Anda di halaman 1dari 4

Peranan Pengurus (10 managers role play)

 Henry Mintzberg membahagikan peranan pengurus kepada tiga bahagian:

1. Peranan sebagai penghubung atau orang perantaraan.

2. Peranan sebagai penyebar atau penyampai maklumat.

3. Peranan sebagai pembuat keputusan

1. Peranan Penghubung Individu

 Terdapat tiga peranan pengurus sebagai penghubung individu. Peranan-peranan


ini datangnya terus daripada autoriti yang dipunyai oleh beliau.

1.1 Sebagai orang terpenting.

 Pertama ialah peranan sebagai orang terpenting. Oleh kerana pengurus itu mempunyai
pangkat sebagai seorang ketua unit organisasi, maka beliau mestilah menjalankan
tanggungjawab yang bersifat sosial. Sebagai contoh, seorang pengurus itu perlu
menghadiri majlis perkahwinan kakitangan bawahannya atau seorang pengurus
pemasaran melayani pelanggannya di majlis jamuan. Walaupun peranan ini tidak
memerlukan keputusan penting diambil dan kadang-kadang dianggap biasa, tetapi ia
penting demi untuk mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang
ketua yang dihormati.

1.2 Sebagai pemimpin.


 Oleh kerana pengurus itu bertanggungjawab kepada unit organisasi, maka ia
bertanggungjawab ke atas kerja-kerja kakitangan unit tersebut. Setiap pengurus
memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong dan menggalakkan
pekerja untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat mereka itu sealiran
dengan matlamat organisasi.

1.3 Sebagai pegawai perhubungan.

 Sebagai pegawai perhubungan, pengurus harus mengadakan hubungan dengan


pihak luar untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan yang berlaku di
luar organisasi. Perhubungan ini dapat dilakukan secara tidak rasmi atau secara
persendirian tetapi mestilah berkesan.

2 Peranan Penyampai Maklumat


 Oleh kerana pengurus itu adalah penghubung individu, maka ia dianggap sebagai
nadi penting di dalam unitnya. Ia mungkin tidak mengetahui segala-galanya tetapi
ia tentu mengetahui lebih daripada kakitangan lain hasil hubungannya dengan
kakitangan di dalam dan pihak luar.
2.1 Sebagai pengawas.

 Sebagai pengawas, pengurus menjelajahi persekitaran untuk mendapatkan


maklumat. Maklumat dapat diperolehi melalui perbualan, percakapan, dan secara
spekulasi. Memandangkan pengurus itu berhubung dengan pihak lain, maka ia
mempunyai kelebihan mengumpulkan maklumat untuk organisasi.

2.2 Sebagai penyampai.

 Pengurus mestilah berkongsi dan membaha-gikan maklumat yang diterima dari


pihak luar. Sebagai penyampai, pengurus perlu memberikan sebahagian daripada
maklumat yang diperolehi itu terus kepada kakitangan bawahannya yang tidak
berpeluang mendapatkan maklumat tersebut. Apabila kaki-tangannya
mempunyai kesukaran untuk berhubung dengan kakitangan yang lain, maka
pengurus kadang kala hendaklah menghantarkan maklumat tersebut terus
kepada kakitangan yang lain itu.

2.3 Sebagai jurucakap.

 Sebagai jurucakap, pengurus menghantarkan sebahagian maklumatnya kepada


mereka yang di luar dari unitnya. Sebagai contoh, seorang penyelia pengeluaran
di sebuah gedung mencadangkan kepada pihak pembekal supaya mengubah
jadual bekalannya untuk memenuhi jadual pengeluaran gedungnya.

3.Peranan sebagai Pembuat Keputusan

 Maklumat adalah bahan asas di dalam membuat keputusan. Pengurus memainkan


peranan yang penting untuk membuat keputusan di unitnya. Dengan autoriti yang
ada, pengurus dapat bertanggungjawab dan melibatkan diri di dalam sesuatu
tindakan; dan sebagai nadi di dalam sebuah organisasi, pengurus harus
mempunyai maklumat yang lengkap dan kemaskini untuk membuat keputusan
tentang strategi unitnya.

Empat peranan yang menghuraikan pengurus sebagai pembuat keputusan adalah seperti
berikut:

3.1 Sebagai usahawan.

 Sebagai usahawan, pengurus cuba membaiki unitnya dan menyesuaikannya


dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah. Sebagai pengawas, pengurus
hendaklah berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mendapatkan ilham baru.
Apabila ilham yang baik didapati, beliau akan memulakan projek itu secara
bersendiri dahulu atau beliau boleh mendelegasikan projek tersebut kepada
kakitangannya. Sesuatu projek itu, melibatkan perkara seperti barangan baru,
kempen perhubungan awam, peraliran dana yang kemaskini, penyusunan semula
bahagian yang lemah, penyelesaian masalah imej di divisi luar negeri,
menyatupadukan operasi komputer dan lain-lain.
3.2 Sebagai pengawal gangguan.

 Oleh kerana perubahan yang berlaku itu di luar kawalan pengurus, maka ia
mestilah mengambil tindakan tertentu untuk mengelakkan keadaan daripada
menjadi bertambah teruk dan tidak terkawal. Dalam kejadian seperti pelanggan
utama telah ditimpa kebankrapan atau pembekal telah melanggar kontrak atau
berlakunya mogok oleh pekerja, maka pengurus hendaklah menumpukan
masanya untuk mengatasi masalah tersebut. Gangguan yang berlaku itu bukanlah
disebabkan pengurus lemah dan tidak menghiraukan keadaan, tetapi juga kerana
ia tidak dapat meneka akibat tindakan yang telah diambil, sekalipun ia seorang
pengurus yang baik.

3.3 Sebagai pembahagi sumber.

 Peranan pembuat keputusan yang ketiga ialah sebagai pembahagi sumber.


Pengurus bertanggungjawab untuk menentukan pihak yang akan mendapat
sesuatu dan banyaknya. Sumber yang penting, pengurus itu harus
memperuntukkan masanya kepada kakitangan supaya mereka dapat berhubung
dengannya yang dianggap sebagai nadi dan pembuat keputusan. Pengurus juga
bertanggungjawab dalam membentuk unit struktur, perhubungan rasmi dan
menentukan cara sesuatu kerja itu dibahagikan dan diselaraskan. Pengurus juga
meluluskan keputusan penting sebelum mengimplementasikannya. Dengan
menetapkan kuasa ini, pengurus dapat menentukan bahawa keputusan yang
dibuat itu mempunyai hubungan dengan perjalanan aktiviti dan fungsi-fungsi di
dalam organisasi.

3.4 Sebagai perunding.

 Pengurus menghabiskan masa yang sewajarnya di dalam perundingan.


Sebagai contoh, pengurus besar mengadakan perundingan dengan kesatuan
sekerja atau pengurus jualan mengadakan perundingan kontrak dengan pembeli
atau pengurus akan berunding dengan penyelia tentang isu-isu kerja dan lain-lain.
Perundingan diibaratkan sebagai satu tugas penting memandangkan pengurus
mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup untuk mengadakan perundingan.

 Berikut ialah carta peranan pengurus:

Anda mungkin juga menyukai