaklah
dikumpul sedikit demi sedikit baharulah akan menjadi banyak akhirnya.
Begitulah hidup manusia, masa kaya ramai orang yang menyukai dan
mendekati kita, sebaliknya jika kita miskin atau susah, tiada siapa yang
sudi/mahu mendekati/berkawan dengan kita.
4 bentuk puisi
i-berangkap-terdiri daripada 5 rangkap
ii-jumlah baris dalam setiap rangkap- adalah tidak sama.
iii- jumlah patah perkataan dalam setiap baris- terdiri daripada 2 (emas
bertimbun R1B2 -7 (wang penuh di gedung padat di kantung) patah
perkataan dalam setiap baris.
iv-jumlah suku kata dalam setiap baris-terdiri daripada 5 (e/mas
ber/tim/bun R1B2 -15 ma/sa me/wah ra/mai/ su/dah/ pa/pa ke/se/o/rang/an
R5B4) suku kata dalam setiap baris.
v-rima akhir tidak sama- setiap rangkap rima tidak sama
(R1 abcc R2 aa R3 ab R4 abab R5 abcd)
4 gaya bahasa:
i- sinkope -kau/tak/nak
ii-kata ganda- berdikit-dikit
iii-responsi - ...tak...
...tak....
vi-asonansi-pengulangan vokal a-katakanlah kau ada
v-aliterasi-pengulangan konsonan b- Ataupun beras berguni, berkampit,
berkarung
3 pengajaran:
i-kita haruslah patuh/taat/mendengar arahan daripada Raja Melaka
contohnya Hang Tuah patuh kepada arahan untuk mendapatkan gajah di

Markah
2
2
Maks:4m
2
2
2
2
2
Maks:8m
2
2
2
2
2
Maks:8m
2
9

Siam
ii- Kita hendaklah membalas jasa/budi orang yang telah berbudi kepada
kita
contohnya Pra Cau menghadiahkan empat ekor gajah kepada Hang Tuah
dan enam ekor gajah kepada Raja Melaka.
iii-Kita hendaklah berani mempertahankan diri daripada ancaman bahaya
contohnya Hang Tuah berjaya mempertahankan dirinya daripada serangan
Pendekar 7 Jepun yang menganas di pekan.
iv-di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung
Cth : Hang Tuah patuh pada arahan Phra Cau kerana pada masa itu Hang
Tuah berada di bumi Siam dan sentiasa mematuhi arahan raja Siam.
2(b)

3(a)

3(b)

3(c)

2 persoalan :
i-persoalan tentang ketaatan dan kepatuhan arahan raja
contohnya Hang Tuah patuh kepada arahan Raja Melaka yang disuruh
untuk membeli enam ekor gajah di Siam
ii- persoalan tentang kekuatan seorang laksamana.
Contohnya;Laksamana Hang Tuah berjaya menewaskan pendekar Jepun,
Cin Cu/ Pendekar 7 Jepun
iii-persoalan tentang membalas jasa terhadap orang lain
contohnya-Raja Siam membalas jasa Hang Tuah dengan menghadiahkan
empat ekor gajah kepadanya.
iv-persoalan tentang tanggungjawab
Cth: Hang Tuah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi
oleh Raja Melaka dan Raja Siam sehingga tugasan yang diberi berjaya
dilaksanakan.
4 bentuk sajak
i) bebas terdiri daripada 6 rangkap -1m
ii) jumlah baris dalam setiap rangkap tidak sama-1m
R1:3 baris, R2:5 baris, R3:6 baris, R4:6 baris, R5:5 baris,R6:7 baris-1m
iii)jumlah perkataan dalam setiap baris tidak seimbang :-1m
sekitar 2-6 pp dalam setiap baris. Cth 2 pp : selut sejarah
6 pp : onak dan lalang dari belukar seberang -1m
iv) jumlah suku kata dalam setiap baris tidak sama-1m
antara 5-14 suku kata dalam setiap baris
cth:5 suku kata : se/lut/ se/ja/rah
12 suku kata: di/be/lit/ li/dah/ pen/ja/jah/ yang/ ber/pe/tu/a/lang-1m
v) rima akhir setiap rangkap tidak sama -1m
cth: R1: abb, R2:abcbc R4:abcbbb R5:abbcb R6: aabbcad -1m
Maksud rangkap 1
-menggambarkan seorang tua yang begitu resah dengan kepanasan
matahari yang begitu terik dan semakin luas pancarannya
-pancaran matahari dijelaskan di langit yang luas terbentang yang tiada
lingkungan hadnya.
4 gaya bahasa
i) metafora langit peradaban, selut sejarah , tumit usia , tikus
oportunis,badang nusa, kampung leluhur (terima mana2 satu)
ii) kata ganda cita-cita, berkali-kali
iii)hiperbola dibelit lidah penjajah, kemarau yang bersimpul di kepala,

2
2
2
2
2
Maks:12
m
2
2
2
2
2
2
2
Maks:8m

2
2
2
2
2
2
2
2
2
Maks:8m

Maks:4m

2
2
2
2
10

nafsu Nusantaranya, berkurun menyara (terima mana2 satu)


iv)sinkope -tak
v) asonansi- pengulangan vokal a:Cita-cita tinggal cuma sepadang lalang
vi) aliterasi-pengulangan konsonan n: dengan manis dan manusia
4(a)

4(b)

5(a)

(b)

4 latar masyarakat
- Masyarakat yang penyayang. Zaki amat menyayangi ibunya.
- Masyarakat yang sanggup berkorban. Ibu Zaki sanggup berkorban demi
masa hadapan anaknya.
- Masyarakat yang zalim. Ibu Anna ditembak komunis.
- Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Zaki melanjutkan pelajaran ke
luar negara.
-masyarakat yang bertangungjawab
-masyarakat yang memahami keadaan orang lain
-masyarakat yang menghargai jasa dan pengorbanan ibu
-masyarakat yang mementingkan diri;Anna hanya memikirkan
kepentingan diri tanpa menghiraukan keadaan suaminya yang sangatsangat diperlukan oleh ibunya yang buta dan hampir lumpuh. Anna lebih
memikirkan keinginannya untuk mendapatkan kasih sayang sepenuhnya
daripada Zaki. Anna tidak mahu Zaki memberi sepenuh perhatian kepada
ibu mertuanya. Anna langsung tidak berasa simpati akan keadaan Mak
Munah dan anaknya Tina. Anna lebih rela balik semula ke pangkuan
ayahnya dan ingin meneruskan pengajiannya yang separuh jalan dahulu.
3 nilai murni
-Nilai kebaikan. Anna berharap mata Mak Munah kembali sembuh.
-Nilai pengorbanan. Mak Munah sanggup berkorban membelanjakan
pengajian Zaki yang sungguh besar.
-nilai simpati :Zaki simpati dengan keadaan ibunya yang buta dan hampir
lumpuh
-nilai bertanggungjawab; Zaki anak yang bertanggungjawab untuk
meneruskan baktinya sebaik mungkin bagi mendapatkan rawatan mata
ibunya yang buta. Juga bertanggungjawab, cuba memujuk isterinya agar
terus menjadi isteri dan ibu kepada anak mereka Tina.
-nilai kesetiaan ; Dr. Chan setiakawan. Dia bukan sekadar merawat mata
Mak Munah sebaliknya cuba untuk memulihkan hubungan Zaki dan Anna.
3 persoalan:
i- persoalan tentang hak pengguna
contohnya peguam tersebut membuat saman kepada syarikat KTN yang
menyebabkan peguam tersebut kerugian RM27 juta.
ii-persoalan tentang berfikir sebelum membuat sebarang tindakan
contohnya peguam tersebut tidak berfikir mengenakan tindakan sebelum
membuat saman
iii-persoalan tentang menyediakan perkhidmatan yang baik.
Contohnya-syarikat KTN harus sentiasa menyediakan perkhidmatan yang
baik.
2 pengajaran
i-kita hendaklah menggunakan hak sebagai pengguna dengan bijak
contohnya-peguam tersebut menggunakan haknya sebagai pengguna
dengan betul dengan mengenakan saman kepada syarikat KTN

2
Maks: 8m

2
2
2
2
2
2
2

Maks:8m
2
2
2
2
2
Maks:12
m
2
2
2
2
2
2
Maks:12
m
2
2
11

ii-kita hendaklah berfikir sebelum membuat sebarang tindakan


contohnya peguam tersebut tidak berfikir sebelum mengenakan tindakan
saman kepada syarikat KTN dengan jumlah yang tidak munasabah
6 (a)

3 persoalan
i) Persoalan tentang keindahan dan kekayaan alam di kawasan kepulauan
dan sekitarnya.
-digambarkan melalui pulau-pulau di Ogonshoto yang begitu menarik
dengan keindahan laut yang membiru, menyediakan kawasan perairan,
pelabuhan dan lubuk ikan yang luar biasa banyaknya. Puncak Gunung
berapi di Gora-Gora menyediakan pemandangan yang menarik malah
Ogonshoto menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari arah manamanapun.
ii) Persoalan tentang perubahan dalam hidup (mobiliti sosial)
-anak luar nikah Malagana (Presiden) yang pada mulanya hidup tanpa
tujuan akhirnya berjaya menjadi orang yang berpengaruh apabila diangkat
oleh seorang nakhoda kapal dari Eropah. Bermula dari situlah dia mula
mengorak langkah ke depan.
iii) Persoalan pentingnya pendidikan dalam mengubah taraf hidup
-anak Malagana yang diangkat oleh nakhoda telah diberi pendidikan
hingga ke peringkat universiti dan berjaya diterima untuk bekerja di
sebuah firma di Eropah.
iv) Persoalan tentang anak yang hormat dan tidak melupakan ibunya
-presiden yang telah dua puluh lebih tahun berpisah daripada ibunya dan
telah menjadi orang yang berjaya tidak melupakan ibunya. Sebaik-baik
sahaja tiba di Ogonshoto, pertama yang hendak dibuatnya ialah memeluk
lutut ibunya demi rasa hormat seorang anak yang tahu asal-usulnya.
v) Persoalan tentang peranan media massa
-sejak kecil presiden yang diangkat oleh nakhoda dikenali sebagai manusia
yang terpintar di Ogonshoto masyhur diperkatakan oleh media di
Ogonshoto. Melalui media juga orang mengenali presiden selepas
kapalnya dipukul ombak dan taufan yang mengganas hingga tersadai di
Ogonshoto. Media massa jugalah yang menjadi medium presiden untuk
menceritakan biografi presiden yang tiada cacat celanya.
(terima mana2 persoalan yang sesuai yang kukuh dengan bukti peristiwa)

6(b)

2 perwatakan presiden
-seorang yang pintar
Nakhoda memerhatikan presiden semasa kecilnya merupakan anak yang
pintar. Nakhoda menyatakan bahawa Ogonshoto akan rugi apabila anak
kecil Malagana yang pintar itu terbiar tanpa pendidikan tinggi.Dia juga
menunjukkan minatnya untuk bersekolah.
-seorang yang dapat menyesuaikan diri
Semasa kecilnya, presiden cepat belajar menyesuaikan diri dengan kawan
sebaya di sekolah walaupun hidup sebatang kara di Eropah. Presiden juga
dihormati oleh rakan-rakannya dan nakhoda mengagumi sikapnya yang
mahu belajar.
-seorang yang bijak membuat tesis
Tesisnya tentang Kumpulan Haram di Timur iaitu di China dan Jepun ,
kemudian kajian ilmiahnya berjudul Peranan Pihak Berkuasa
Menghapuskan Pengaruh Kumpulan Haram di China dan Jepun.

2
2
Maks:8m

12

Kemudian dia diterima menjadi mahasiswa di universiti. Tesisnya di


universiti berjudul Kemunculan dan Perkembangan fahaman demokrasi di
Asia Pasifik.
(terima mana-mana jawapan lain yang berkaitan)

13

Anda mungkin juga menyukai