Anda di halaman 1dari 5

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK MURID DALAM LINGKUNGAN FAKTA ASAS MELALUI

AKTIVITI PERMAINAN KAD PENYEPIT

1.0 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-
murid di prasekolah SK Darulaman Heights. Masalah mula dikenalpasti ketika menjalankan aktiviti
menolak di dalam kelas. Masalah yang paling hampir dan sering dilihat ialah menguasai kemahiran
menolak melibatkan angka yang besar iaitu nilai nombor 10-18. Lantaran itu, pendidikan awal
kepada kanak-kanak haruslah dititikberatkan agar mereka dapat menguasai segala kemahiran dan
pengetahuan yang sepatutnya dipelajari dan tidak menjejaskan kemahiran Matematik yang
sepatutnya dikuasai dalam peringkat umur mereka.

Kemahiran Matematik yang hendak dikuasai boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa
jenis pendekatan dan salah satunya ialah belajar melalui bermain. Bermain adalah satu aktiviti
semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti
bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi. Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan
member makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah
persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang
tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.

2.0 RASIONAL
Murid dapat memahami dan menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 1-18.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif khusus.

3.1 Objektif umum


Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran menolak murid yang masih
belum menguasai.

3.2 Objektif khusus


Secara khususnya, kajian tindakan ini dapat:
1. Meningkatkan kemahiran menolak murid dalam angka yang besar.
2. Meningkatkan minat murid dalam menguasai kemahiran menolak.

4.0 SASARAN
Murid 5+ yang belum menguasai kemahiran menolak.

SK DARULAMAN HEIGHTS
5.0 BAHAN
1. Penyepit
2. Kad soalan
3. Kad jawapan

6.0 LANGKAH PELAKSANAAN


1. Guru memperkenalkan tajuk atau konsep yang hendak di ajarkan kepada murid.
2. Murid diberikan soalan yang terdapat pada kad yang disediakan oleh guru.
3. Murid menyelesaikan operasi tolak pada kad dengan menggunakan penyepit yang disediakan.
a) Murid akan mengambil penyepit mengikut bilangan yang tertera pada kad dan kemudian
akan membuang penyepit mengikut bilangan yang tertera juga.
b) Murid mengira baki penyepit yang tinggal pada kad dan memilih jawapan yang disediakan
dan menampal jawapan pada kad tersebut.

4 5
12–8=
12-7 12–8=
3

Kad jawapan

Kad soalan

7.0 INSTRUMEN PENTAKSIRAN

7.1 SENARAI SEMAK MENOLAK DALAM LINGKUNGAN FAKTA ASAS SEBELUM MENGGUNAKAN KAEDAH
PERMAINAN KAD PENYEPIT

BI TARIKH RESPONDEN TELAH MENGUASAI (TM)/SEDANG MENGUASAI CATATAN/


L (SM) BELUM MENGUASAI (BM) TINDAKAN
SUSULAN
Dalam Dalam Dalam
lingkungan 1- lingkungan 6- lingkungan 11-18
5 10
1 16/7/2019 Nayli (Pra Elite) TM SM BM Akan dibimbing
2 16/7/2019 Izzat (Pra Elite) TM TM BM menggunakan
3 16/7/2019 Haddef (Pra Elite) TM SM BM kaedah
4 25/7/2019 Intan (Pra Excellent) TM SM BM Permainan Kad
5 25/7/2019 Haris (Pra Excellent) TM SM BM Penyepit
6 25/7/2019 Adelia (Pra Excellent) TM SM BM

SK DARULAMAN HEIGHTS
SENARAI SEMAK MENOLAK DALAM LINGKUNGAN FAKTA ASAS SELEPAS MENGGUNAKAN KAEDAH
PERMAINAN KAD PENYEPIT

BIL TARIKH RESPONDEN TELAH MENGUASAI (TM)/SEDANG MENGUASAI CATATAN/


(SM) BELUM MENGUASAI (BM) TINDAKAN
SUSULAN
Dalam Dalam Dalam
lingkungan 1-5 lingkungan 6- lingkungan 11-18
10
1 16/7/2019 Nayli TM TM TM Boleh
2 16/7/2019 Izzat TM TM TM menggunakan
3 16/7/2019 Haddef TM TM TM kaedah
4 25/7/2019 Intan TM TM TM permainan ini
5 25/7/2019 Haris TM TM TM dalam pelbagai
6 25/7/2019 Adelia TM TM TM lingungan
nombor

7.2 REKOD PEMERHATIAN

Nama murid: Haddef


Masa: 10.20-10.40 pagi
Tajuk: Menolak dalam lingkungan 11-18

BIL AKTIVITI CATATAN


1. Murid membuat latihan operasi menolak dalam Murid tidak dapat mencari
lingkungan 11-18. jawapan dengan tepat apabila
tidak menggunakan kaedah
permainan kad penyepit.
Setelah diberi kad penyepit
baru murid dapat menjawab
dengan tepat.

8.0 IMPAK

Murid mula menunjukkan minat dalam menyelesaikan operasi tolak kerana kaedah yang digunakan
menarik dan mereka juga dapat bermain dengan pelbagai nombor. Permainan kad penyepit ini juga
boleh digunakan untuk menyelesaikan operasi tambah.

SK DARULAMAN HEIGHTS
9.0 PENUTUP

Kajian tindakan ini bertujuan membantu murid memahami cara menyelesaikan masalah operasi
tolak dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan. Guru juga perlu sentiasa peka dengan
kebolehan murid dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk meningkatkan kemahiran
murid. Diharap kajian ini dapat membantu menyelesaikan masalah operasi tolak fakta asas dalam
kalangan murid prasekolah.

CONTOH KAD SOALAN

8–2=

14–7=
SK DARULAMAN HEIGHTS
CONTOH KAD JAWAPAN

5 7
8 6

SK DARULAMAN HEIGHTS

Anda mungkin juga menyukai