Anda di halaman 1dari 3

CERPEN : ANAK GEMBALA SOALAN STRUKTUR Petikan A kerjalah disini bukan lari ke Bandar untuk mencari kehidupan yang

tidak tahu penghujung pangkal yang akhirnya tersadai seperti kolek kebocoran ditengah sungai. Petikan B Dahlah Tinah, aku taulah apa nak buat.

( dipetik daripada Antologi Anak Global) 1) Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan A dan B diatas. 2) Terangkan dua persoalan dalam cerpen ini. 3) Berikan 2 latar masyarakat dalam cerpen ini. (4 markah) ( 4 markah) ( 4 markah)

SOALAN ESEI 1) Apakah tema bagi cerpen ini. 2) Huraikan 4 nilai dalam cerpen ini. 3) Tunjukan perbezaan perwatak watak utama dan sampingan dalam cerpen ini. (2 markah) (8 markah) (10 markah)

SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR Soalan 1 Jawapan Gaya bahasa untuk : - Petikan A ialah Simile - Petikan B ialah Sinkope Aras soalan Aras rendah

1)Pengorbanan seorang ketua keluarga Aras sederhana Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara 60 ekor kerbau sebagai sumber rezeki mereka dan bercita-cita menjadi contoh kepada warga Desa Anggun Batu Sebutir atas kegigihannya itu. 2) Kecintaan terhadap ilmu Sutinah mempunyai hasrat untuk menghantar anak-anaknya melajutkan pelajaran ke universiti bagi mengubah nasib mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan. 1. Latar Masa Aras tinggi a. Pada waktu petang Mat Seman akan menghalau kerbau-kerbaunya masuk ke kandang apabila tiba waktu petang dengan menggunakan seruling. 2. Latar Tempat a. Lembah Bilut b. Desa Anngun Batu Sebutir c. Di rumah Mat Seman d. Di kandang kerbau

SOALAN ESEI Soalan 1 Jawapan Aras soalan Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan Aras rendah maruah diri.Mat Seman digambarkan sebagai kelompok masyarakat desa yang menentang arahan pemimpin yang diwakili oleh Penghulu Isa daripada memindahkan 60 ekor kerbaunya dari Lembah Bilut ke kawasan kaki bukit. Mat Seman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai anak watan yang dibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah Bilut. 1) Kegigihan untuk berusaha Aras sederhana 2. Kepentingan memiliki ilmu 3. Ketaatan seorang isteri 4. Mempertahankan budaya tradisi 5. Berkorban

Watak utama ialah Mat Seman: - Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa/menyerah kalah pada takdir atau nasib. - Memiliki kepakaran tentang kerbau. Cth: Mat Seman menghalau kerbaunya yang berjumlah 60 ekor pulang ke kandang dengan hanya menggunakan seruling. Seruling tersebut diperbuat daripada buluh sebesar ibu jari dan mempunyai bunyi seakan-akan suara kerbau. - Seorang yang berdikari. Cth: Mat Seman tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada orang untuk mengusahakan kerbaunya. Mat Seman menggunakan wang sagu hati dia putus kaki untuk membeli mesin penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbau ke tepi. Watak sampingan ialah Sutinah - Isteri Mat Seman. - Tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau kerana baginya pekerjaan tersebut adalah hina dan tidak akan dihormati oleh orang lain. - Seorang yang berpandangan jauh - Seorang yang pentingkan ilmu pengetahuan.

Aras tinggi

Anda mungkin juga menyukai