Anda di halaman 1dari 7

Contoh-contoh Soalan dan struktur kandungan

Panjang esei tersebut adalah antara 3000 hingga 4000 patah perkataan, tidak
termasuk kertas cadangan, nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi.
Contoh
Sejarah perkembangan Persatuan Bola Sepak Selangor dari tahun 1970 hingga
tahun 1985
(b) Tema sejarah seni dan kebudayaan
Sejarah perkembangan tarian zapin di daerah Batu Pahat dari tahun 1970 hingga
tahun 1980
(c) Tema sejarah kebudayaan
Asal-usul lemang: Suatu tinjauan lisan penduduk Kampung Chengkau, Rembau
Negeri Sembilan
(d) Tema sejarah pendidikan
Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar, Sepang: Sejarah penubuhan dan
sumbangannya kepada masyarakat setempat dari tahun 1990 hingga tahun 2005
Sekolah
Sekolah agama
Peranan
Sumbangan

Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan Dari
Tahun 2009 hingga 2014.

Pasar Sungai Rejang: Sejarah dan kepentingannya terhadap masyarakat Sarekei


dari tahun 1980-2015

Sejarah Perkembangan Pengangkutan Bot Laju di Sg Rajang , Sarekei


Contoh tema dan tajuk esei ilmiah
Tema: sejarah sukan
"Sejarah perkembangan Persatuan Bola Sepak Samarahan dari tahun 1970 hingga
tahun 1985"
Tema sejarah seni dan kebudayaan

"Sejarah perkembangan tarian Ngajat di daerah Samarahan dari tahun 1970 hingga
tahun 1980"
Tema seni dan kebudayaan
"Asal-usul kuih celorot: Suatu tinjauan lisan penduduk Kampung Meranek, Kota
Samarahan, Sarawak"
Tema sejarah pendidikan
"Sekolah Agama Pesantren Abdul Taib Mahmud: Sejarah penubuhan dan
sumbangannya kepada masyarakat setempat dari tahun 1990 hingga tahun 2005"

Pasar Ikan Kering di Kota Kinabalu: Sejarah dan Sumbangan kepada ekonomi
penduduk Kota Kinabalu.
Perusahaan ikan kering sebagai kegiatan ekonomi
Rujukan
Jati, Volume 16, December 2011, 265-299
Perkembangan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia: Isu Dan Persoalan
Tibau : Permainan Tibau dalam masyarakat Melayu Melanau di Mukah.
Kepentingan Warna Merah dalam Sambutan Tahun Baru Cina.
Pemasangan Tanglung dan Perhiasan Rumah dalam Budaya Kaum Cina menjelang
sambutan Tahun Baru.
Amalan Berpantang Selepas Bersalin dalam kalangan Kaum Melayu, Cina dan India.
Tajuk tentang sejarah tokoh P Ramlee.
Tajuk 1 : Sumbangan P Ramlee dalam industri perfileman Melayu dalam tahun 1951
hingga 1969.
Tajuk 2 : Filem Penarik Becha Arahan P Ramlee Tahun 1952: Suatu analisis
pemikiran sosialis
Tajuk tentang sejarah tempat:
Tajuk 1: Sejarah bandar Kajang: Perkembangan ekonomi dari tahun 1921-1945.
Tajuk 2: Asal usul bandar Kajang: Sumber lisan warga emas Sg Kantan dan Sg
Ramal Luar.
Tajuk sejarah tempat seperti kampung sendiri
Tajuk 1: Sejarah industri kelapa di Kampung Api2 Assam Jawa, Kuala Selangor dari

tahun 1970 hingga 1991.


Tajuk 2: Sumbangan Tuan Haji Rashid Long Ketua Kampung
Assam Jawa(1989-1994)

Kampung Api Api

Tajuk : Budaya Baba Nyonya.


Pemilihan tajuk
Saya telah memilih tajuk Kebudayaan Baba Nyonya di Melaka. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan
kajian saya adalah sebuah kawasan dimana terletaknya tinggalan sejarah yang kini menjadi tarikan
pelancong untuk datang ke Melaka. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan cara kehidupan dan
budaya yang mereka amalkan. Bagi saya, budaya baba nyonya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai
kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.

Pengenalan
Cara hidup dan kebudayaan Baba N
yonya:

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan
berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang
unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara
pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung
kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.

Objektif kajian
Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah
a) Untuk mengkaji asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
b) Untuk mengkaji keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
c) Untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh kaum Baba Nyonya.
d) Untuk mengkaji tentang pakaian yang digunakan oleh kaum ini.
e) Untuk mengupas makanan tradisional Baba Nyonya.

Permasalahan kajian
Saya akan mengupas mengenai asal usul Baba Nyonya.Selain itu,mengupas tentang keunikan budaya
yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.Selain itu,saya ingin mengkaji dan mengupas bahasa yang
digunakan oleh kaum ini.Akhir sekali,saya akan mengkaji tentang pakaian tradisional yang digunakan
oleh masyarakat Baba Nyonya dan makanan tradisional Baba Nyonya.

Skop kajian
Saya akan mengkaji mengenai asal usul Kaum peranakan Baba Nyonya yang sudah wujud di negeri
ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang merupakan
kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.

Kajian Lepas:
Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF baru-baru
ini telah mendekati kumpulan minoriti Baba Nyonya yang ada di Melaka untuk mengetahui sejauh mana
adat resam dan budaya masyarakat itu dapat dipertahankan.

Kaedah Kajian
Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah
a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang tempatan yang
mengetahui tentang asal usul kumpulan minoriti Baba Nyonya.
b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian yang didiami oleh kaum Baba Nyonya di
Jonker Walk.
c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini
kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.

d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak
menyumbang kepada hasil kajian saya.

Pembahagian Struktur esei.


Bahagian 1 : Asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
Ia berpunca pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka menerusi perkahwinan campur yang
berlaku di antara pedagang Cina yang datang berniaga ke Tanah Melayu pada waktu itu yang
kemudiannya jatuh cinta dan akhirnya mengahwini wanita Melayu.

Bahagian 2 : Keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.


Kaum Baba Nyonya mengamalkan cara hidup seperti kaum Melayu.Baba Nyonya ini mempunyai
persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.

Bahagian 3 : Bahasa yang digunakan


Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan
ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa
Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur
bahasa Hokkien.

Bahagian 4:Pakaian
Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai pakaian kaum Baba Nyonya. Kebanyakan
mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari
aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.

Bahagian 5:Makanan
Di dalam bahagian ini saya akan mengkaji dan mengupas tentang makanan masyarakat Baba Nyonya
yang kita tidak ketahui.Selain itu,dikatakan makanan kaum Baba Nyonya dikatakan sama dengan
makanan masyarakat orang Melayu.

Penutup
Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih
menghargai amalan dan budaya sosial yang diamalkan masyarakat Baba Nyonya yang semakin
disisihkan oleh generasi baru kaum itu. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu
sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya

dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan
perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam
kehidupan bermasyarakat.

Ruj.Tuan
Ruj.Kami
Tarikh

:
:
:

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan


Y.Bhg.Dato/Datuk/Datin/Tuan.

Kerja Kursus Sejarah SJH 3103 Penulisan Sejarah


Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan
bahawa

No.K/P

adalah

seorang pelajar Semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


Pendidikan Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu
Pahat Johor.

Beliau dikehendaki membuat

kajian/penyelidikan bagi

memenuhi sebahagian syarat keperluan Kerja Kursus bagi Kursus SJH 3103
Penulisan Sejarah.

2.

Sehubungan

itu

sukacita

Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan dapat

saya

sekiranya

Y.Bhg.

memberikan kebenaran dan kerjasama

kepada pelajar berkenaan untuk menjalankan projek / kajian di tempat


tuan/puan.
3. Segala pertimbangan dan kerjasama daripada Y.Bhg. Dato/ Datuk /
Datin/ Tuan/ Puan,
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi tinggi terima
kasih.

Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

( JAMALIAH BINTI CHE ABDUL SAMAD )

Anda mungkin juga menyukai