Anda di halaman 1dari 8

CATATAN REKOD ANEKDOT

DAN

REKOD BERTERUSAN

Sk Machang Bubok ll

Dua Cara Merekod Tingkah Laku Kanak-kanak adalah dengan merekodkan tingkah
laku kanak-kanak daripada aspek Perkembangan Sosial iaitu Rekod Anekdot dan
Rekod Berterusan.

Rekod anekdot

Adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai sesuatu peristiwa atau
tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.
Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa,
tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Catatan
ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-kanak berkenaan.

Rekod anekdot hendaklah ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang
berlaku, bila dan di mana berlaku.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:


- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku
. - Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku
- Menulis apa yang dilihat secara objektif
- Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa
menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Panduan Merekod:
- Membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa yang
direkodkan tidak tercicir.
- Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
– Mencatat tingkah laku dan apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak.
– Masukkan respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku

Kanak-kanak yang diperhatikan.


- Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
- Maklumat yang direkodkan hendaklah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan kanak-kanak.
REKOD ANEKDOT

Nama Murid : __________________________________ Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : Kebolehan Membaca ( Contoh )


Catatan Ulasan

**Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu


diberi penekanan

REKOD ANEKDOT

Nama Murid : __________________________________ Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : Kebolehan Mengira ( Contoh )

Catatan Ulasan
REKOD BERTERUSAN

Panduan Menyediakan Rekod Berterusan

Bagi menyediakan rekod berterusan, beberapa panduan perlu


dititikberatkan bagi semua guru bagi memperoleh rekod berterusan yang tepat dan
padat.

Antaranya ialah :

a. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Adakah tingkah


laku kanak-kanak, ruang atau sudut pembelajaran yang akandiperhatikan
sesuai?
 
b. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid satu per satu. Rekodkan apa yang
dilakukan oleh murid secara terperinci.
 
c. Rekod dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku.
 
d. Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat
bagi menerangkan setiap aksi.
 
e. Guna bahasa yang mudah difahami.
 
f. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.
 
g. Tentukan masa.
 
h. Perlu tulus dan ikhlas.
 
i. Guna singkatan semasa merekodkan.
 

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang


dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh
pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3
hingga 8 minit.

Prosedur pemerhatian: - Fokus kepada kanak-kanak yang ingin diperhatikan. -


Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. - Rekodkan apa yang
dilakukan oleh kanak-kanak secara terperinci. - Rekod hendaklah tepat dan padat. -
Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Panduan menulis: - Merekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku. -


Gunakan bahasa yang boleh difahami. - Gunakan singkatan semasa mencatat. - Tulis
secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan. - Tulis secara objektif,
tidak terlalu deskriptif atau “ Judgemental”.

- Pastikan buku nota atau kertas catatan diletak di tempat yang strategik atau sulit.

Rekod berterusan merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada suatu aspek atau
kejadian sahaja. Ini membantu guru bagi mengkaji dan mengesan masalah perkembangan yang ada
pada setiapmurid. Selain itu, rekod jenis ini juga, lebih bersifat terbuka dan guru boleh mencatatkan
apa sahaja yang berlaku sepanjang pemerhatian yangdibuat. Rekod berterusan juga tidak
memerlukan sesorang guru itu mahir dalam kemahiran pemerhatian yang khusus. Setiap tingkah
laku dan perbualan murid dapat dijadikan data mentah yang berguna dalam penilaian.

CONTOH REKOD BERTERUSAN

Nama Murid : __________________________________ Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : KEPIMPINAN ( Contoh )

Catatan Pemerhatian Ulasan


REKOD BERTERUSAN

Nama Murid : __________________________________ Umur : _____ tahun.

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________

Nama Guru : ______________________________________________

Item : MAIN SENDIRIAN ( Contoh )

Catatan Pemerhatian Ulasan

Anda mungkin juga menyukai