Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Menurut Ceballos-Lascurain (1996), ekopelancongan adalah perjalanan dan


lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar untuk menikmati dan menyedari
akan sifat-sifat semula jadi termasuk sifat-sifat kebudayaan, menggalakkan pemuliharaan
alam sekitar, meninggalkan kesan negatif yang rendah serta melibatkan masyarakat
tempatan di dalam aktiviti sosioekonomi yang positif.

Manakala menurut Goodwin (1996, p. 288)Pelancongan alam semula jadi


berimpak rendah yang menyumbang kepada penyelenggaraan spesis dan habitat sama ada
secara langsung melalui sumbangan kepada pemuliharaan dan tidak langsung dengan
menyediakan pendapatan kepada masyarakat setempat yang cukup bagi orang-orang
tempatan untuk nilai, dan thereforeprotect, kawasan warisan hidupan liar mereka sebagai
sumber pendapatan.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan sangat


berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga
menawan warga tempatannya. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang
dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya
berperanan sebagai wahan dalam pembangunan mega malaysia menuju negara maju
dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya
dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri
pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti ekopelancongan , alam
sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan
dan keselamatan pelancon, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada
jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-
mata bergantung kepada penceritaan pengalaman para pelancong yang sudah melawat
Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di
Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka.
Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik. Kajian ekopelancongan ini dijalankan
di Pulau Bohey Dulang, Semporna , Sabah.
2.0 Objektif Kajian

2.1 Mengenalpasti aktiviti perniagaan dan perkhidmatan untuk kemudahan pelancong.

2.1.1 Melakar peta letakan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di Pulau Bohey
Dulang, Semporna.

2.1.2 Membina jadual taburan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di Pulau


Bohey Dulang, Semporna.

2.1.3 Membina jadual kedatangan pelancong di Pulau Bohey Dulang, Semporna,


dan

2.1.4 Melukis graf kedatangan pelancong di Pulau Bohey Dulang, Semporna.

2.2 Mengenalpasti perubahan landskap budaya akibat perkembangan aktiviti pelancongan


di Pulau Bohey Dulang, Semporna.

2.3 Mengenalpasti kesan aktiviti pelancongan terhadap pembangunan sosio ekonomi


penduduk setempat di Pulau Bohey Dulang, Semporna.

2.4 Mengenalpasti dan mencadangkan strategi/langkah untuk meningkatkan potensi


kawasan kajian bagi menarik kedatangan pelancong.

3.0 Lokasi Kawasan Kajian

Lokasi kajian ini telah mengambil daerah semporna. Semporna merupakan sebuah
daerah dan pekan besar di Sabah, Malaysia. Semporna juga adalah sebuah pulau tapi
tidak ramai yang menyedarinya. Pulau Semporna di kelilingi banyak yang mampu
menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang pelancongan termasuklah pulau bum-bum.
Sungai yang memisahkan Pulau Semporna dengan wilayah lain ialah sungai pegagau.
Antara pulau yang paling ramai diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau
tempatan ialah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Semporna dihubungkan dengan daratan
melalui jambatan pegagau yang mana kawasan pegagau ini masih merupakan Semporna.
Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau.

Tempat kajian ini telah ditetapkan pada pulau bohey atau (boheydulong,
bohaydulong) dulang sebagai lokasi kawasan kajian. Pulau ini ialah pulau yang kedua
besar dalam Tun Sakaran Marine Park dalam size 313 hektar. Pulau ini terletak 23
kilolmeter (KM) daripada Semporna. Terdapat lagenda yang menyatakan bahawa seorang
puteri cantik bernama salamia yang berasal dari Pulau Bum-Bum. Tetapi telah
disembunyikan pada pulau bohey untuk mengelakkan perkhawinan paksaan dari seorang
sultan Filipina yang jahat.

Pulau bohey hanya dinamakan sebagai pulau pelancongan pada beberapa tahun
yang lalu kerana pulau bohey dipajak oleh syarikat Kaya Pearl untuk dijadikan sebagai
tempat penanaman mutiara. Disebabkan demikian pulau tersebut telah dijaga dan
pendatang tanpa izin tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan pulau. Oleh itu, Pulau
Bohey telah diberi nama panggilan iaitu Pulau Mutiara atau Pular Harta Karun.

Walaupun pulau ini telah dijadikan sebagai pulau pelancongan, tetapi masih
terdapat banyak jenis harta karun yang tinggalkan pada tempat tersebut. Iaitu
pemandangannya yang menarik minat pelancong dan keindahannya yang tidak dapat
diimaginasikan. kecantikan laut pulau ini merupakan faktor terbesar pelancong
melancong ke pulau bohey. Selain ini pemandangan hidupan aquatik dalam jarak dekat
juga menarik minat pelancong yang tidak pernah melihat ikan hidup dalam laut dengan
mata kasar. Terdapat juga pelancong yang memilih pulau tersebut untuk tujuan
menyelam.

Peta 1 : Daerah Semporna

Skala : 1cm mewakili 50km


Peta 2 : Pulau Bohey Dulang

4.0 Kaedah Kajian

terdapat beberapa kaedah kajian telah yang digunakan dalam process kajian untuk
pencarian maklumat. Iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kaedah kajian
kepustakaan dan kaedah muat turun bahan dari internet. Secara umumnya, sumber data
yang diperoleh untuk kajian ini terbahagi kepada dua jenis data iaitu data primer dan data
sekunder.

4.1 Data Primer

Data primer ialah data yang diperoleh secara langsung daripada kajian yang saya
jalankan. Kaedah pemerhatian telah dipilih sebagai kaedah kajian yang utama bagi
mendapatkan maklumat data primer dalam kajian ini. Data akan diperoleh berdasarkan
pemerhatian yang dijalankan di kawasan kajian. Kaedah soal selidik juga turut digunakan
untuk pencarian maklumat data primer.

4.1.1 Data Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah pencarian maklumat secara gambaran


iaitu membuat pemerhatian pada kawasan pulau kajian. Pengambilan gambar dengan alat
eletronik lain untuk membuat pengumpulan data juga akan digunakan. Bahan bukti
seperti foto akan dijadikan sebagai bukti bahan data dalam ruangan lampiran.

4.1.2 Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik merupakan kaedah berhubung dengan responden. Kaedah ini
akan dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi beberapa
soalan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci.

4.2 Data Sekunder

Data sekunder ialah data yang diperoleh di luar kawasan kajian. Iaitu
mendapatkan maklumat melalui buku ilmiah. Majalah, kamus, dan buku lain yang
berkaitan dengan ekopelancongan. Selain itu, pencarian maklumat dalam internet juga
digunakan untuk mendapatkan maklumat sekunder. Kaedah ini terbahagi kepada dua
jenis iaitu rujukan kepustakaan dan kaedah muat turun bahan dari sumber internet.

4.2.1 Rujukan Kepustakaan

Rujukan kepustakaan digunakan untuk mencari maklumat bagi menjelaskan tajuk


kajian, mendapatkan fakta, dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas.
Muat turun bahan dari sumber internet digunakan dalam kajian ini bagi mencari
maklumat tentang lokasi kawasan kajian yang telah dipilih.

Anda mungkin juga menyukai