Anda di halaman 1dari 4

INTAN LIYANA BINTI RAZALI TEMA : SEJARAH KUMPULAN ETNIK/KAUM/KLAN/SUKU KAUM TAJUK : SEJARAH ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN

PENEMPATAN MASYARAKAT MELANAU DI KAMPUNG KUALA BALINGIAN, BALINGIAN, MUKAH SARAWAK SEHINGGA TAHUN 2013

PENGENALAN
Konsep masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) adalah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.Manakala melanau pula ialah satu bangsa yang sama seperti bangsa iban,melayu,cina dan sebagainya.Kaum melanau yang pernah juga dieja Millanau,Milanowes,Milanos dan Milano oleh pengkaji Barat,kebanyakannya tinggal di kawasan pesisir pantai,sekurang-kurangnya sejak abad ke16.Kini,kebanyakan mereka masih tinggal di pesisir sungai hampir di merata-rata batang sungai utama seperti yang dilakukan oleh masyarakat melanau kini di Kampung Kuala Balingian.Mereka hidup di kawasan yang ada laut dan hutan rimba,dengan sungai terbentang diantaranya.Mereka tidak dapat membebaskan diri dari dua unsur iaitu;laut dan hutan kerana rezeki mereka di situ.Maka tidak hairanlah Melanau ialah pelaut dan nelayan yang handal.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji sejarah asal usul masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian. 2. Mengenal pasti kegiatan ekonomi masyarakat melanau dahulu sehingga sekarang. 3. Mengkaji perubahan bilangan penduduk kaum Melanau terdahulu sehingga sekarang. 4. Mengenal pasti perkembangan dalam bidang politik dan sosial.

PERMASALAHAN KAJIAN
1. Essei ini akan menjelaskan bagaimana boleh wujudnya kaum Melanau di Kampung Kuala Balingian dan siapakah orang pertama dan seterusnya sehingga tahun 2013 yang memimpin masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian. 2. Kajian ini juga akan menjelaskan perubahan dan pertambahan bilangan penduduk terdahulu sehingga sekarang. 3. Dalam kajian ini juga akan menjelaskan perkembangan kegiatan ekonomi masyarakat Melanau terdahulu sehingga sekarang yang telah mengalami banyak perubahan.

KEPENTINGAN KAJIAN
Melalui kajian ini diharapakan masyarakat yang akan datang akan lebih mengetahui mengenai bagaimana boleh wujudnya kaum Melanau di Kampung Kuala Balingian .Kajian ini juga diharap dapat memberi sumbangan dalam usaha masyarakat untuk memahami asal usul serta perkembangan yang telah dialami dari segi kegiatan ekonomi serta pertambahan bilangan penduduk masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian.

SKOP KAJIAN
Skop kajian ini ialah untuk mengetahui asal usul dan melihat perkembangan dari segi kegiatan ekonomi , politik dan sosial dan pertambahan bilangan penduduk masyarakat melanau di Kampung Kuala Balingian.Kajian ini merangkumi tahun 1915 sehingga tahun 2013 kerana wujudnya kaum melanau di Kampung Kuala Balingian pada tahun 1915 yang mula-mulanya dipimpin oleh Sarudin Bin Kula.

KAJIAN TERDAHULU
Sejak kurun ke-19 hinggalah sepanjang abad ke-20 telah banyak kajian tentang mesyuarat Melanau dijalankan oleh pengkaji luar dan anak tempatan , termasuk oleh pengkaji Melanau sendiri.Kajian ini termasuklah kajian tentang adat resam , etnografi , budaya , benda , adat kematian masyarakat melanau dan sebagainya.Ada kajian yang dilakukan atas tajaan pihak tertentu sekadar untuk mendokumentasikan persoalan tentang masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balaingian masih lagi terbatas.Ini kerana semua kajian hanya menumpukan perhatian terhadap masyarakat Melanau di Mukah tanpa memberi kajian yang lebih terperinci terhadap satu-satu tempat di kawasan Mukah yang lebih kecil seperti di Kampung Kuala Balingian.Memandangkan masih banyak yang perlu diselongkar tentang masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian.Maka diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran dan info mengenai masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian.

KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan penyelidikan tentang asal usul dan perkembangan masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian , saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian. Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin data yang berkaitan dengan masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian.Kaedah tersebut ialah penyelidikan perpustakaan dan temu bual. Kaedah tersebut dipilih kerana sesuai dengan tujuan dan objektif penyelidikan ini.

KAJIAN PERPUSTAKAAN
Pengkaji telah melakukan penyelidikan perpustakaan.Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan gambaran awal berkaitan masyarakat Melanau yang dikaji.Data yang diperoleh daripada buku-buku , rekod-rekod lampau , internet dan website , dan seumpamanya yang berkaitan dengan masyarakat Melanau dijadikan sebagai bahan untuk dianalisis bagi menjawab dan menjelaskan persoalan.

TEMU BUAL
Penyelidikan juga dilakukan dengan menggunakan kaedah kerja lapangan melalui temu bual.Pengkaji akan menemu bual orang sumber iaitu penduduk kampung Kuala Balingian yang mengetahui asal usul masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESSEI 1.0 PENGENALAN


Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai masyarakat Melanau dan perkembangannya secara umum. ISI Bahagian ini akan fokuskan mengenai kedatangan masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian pada tahun 1915 dengan merujuk kepada pelbagai sumber. Bahagian ini akan menjelaskan asal usul masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian yang bermula pada tahun 1915. Bahagian ini akan menjelaskan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Melanau dahulu dan perubahan serta perkembangan yang dialami oleh masyarakat Melanau sehingga sekarang. Bahagian ini akan menjelaskan mengenai politik, budaya, adat resam dan perubahan bilangan penduduk masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian.

2.0 KESIMPULAN
Bahagian ini menyatakan mengenai harapan serta prospek masa depan dalam usaha masyarakat yang akan datang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaum melanau di Kampung Kuala Balingian pada masa yang akan datang.

3.0 PENUTUP
Pada keseluruhannya, kajian pengkaji terhadap masyarakat Melanau di Kampung Kuala Balingian adalah untuk pengetahuan masyarakat yang akan datang supaya lebih mengetahui mengenai asal usul, kegiatan ekonomi, politik dan sosial serta perubahan bilangan penduduk masyarakat melanau dahulu sehingga sekarang.Ini supaya mereka tahu akan perkembangan yang dialami oleh masyarakat melanau di Kampung Kuala Balingian.

Anda mungkin juga menyukai