Anda di halaman 1dari 19

PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES

(KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL)

1.0 PENGENALAN

Perubahan dasar dalam pendidikan di Malaysia menjadikan kerjaya guru semakin

mencabar dalam abad 21 ini. Sebagai nadi kepada semua pembaharuan dan perubahan

dalam pembangunan pendidikan berkualiti di Malaysia (KPM, 2013), guru

sentiasa mencari pelbagai pendekatan baharu dalam pengajaran demi

meningkatkan kualiti pendidikan. Guru memastikan hasil-hasil pembelajaran yang

maksimum kepada murid di sekolah (Nuraini Abu Bakar dan Zanaton Iksan, 2015)

untuk memastikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik,

menyeronokkan dan dapat merangsang minat murid untuk belajar (Rohani,Hazri dan

Nordin,2010). Pemantapan latihan pembangunan profesionalisme guru membolehkan

guru lebih kompeten dalam menjalankan tugas dan peranan mereka (BPG,2013)

kerana ini merupakan kaedah terbaik untuk meningkatkan keberkesanan

pengajaran guru seterusnya keberkesanan sekolah (Hussein Mahmood,2008).

Sehubungan dengan itu,Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) diperkenalkan oleh

BPG dalam Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan mulai tahun 2013.

Melalui KPP juga menjadikan guru belajar ilmu mengajar yang baharu dan memberi

nilai tambah kepada corak pengajaran lama bagi menghasilkan pengajaran yang lebih

berkesan dan berkualiti (Mazlina@SitiAishah, 2016).

Komuniti Pembelajaran Komuniti pembelajaran diandaikan sebagai pengalaman

harian para guru terhadap pembelajaran dan seterusnya membuat refleksi serta

perkongsian pengalaman (Buysse, Sparkman dan Wesley, 2003). Oleh itu,

komuniti pembelajaran yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

1
pembelajaran akan menambahbaikkan pengetahuan profesional dan meningkatkan

pembelajaran murid.

1.1 Kepentingan Professional Learning Communities (PLC)

Pada tahun 1997, Hord terlibat dengan kajian di bawah Southwest Educational

Development Laboratory (SEDL) telah mendapati sekolah yang berjaya

mempunyai ciri-ciri seiring dengan ‘learning organisation’ seperti yang

diperkenalkan oleh Senge (1990). Hasil kajian ini membawa satu model baru

kepada dunia pendidikan yang dikenali sebagai KPP, ‘Professional

Learning Communities’ (PLC) yang menggambarkan budaya pembelajaran

sepanjang hayat di sekolah. Hasil perbincangan Hord tersebut telah menjadi

salah satu asas pembentukan KPP. Seorang pembuat keputusan utama yang

mengawal organisasi adalah tidak mencukupi di sekolah hari ini. Semua ahli

dalam masyarakat mesti bekerja dengan berkesan ke arah matlamat yang sama.

Satu prinsip utama KPP adalah belajar bersama-sama dan bukan hanya

pengasingan. (Senge, 2000). Organisasi harus menjadi pasukan, bukannya

individu, yang dilihat sebagai unit pembelajaran utama. Belajar secara

berkumpulan membina penguasaan diri dan visi yang dikongsi bersama. Ini

mewujudkan gambaran yang penting kepada individu dan komuniti sekolah.

Guru yang kolektif dalam pembelajaran akan membuat keputusan yang baik

tentang perkara pembelajaran supaya proses pembelajaran menjadi lebih

efektif. Mereka digelar sebagai pengamal yang bertugas dalam komuniti yang

berprofesional dalam pembelajaran (Huffman J.B.& Hipp K.K., 2003).

2
Louise Stoll et al.(2006) bercadang keseluruhan komuniti sekolah perlu

bekerja dan belajar bersama untuk membuat perubahan, mencari kaedah

terbaik untuk memperkukuhkan pembelajaran pelajar. Kakitangan akan

digalakkan untuk mematuhi matlamat yang digariskan dalam kenyataan itu.

Amalan perkongsian visi adalah berkongsi gambaran masa depan yang

memerlukan komitmen yang sepenuhnya serta penglibatan berbanding dengan

hanya pematuhan. Sebagai guru, kapasiti guru meningkat dan mereka

membangunkan perasaan kejayaan. Mereka akan lebih memahami bahawa

kekuatan dan kemahiran mereka dapat mencapai matlamat mereka tidak akan

sampai dengan hanya bergantung kepada mereka sendiri.

1.2 Permasalahan Professional Learning Communities (PLC)

KPM telah berusaha untuk membuat peningkatan kualiti sekolah termasuklah

memperkenalkan KPP yang bertujuan menyediakan suatu persekitaran bekerja

secara kolaboratif kepada guru supaya mencapai prestasi yang lebih baik untuk

murid-murid mereka. Nolan (2009) menjelaskan, KPP berupaya mengurangkan

pengasingan guru (teacher isolation), peningkatan komitmen guru terhadap

misi dan matlamat sekolah, peningkatan strategi pengajaran dan pembelajaran

guru, peningkatan kepuasan kerja guru, semangat yang lebih tinggi dan

pengurangan kadar ketidak hadiran guru. Malahan banyak sekolah yang

berjaya mengamalkan KPP (Hanowar dalam Nolan, 2009). Permasalahan

pertama yang dilihat adalah tahap profesionalisme guru yang tidak berkembang

dan hanya bergantung kepada pengetahuan pedagogi yang sedia ada semasa

menjalani latihan perguruan untuk mendapat kelayakan mengajar tidak lagi

3
relevan pada masa kini. (Norhayati, 2009). Walau bagaimanapun, guru-guru

didapati masih cenderung untuk bekerja secara bersendirian dan jarang

mengamalkan budaya perkongsian pengalaman dan bahan pengajaran dengan

rakan sekerja mereka. Hal ini kerana, Nor Ashikin (2006) menegaskan bahawa

kekurangan perkongsian ilmu dan ketiadaan perbincangan tentang peningkatan

kemahiran mengajar dan bertindak bersendirian akan menyebabkan guru tidak

dapat meningkatkan kemahiran mereka dan sekaligus menjejaskan prestasi

murid. Guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terhad dalam

pengajaran dan menyebabkan tidak dapat menjana pembelajaran murid yang

menarik dan bermakna di dalam bilik darjah (Waters, 2009). Permasalahn ini

dibuktikan lagi dengan kajian yang telah dijalankan iaitu guru-guru berasa

sukar untuk berbincang dengan rakan sejawat tentang amalan pengajaran dan

pembelajaran mereka, baik dari segi penyediaan bahan, cara penyelesaian dan

pembuatan keputusan berkaitan amalan pengajaran (Teo Boon Hwa, 2011).

1.3 Kelebihan Professional Learning Communities (PLC)

Senge (1990) telah membuat kajian ke atas organisasi korporat yang berjaya

dan mendapati organisasi yang berjaya adalah organisasi yang membentukan

visi bersama dengan semua warga dan seterusnya warga organisasi

mengamalkan perkongsian visi dan nilai yang telah terbentuk. Akhirnya,

kajian Senge menamakan amalan tersebut sebagai organisasi pembelajaran

‘Learning Organisation’. Antara kelebihan PLC adalah tertumpu kepada

penambahbaikan pencapaian murid. Hasrat tersebut tercapai melalui

pengurusan bilik darjah yang berkesan khususnya pengajaran guru (Schmoker,

4
2007). Guru perlu berilmu dan berpengetahuan dalam memberikan penjelasan

yang baik bagi setiap huraian permasalahan pelajar supaya keyakinan pelajar

terbina untuk lebih cemerlang jika guru bersedia untuk membantu pelajar

(Abdull Sukor Shaari, 2010). Guru akan menerima sokongan untuk

meningkatkan latihan pembangunan profesional yang berterusan dari

pembimbing pedagogi yang dikenali sebagai SISC + (Pembimbing Pakar

Peningkatan Sekolah). Bantuan dan sokongan yang diterima melalui amalan

PLC memudahkan guru untuk berkongsi masalah dan mencari jalan

penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Guru dapat membuat refleksi

terhadap amalan pengajaran mereka, seterusnya meningkatkan hasil

pembelajaran. Pemimpin sekolah diberi kuasa mutlak untuk menguruskan

sekolah dan memastikan gabungan guru-guru interaktif dan pelajar yang aktif

berada di sekolah. Sekolahnya sebagai satu pusat komuniti yang dapat

memulakan semua aktiviti dan program ke arah transformasi pendidikan,

sekaligus dapat membuktikan bahawa pemimpin merupakan individu yang

bertanggungjawab untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang dinamik

kepada guru dan pelajar. ( Wise Christine, Stutchbury Kris & Cooke Carolyn,

2016)

2.0 TEORI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

2.1 Definisi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

KPP telah menarik perhatian penyelidik untuk menjalankan kajian menyusun

pengalaman amalan kepada teori yang dapat dipraktikan dan direalisasikan di

peringkat sekolah. Senge (1990) telah menyifatkan pembelajaran berlaku

5
apabila ahli di dalam sesebuah organisasi berupaya membuat keputusan

yang diinginkan dengan melalui pembelajaran. Senge (1990) telah

menggariskan lima disiplin untuk mewujudkan sebuah organisasi

pembelajaran iaitu sistem pemikiran, penguasaan peribadi, model mental,

perkongsian pendapat dan pasukan pembelajaran. DuFour, R., Eaker, R. &

Many (2006) mengatakan bahawa ahli KPP harus berusaha untuk menambah

baik budaya pembelajaran sekolah serta pencapaian pelajar. Pengetua dapat

menambahbaik pencapaian murid-murid dengan menggalakkan para guru

bertugas dalam kumpulan yang bersifat kolaboratif. Hal ini telah disokong

dengan penyataan yang dinyatakan oleh Zuraidah Abdullah (2010) yang telah

menakrifkan KPP sebagai komuniti yang dapat melahirkan budaya belajar

untuk belajar. Guru belajar, murid-murid juga belajar. Keseluruhan komuniti di

sekolah sama-sama belajar (Sujirah Ibrahim, 2011). Oleh itu, KPP dapat

dirumuskan sebagai komuniti yang sentiasa beramalan kolaboratif dalam

usaha peningkatan pencapaian pelajar dan juga pembangunan sekolah.

Amalan kumpulan pembelajaran secara kolaboratif adalah penting di dalam

kelas supaya murid-murid dapat mencapai matlamat akademik serta kemahiran

sosial (H.Gregory.G dan Kuzmich. Lin, 2007).

2.2 Model Professional Learning Communities (PLC)

Terdapat pelbagai model PLC yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh

akademik . Antaranya adalah model yang diperkenalkan oleh Lloyd (2012)

yang telah menjalankan kajian tentang penilaian PLC di Amerika Syarikat.

Menurut Lloyd (2012), model PLC ini dibahagikan kepada lima dimensi iaitu

6
(i) perkongsian visi, misi dan matlamat; (ii) budaya berkolaboratif; (iii)

sokongan keadaan; (iv) perkongsian dan sokongan kepimpinan; dan (v) fokus

kepada hasil pencapaian.

Dimensi PLC

(i) Dimensi Perkongsian Visi, Misi dan Matlamat

Sergiovanni (2001) memberi penekanan kepada perkongsian nilai,

matlamat, misi dan visi akan menjadi pelekat bagi menghubungkan

individu dengan cara yang lebih bermakna. Untuk itu, apabila matlamat

telah ditetapkan dan perkongsian nilai ditanam ke dalam diri, ini akan

mengembangkan idea yang menggalakkan guru untuk bertindak balas

terhadap perasaan bertanggungjawab yang kemudiannya diterjemahkan

oleh tingkah laku. Norhayati Ab Wahab (2009) berpendapat bahawa nilai

dan kepercayaan menjadi panduan kepada tingkah laku individu tidak

kira dalam apa-apa bidang kerja dan apa-apa yang diusahakan. Hal ini

merupakan perkara asas utama yang menyumbang kepada PLC dan

perkongsian misi dan matlamat yang dilihat oleh staf sebagai milik

bersama. Selain itu, ia juga berkaitan dengan cara mereka

menyeragamkan matlamat, bagaimana mereka menerangkan peranan

masing-masing dalam menyempurnakan matlamat. Usaha ini

mengharapkan dan menentukan mereka untuk bekerja bersama-sama. Di

samping itu juga, komuniti akan mengkonstruk matlamat sepunya untuk

penambahbaikan, dan mereka akan bekerja bersama-sama ke arah

7
meningkatkan pembelajaran murid. Justeru, kesepunyaan matlamat

adalah imej pemikiran yang penting kepada individu dan organisasi.

(ii) Dimensi Budaya Berkolaboratif

Golongan guru dan pemimpin sekolah mesti bekerja bersama-sama dan

berkolaborasi secara semulajadi (natural) untuk melaksanakan

perkongsian visi, misi dan nilai. Begitu juga fokus kepada matlamat

untuk meningkatkan pedagogi pembelajaran dan meningkatkan

pencapaian murid. Golongan ini perlu menerima tanggungjawab yang

diamanahkan kepada mereka untuk meningkatkan kemenjadian murid

(DuFour et al., 2008). Kolaboratif adalah mempercayai belajar dengan

melakukan adalah langkah yang terbaik untuk aktiviti luar bilik darjah

iaitu tidak tertumpu kepada bangunan sekolah semata-mata. Aktiviti ini

perlu diperluas hingga ke luar bangunan sekolah (Borrero, 2010). DuFour

et al. (2008) membincangkan bahawa pengasingan adalah halangan

utama kepada peningkatan prestasi sekolah. “Isolation is the enemy of

school improvement”. Justeru, kolaboratif adalah penting untuk

menjayakan PLC dengan lebih lancar.

(iii) Dimensi Sokongan Keadaan

Kajian tentang PLC menunjukkan bahawa apa, bila, di mana dan

bagaimana guru boleh sering dan sentiasa berada bersama sebagai satu

kumpulan untuk membuat refleksi, bersoal jawab dan belajar,

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan mengenai ciri-ciri

matlamat bersama. Bagi sekolah yang jumlah gurunya ramai, guru

8
dipecahkan kepada kumpulan yang kecil (Norhayati Ab wahab, 2009).

Amalan ini terbahagi kepada dua iaitu dari segi perhubungan manusia

dan struktur kejelekitan sesebuah organisasi sekolah. Jalinan

perhubungan dan kejelekitan ini merujuk kepada lima ciri iaitu,

penyayang, percaya mempercayai, hormat menghormati, pengiktirafan

dan meraikan kejayaan, berani mengambil risiko dan melakukan

perubahan secara usaha bersama yang tertanam dalam organisasi

(Zuraidah Abdullah, 2010). Guru harus saling mempercayai dan

menghormati antara satu sama lain. Ini akan memperlicinkan PLC

dengan berkesan. Di samping itu, kepercayaan menjadi perkara penting

yang membolehkan guru saling memberi dan menerima maklum balas

dalam usaha penambahbaikan sekolah. Pengetua turut menyumbang

kepada pembentukan hubungan dan sikap jelekit dengan memupuk

kapasiti hubungan manusia yang diperlukan oleh PLC dalam budaya

kerja. Pengetua berperanan membina jati diri dalam kalangan guru serta

memupuk dan mengeratkan perpaduan dalam organisasi demi mencapai

matlamat utama organisasi.

(iv) Dimensi Perkongsian dan Sokongan Kepimpinan

Hord (1997) berpendapat adalah sangat jelas bagi sebuah organisasi

sekolah membuat satu perubahan kepada komuniti pembelajaran yang

hanya dapat dilakukan oleh pemimpin yang membuat keputusan untuk

berubah dan yang bersedia memupuk pembangunan kakitangan. Banyak

kajian mula memberikan perhatian kepada kepemimpinan yang

menyokong dan meluaskan penyertaan dalam membuat keputusan secara

kolaboratif yang memberi fokus kepada pencapaian murid. Sehubungan


9
dengan itu, faktor kepemimpinan dilihat satu perkara penting dalam

usaha penambahbaikan sekolah berasaskan PLC di Malaysia. Dalam hal

ini, Hord dan Sommers (2008) berpendapat bahawa pengetua

bertanggungjawab dan menghadapi cabaran yang besar untuk menerima,

menghargai dan memupuk sebarang perubahan yang berlaku di sekolah.

Oleh yang demikian salah satu ciri PLC iaitu kepemimpinan berkongsi

dan menyokong. Kepimpinan berkongsi dan menyokong merujuk kepada

pengetua bersedia untuk berkongsi kuasa, autoriti dan membuat

keputusan bersama-sama dengan guru-guru di sekolah. Sudah jelas apa

yang diperkatakan oleh Hord dan Sommers (2008), semua perubahan di

sekolah mesti diterima, dihargai dan dibangunkan oleh pengetua sekolah.

Dalam KPP, menerima, menghargai dan membangunkan perubahan

menjadi agak sukar kerana memerlukan persefahaman, kesepunyaan dan

sokongan dalam menggunakan kuasa, autoriti dan membuat keputusan

oleh semua guru. Hal ini berlaku kerana struktur di sekolah adalah

pembelajaran dewasa, justeru, kolaborasi yang erat, penyertaan secara

demokrasi dan kata sepakat dalam membangunkan persekitaran kondusif

dan budaya sekolah secara berterusan sukar dicapai. Dalam amalan

sebelum ini, perkongsian kuasa dan autoriti ini akan menjadi sukar

kepada pengetua dan guru. Begitu juga penerimaan selama ini bahawa

pengetua mempunyai kuasa penuh, penuh kebijaksanaan dan sangat

kompeten.

(v) Dimensi Fokus kepada Hasil Pencapaian.

10
Kejayaan kepada program PLC diterjemahkan melalui hasil kemenjadian

murid (DuFour et al., 2008). Data diperlukan daripada ujian termasuk

juga aktiviti sekolah untuk menilai kepada hasil pencapaian murid untuk

membolehkan penambahbaikan dilakukan (Borrero, 2010). Menerusi

kolaborasi guru-guru dan pemimpin sekolah, mereka boleh berbincang

dengan cara yang terbaik apakah tahap kefahaman murid dan seterusnya

meningkatkan prestasi mereka (Nelson et al., 2010). Kefahaman ini boleh

dinilai melalui penilaian sumatif dan formatif. Hasil pencapaian murid ini

dapat memberikan gambaran yang jelas setakat mana pencapaian murid

dalam bilik darjah (DuFour et al., 2008). Dengan memberikan fokus

kepada hasil pencapaian murid ini, guru dan pemimpin sekolah mampu

menghasilkan pelbagai cadangan penambahbaikan untuk aktiviti KPP

yang akan datang.

2.3 Aktiviti / Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional

Strategi Membangunkan PLC

(Sumber: Paideia Consulting Group Inc.Canada, 1990)


Bil Elemen Kritikal Strategi PLC Deskripsi

PLC
1. Dialog Reflektif Menggunakan Mesyuarat bulanan untuk membincangkan

(Reflective Protokol artikel mengenai pelbagai aspek

Dialogue) Perbincangan (Using pengajaran dan pembelajaran. (Sebagai

Discussion contoh : Protokol Teks Empat A

Protocols)

11
Kelab Buku (Book Sekumpulan guru membaca dan

Clubs) membincang artikel atau buku setiap bulan.


Kumpulan Belajar Belajar atau berbincang suatu topik yang

(Study Groups) khusus. Sebagai contoh, kemahiran

berfikir, pelbagai kecerdasan atau kajian

tentang minda.
Kritikan Video Menonton dan berbincang klip video

Pengajaran Guru pengajaran guru. (Gunakan kaedah

(Video Critiques of placemat)

Teaching Moments)
2. Penswastaan Jejak Pembelajaran Berjalan di sekeliling sekolah dan

Amalan (Learning Walks) memerhatikan pengajaran guru lain dan

(DePrivatization of aktiviti bilik darjah dengan menggunakan

Practice) protocol atau fokus yang spesifik.


Bimbingan Rakan Secara sistematik memerhatikan

Sebaya Guru atau pengajaran guru lain dengan menggunakan

Pembimbing kitaran prakonferens, pemerhatian dan

Instruksi (Peer pascakonferens(pre-conference,

Coaching/ observation, post-conference cycle).

Instructional

Coaches)
Belajar Sekumpulan guru secara usahasama

menggunakan membina satu rancangan pengajaran;

Rancangan diikuti dengan pengajaran /memerhatikan

Pengajaran Harian pengajaran, membuat penambahbaikan

(Lesson Study) semasa sesi pengajaran.

12
Sesi Perkongsian Sekumpulan guru bertemu secara kerap

Guru (Teacher untuk berkongsi amalan pengajaran

Sharing Sessions) terbaik.


3. Fokus Secara Analisis Data (Data Tujuannya adalah untuk mencari pola atau

Kolektif Terhadap Analysis) Secara tema agar dapat membuat keputusan

Pembelajaran kolektif mengkaji tentang penambah baikan dalam bidang

Murid (Collective dan membincangkan kurikulum atau mengkategorikan kembali

Focus on Student data agregat murid. dalam kumpulan yang berbeza

Learning) Pemetaan Kurikulum Membangunkan peta kurikulum mengikut

(Curriculum topik, standard dan aktiviti untuk setiap

Mapping) mata pelajaran untuk dijadikan panduan

instruksi serta untuk berkongsi dengan

murid dan ibubapa.


Pentaksiran Serentak Guru yang mengajar dalam tahun atau

(Common tingkatan yang sama menyediakan

Assessments) pentaksiran serentak yang diselaraskan

dengan standard dan indikator. Misalan

dalam bidang kurikulum


Kumpulan Rakan Menggunakan protokol untuk mengkaji

Kritikal (Critical dan membincangkan hasil kerja murid

Friends Groups) (sebagai contoh SLICE – lihat

www.nsrfharmony.org untukprotokol

13
4. Kolaborasi Pasukan Melintang Mengelola mesyuarat mengikut tahun atau

(Collaboration) & Menegak tingkatan untuk perancangan bersama. Di

(Horizontal and samping itu mengendalikan mesyuarat

Vertical Teams) mengikut panitia agar koordinasi dan

kesinambungan antara tahun dan tingkatan

dapat dicapai.
Induksi Guru Baharu Memastikan sokongan dan panduan

/Pementoran (New berbentuk pedagogi, prosedur dan peribadi

Teacher Induction / untuk staf baharu dalam profesion atau

Mentoring) organisasi
Unit atau Projek Merangka unit dan projek antara pelbagai

antara Pelbagai disiplin dan mata pelajaran.

Bidang

(Interdisiciplinary

Units and Projects)


Kumpulan Satu kumpulan guru yang bersama-sama

Penyelesai Masalah membincangkan suatu masalah. Seorang

(Problem Solving guru memberi deskripsi tentang suatu

Groups) masalah. Guru-guru yang lain pula

meminta penjelasan dan mengemukakan

cadangan.
5. Norma dan Nilai Aktiviti Visi (Vision Melibatkan staf dalam aktiviti untuk

Dikongsi Bersama Activity) membangunkan gambaran masa depan

(Shared Norms and organisasi. Bagaimanakah keadaan bilik

Values) darjah dan sekolah lima tahun dari

sekarang?

14
Panduan Berasaskan Membangunkan satu set prinsip 4-6 untuk

Prinsip (Guiding dijadikan panduan dalam membuat

Principles) keputusan dan mengambil tindakan.


Aktiviti Nilai (Value Mengelolakan aktiviti kumpulan kecil

Activities) untuk membincangkan nilai organisasi


Strategi &Tradisi Bersetuju dengan strategi dan tradisi yang

yang Dikongsi dikongsi bersama agar dapat menumpukan

Bersama (Common focus dan mengukuhkan matlamat serta

Rituals and sasaran. Sebagai contoh, meraikan

Strategies) kejayaan dan peningkatan prestasi secara

kerap.

Walaupun terdapat banyak strategi yang dapat dilaksanakan dalam aktivti PLC, tetapi 4

strategi yang sering dan diaplikasikan di sekolah. Antara strategi-strategi tersebut adalah Jejak

Pembelajaran (Learning Walks), Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi

(Peer Coaching/ Instructional Coaches), Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian

(Lesson Study) dan Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions). Justeru strategi

tersebut akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam penulisan laporan ini.

3.0 KAJIAN LITERATUR

Menurut kajian yang dijalankan oleh Zuraidah Abdullah, Zulkifli, Nik Mustafa Mat

Ail & Mohammad Ismath Ramzy (2016) institusi yang berbeza memerlukan

pendekatan yang berbeza untuk diterapkan dalam membangunkan pasukan kerja yang

berkolaborasi. Dapatan tersebut membuktikan bahawa amalan berkolaborasi adalah

15
sangat mencabar. Penerapan budaya kolaborasi dalam dunia pendidikan dilaksanakan

melalui kursus maka hal ini tidak mampu untuk mengubah kelaziman para guru di

sekolah (Aziah Ismail, Loh & Abdul Ghani Kanesan Abdullah, 2015). Kajian ini selari

dengan dapatan kajian Chong Chee Keong, Muhammad Faizal A. Ghani, dan Zuraidah

Abdullah (2018) yang menyatakan budaya berkolaborasi antara pentadbir dan guru

dan perkongsian ilmu dan pengalaman antara guru-guru masih kurang diamalkan di

sekolah

Komuniti pembelajaran profesional menjadi moderator terhadap hubungan antara

kepimpinan instruksional dengan efikasi kolektif guru (Abdul Ghani Kanesan

Abdullah & Ekerim A/P Din Chen, 2019). Kepimpinan merupakan elemen penting

dalam menentukan keberkesanan sesebuah sekolah. Menurut Mohammed Sani dan

Rosemawati (2015) pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang mengamalkan

kepimpinan instuksional kerana kepimpinan instruksional yang dipamerkan oleh

pengetua dan guru besar adalah perkara yang dianggap penting dalam memacu sekolah

ke arah sekolah berkesan. Pemimpin perlu memainkan peranan melalui tiga dimensi

utama iaitu perkongsian kepemimpinan dan kepemimpinan menyokong; perkongsian

nilai, matlamat, visi dan misi serta struktur-struktur menyokong untuk menjamin

pembudayaan dan melestarikan komuniti pembelajaran profesional di sekolah

(Zuraidah, 2016).

Bimbingan instruksional dianggap sebagai cara yang sesuai untuk membantu guru

meningkatkan amalan pengajaran mereka kerana ia melibatkan guru berkolaborasi

dalam usaha untuk membangunkan dan meningkatkan amalan pengajaran guru dan

pembelajaran murid (Cornett & Knight, 2008). Menurut Salwati Shafee, Zuraidah

Abdullah dan Simin Ghavifekr (2019) bimbingan instruksional daripada pembimbing

akan membantu menyokong guru-guru untuk mengaplikasi dan mempraktikkan teori-


16
teori yang diperolehi dalam sesi pembelajaran profesional. Kajian Glickman, Gordon

dan Ross Gordon (2007) menunjukkan bahawa guru lebih selesa mendapatkan bantuan

daripada rakan-rakan sekerja berbanding ketua mereka.

4.0 KESIMPULAN

Berdasarkan aktiviti yang dijalankan dalam komuniti pembelajaran profesional,

penyeliaan merupakan salah satu peranan utama yang perlu dilaksanakan bagi

menjayakan amalan ini. Proses penyeliaan yang dilakukan oleh guru dapat membina

dan membentuk kepimpinan dalam diri guru tersebut. Bimbingan instruksional yang

perlu diberikan oleh penyelia mampu menjadikan penyelia tersebut seorang pemimpin

dengan gaya kepimpinan instruksional.

Komuniti pembelajaran profesional perlu dilaksanakan secara kolaborasi. Hal ini

secara tidak langsung memupuk hubungan yang baik antara guru-guru. Akitivi

penyeliaan juga memerlukan kerjasama antara penyelia dan guru yang diselia.

Kerjasama yang dijalinkan perlu dibina berlandaskan kepercayaan supaya kolaborasi

tersebut memberi keselesaan kepada kedua-dua pihak. Kesimpulannya, penyeliaan

dapat memupuk hubungan dalam pengurusan sekolah.

RUJUKAN

Abdul Ghani Kanesan Abdullah & Ekerim A/P Din Chen (2019). Pengaruh moderator bagi
komuniti pembelajaran professional terhadap kepimpinan instruksional pengetua dan
efikasi kolektif guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(3), 1-16.

Aziah Ismail., Loh, H. Y., & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2015). Komuniti pembelajaran
profesional dan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Pulau Pinang. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 5(2), 1.

17
Chong Chee Keong, Muhammad Faizal A. Ghani & Zuraidah Abdullah (2018). Cabaran
amalan komuniti pembelajaran dalam kalangan guru sekolah rendah berprestasi tinggi
Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(3), 1-14.

Cornett, J., & Knight, J. (2008). Research on Coaching.In J. Knight (Ed) Coaching:
Approaches and perspectives. 192–216. Thousand Oaks, CA: Crowin.

Dufour, R., Dufour, R., & Eaker, R. (2008). Revisiting professional learning communities at
work: New insights for improving schools. Bloomington, IL: Solution Tree Press.

Glickman, C. D., Gordon, S. P., Ross-Gordon, M. (2007). Supervision and instructional


leadership: A developmental approach (6th ed). Pearson, Boston: Pearson

Hord, S. M. (1997). Professional learning communities: Communities of continuous inquiry


and improvement. Austin, TX: Southwest Educational Development Laboratory.

Lloyd RS, Oliver JL, Meyers RW, Moody


J,
and Stone MH. Long-term athletic
development and its application to
youth weightlifting. Strength Cond J
2012, in press. DOI: 10.1519/
SSC.0b013e31825ab4bb
Lloyd, T. (2012). A program evaluation of a Professional Learning Community.
Walden University.

Muhammad Faizal A Ghani & Gary M. Crow. (2013). Amalan komuniti pembelajaran
profesional: perspektif pemimpin sekolah cemerlang negara maju. Journal of
Curriculum and Teaching, 1(3),10-27.

Norhayati Ab Wahab (2009). Amalan-amalan komuniti pembelajaran profesional di


sebuah sekolah menengah daerah Sepang. Institut Pengajian Kepengetuaan,
Universiti Malaya.

Rahimah Ahmad, Muhammad Faizal A. Ghani & Zuraidah Abdullah. (2012).


Professional learning community as a principal of improvement in education
system.Proceeding of the 4rd International Conference on Educational
Administration, Management and Leadership.Malang State University, Indonesia. 513-
526.

Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A. Ghani. (2013). Amalan pembelajaran kolektif dalam
kalangan guru sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Jurnal Kajian Pendidikan, 3(1),
27-34.
18
Salwati Shafee, Zuraidah Abdullah & Simin Ghavifekr (2019). Peranan amalan bimbingan
dalam meningkatkan pembelajaran professional guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan,
6(1), 1-26.

Senge, P. M. (1996). Leading learning organizations. Training & Development, 50(12), 36.

Sergiovanni, T. J. (2001a). The Principalship; A reflective practice perspective.


Needham Hight: Allyn & Bacon.

Sujirah Ibrahim & Zuraidah Abdullah. (2013). Amalan-amalan komuniti pembelajaran


profesional ke arah keberkesanan sekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan, 23-29.

Zuraidah Abdullah & Muhammad Faizal A.Ghani. (2014). Professional Learning


Community (PLC) in secondary schools community in Malaysia. Hope Journal Of
Research. 2(2), 47-53.

Zuraidah Abdullah.(2009). Profil komuniti pembelajaran profesional sekolah menengah


di Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Institut
Pengajian Kepengetuan, Universiti Malaya.

Zuraidah Abdullah. (2016). Komuniti pembelajaran profesional: Amalan penambahbaikan


sekolah.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Zuraidah Abdullah., Zulkifli A. Manaf, Nik Mustafa Mat Ail. & Mohammad Ismath Ramzy.
(2016). Pemerkasaan guru Bahasa Melayu melalui penyeliaan kembang tumbuh dan
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di lima sekolah menengah daerah Kuala
Lipis. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(2), 42-59.

19

Anda mungkin juga menyukai