Anda di halaman 1dari 4

8/25/2017 Cabaran Masa Kini Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Guru MYNEWSHUB

Menu

BUKAN BERITA ONLINE BIASA

Cabaran Masa Kini Tugas Dan


Tanggungjawab Seorang Guru
Published on Apr 14, 2016 in Slider/Terkini

KUALA LUMPUR Ramai beranggapan, tugas sebagai guru


tidak memerlukan seseorang itu bekerja untuk tempoh yang
lama dan tanggungjawab mereka hanyalah untuk mendidik
anak bangsa di sekolah.

Hakikatnya kerjaya sebagai guru kini semakin mencabar,


dengan tugas mereka bukan lagi sekadar mengajar.

Antara isu yang dikatakan membelenggu guru hari ini adalah


beban tugas pentadbiran, terpaksa menjalankan tugas ibu
bapa selain tanggungjawab hakiki sebagai pendidik, malah
terpaksa menggunakan wang sendiri untuk aktiviti pelajar di
luar sekolah seperti menyertai pertandingan bagi mewakili
sekolah.

Semakin banyak persatuan guru dan guru yang meluahkan


mengenai bebanan dan cabaran guru masa kini yang ternyata
berbeza dengan persepsi sebahagian besar masyarakat
bahawa guru tidak berhadapan dengan beban kerja yang
banyak.

Bagi golongan guru, mereka merasakan beban tugas yang


bertambah terutama berkaitan kerja pentadbiran memberi
tekanan kepada mereka.

Isu ini turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pada 12 Mac lepas,
Ahmad Zahid menegaskan guru-guru di negara ini tidak
seharusnya dibebankan dengan kerja pentadbiran, sebaliknya
menumpukan usaha ke arah akademik dan kerohanian.

TERBEBAN

Kerjaya guru dikatakan tidak sesibuk kerjaya lain dengan guru


pulang ke rumah seawal pukul 2 petang, namun hakikatnya
tugas guru sekarang bukanlah seperti yang disangka.

http://www.mynewshub.cc/terkini/cabaran-masa-kini-tugas-dan-tanggungjawab-seorang-guru/ 1/4
8/25/2017 Cabaran Masa Kini Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Guru MYNEWSHUB
Beban tugas guru sekarang terutama yang berkait dengan
pentadbiran bukan hanya mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam kelas malah menyebabkan
persediaan sebelum mengajar tertangguh.

Seorang guru sekolah menengah di Ipoh Perak, Helmi Fazlin


Baharim, 40, berkata apabila tugas pentadbiran lebih banyak
berbanding tugas hakiki, ia boleh memberi kesan kepada
kualiti pembelajaran dalam kelas.

Ramai beranggapan tugas guru mudah tetapi hanya mereka


bergelar guru sahaja memahami beban tugas dialami oleh
guru. Lebih kecewa apabila sistem baharu secara dalam talian
dilaksanakan, contohnya data pelajar, dua tiga proses perlu
dimasukkan sedangkan maklumat itu adalah sama.

Sepatutnya sistem yang dibuat perlu diselaraskan. Kadang-


kadang bila ada perubahan dalam sistem pendidikan,
contohnya PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) (yang
diperkenalkan di sekolah rendah pada 2011), banyak benda
guru kena lihat balik jadi macam sia-sia kerja sebelum ini,
katanya sambil menambah mahu atau tidak itulah cabaran
yang perlu disahut sebagai guru.

Sependapat dengan Helmi, Raudhah Sharan, 30, berkata


guru-guru terpaksa menggunakan masa terluang di sekolah
untuk membuat kerja pentadbiran yang sama dan berulang
kali, sehingga kadang-kadang mereka tidak sempat hendak
membuat persiapan mengajar.

Itu yang bila balik ke rumah kena buat persiapan mengajar


sampaikan tiada masa untuk keluarga dan diri sendiri. Bukan
merungut tetapi guru juga manusia biasa, katanya yang
sudah lima tahun berkhidmat sebagai guru.

Guru ekonomi di sekolah menengah di Klang, Selangor itu


berkata apa yang diluahkan oleh para guru bukan bermaksud
mempertikaikan tanggungjawab yang diberikan tetapi
mengharapkan penyelesaian terhadap isu itu.

ISU LAMA

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan


(NUTP) Hashim Adnan berkata isu guru dibebankan dengan
kerja pentadbiran bukan perkara baharu malah ia sering
menjadi keluhan dalam kalangan warga pendidik ini.

Walaupun pelbagai kajian dan perbincangan telah dibuat


namun beliau berkata masalah tersebut masih berlaku dan
paling dikesalkan ia seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

Isu ini sudah banyak kali dibangkitkan akan tetapi tiada


tindakan dibuat. Apabila tiada tindakan dibuat ini akan
melemahkan semangat guru-guru untuk lebih berdedikasi
dalam menjalankan tugas hakiki mereka sebagai guru.

Apabila gaji guru dinaikkan tidak bermakna mereka harus


melakukan kerja-kerja pentadbiran yang boleh membebankan
guru secara mental dan zikal, katanya.

Dalam pada itu, Hashim turut menyentuh mengenai sikap


segelintir ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab ibu
bapa sepenuhnya kepada guru-guru malah ada
mempertikaikan kemampuan guru dalam mendidik anak
mereka jika anak mereka gagal.

Guru kini sudah tidak mempunyai kuasa (penuh) untuk


mendidik anak-anak mereka kerana jika tersentuh sedikit

http://www.mynewshub.cc/terkini/cabaran-masa-kini-tugas-dan-tanggungjawab-seorang-guru/ 2/4
8/25/2017 Cabaran Masa Kini Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Guru MYNEWSHUB
sudah pasti ibu bapa akan melenting dan memarahi guru,
katanya

Sehubungan itu, beliau berkata adalah lebih baik jika semua


pihak terutama ibu bapa dapat memahami tugas guru untuk
mengajar dan membimbing anak-anak mereka ke arah
menjadi bangsa yang maju serta berdaya saing.

BUDAYA KOLABORATIF

Bagi Prof Madya Muhammad Faizal A.Ghani dari Jabatan


Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya (UM), beban tugas yang tinggi
boleh menyebabkan golongan guru kurang bermotivasi untuk
mencapai prestasi cemerlang.

Katanya beban tugas guru boleh mengganggu komitmen


mereka untuk mengajar tetapi dalam hal ini guru juga harus
tahu cara untuk menangani tekanan dan beban tugas itu.

Melalui kajian yang dibuat mendapati hal tersebut boleh


mengganggu tahap kompetensi dan kehidupan berkeluarga
guru. Misalnya program perkembangan profesionalisme guru
(latihan profesional), kebanyakkan program diadakan pada
hujung minggu dan ini menyebabkan guru tiada masa
bersama keluarga, katanya.

Muhammad Faizal berkata dalam usaha meningkatkan lagi


mutu pendidikan, budaya kolaboratif melibatkan kerjasama
pelbagai pihak sangat penting.

Katanya ini bagi memastikan proses P&P di peringkat sekolah


berjalan dengan lancar sekaligus dapat memantapkan
profesionalisme guru di negara ini.

Kerjasama itu melibatkan pihak berkepentingan dalam


pendidikan seperti kerajaan, sekolah dan guru selain
sokongan ibu bapa, katanya.

Beliau berkata pengetua dan guru besar memainkan peranan


penting untuk memastikan persekitaran sekolah lebih
kondusif termasuk kerjasama yang baik antara pengetua atau
guru besar dengan guru.

Amat penting bagi pengetua untuk memahami dan


mengambil berat masalah yang dihadapi oleh guru-guru.

Masyarakat juga boleh memainkan peranan membantu pihak


sekolah untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid.
Misalnya, ibu bapa berkepakaran dalam sesuatu bidang
memberikan sokongan moral dalam aspek kepakaran dan
tenaga. Dengan ada kerjasama tersebut sistem pendidikan
negara akan lebih berkualiti, katanya.

PERLUASKAN PEMBANTU GURU

Ditanya mengenai inisiatif penempatan pembantu guru bagi


meringankan beban guru yang kini pada peringkat rintis,
Muhammad Faizal berkata sewajarnya program ini perlu
diperluaskan di seluruh negara untuk membentuk pendidikan
berkualiti yang menjadi agenda penting negara maju.

Beliau berkata negara maju seperti United Kingdom dan


Amerika Syarikat sentiasa mengutamakan kebajikan dan
memberi sokongan kepada guru kerana bidang pendidikan
adalah penyumbang kepada pembangunan insan dan negara.

http://www.mynewshub.cc/terkini/cabaran-masa-kini-tugas-dan-tanggungjawab-seorang-guru/ 3/4
8/25/2017 Cabaran Masa Kini Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Guru MYNEWSHUB
Jika di Amerika Syarikat tugas guru hanya mengajarkerja-
kerja pentadbiran dilakukan oleh pembantu guru misalnya
mengambil rekod kedatangan pelajar, mengutip bayaran
yuran sekolah dan mencatat minit mesyuarat, katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid


dilaporkan berkata langkah menempatkan pembantu guru
yang dilaksanakan di bawah Program Rintis Pemantapan
Profesion Guru (PPG), dilihat sangat membantu dalam
meringankan beban guru secara komprehensif.

Di bawah inisiatif itu, pembantu guru yang terdiri daripada


Pembantu Tadbir (Pentadbiran/Operasi) Gred N17 (PT N17)
dan Juruteknik Komputer Gred FT17 (JK FT17) ditempatkan di
sekolah untuk mengurangkan beban tugas operasi dan
pentadbiran serta teknikal ICT Guru Tugas Khas iaitu Guru
Data (GD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru
Penyelaras Bestari (GPB).

Setakat ini, hanya Melaka dan Kedah terlibat dengan projek


rintis itu. BERNAMA

Loading...

FACEBOOK T WIT T ER GOOGLE PINTEREST

TAGS: GURU

ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT

Guru Di Chile Lancar Guru Didakwa Guru Lebam Pipi


Mogok Bantah Akta Lakukan Seksual Selepas Ditampar
Pendidikan Baharu Fizikal Pada Pelajar Suami

http://www.mynewshub.cc/terkini/cabaran-masa-kini-tugas-dan-tanggungjawab-seorang-guru/ 4/4

Anda mungkin juga menyukai