Anda di halaman 1dari 7

4.

0 Pengenalan Video Klip

3 Video Klip ini merupakan penggambaran filem "Masam-Masam Manis"


telah dibuat sekitar tahun 1965 di sekolah rendah yang bernama Sekolah Rendah
Ulu Klang. Filem ini membawa kisah percintaan antara cikgu sekolah dan pemain
muzik, Saari bersama gadis kelab malam, Norkiah, yang berasal dari Kedah.
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sendiri turut berlakon sebagai Cikgu Shaari seorang
penjawat awam berpangkat guru sekolah rendah di Klang (yang mengajar subjek
Bahasa Melayu dan Matematik) serta penyanyi di Copa Cabana Night Club.
Bermulalah episod perkelahian diantara kedua mereka ini.

Permasalahan sosial banyak dipaparkan dalam filem P. Ramlee. Ketika


zaman pembikinan filem tersebut, masalah sosial di negara ini berdepan dengan
pelbagai kerumitan. Kehidupan selepas merdeka, rakyat masih menagih
pembangunan. Masyarakat Melayu ketika itu tidak mempunyai rumah sendiri, tetapi
menyewa bilik. Sudah tentu suasana kehidupan tidak selesa ketika itu. Namun, tidak
sahaja itu yang termampu oleh orang-orang Melayu hidup di bandar untuk
mengurangkan perbelanjaan untuk menyewa rumah. Gambar tersebut sangat jelas
memperlihatkan masyarakat di zaman selepas kemerdekaan tertekan dengan
masalah ekonomi yang membabitkan pendapatan bulanan mereka.

Dalam filem Masam-Masam Manis P. Ramlee menggambarkan suasana itu,


yang mana dia sendiri seorang guru duduk menyewa sebuah bilik bersebelah
seorang perempuan kabaret yang kemudian menjadi isterinya. Bagi mereka yang
baru berkahwin atau bujang, suasana begitu tidak menjadi masalah, tetapi bagi yang
berkeluarga menjadi sebaliknya. Mereka yang tinggal sebegitu perlu memahami
kehidupan berjiran dengan cara perkongsian pelbagai kemudahan dengan rela hati
dan bertimbangrasa

Berdasarkan 3 video klip yang membawa perwatakan Cikgu Sha'ari ini dapat
saya mengulas pandangan dan cadangan untuk menambahbaik amalan guru
profesional yang sejajar dengan kod etika, akauntabiliti dan integriti guru dengan
terperinci.

4.1 Video klip 1 : Babak Cikgu Sha'ari di dalam kelas.


Menurut (Abdullah Hassan & Anion Mohd , 2002), sebagai seorang guru
penampilan adalah sangat penting, ini adalah kerana ia melambangkan guru
tersebut. Para pelajar akan membuat pandangan pertama tentang kredibiliti guru
mereka berdasarkan cara penampilan guru itu.

Berdasarkan video klip ini, penampilan


Cikgu Sha'ari masuk ke kelas menonjolkan
penampilan diri yang disenangi oleh murid
kerana cara pemakaian yang digunakan untuk
pergi ke sekolah walaupun gambar 3 sangat
jelas memperlihatkan masyarakat di zaman
selepas kemerdekaan tertekan dengan masalah
ekonomi yang membabitkan
pendapatan Gambar 1 Penampilan Cikgu Sha'ari
bulanan mereka. Namun Cikgu Sha'ari masih yang bersih dan kemas.
berpeluang membeli lalu memakai baju berkolar
putih, seluar hitam, tali pinggang dan bertali leher bertujuan tampil di hadapan murid.
Ini membuktikan Cikgu Sha'ari menampilkan perwatakan diri guru yang sebenar
yang sejajar dengan zaman guru kini iaitu akauntabiliti guru terhadap murid dan
profesion guru dengan mempamerkan imej yang baik, pakaian kemas , masuk ke
kelas mengajar. Penampilan guru yang kemas secara langsung akan dapat
membangkitkan semangat murid dalam proses pembelajaran guru. Ini terbukti Cikgu
Sha'ari bersungguh-sungguh sebagai guru yang profesion yang unggul dan disegani
ramai murid.

Selain itu, saya mendapati Cikgu Sha'ari menguasai kemahiran komunikasi


yang berkesan semasa pengajaran dalam kelas. Misalnya, beliau mengatakan baca
seorang demi seorang apa yang tulis di papan hitam. Percakapan Cikgu Sha'ari
dengan kelajuan, ketinggian suara dengan sederhana, serta mimik muka dan
pergerakan kecil tubuh badan dapat memberikan makna yang jelas terhadap
komunikasi lisan. Murid-murid faham dengan arahan guru lalu membaca tulisan di
papan hitam satu demi satu. Cikgu Sha'ari dalam aspek komunikasi yang berkesan
berkaitrapat dengan aspek Kod Etika yang dapat kita contohi supaya bakal guru
dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan ibu bapa dan
penjaga, menghormati peranan, tanggungjawab dan minat mereka dalam
pembelajaran pelajar.

Disamping itu, Cikgu Sha'ari tertidur dalam kelas selepas memberi arahan
yang jelas kepada murid untuk membaca di papan hitam satu demi satu. Perbuatan
Cikgu Shaari dalam kelas akibat keletihan bekerja sambilan di Kelab Malam. Hal ini
demikian kerana tekanan hidup yang dihadapi oleh Cikgu Sha'ari yang tinggal di
kawasan Bandar, memaksa beliau mencari alternatif lain untuk menambahkan
sumber pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat. Namun,
sebagai seorang guru dimana bagi dirinya kedua-dua bidang itu sama-sama penting
padahal tugas utama beliau yang telah diamanahkan ialah mengajar. Dalam klip
video pada masa 00:35 dan 1:07 menunjukkan Cikgu Sha'ari keletihan pergi ke
sekolah dalam keadaan yang lesu, menguap dan tidak bermaya. Akhirnya segala
perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak dibuat dan tugas mengajar
dilaksanakan secara ala kadar sahaja didapati pada masa 1: 08.

Cikgu Sha'ari bukan seorang yang guru yang mematuhi Kod Etika Perguruan
Malaysia kerana mengabaikan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain. Oleh itu, guru mempunyai pekerjaan lain selain tugas yang
diamanahkan kepadanya ia telah melanggar Kod Etika Perguruan. Ini adalah kerana
kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru sebagai
pemegang amanah dalam bidang pendidikan.

Apabila guru menjalankan tugas lain di samping profesion perguruannya, ia


akan melibatkan kesan yang kurang baik terhadap diri sendiri, pelajar, rakan sejawat
serta ibu bapa dan masyarakat setempat. Murid menjadi mangsa proses ini kerana
tidak menerima ilmu baru daripada guru. Ini sudah semestinya merugikan pelajar itu
sendiri. Renung-renung kepada negara kita pada masa akan datang , tentulah
generasi yang kurang ilmu pengetahuan dilahirkan menjadi pemimpin negara dan
membawa padah kepada rakyat di negara ini.
4.2 Video klip 2 : Babak Cikgu Sha'ari di Bilik Guru Besar.

Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting.


Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah
bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang Guru Besar.
Guru Besar seperti Encik Mohd Basar Bin Muhammad dalam filem Masam-Masam
Manis adalah seorang Guru Besar yang profesional. Ini dapat dilihat melalui cara
pemakaian beliau dengan memakai kot, bertali leher dan baju berkolar manakala
beliau juga mempunyai gaya percakapan dengan suara yang perlahan, kelajuan
sebutan adalah sederhana, serta renungan mata dan pergerakan kecil tubuh badan
memberikan makna yang jelas semasa bercakap dengan Cikgu Sha'ari.

Saya suka ciri-ciri Guru Besar Encik Mohd Basar , kerana beliau seorang
yang dedikasi dengan sering membuat rondaan untuk mengawal prestasi guru-guru
dan kakitangannya tidak terkeluar daripada garis-garis perancangan dan
kewibawaan profesion guru sentiasa terjaga. Ini dapat dilihat dalam video apabila
beliau mengatakan Cikgu Sha'ari tidur dalam kelas sebanyak 6 kali. Selain itu,
beliau juga seorang yang ambil peduli dan bersifat asertif. Sikap ambil peduli beliau
terhadap para guru memastikan kesejahteraan hidup guru dan emosi guru. Ini dapat
dibuktikan apabila Guru Besar mengetahui punca Cikgu Sha'ari tidur di dalam kelas
disebabakan kerja sambilan di kelab malam.

Setelah beliau
mengesahkan kerja sambilan
Cikgu Sha'ari adalah benar, beliau
tidak marah malah beliau
menangani dengan sikap
profesional dan terbuka seperti
dalam gambar 4. Beliau

mengamalkan gaya kepimpinan Gambar 2 Guru Besar memberi teguran dan


demokratik dalam pengurusan atau nasihat kepada Cikgu Sha'ari
pentadbiran sekolah agar guru-
guru dan staf merasakan pandangan mereka diterima, dan secara tidak langsung
mereka akan mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Dari sini diharapkan
mereka akan menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Contohnya,
Guru Besar mengatakan Jikalao cikgu sayang kepada bekerja kelab malam, cikgu
berhentilah menjadi guru tetapi jikalao cikgu sayang pekerjaan menjadi guru itu
terpulang kepada cikgu. Dalam akauntabiliti guru terhadap diri, murid dan negara,
Encik Basar telah menjalankan dengan baik dengan memberi teguran iaitu sebagai
penjawat awam menjalankan kerja sambilan adalah salah di sisi undang-undang dan
nasihat dengan memberi pilihan kepada Cikgu Sha'ari membuat keputusan agar
menjadi guru bertanggungjawab kepada murid dan diri sendiri.

Guru yang profesional adalah guru yang memiliki kompetensi pengetahuan


keguruan, sikap serta keterampilan mengajar dan mendidik peserta didik secara
berkualitas dalam menjalankan tugas serta kewajiban profesinya sebagai guru. Dan
di dalam profesonalisme harus ada kejujuran. Dapat melihat Cikgu Sha'ari di bilik
Guru Besar menanti kedatangan Encik Basar masuk, dalam keadaan cemas, gelisah
dan takut kemudian mohon ribuan maaf kerana kesalahan yang buat di dalam kelas
iaitu tertidur. Sikap Cikgu Sha'ari yang mengakui kesalahan patut kami belajari.
Selain itu, Cikgu Sha'ari juga bersikap jujur menjawab Encik Basar tentang isu kerja
sambilan di kelab malam patut dibelajari kerana bagi gologan dewasa tambah lagi
golongan profesion mudah dikaburi oleh keegoaan diri sendiri sehigga tidak kelihatan
kesilapan sendiri.Oleh itu, saya menyeru semua guru mengamal dan menghayati
nilai amanah bersih dan jujur dan sentiasa melakukan akauntabiliti dengan niat yang
baik dan ikhlas tanpa kepentingan diri sendiri dalam mengurus dan menjaga harta
rakyat.
4.3 Video klip 3 : Babak Cikgu Sha'ari di bilik mesyuarat

Setiap hari kita mungkin berdepan dengan situasi yang memerlukan


keputusan. Keputusan yang dibuat kemudiannya akan diterjemahkan dalam bentuk
tindakan dan sikap. Demikian juga dalam sesebuah organisasi. Keputusan yang
perlu dibuat bukan sahaja melibatkan persoalan strategi, bahkan ia juga berkaitan
dengan perkara dasar dan melibatkan prinsip organisasi tersebut. Oleh kerana
organisasi melibatkan banyak pihak, maka proses membuat keputusan tidak dapat
dielakkan dengan menggunakan medium mesyuarat.

Selain itu, saya bercadang mesyuarat tersebut perlu diadakan di tempat dan
masa yang sesuai. Ini adalah kerana, faktor tempat dan masa sangat memainkan
peranan yang penting dalam merangsang penglibatan ahli mesyuarat terhadap apa
yang diperbincangkan. Contohnya Cikgu Sha'ari yang mengajar Bahasa Melayu dan
Matematik maka mesyuarat yang melibatkan mata pelajaran tersebut barulah
mengundang para guru berkumpul untuk bermesyuarat. Sekiranya mesyuarat
berkenaan dengan Bahasa Inggeris maka Cikgu Sha'ari dan guru yang tidak
mengajar mata pelajaran tersebut tidak perlu hadir. Hal ini demikian kerana guru
yang tidak berkenaan biasa akan mengambil sikap mendiamkan diri untuk
meringkaskan perjalanan mesyuarat. Akhirnya, mesyuarat yang diadakan tidak dapat
mencapai objektif yang disasarkan. Penting untuk
dipastikan terlebih dahulu siapa perlu untuk hadir ke
mesyuarat berkenaan. Kalau boleh, hadkan kehadiran
kepada mereka yang perlu sahaja. Ini untuk mengelakkan
pembaziran tenaga dan bagi menjamin kerahsiaan
perbincangan dalam mesyuarat tersebut.

Di samping itu, saya berpendapat bahawa Cikgu


Sha'ari patut mengetepikan masalah peribadi yang
mengguna alasan sakit perut untuk ponteng mesyuarat

tersebut seperti dalam gambar 5. Dia


sepatut Gambar 3 Cikgu
mengetepikan segala urusan peribadi sebelum mesyuarat. Sha'ari mengadu sakit
perut sehingga tidak
Seorang guru yang profesion dengan sepatutnya dapat boleh duduk dalam bilik
menyelesaikan masalah peribadi dengan lebih baik mesyuarat.
daripada golongan bukan profesion. Dia menunjukkan akauntabiliti yang kurang
memuaskan kerana hasil kerjanya diragui dan tidak menepati tahap piawai yang
dikehendaki. dan tidak berusaha untuk membaiki mutu kerjayanya di sekolah. Cikgu
Sha'ari sebagai seorang penjawat awam tidak boleh membelakangkan kewajipan
awamnya atau berkelakuan yang boleh diertikan sebagai tidak berakauntabiliti.
Seorang guru tidak boleh membenarkan kepentingan persendirian bercanggah
dengan akauntabiliti awamnya. Ini penting untuk menentukan setiap guru benar-
benar melaksanakan akauntabiliti sebagai pemegang amanah negara dan rakyat.

Tambahan pula, Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan


kemahiran pada seseorang guru yang selain daripada mengajar ada mempunyai
pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar
sekolahnya. Disebabkan setiap kali mesyuarat, Cikgu Sha'ari pasti ada alasan
tersendiri untuk terlepas dari hadir ke mesyuarat sekolah. Oleh itu, rakan sejawat
mempunyai tanggungjawab untuk menasihat dan menegur Cikgu Sha'ari sikap
ponteng mesyuarat dengan mengunakan kepakaran dan kebolehan bagi
mempengaruhi Cikgu Sha'ari.

Bukan itu sahaja, peranan Guru Besar sebagai "Leadership Developer" dan
wajar membina kepimpinan guru secara bersengaja dan sistematik. Oleh itu saya
bercadang kepada Encik Basar mengenai Teori Kepimpinan Mengikut Situasi
terhadap Cikgu Sha'ari. Teori ini bermula dengan anggapan bahawa keadaan yang
berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan ingin
diwujudkan. Cadangan teori kepada Guru Besar berdasarkan rasional ialah
kepimpinan yng berkesan akan bukan sesuatu yang nyata dan boleh wujud tersendiri
dengan bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor lain
berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi.
Contohnya, Encik Basar merujuk kepada Cikgu Sha'ari dan guru-guru lain masa
yang sesuai sebelum menetapkan mesyuarat , sekira tidak hadir sebanyak 3 kali
surat amaran dan tindakan yang lanjut patut diambil keatas guru tersebut agar
tindakan ini dijadikan iktibar kepada guru-guru lain.

Walau bagaimanapun, semua cadangan mempunyai kekuatan dan


kelemahan tersendiri. Tidak ada satupun yang sempurna. Namun cadangan-
cadangan boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru dalam pengendalian apa-apa
aktiviti dalam sekolah agar kewibawaan profesion guru dapat dimartabatkan dan
disanjungi oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai