Anda di halaman 1dari 11

PUSAT PENGAJIAN ASASI DAN UMUM (CFGS)

UNIVERSITI SELANGOR KAMPUS BESTARI JAYA

SEMESTER 5 TAHUN 2020

MPU3342
PENGAJIAN SELANGOR

TAJUK TUGASAN:
TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI BUKIT MALAWATI,
KUALA SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIKS
NUR HANASUHA BINTI HALIM 4183001981

NAMA PENSYARAH:
TUAN BADLI SHAH BIN TUAN JUSOH
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2

3.0 TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI BUKIT 2


MALAWATI, KUALA SELANGOR
3.1 Rumah Api 3
3.2 Batu Hampar 4
3.3 Perigi Beracun 5
3.4 Makam Diraja 5
3.5 Meriam Penggawa 6
3.6 Telaga Tujuh 6
3.7 Baitul Hilal 7

4.0 PENUTUP 8

5.0 RUJUKAN 9
1.0 PENGENALAN

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, monumen bermaksud struktur bangunan yang
dibina untuk memperingati orang yang ternama atau peristiwa penting yang pernah terjadi pada
masa lalu. Ia dianggap sebagai monumen adalah kerana nilai-nilai sejarah, seni binaan dan juga
keunikan yang terdapat di dalam monumen tersebut (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2015). Bukit
Melawati merupakan salah satu monumen serta khazanah berharga yang disimpan dan dijaga
baik sehingga ke hari ini.

Bukit Malawati ini terletak di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Nama Bukit
Malawati dipercayai diambil daripada Busut Malawati yang menjadi tempat bersemayam
baginda Sultan. Mengikut Bahasa Sanskrit, ‘mala’ bermaksud kotor manakala ‘wati’
bermaksud bersih dengan flora dan fauna. Kedudukan Bukit Malawati ini cukup strategik
kerana ia terletak di kuala Sungai Selangor yang mengadap ke arah Laut Selat Melaka.
Penduduk awal Kuala Selangor terdiri daripada Orang Laut yang hidup dengan menangkap
ikan. Mereka tinggal di sepanjang tebing Sungai Selangor kira-kira 3 batu dari Kuala Selangor
hingga ke hulunya. Ketua mereka pula terdiri daripada seorang wanita yang berketurunan
Bugis.

Bukit Malawati merupakan pusat pentadbiran dan kota kesultanan pada akhir abad ke-
18 hingga awal abad ke-19. Kota ini dibina pada zaman Kesultanan Sultan Ibrahim iaitu pada
tahun 1782 hingga tahun 1826 untuk menentang kuasa Belanda. Namun, pada tahun 1784,
Bukit Malawati telah ditawan oleh Belanda dan diberi nama baru iaitu Kota Altingsburg iaitu
sempena nama Gabenor Jeneral Belanda.

Kejayaan Belanda hanyalah bersifat sementara apabila Sultan Ibrahim berjaya


menawan kembali Bukit Malawati pada malam 27 Januari 1785. Baginda dan adindanya, Dato’
Penggawa Permatang Mahabijaya serta Bendahara Abdul Majid Pahang telah menghalau
Belanda dalam tempoh satu malam sahaja dengan melakukan serangan bermula selepas waktu
Isyak dan akhirnya berjaya menawan Bukit Melawati sebelum fajar subuh menyinsing.

Bukit Malawati tersirat 1001 kisah sejarah hebat Kesultanan Melayu Selangor dan
pernah menjadi tempat bersemayamnya Sultan Abdul Samad. Namun begitu, Kuala Selangor

1
telah memainkan peranan penting dalam sejarah negeri Selangor. Bukit Malawati telah
diwartakan sebagai tapak monumen lama dan bersejarah sejak 8 Disember 1977.

Terdapat banyak tempat menarik serta peninggalan sejarah yang masih kekal di Bukit
Malawati hingga ke hari ini. Antaranya adalah seperti rumah api, batu hampar, Baitul Hilal,
Makam Diraja, Telaga Tujuh, Busut Melawati, Meriam Penggawa dan Perigi Beracun. Setiap
kawasan bersejarah di Bukit Malawati ini mempunyai sejarah atau ceritanya yang tersendiri.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir kajian atau projek video ini, saya dapat:-

i. mengenalpasti tempat-tempat bersejarah yang berada di atas Bukit Malawati, Kuala


Selangor
ii. memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah tempat-tempat di Bukit Malawati,
Kuala Selangor

3.0 TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI BUKIT MALAWATI, KUALA


SELANGOR

Meskipun banyak peninggalan sejarah, artifak serta monumen telah ditinggalkan sekian
lamanya, namun ia masih dijaga elok dan rapi sehingga ke hari ini. Bukit Malawati kini telah
diwartakan sebagai sebuah tapak bersejarah. Segala peninggalan serta monumen yang ada di
Bukit Malawati, dijaga dan dipromosikan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan
kerjasama Lembaga Muzium Negeri Selangor dan agensi-agensi lain.

Tapak ini menempatkan pelbagai artifak kesultanan negeri daripada tiga Sultan yang
pernah memerintah negeri Selangor. Antara monumen serta tinggalan sejarah yang masih
kukuh sehingga ke hari ini adalah seperti berikut:-

2
3.1 RUMAH API

Rumah api Kuala Selangor terletak di atas Bukit Malawati dalam daerah Kuala
Selangor. Rumah api ini dibuka pada tahun 1907 oleh penjajah British berdekatan
dengan muara Sungai Selangor dan beroperasi secara rasmi pada tahun 1910.

Tinggi rumah api ini adalah 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat
dengan sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 km. Lampu cerah akan
berpusing dan berkelip 2 kali setiap 15 saat. Pada awalnya lampu ini menggunakan
minyak tanah dan generator, kemudian dijana dengan kuasa elektrik kerana lebih bersih
dan jimat. Dahulunya rumah api ini digunakan sebagai alat untuk memancarkan lampu
bagi kapal-kapal pelayaran yang akan singgah di jeti Kuala Selangor.

Rumah api ini pada mulanya bernama Altingsburg Lighthouse sempena nama
seorang Jeneral Belanda. Hal ini demikian kerana Belanda pernah berkuasa pada ketika
itu dan Belanda mengumpul bijih timah dari Selangor dan Perak. Sejarah Rumah Api
di Malaysia bermula sejak zaman jajahan British dan dari tahun 1826, rumah api di
persisiran pantai negara dikenali sebagai The Straits Settlements Lighthouses.

Menariknya, rumah api ini masih berfungsi sehingga ke hari ini sebagai
panduan perjalanan kapal laut di Selat Melaka dan diuruskan Jabatan Laut Malaysia
(JLM), Selangor.

3
3.2 BATU HAMPAR

Mengikut sejarah dari zaman ke zaman, batu hampar ini dipercayai berasal daripada
batu tambatan bahtera. Batu hampar ini terletak di atas kawasan lapang iaitu di hujung
halaman Istana Sultan. Ada pendapat mengatakan bahawa, batu berukuran 5x5 kaki ini
pernah dijadikan tempat untuk memancung kepala pesalah.

Menurut kisah yang disampaikan dari turun temurun, berlakunya pemancungan


kepala seorang dayang istana akibat melakukan perbuatan zina. Darahnya dikatakan
disimbah di sekitar Kota Malawati sebagai pengajaran bagi rakyat agar menjauhi
perbuatan zina.

Namun, ada juga pendapat lain yang mengatakan batu ini adalah tempat
bersemayam baginda Sultan Abdul Samad. Baginda dikatakan beristirehat di atas batu
ini untuk memerhati pekan Kuala Selangor.

4
3.3 PERIGI BERACUN

Perigi Beracun dipercayai berisi dengan air racun dari pelbagai jenis getah dan miang
rebung. Dahulunya ianya berfungsi sebagai tempat penyiksaan dimana pesalah akan
dimasukkan ke dalam perigi ini dan direndam sehingga ke paras dagu.

Walau bagaimanapun, perigi yang ada sekarang dibina semula pada tahun 1985
selepas perigi asal yang dipercayai terletak di hadapan pokok besar berdekatan tempat
letak kereta Muzium Permainan, dikambus pada pertengahan tahun 1977.

3.4 MAKAM DIRAJA

Makam Diraja atau Makam 3 Sultan adalah tempat bersemadi 3 pusara sultan terawal
iaitu Almarhum Sultan Salahudin (1742-1778), Almarhum Sultan Ibrahim (1778-1826)
dan Almarhum Sultan Muhammad (1826-1857). Disekelilingnya, dikelilingi oleh
makam-makam rakyat atau pewaris kesultanan pada Ketika itu. Ketiga-tiga almarhum
sultan terawal ini adalah dari keturunan Bugis.

5
3.5 MERIAM PENGGAWA

Meriam Penggawa merupakan antara monumen dan kesan peninggalan sejarah yang
masih kukuh sehingga ke hari ini. Meriam Penggawa merupakan antara Meriam yang
paling dikenali dan ianya terletak berdekatan dengan Makam Diraja. Meriam Penggawa
ini sentiasa dibalut dengan kain kuning.

Nama asal Meriam Penggawa ialah Petai Boga bererti Puteri Putih. Meriam ini
ditemui di pinggir Sungai Buloh, kira-kira 12 km ke selatan Kuala Selangor pada 23
September 1966. Berdasarkan cerita yang diperkatakan sejak turun temurun, Meriam
ini ditemui dalam keadaan tenggelam timbul seolah-olah seperti orang sedang berenang
di Sungai Buloh.

3.6 TELAGA TUJUH

6
Asalnya terdapat 7 buah telaga yang mempunyai 7 mata air yang tidak pernah
kering walaupun pada musim kemarau. Namun kini hanya terdapat beberapa buah
sahaja yang masih wujud manakala perigi yang lainnya telah terkambus.

3.7 BAITUL HILAL

Selain monumen bersejarah, Bukit Malawati juga terpilih sebagai kawasan untuk
melihat anak bulan. Di puncak Bukit Malawati, dibina satu balai cerap atau bangunan
ringkas yang berkisi-kisi yang diberi nama Baitul Hilal. Baitul Hilal dibina khas untuk
melihat anak bulan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa, hari raya Aidilfitri dan
hari raya Haji.

7
4.0 PENUTUP

Dalam era pemodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih mampu
mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Contoh
ketara yang dapat kita lihat adalah bangunan Sultan Abdul Samad yang masih lagi kukuh dan
tersergam indah di bandaraya Kuala Lumpur sehingga ke hari ini. Pihak kerajaan turut
memainkan peranan dalam mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini agar terus utuh.
Tambahan pula, bangunan-bangunan bersejarah serta monumen ini turut dapat menarik
pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. Justeru itu, pelbagai Langkah telah
dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara keunikan bangunan serta monumen tersenut
agar tidak pupus ditelan zaman.

Antara langkah penting yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah dengan
mewartakan bangunan serta monumen bersejarah ini sebagai sebuah warisan kebangsaan yang
perlu dijaga dan dipelihara dengan rapi. Dengan perwartaan ini, bangunan serta monumen
bersejarah seperti Rumah Api, Makam Diraja, Telaga Tujuh, Meriam Penggawa dan lain-lain
dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang pemusnahan. Kesannya,
khazanah-khazanah berharga ini masih kekal tersergam indah menanti kunjungan pelancong
sama ada dari dalam mahupun dari luar negara.

Kesimpulannya, kewujudan bangunan mahupun monumen bersejarah di negara kita


telah lama wujud, menggambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru
itu, usaha untuk mengekalkan bangunan serta monument tersebut bagi tatapan generasi akan
datang adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya
silam adalah cerminan masyarakat kita. Hal ini demikian kerana budaya menunjukkan bangsa.
Justeru itu, tanggungjawab kita adalah untuk memberi Kerjasama dengan pihak yang terlibat
agar usaha memelihara dan memulihara bangunan serta monument bersejarah tersebut akan
terus kekal elok.

8
5.0 RUJUKAN

Hamizah Basir (2020), Sinar Harian: Jom Terokai Monumen Bersejarah di Negara Kita,
https://www.sinarharian.com.my/article/69470/BISNES/Jom-terokai-monumen-
bersejarah-di-negara-kita

Helmy Abd Rahman (2019), HMetro: Bukit Malawati lokasi penuh misteri,
https://www.hmetro.com.my/santai/2019/08/484395/bukit-malawati-lokasi-penuh-
misteri

Husna (2019), Libur: Ramai Tak Tahu Meriam Penggawa Di Bukit Malawati Pernah Tiga Kali
Meletup Sendiri, https://www.libur.com.my/ramai-tak-tahu-meriam-penggawa-di-bukit-
malawati-pernah-tiga-kali-meletup-sendiri/

Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Selangor (Jun 2020), Bukit Malawati,
http://www.mdks.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/bukit-malawati

Portal Rasmi Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor (November 2016), Tempat - tempat
Bersejarah di Bukit Melawati,
https://kualaselangor.selangor.gov.my/kualaselangor.php/pages/view/112

Anda mungkin juga menyukai