Anda di halaman 1dari 15

PEMARKAHAN 1. 2. 3.

TUGASAN 2 TUGASAN 3 FORUM JUMLAH

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH


TAJUK

TUGASAN 3 (KAJIAN KES)


KUMPULAN

B06(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON 0136329970

SYARANI BINTI MD SARIFF D054865@siswa.upsi.edu.my Syani1410@gmail.com

D2011054865

NAMA TUTOR E-LEARNING: HJ MD NOOR BIN SAPER mnur@upsi.edu.my

TARIKH SERAH: 30 April 2012

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0

PENDAHULUAN LATAR BELAKANG GURU MASALAH YANG DIKENALPASTI 3.1 PERIHAL KES 3.2 MASALAH TINGKAH LAKU 3.3 JUSTIFIKASI MASALAH-MASALAH TINGKAH LAKU KES BERDASARKAN ETIKA DAN STANDARD GURU. 3.4 PERKEMBANGAN MASALAH TINGKAH LAKU KES SECARA KRONOLOGI.

2 3 3-8

4.0

ANALISIS MASALAH BERDASARKAN TEORI 4.1 PILIHAN TEORI 4.2 RASIONAL TEORI MASLOW DIPILIH 4.3 ANALISIS MASALAH TINGKAH LAKU.

8-12

4.4 KESAN KESAN TERHADAP MENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.0 CADANGAN PELAN TINDAKAN 6.0 RUMUSAN 12-13 13-14

7.0 RUJUKAN

15

1.0 Pengenalan Dewasa ini para pendidik memainkan peranan penting didalam merealisasikan aspirasi Negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan Negara. Pendidikan juga merupakan salah satu faktor penting dalam mencapai misi nasional.

Guru adalah merupakan ejen keberkesanan kepada pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Guru telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi dan berusaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Pendidik dari kaca mata islam merupakan murabbi, mualim, muaddib, alim atau ulama. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaraan pada diri sendiri malah juga masyarakat tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilainilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama.

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion didalam dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabarannya. Para profesion telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari semasa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu simposium mengenai Pendidikan Universiti dan laporan Carr-saunders. Didalam symposium tersebut membincangkan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan diadakan (Lim Tay Boh 1948). Diantara perkara utama yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat didalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.

Malangnya kebelakangan ini pelbagai isu berkaitan permasalahan dalam bidang berkaitan pendidikan sering dipaparkan di dada akhbar. Fenomema ini berlaku kerana sekolah dilihat dari beberapa aspek yang amat berkait rapat dengan masyarakat. Bebarapa isu yang

diutarakan diatas berkaitan pengurusan hal ehwal murid-murid, kurikulum, kokurikulum, kewangan dan kakitangan sekolah terutama guru-guru.

Contohnya isu salah laku kakitangan sekolah terutamanya guru. Masalah yang sering dikaitkan dengan guru ialah mengenai salah laku guru dilaporkan media, termasuk kes guru menghadapi pertuduhan mencabul pelajar, ditahan kerana disyaki menghisap dadah dan seorang guru wanita didakwa mengetuk kepala pelajarnya dengan kasut tumit tinggi, kecelaruan emosi seperti tekanan perasaan berkaitan bebanan kerja, masalah rumah tangga dan lain-lain dan hubungan dengan rakan sekerja.

2.0 Subjek Kajian

Nama Jantina Asal Umur Bangsa Agama Tempoh Mengajar Subjek mengajar Gred Jawatan Status Tempat Mengajar

: : : : : : : : : : : :

Mohd Malik ( bukan nama sebenar) lelaki Kuala Selangor 40 tahun Melayu Islam 19 tahun Agama Islam GD41 Guru penolong Berkahwin dan memiliki 7 orang anak Sekolah Pokok Sena Rendang (bukan nama sebenar) 10 tahun

Tempoh berkhidmat :

3.0 Masalah yang dikenalpasti Poteng atau meninggalkan kelas mengajar

3.1 Perihal kes: Masalah ponteng kelas mengajar dikalangan guru-guru merupakan masalah yang utama dan kerap berlaku dikalangan guru-guru di sekolah. Masalah tingkah laku ini boleh dikategorikan sebagai tingkah laku delikuan kerana tingkah laku ini menyalahi etika keguruan. Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng di definisikan sebagai tingkah laku menipu
4

ataupun dalam kata lain ialah melarikan diri dari tanggungjawab, tempat bertugas dan sebagainya. Dalam konteks tingkah laku ini dalam profesion keguruan, menjadi kesalahan yang besar dan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana meninggalkan tugas secara sengaja untuk melakukan pekerjaan lain di dalam waktu pejabat.

3.2 Masalah-masalah tingkah laku yang dikenal pasti Malik (bukan nama sebenar) merupakan merupakan seorang guru agama. Beliau telah berkhidmat di sekolah tersebut selama 19 tahun. Beliau merupakan anak sulong dikalangan adik-beradik, isteriya tidak bekerja dan mempunyai anak yang ramai sebanyak 7 orang. Untuk menampung keperluan keluarga beliau menjalankan perniagaan kedai makan berdekatan dengan sekolah. Beliau mengajar pada sesi pagi.

Namun Ustaz Malik mempunyai satu masalah iaitu ponteng kelas mengajar. Menjadi satu rutin setiap pagi, lebih kurang dalam lingkungan pukul 9 pagi, beliau akan keluar dari sekolah untuk membeli keperluan kedai makannya seperti ikan dan sayur-sayuran. Selain itu juga beliau sering meninggalkan kelas kerana beliau tertidur dan dalam keadaan mengantuk disebabkan oleh berjaga pada waktu malam hari kerana menguruskan perniagaan kedai makan beliau. Beliau sering ponteng daripada mengajar. Menurut murid-murid dikelas yang diajarnya beliau jarang masuk ke kelas dan sering mengantuk sehingga mengabaikan pengajaran di dalam kelas terbabit.

Selain masalah tersebut Ustaz Malik mengalami tekanan perasaan kerana hubungan dengan guru-guru yang lain kurang mesra. Ustaz Malik sering menyendiri dan merendah diri kerana keadaan yang kurang terurus. Dalam keadaannya yang tidak terurus, Ustaz Malik kurang bersedia apabila ke kelas untuk mengajar. Beliau juga sering di marahi oleh guru besar kerana tindakannya. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak lagi berminat untuk mengajar. 3.3 Justifikasi masalah-masalah tingkah laku kes Ustaz Malik berdasarkan Etika dan Standard Guru. Pelbagai definisi etika telah diperolehi dari pelbagai sumber. Antaranya ialah seperti berikut: 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
5

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Etika profesional membawa maksud semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai , serta tingkah laku profesion dalam masyarakat . Manakala etika perguruan merujuk kepada satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan

negara, pelajar , rakan sejawat serta dan ibu bapa pelajar . Seharusnya sebagai seorang guru, Ustaz Malik tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan hilang kepercayaan ibubapa, rakan sejawat dan para pelajar terhadap profesion perguruan. Dalam kes ini, sudah tentu para pelajar terabai pelajaran pendidikan Islam mereka di sekolah disebabkan sikap Ustaz Malik yang ponteng dan tidur di dalam kelas. Manakala, Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan) (www.moe.gov.my). Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan pada masa akan datang. Dalam kes ini didapati Ustaz Malik juga tidak jujur sebagaimana etika seorang guru yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.edu.my) di mana seorang guru hendaklah jujur dalam melaksanakan tugas beliau. Tambahan pula sifat jujur sangat di tuntut oleh Agama Islam itu sendiri dan sebagai ustaz, sepatutnya Ustaz Malik jelas akan nilai jujur ini. Walaupun tindakan beliau mungkin tidak diketahui oleh orang lain, tetapi Allah SWT maha mengetahui tentang tingkahlaku beliau selama ini. Jika dianalisa, etika guru mementingkan tanggungjawab utama guru ialah terhadap murid. Malahan, etika perguruan menekankan kepentingan murid/pelajar mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Kes Ustaz Malik ini terbukti beliau meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan murid/pelajar serta mengabaikan pembelajaran mereka di dalam kelas kerana selalu tertidur
6

dan mengantuk di dalam kelas. Sebagai seorang guru, beliau sepatutnya menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya dan memberi pengajaran dan perhatian untuk semua murid tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan. Tugas sebagai guru juga menekankan guru sebagai penggnati ibubapa kepada murid-murid di sekolah dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Ustaz Malik didapati gagal menjalankan tanggungjawab sewajarnya sebagai seorang guru di sekolah malah bersikap lepas tangan dan lebih mementingkan perniagaan peribadi sehingga melupakan tugas mendidik anak bangsa. Sebagai seorang guru, Ustaz Malik tidak harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat dan negara. Melihat kepada sikap beliau yang sambil lewa terhadap pembelajaran murid-muridnya, ternyata beliau merosakkan kepentingan murid yang dahagakan ilmu daripada beliau. Tentu sahaja ibubapa pelajar kecewa dengan sikap guru sebegini kerana mengabaikan pembelajaran anak-anak mereka sedangkan ibubapa telah meletakkan tanggungjawab itu kepada guru di sekolah untuk mendidik anak bangsa. Sikap Ustaz Malik ini tentu sahaja membantutkan perkembangan murid-muridnya untuk berkembang menjadi sebagai warganegara yang baik, taat dan berguna. 3.4 Perkembangan masalah-masalah tingkah laku kes anda secara kronologi.

Perubahan tingkahlaku Ustaz Malik di kesan sekitar tahun 2008 di mana guru besar telah menerima rungutan daripada guru-guru sekolah mengenai kelakuan Ustaz Malik yang sering dilihat meninggalkan kelas sekitar jam 9.00 pagi untuk membeli barangan basah bagi kedai makan beliau. Teguran daripada guru besar pada awal tahun 2009 telah berjaya merubah sikap dan tingkahlaku Ustaz Malik. Walau bagaimanapun, beliau hanya mampu berubah untuk jangka masa yang singkat dan kembali mengulangi perbuatan ponteng kelas pada pertengahan tahun 2009. Ini berikutan hanya beliau sahaja dapat membeli barangan keperluan kedai makan. Isteri beliau tidak dapat membantu disebabkan terpaksa menjaga anak yang masih kecil seramai 7 orang. Sekitar awal tahun 2010, para pelajar kelas pendidikan Islam telah mengadu kepada guru kelas mereka tentang sikap Ustaz Malik yang sering tidur di dalam kelas dan hanya memberi tugasan kepada pelajar tanpa membimbing mereka. Akibat daripada perbuatan ini, prestasi
7

kelas pendidikan Islam di bawah pengawasan Ustaz Malik telah mengalami kejatuhan prestasi yang teruk sehingga mendapat amaran keras daripada guru besar sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, Ustaz Malik masih lagi bersikap tidak acuh dan sambil lewa sehingga mengundang kemarahan guru besar. Malahan, guru besar telah memanggil Ustaz Malik dan memberi amaran agar beliau berubah sikap dan mengingatkan beliau tentang kepentingan mendidik anak bangsa. Beliau hanya berubah seketika dan kembali kepada sikap asal malahan semakin kerap ponteng kelas dan selalu tidur di dalam kelas. Beliau juga tidak bersedia untuk mengajar dan bersikap lepas tangan terhadap para pelajar. Rungutan para pelajar telah menjadi perkara biasa kepada beliau dan beliau bertindak memberi tugasan sahaja tanpa membimbing mereka. Oleh kerana sikap negatif beliau yang berterusan tanpa sedikit perubahan, guru besar telah mengambil tindakan dengan menghantar laporan kepada pihak Jabatan Pendidikan Daerah Selangor agar tindakan susulan dapat di ambil demi kepentingan anak bangsa dan juga sekolah. 4.0 Analisis kes secara teoritikal 4.1 Teori yang dipilih Pendekatan Humanistik (Teori Hierarki keperluan Maslow) 4.2 Rasional teori di pilih Kebiasaannya, individu cenderung untuk membuat penilaian terhadap dirinya berdasarkan kepada tanggapan dan layanan orang-orang disekeliling terhadap dirinya. Individu akan lebih berkeyakinan pada dirinya sendiri jika tanggapan dan layanan yang positif dan baik diberikan kepadanya. Di sini satu konsep kendiri akan terbina iaitu penilaian tentang diri sendiri dan akan mempengaruhi sikap, interaksi sosial dan juga personaliti seseorang. Seterusnya, ia juga mempengaruhi matlamat dan juga cita-cita seseorang dalam memenuhi kehendaknya. Pernyataan di atas sesuai dengan teori yang dikemukakan oleh Abraham Maslow (1970) iaitu Teori Hierarki Keperluan. Menurut Maslow (1970) dalam Azlina (2002), beliau mengkelaskan keperluan asas manusia kepada lima keperluan mengikut hierarki. Keperluan asas tersebut ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan juga peringkat yang tertinggi iaitu kesempurnaan kendiri. Teori Hierarki Keperluan Maslow menekankan komponen keperluan asas seseorang individu
8

yang perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan kasih sayang sebelum memenuhi komponen keperluan yang lebih tinggi iaitu penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Seseorang individu akan mempunyai konsep kendiri yang positif jika individu tersebut telah mencapai kesempurnaan kendiri. Keperluan asas perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum mencapai tahap kesempurnaan kendiri.

Teori ini dipilih adalah kerana teori ini berpadanan dengan kes diatas. Teori ini melihat manusia dengan pandangan optistik, ia menekankan terhadap kesihatan psikologi

berbanding penyakit, tentang perkembangan manusia berbanding kejumudan, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia. Setiap individu memiliki kebebasan, dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu untuk mencapai kesempurnaan dan dapat mencapai kesempurnaan dan dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar.teori ini juga percaya bahawa keperluan adalah diwarisi tetapi tingkahlaku untuk mencapainya adalah dipelajari. Oleh itu keperluan manusia adalah universal dan berbeza antara satu sama lain kerana tingkahlaku ini dipelajari. Maslow menghuraikan ada lima keperluan asas manusia yang akan mempengaruhi dan mengarahkan tingkah laku manusia.Antaranya ialah Keperluan fisiologi Keperluan keselamatan Keperluan kasih sayang Keperluan harga diri Keperluan kesempurnaan kendiri.

Keperluan-keperluan ini disusun mengikut urutan dari keperluan yang paling kuat (utama) kepada keperluan yang lemah. Keperluan diperingkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang lebih tinggi di beri keutamaan. Warisan manusia pada dasarnya adalah baik, tetapi beliau juga tidak menafikan akan wujudnya kejahatan. Tetapi kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupan tetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna.

4.3 Analisis masalah kes berdasarkan teori Seperti didalam kes ini . Ustaz Malik seorang yang tidak bertanggungjawab dan sering meninggalkan kelas dan menjalankan aktiviti di luar sekolah. Beliau sering mengambil jalan mudah tanpa rasa bersalah kepada murid-murid. Dalam kes ini, ustaz Malik telah membina tanggapan beliau gagal melaksanakan tangungjawab pada keluarga dan bersungguh-sungguh dalam mencari pendapatan yang lebih pada keluarganya sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain. Menurut Maslow, penyebab kegagalan manusia tidak mencapai kesempurnaan kendiri adalah semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hierarki, semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya. Sebagai contoh krisis kewangan dalam rumah tangga yang semakin terbeban, maka keperluan fisiologi akan semakin dipentingkan dalam dalam kehidupan manusia berbanding dengan keperluan untuk mendapatkan kesempurnaan kendiri. Menurut Maslow Keperluan fisiologi merupakan keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu dan penghargaan kendiri merupakan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan dari orang lain, rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial. Keperluan penghargaan kendiri ini dapat dibahagikan kepada dua jenis: a. Penghargaan terhadap diri sendiri b. Penghargaan yang diberikan oleh orang lain atau dengan kata lain untuk mendapatkan pengiktirafan daripada orang lain.

Keperluan penghargaan diri ini dapat di penuhi dengan sebaiknya dan ia boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif. Keperluan untuk mendapatkan penghargaan dari orang lain diperlihatkan dari keperluan untuk mendapatkan kemasyuran, pengikhtirafan, penghormatan dan sebagainya. Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Malik seperti ustaz malik yang merendah diri, lemah semangat, hilang rasa tanggunjawab dan mengambil jalan mudah dengan ponteng kelas mengajar.

10

4.4 Kesan terhadap Pengajaran dan pembelajaran 4.4.1 Tanggungjawab kepada murid-murid. Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid daripada halhal yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani,mental,emosi, politik, social, keturunan dan agama. Guru juga mestilah mempunyai perwayakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada murid-murid. Guru tidak harus mengajar murid-murid semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Dalam kes Ustaz Malik telah mengabaikan tanggungjawabnya. Dimana tindakan beliau tidak masuk kekelas akan memberi kesan yang besar kepada murid-murid. Proses P&P tidak dapat dijalankan.Murid-murid mengambil kesempatan keatas ketidak hadiran guru didalam kelas.Suasana kelas menjadi bising. Masalah- masalah yang lain akan timbul seperti berlaku pergaduhan , murid-murid berkeliaran di luar kelas. 4.4.2 Tanggungjawab terhadap rakan sejawatan. Seseorang guru mestilah menjalinkan hubungan yang baik sesama guru .disamping itu guru mestilah berkerjasama apabila diberi sesuatu tugasan. guru mestilah menghormati antara satu sama lain.beliau juga sentiasa bersedia membantu rakan sejawatan terutamanya guru-guru yang baru berpidah masuk kesekolah itu. Guru juga wajib mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Ini jelas, didalam kes ini ustaz malik tidak menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan sejawatannya.Ini menyebabkan kesan keatas dirinya yang merasa di sisihkan oleh rakan sekerja. Rakan rakan sejawatan tidak mengetahui apa masalah yang dihadapi dan tidak dapat menolongnya. 4.4.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik Negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun negara. Memupukkan sikap dalam diri murid-muird dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
11

berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaaan kebudayaan keturunan dan agama.Murid-murid juga mestilah menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai penduduk Negara.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat. Begitu juga dalam kes Ustaz Malik , kesan dari sikap Ustaz Malik itu, beliau sebenar telah hilang rasa tanggungjawab terhadap negara dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan para pelajar. 4.4.4 Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Ustaz Malik telah diberikan tanggungjawab untuk membimbing anak bangsa dalam pendidikan Islam oleh ibubapa secara khusus apabila beliau ditugaskan untuk mengajar subjek berkenaan. Akan tetapi beliau telah mengabaikannya semata-mata untuk memenuhi keperluan peribadi beliau yang mencari wang tambahan untuk keluarga yang besar. Beliau sepatutnya sedar akan akibatnya mengabaikan tanggungjawab ini. Para pelajar yang dahagakan ilmu pasti akan menceritakan tingkahlaku beliau kepada ibubapa dan ini akan mengundang rasa tidak puas hati ibubapa terhadap sikap beliau. Ini boleh mengakibatkan rasa tidak puas hati ibubapa terhadap sekolah juga sekiranya guru besar tidak mengambil langkah segera memandangkan ini melibatkan kepentingan pendidikan terhadap para pelajar bukan untuk masa sekarang tetapi juga masa hadapan. 5.0 Cadangan pelan tindakan untuk membantu membentuk semula sikap dan sahsiah Ustaz Malik.

Ustaz Malik seharusnya diberikan kaunseling secara berkala untuk mengenalpasti perubahan sikap beliau dan mencari jalan penyelesaian agar para pelajar, pihak sekolah dan ibubapa mendapat manafaat sebaik mungkin sekiranya Ustaz Malik dapat menabur bakti kepada anak bangsa.

Rakan sejawat juga sewajarnya memainkan peranan dengan menasihati dan mengingatkan Ustaz Malik tentang tanggungjawab beliau terhadap sistem pendidikan negara. Rakan sejawat beliau seharusnya mengelakkan sikap menunding jari semata-mata. Ini kerana Ustaz Malik akan menjadi bosan untuk ke sekolah dan ini akan mengakibatkan para pelajar semakin tercicir dalam pelajaran pendidikan agama Islam. Ini akan merugikan banyak pihak.

12

Pendekatan agama sewajarnya di ambil dengan mengingatkan Ustaz Malik tentang peranan dan tanggungjawab beliau sebgaimana yang telah termktub dalam kitab suci Al-Quran dan Hadis Rasulullah tentang tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi dan betapa besar pahala pendidk sekiranya mereka ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.

Berdasarkan teori Maslow, kepentingan kasih sayang wajar diberikan perhatian. Kemungkinan juga perubahan yang dialami oleh Ustaz Malik disebabkan beliau terlalu mencari kesenangan untuk keluarga sehingga tidak mencapai rasa kasih sayang dalam diri dan terhadap orang lain terutama pelajar-pelajar beliau.

Disamping itu, Bahagian Pentadbiran sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah memainkan peranan supaya masalah ini tidak berpanjangan dan isu ini dapat diselesaikan. Tindakan seperti surat amaran, bersemuka dan juga tindakan potong gaji mungkin membei kesan kepada Ustaz Malik untuk berubah.

Pihak sekolah juga patut mewujudkan satu sistem penilaian terhadap tingkahlaku guru di sekolah dengan memasukkan elemen sosial, ilmu pengetahuan dan kecendurungan guru terhadap pembelajaran di ambil kira. Kaji selidik sewajarnya dilakukan dikalangan para pelajar untuk menilai prestasi guru pada pandangan murid. Ini kerana para pelajar berdepan dengan guru-guru mereka dalam tempoh yang lama dan sewajarnya mereka dapat mengesan perubahan sikap guru terbabit.

6.0 Rumusan. Secara keseluruhan, perubahan sikap guru sepatutnya diambil tindakan awal bagi mengelakkan masalah yang lebih besar lagi dikemudian hari. Ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pelajar, malahan membawa kerugiaan kepada ibubapa, guru-guru yang lain dan juga kepada negara.

Dalam kes ini, tindakan sewajarnya patut di ambil segera bagi memperbaiki sikap dan perubahan Ustaz Malik. Beliau sewajarnya diberi peluang untuk memperbaiki diri dan berubah. Tindakan buang kerja boleh mendatangkan banyak masalah bukan sahaja kepada sekolah tetapi kepada keluarga beliau memandangkan beliau merupakan pencari rezeki untuk keluarga yang agak besar
13

Namun, sekiranya beliau masih berdegil dan tidak mahu berubah setelah peluang diberikan kepada beliau, tindakan keras patut diambil bagi menjaga kepentingan anak bangsa. Menjaga kepentingan seorang guru yang mengabaikan tanggungjawabnya adalah tidak wajar dan tidak adil kepada guru-guru lain yang begitu dedikasi dalam melaksanakan tugas. Ini juga boleh mengundang rasa tidak puas hati dikalangan guru terbabit.

Rumusannya, masalah disiplin patut ditangani secara berhemah agar perubahan yang positif dapat menbantu membina keyakinan guru dan pelajar itu sendiri dan menjamin kepentingan pendidikan anak bangsa di masa hadapan.

14

Rujukan A Symposium on the Carr-Saunders Report on University Education in Malaya. Diedit oleh Lim Tay Boh (1948) Lee Shok Mee ( 1994). Asas Pendidikan 2 Psikologi dalam bilik darjah,Subang Jaya,Selangor. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (2002) Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, (1995) Kamus Oxford (1994) Laman Sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, akses pada 24 April 2012 di www.moe.gov.my.
Azlina Abu Bakar (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Rahmattullah Khan Sbd Wahab Khan( PhD), Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (PhD),Pembangunan Sahsiah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, tanjung Malim (2011)

15

Anda mungkin juga menyukai