Anda di halaman 1dari 14

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

TUGASAN 3 (ANDA DIKEHENDAKI MEMBUAT KAJIAN KES TENTANG SEORANG GURU BERMASALAH DI SEKOLAH

KUMPULAN:-

PHG04
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

ZAFIDA BT ZAINAL ABIDIN

D20112053426

0199513972

TUTOR E-LEARNING :

NUZSEP ALMIGO

TAJUK KAJIAN KES : GURU BERMASALAH DI SEKOLAH

1.0

PENGENALAN

Profesion keguruan adalah profesion yang dipandang mulia oleh masyarakat.Martabat guru dan keguruan bukan terletak atau meminta orang lain memberi pengiktirafan tetapi kita sebagai seorang guru yang boleh berusaha ke arah itu. Datuk Dr Noor Azmi Ibrahim memberi padanagn bahawa imej keguruan akan lebih sempurna apabila guru-guru mahir dalam perkara berkaiatan kaedah pedagogi.Jika guru mengusai kemahiran konseptual,interpersonal dan teknikal maka ini akan memartabatkan dan memulihkan imej profesion keguruan ini.Jika kaum guru berjaya menghayati tiga aspek ini adalah tidak mustahil kaum guru akan menjadi kumpulan pemikir yang sentiasa menjadi rujukan masyarakat seperti satu masa dahulu. Di zaman ICT ini,ramai guru tidak melambangkan ciri-ciri seorang guru yang unggul melalui sikap atau karenah yang mereka lakukan contohnyatidak mematuhi standard kualiti kerja,sikap keilmuan yang dangkal serta tidak fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle menyebut; "Kebanyakan sekolah mempunyai guru-guru yang cemerlang, setengahnya guruguru 'mediocre', dan setengahnya pula mempunyai guru-guru yang tidak termasuk ke dalam profesion tersebut." Ertinya di samping terdapatnya guru-guru yang memang cemerlang namun sekolah-sekolah kita tetap mempunyai guru-guru bermasalah, guru-guru yang 'burnt-out', guru-guru yang 'sakit mental', dan paling memalukan terdapatnya segolongan guru-guru yang 'tidak boleh digelar guru' langsung dan seribu satu macam lagi. Apakah gejala-gejala negatif ini bukan penyebab kepada kemerosotan nilai dan imej kaum guru di mata masyarakat?

Guru bermasalah di sekolah akan memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk tingkah laku bagi menghasilkan insan yang sempurna di dalam modal insan.Mohad Nazar Mohamad( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan seseorang.

2.0

MAKLUMAT PERIBADI

a) Nama Subjek b) No.kad pengenalan c) Umur d) Jantina e) Agama f) Tarikh Lahir g) Tempat Lahir h) Alamat Rumah

: Noraini binti Kassim : 830819-03-5777 : 29 tahun : Perempuan : Islam : 19 Ogos 1983 : Bachok Kelantan : No. 263 Jalan Bahagia,Desa Raya, 26700 Muadzam Shah

3.0

MAKLUMAT KELUARGA a) Nama Bapa b) Umur c) Pekerjaan d) Nama Ibu e) Umur f) Pekerjaan g) Nama Suami h) Nama Adik beradik : Kassim bin Ismail : 57 Tahun : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Norizan binti Nordin : 56 Tahun : Guru Bahasa Inggeris : Ahmad Baharuddin bin Zainuddin : Norhafizah bt Karim ( Doktor di Hospital HTTA Kuantan Pahang) Ahmad Zamri bin Karim ( Penyelia Risda ) Nor Jannah bt Karim ( UITM Shah Alam ) Abdul Qayyum b Karim ( UIA Pahang )

4.0

MAKLUMAT AKADEMIK / IKHTISAS a) Sekolah Rendah b) Sekolah Menengah c) Universiti : SK Bukit Redang,Muadzam Shah : SMK Sri Muadzam,Muadzam Shah : UITM Shah Alam,Selangor-Sarjana Muda Sains Makanan d) Institut Perguruan : Institut Perguruan Kuala Terengganu,Terengganu. Diploma Pendidikan Bahasa Melayu.

5.0

MASALAH YANG DIKENAL PASTI Noraini bt Kassim merupakan anak pertama bagi pasangan guru.Bapanya merupakan

Guru Besar di sekolah yang berdekatan dengan sekolah beliau mengajar.Ibunya pula seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah yang juga berhampiran dengan

sekolahnya.Noraini berkelulusan Sarjana Muda Sains Pemakanan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam,Selangor.beliau baharu sahaja mendirikan rumahtangga.Suaminya bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Kuantan,Pahang.Buat masa ini,beliau masih tinggal bersama kedua orang tuanya.Apabila hari minggu,beliau akan pulang ke Kuantan. Noraini mula bertugas di SK Bukit Redang pada tahun 2008.Ketika itu beliau menjadi guru sandaran tidak terlatih.Pada tahun 2009 beliau mendapat tawaran memasuki Maktab Perguruan Terengganu selama 1 tahun setengah dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan Kursus Lepasan Ijazah(KPLI).Pada pertengahan tahun 2011,beliau mula berkhidmat sepenuhnya di SK Bukit Redang. Di dalam bidang kurikulum Noraini diberi mandat memegang jawatan Guru Kelas Tahun 3 Anggun ,Guru Bahasa Malaysia Tahun 2 dan Tahun 3.Di dalam bidang ko kurikulum,Noraini memegang jawatan Guru Pembimbing Kadet Tunas Remaja Sekolah dan di dalam bidang hal Ehwal Murid pula,Noraini memegang jawatan Guru SMM. Masalah Noraini mula ketara sejak dia mula menjadi guru tetap.Beliau mula menunjukkan kurang komitmen terhadap kerja yang diberi.Banyak tugasan yang tidak dapat dia selesaikan seperti menyiapkan data SMM.Apabila GPK HEM menegur sikapnya,dia melibatkan bapanya untuk mempertahankannya dengan cara bapanya akan menelefon ke sekolah dan mengarahkan GPK tersebut tidak memberi tugasan tersebut kepada anaknya.

Noraini juga selalu lewat datang ke sekolah,lambat masuk ke kelas tetapi cepat keluar kelas walaupun ketika itu proses pengajaran dan pembelajaran belum berakhir lagi.Dia kurang berminat untuk mengajar.Dia selalu membawa murid ke makmal komputer untuk kepentingan dirinya. Di waktu proses pengajaran dan pembelajaran,dia lebih suka membawa murid ke makmal komputer dengan alasan ingin menggunakan kemudahan ICT,Namun apabila ditanya kepada murid apakah yang telah mereka pelajari,murid menyatakan mereka bermain game dan cikgu melayani facebook. Setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripadanya.Dia tidak suka diarah oleh mana-mana guru. Dia juga selalu tidak menghadirkan diri waktu ko kurikulum. Dari segi penampilan,Noraini terlalu obses dengan perkembangan fesyen

menyebabkan pakaian yang dipakai ketika di sekolah agak kurang sesuai dan keterlaluan kerana pakaian tersebut lebih sesuai pergi ke majlis-majlis tertentu.

6.0

JUSTIFIKASI MASALAH BERDASARKAN ETIKA DAN STANDARD GURU

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,etika bermaksud satu sistem dasar akhlak,adat atau tingkah laku atau kesusilaan.Dari perspektif islam,etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.Etika perguruan pula bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,pelajar,rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Standard pula bermaksud sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur ( Kamus Dewan,2010). Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Antara aspek-aspek yang terkandung di dalam etika perguruan ialah

profesionalisme,integriti,kejujuran,intelektual,neutraliti,akauntabbiliti,berpakaian,berbahasa, pengurusan masa dan ketetapan waktu dan membuat keputusan.

Standard Guru Malaysia mempunyai tiga domain utama yang perlu seorang guru patuhi.Domain yang pertama ialah domain diri,ia merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang boleh memberi sumbangan kepada profesion keguruan.Contohnya,kepercayaan kepada Tuhan,amanah,ikhlas,berilmu,berkasih sayang,sabar berbudi bahasa,adil,bertimbang rasa,daya tahan,kemahiran interpersonal dan intrapersonal,semangat sukarela dan efisien. Domain yang kedua ialah domain Profesion.Ia merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam kerjayanya.Antara nilai yang ditekankan seperti kecintaan kepada profesion ,berketerampilan,kerja berpasukan,proaktif,kreatif dan inovatif. Di dalam domain sosial pula,guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat.Contohnya nilai yang patut guru amalkan ialah keharmonian,kemahiran sosial,semangat bermasyarakat,patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Berdasarkan etika dan standard guru malaysia,jelaslah Noraini tidak mengamalkan etika perguruanyang seatutnya .Dia juga mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai Standard Guru Malaysia.Sebagai seorang guru,matlamat utama falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK) perlu disempurnakan.Bagi meyempurnakan hasrat FPK ini,guru memikul tanggungjawab yang berat untuk mencurahkan ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah murid.Di dalam kes ini,nyatalah Noraini tidak profesional dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru.Dia lebih mementingkan dirinya daripada profesion

perguruannya.Contohnya dia tidak mahu menjalankan tugasnya sebagai seorang guru data sekolah,memberi banyak alasan ketika diberi tugasan dan menunjukkan sahsiah yang kurang baik separti lewat datang ke sekolah.Untuk menjadi seorang guru yang profesional,seseorang guru itu haruslah menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran,pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah,1998). Seorang guru bukan sahaja mesti berkemahiran mengajar serta mengembangkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid malah guru mesti mempunyai sikap,tingkah lakui dan disiplin diri harus dibantuk ke arah profesional.

Integriti merupakan antara aspek yang terdapat dalam etika guru. Mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, integrity ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; dan keutuhan. Dalam Bahasa Melayu integrity menjurus kea rah perwatakan seseorang.Kesimpulannya Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi yakni yang boleh dipercayai. Dalam permasalahan Noriani ,dia tidak jujur,tidak telus dan tidak ikhlas dengan rakan sejawatnya,di mana Noraini sanggup mengambil cuti yang panjang semata-mata mengikut perasaan yang di alaminya.Dia tidak memikirkan tentang rakan sejawat yang terpaksa mengganti tugasnya di dalam kelas. Merujuk kepada profesion keguruan ciri menepati masa terdapat dalam etika perkhidmatan awam.Menepati masa juga dicirikan sebagai perbuatan yang merangkumi menepati janji,mengurus masa dan guna masa sepenuhnya.Berdasarkan kes,Noraini juga tidak mengikut etika pengurusan masa yang betul.Dia selalu lewat datang kesekolah dan lambat masuk ke kelas.Kelewatan datang ke sekolah tidak menjadi kesalahan baginya,dia akan lewat masuk ke kelas dan keluar kelas sebelum waktu tamat tanpa rasa bersalah terhadap muridmuridnya. Peraturan pakaian guru di sekolah telah termaktub dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1985.Sebagai seorang penjawat awam guru mestilah mengikuti tatacara pemakaian yang sopan dan sesuai ketika di sekolah.Noraini selalu melanggar peraturan pakaian guru di sekolah.Dia selalu memakai pakaian yang agak keterlaluan dan tidak sesuai hingga menimbulkan kepelikan kepada murid-murid di sekolah.Apabila ada mesyuarat ataupun seminar,pakaian yang dipakai adalah jenis jeans ataupun baju T yang sendat.

7.0

HURAIAN MASALAH SECARA KRONOLOGI Permasalahan yang ditimbulkan oleh Noraini bermula dia mendapat jawatan guru

lepasan ijazah.Sebelum ini dia hanyalah seorang guru sandaran tidak terlatih di sekolah.Kurang komitmen terhadap profesion perguruan mula ketara pada awal tahun lagi apabila dia mula memegang jawatan di dalam beberapa bidang.Dia tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik dan meminta campur tangan bapanya untuk melarang majikan memberi tugasan padanya.

Pada pertengahan tahun,sikap ketidak profesionalismenya semakin ketara apabila .Dia selalu menolak jika diminta menghantar murid untuk aktiviti ko kurikulum dengan pelbagai alasan.Setiap minggu dia sering ponteng waktu aktiviti ko kurikulum.dia akan memberi alasan tertidur atau tidak tahu aktiviti ko kurikulum di adakan pada hari tersebut. Noraini juga sering lewat datang ke sekolah dan masuk ke kelas.Dia selalu membawa murid ke makmal komputer bagi mengambil kesempatan melayari internet untuk bercating bersama kenalan di facebook,sedangkan murid dibiarkan bermain sahaja di dalam makmal.Bukti dia berbuat demikian di dapati daripada murid-murid dan guru yang terserempak dengannya di makmal komputer.dia taidak akan mengikuti jadual kelas komputer yang telah disediakan.sekiranya dia tidak dapat memasuki makmal komputer dia akan membawa murid ke bilik akses pula. Penampilannya sebagai seorang guru,mula berubah apabila dia mula mendapat gaji.Dia mula berpakaian yang keterlaluan dan tidak sesuai untuk dipakai ke sekolah.

8.0

TEORI PILIHAN DAN TEORI REALITI

Di dalam kajian kes yang telah dibuat,saya memilih Teori Pilihan dan Teori Realiti sebagai teori pilahan saya.Saya memilih teori tersebut kerana ia amat bersesuaian dengan permasalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Teori ini di asaskan oleh william Glasser iaitu seorang pakar psikologi klinikal.Beliau mula mengaplikasikan teorinya ketika berada di California.Saya memilih teori ini kerana teori pilihan menrangakan bagaimana seseorang bagaimana seseorang individu itu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku sedemikian berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran,psikologi kawalan dalaman,dunia kualiti,keperluan asas,dunia pengertian,dunia sebenar,pengetahuan dan nilai,tingkah laku keseluruhan,sistem tingkah laku,identiti berjaya dan identiti gagal. Di dalam teori pilihan Glasser lebih menumpukan kepada masalah manusia berpunca daripada keperluan asas tidak dipenuhi.segala tingkah laku seseorang dipandu oleh keperluan asas seseorang.Menurut Glasser juga 80 % tingkah laku seseorang berdasarkan keinginan psikologi dan fisiologi.

Menurut Glasser (1986) Terdapat dua dorongan dalam setiap diri manusia iaitu dalam bentuk fisiologi dan psikologi.Fisiologi bermaksud manusia mempunyai keinginan dan kelangsungan hidup.Psikologi pula merujuk kepada rasa kepunyaan,kuasa,kebebasan dan keseronokan.Keinginan psikologi merangkumi seseorang yang memerlukan perhatian terutama kasih sayang,inginkan penghargaan,rasa dipunyai oleh keluarga atau majikan dan suka bersaing dengan orang lain. Fisiologi pula merujuk kepada kelangsungan hidup yang menyebabakan seseorang sanggup mengambil risiko untuk mencapai keinginan fisiologinya.Glasser (1965) mendefinisikan tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan manusia dan sanggup menghadapi rintangan untuk memenuhi keinginan tersebut. Sementara di dalam Teori Realiti ini lebih memfokuskan tingkahlaku.Apabila tingkahlaku berubah perasaan dan sikap juga akan berubah Mengikut Corey(1982) secara holistiknya,terapi adalah untuk membantu mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi keupayaan,kebebasan,berkuasa serta berseronok.

Terapi realiti menggunakan Sistem WDEP bagi digunakan untuk menyelesaikan maslah tingkah laku,iaitu ia membantu seseorang berubah dari aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu itu sendiri.Huraian bagi maksud WDEP ialah W bermaksud want,needs and perceptions(keperluan kehendak dan persepsi).D bermarujuk kepada direction and doing(terarah dan lakukan),E pula bermaksud evalution(penilaian) dan P pula merujuk kepada planning and commitment (pelan bertindak dan komited).

9.0

ANALISIS MASALAH BERDASARKAN TEORI Berdasarkan Teori Pilihan dan Teori Realiti,kitaa memilih untuk bertingkah laku

sebagaimana yang kita inginkan.Berdasarkan kes cikgu Noraini menunjukkan tingkah laku yang dipamerkan oleh dia adalah hasil daripada kehendak dirinya sendiri.Tingkah laku ini adalah hasil ketidakpuasan hatinya dengan pilihan kerjaya oleh bapanya terhadap nya.Memandangkan pada zaman teknologi ini,keperluan asas seperti wang amatlah penting untuk menjalani kehidupan harian.

Oleh kerana tidak mempunyai pekerjaan selepas menamatkan pengajian,dia terpaksa menurut kehendak bapanya untuk menceburkan diri dalam profesion perguruan bagi menggelakkan tidak mendapat pekerjaan .Ini menyebabkan dia merasa bosan dan kurang berminat dengan tugasan yang di beri. Oleh kerana keperluan asas tidak dapat dipenuhi,Cikgu Noraini terpaksa menerima kerjaya yang kurang diminatinya. Cikgu Noraini meminta bapanya menyelesaikan masalahnya di sekolah adalah kerana dia memenuhi kehendak fisiologinya yang masih bergantung hidup dengan ibu bapanya atau dengan kata lain,beliau rasa ingin selamat.Ini menunjukkan dia masih terlalu menginginkan perhatian lebih daripada bapanya. Sikap cikgu Noraini yang selalu ponteng waktu ko kurikulum dan suka mengingkari arahan kerana dia gagal memahami dunia sebenar ,Cikgu Noraini mempunyai pengetahuan yang cetek tentang etika perguruan.memandangkan kursus perguruanya hanyalah selama satu setengah tahun menyebabkan dia masih belum memahami sepenuhnya etika perguruan ditambah pula kurang minat terhadap profesion perguruan. Sikap cikgu Noraini yang selalu lewat datang ke sekolah dan masuk ke kelas berpunca daripada sikapnya yang lebih suka bebas melakukan apa saja tanpa mengikut peraturan yang disediakan.Dalam Teori Pilihan ada menyatakan manusia mempunyai keinginan untuk memilih apa saja sewajar untuk dirinya. Kesukaannya melayari internet boleh dikaitkan dengan keperluan terhadap keseronokan.Cikgu Noraini sanggup memenuhi fisiolaginya untuk berseronak tanpa memikirkan tanggungjawabnya terhadap murid-murid. Keperluan hidup yang semakin meningkat dan mengikut arus permodenan yang terkini menyebabkan Cikgu Noraini sanggup bersaing dengan rakan sejawat dari segi penampilan agar dia sentiasa terkini berbanding rakan-rakannya yang lain.Rasa ingin dihargai mendorong Cikgu Noraini sanggup berhabisan duit untuk melaram di sekolah.Tuntutan fisiologi menyebabkan dia berani menanggung rosiko berpakaian yang keterlaluan tersebut.

10.1

PELAN TINDAKAN

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Cikgu Noraini,beberaa cara yang di atur untuk membantu membentuk semula sikap dan sahsiahnya.semua pihak perlu bekerjasama bagi membentuk semula sahsiah guru ini.Antara pihak yang bertanggungjawab ialah majikan ,rakan sekerja dan ahli keluarga. Guru-guru yang sealiran dengannya atau penyelaras tahun perlu memberitahu kepada Guru Besar tentang permasalahan beliau.Guru Besar akan memanggil penyelaras tahun,Guru penolong Pentadbiran,Guru Penolong Hal Ehwal murid ,Guru Penolong Ko Kurikulum dan Kaunselor akan berbincang dan mengumpul segala maklumat yang didapati dan mengambil beberapa langkah untuk membantu nya. Sebagai seorang pentadbir,Guru Besar hendaklah selalu memantau kad perakam waktu,menyelia proses pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas.Guru besar juga perlu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh guru ini.Guru besar perlu wujudkan suasana gembira ketika di sekolah dengan mengurangkan tekanan kepada Cikgu Noraini. Bagi mengelak daripada ketidak hadiran waktu ko kurikulum Guru Besar dan GPK Ko kurikulum hendaklah memberi jawatan penting di dalam aktiviti yang di jalankan seperti jurulatih bola jaring,meminta beliau menjadi penyelaras kepada sesuatu aktiviti dan diberi penghargaan setelah selesai tugas dijalankan.Penghargaan ini boleh berbentuk sijil penghargaan atau kata-kata pujian di dalam mesyuarat.Mengikut teori Glasser,individu suka kepada penghargaan dan perhatian daripada majikan.Keadaan ini akan menimbulkan semangat untuknya terus mengubah tingkah lakunya apabila dia rasa dihargai dan dipercayai. Rakan sekerja juga salah satu cara bagaimana untuk membantu Cikgu Noraini mengubah sikapnya.Cari rakan sejawat yang rapat dengan Cikgu Noraini dan meminta beliau menjadi pendamping kepadanya agar sekiranya Cikgu Noraini ada permasalahan dia boleh merujuk kepadanya.Sebagai seorang pekerja (guru),mereka lebih selesa berbincang bersama rakan sekerja berbanding pegawai atasan mereka. Perasan dan emosi negatif, jika dipendamkan tanpa dapat disalurkan secara positif akan membuat pegawai mengalami kemurungan dan kecelaruan fikiran. Tindakan seperti itu bukan boleh menyelesaikan masalah pegawai tersebut, tetapi sekurang nya pegawai tersebut telah mempunyai rakan sekerja untuk berkongsi masalahnya. Dengan perkongsiaan, sekurang-kurang dapat melegakan emosi pegawai tersebut, pegawai boleh celik akal, memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi. 10

Selain daripada itu,rakan sejawat boleh selalu bertanya khabar dan boleh ingat mengingati antara satu sama lain. Dalam keadaan ini,berdasarkan Teori Pilihan dan Teori Realiti, seseorang individu amat memerlukan perhatian dan kasih sayang.Melalui perhatian dan kasih sayang akan mewujudkan sifat yakin pada diri dan lebih bersemangat untuk memajukan diri. Bagi masalah,datang lewat dan lambat masuk ke kelas,tindakan yang boleh di ambil ialah,Guru Besar boleh mengadakan Anugerah Kehadiran Guru dan Staff Terbaik setiap bulan.Anugerah seperti ini,sedikit sebanyak memberi motivasi kepadanya untuk datang awal ke sekolah.Tindakan yang boleh diambil berkaitan dengan masalah kelewatan masuk ke kelas boleh dicadangkan supaya ketua atau penolong kelas berperanan untuk mencari dan memanggilnya masuk ke kelas mengikut waktu yang telah ditetapkan. Antara cara yang boleh dilakukan terhadap Cikgu Noraini yang terlibat didalam penyalahgunaan masa adalah dengan membimbing dirinya mendekatkan diri kepada Allah.Rakan sejawat yang akrab dengan hendaklah sentiasa mengajarnya sentiasa muhasabah diri tentang apa yang dilakukannya. Begitu juga dengan masalah pemakaian pakainnya yang agak keterlaluan.Tindakan yang boeh diambil adalah berpandukan etika perguruan dan panduan pakaian dalam agama islam .Cikgu Noraini perlu di dedahkan dengan pakaian yang betul .Dia perlu dipuji dengan kata-kata pujian dan rangsangan apabila memakai pakain yang betul.Pujian amat penting di dalam teori Pilihan. Tindakan yang terakhir sekiranya Cikgu Noraini tetap tidak mengubahnya sikapnya,Dia perlu dirujuk kepada Guru Kaunseling untuk mengatasi tingkah laku negatifnya.

11

10.0

KESIMPULAN Kesimpulan daripada kajian kes di atas,mengikut Teori Pilihan Dan Realiti,individu bermasalah kerana keinginannya tidak dapat dipenuhi.Kekurangan kasih sayang,setiap individu memerlukan penghargaan untuk memajukan diri atau mengubah diri mereka. Sekiranya kehendak atau keinginan tidak dipenuhi akhirnya diri kita akan mengawal tingkah laku kita sendiri.Masalah psikologi selalunya bermula dari maslah hubungan dengan manusia ataupun pencipta.Keperluan asas yang amat diperlukan oleh seseorang individu adalah menyayangi,ingin dimiliki,ingin penghargaan,ingin kebebasan ,ingin kegembiraan dan ingin terus hidup.Setelah kesemuanya ini dipenuhi baharulah seseorang individu itu akan berasa puas.

Namun begitu hanya dengan akal fikiran sahaja manusia boleh mengatasikelemahan dan melalui akal fikiran juga boleh menentukan baik buruk tingkah laku seseorang.

12

Rujukan: 1. http://eprints.utm.my/ 2. http://dukeamienerev.blogspot.com 3. mydiped2001.tripod.com/etikaguru.htm 4. ipik.edu.my/sgmdoc/latar_belakang.htm 5. http://www.moe.gov.my/tayang.php 6. Http://ms.wikipedia.org 7. www.scribd.com/doc/.../ETIKA-KEGURUAN8. www.slideshare.net/syazayasmin/profesion-guru 9. www.prestariang.com.my/.../download.php 10. mohdlin.blogspot.com/.../renungan-guru-bermasalah 11. amizax.wordpress.com/.../menanggani-masalah-dis.

Anda mungkin juga menyukai