Anda di halaman 1dari 12

1.

0 DEFINISI PENGURUS

Pengurus dapat didefinisikan sebagai (orang dan lain-lain) yang mengurus, (orang dan lain-lain)
yang menjalankan pengurusan (Kamus Dewan Edisi Ketiga : 2002 : hlm 1530). Pengurus juga
didefinisikan sebagai penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja
serta menyatupadukan semua unsur-unsur organisasi.
Selain itu, pengurus juga ditakrifkan sebagai seorang individu yang digaji bagi
mempengaruhi, memimpin, membimbing membuat keputusan dan menggunakan sumber
organisasi untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi.

2.0 PERANAN PENGURUS

Terdapat enam peranan penting yang dimainkan oleh pengurus dalam organisasi iaitu peranan
sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding dan pencetus idea.

3.1 Peranan sebagai Tunggak Utama

Peranan pertama sebagai seorang pengurus ialah ketua atau orang terpenting. Oleh kerana
pengurus itu mempunyai pangkat sebagai seorang ketua unit organisasi, maka beliau mestilah
menjalankan tanggungjawab yang bersifat sosial. Walaupun peranan ini tidak memerlukan
keputusan penting diambil dan kadang-kadang dianggap biasa, tetapi ia penting demi untuk
mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang dihormati dan
merupakan individu terpenting dalam organisasi.

Pengurus bertindak sebagai wakil dalam organisasi dan perlu melakukan tugas rutin yang
bersifat rasmi, sosial atau perundangan. Beberapa contoh peranan ketua ialah sebagai canselor
universiti yang menyampaikan sijil kepada para graduan, pengurus besar yang terlibat dalam
pelancaran produk baharu, meraikan tetamu luar untuk makan tengahari dan menghadiri majlis
perkahwinan orang bawahan.
3.2 Peranan sebagai Pemimpin

Oleh kerana pengurus itu bertanggungjawab kepada unit organisasi, maka ia bertanggungjawab ke
atas kerja-kerja kakitangan unit tersebut. Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin
yang mendorong dan menggalakkan pekerja untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat
mereka itu sealiran dengan matlamat organisasi.
Sebagai pemimpin, tugas pengurus melibatkan penyediaan matlamat, mewujudkan
tindakan yang terperinci dan mengagihkan sumber. Pengurus juga bertanggungjawab dalam
memberi arahan, mengawal dan menyelaras aktiviti-aktiviti orang bawahan seperti mengupah,
melatih, menaikkan pangkat, membuang pekerja serta memotivasi dan memberi semangat kepada
mereka.

3.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan

Sebagai pegawai perhubungan, pengurus harus mengadakan hubungan dengan pihak luar untuk
mendapatkan maklumat tentang perkembangan yang berlaku di luar organisasi. Perhubungan ini
dapat dilakukan secara tidak rasmi atau secara persendirian tetapi mestilah berkesan. Pengurus
juga bertanggungjawab mengekalkan hubungan jaringan (networking) sama ada di dalam atau di
luar organisasi melalui e-mel, panggilan telefon atau mesyuarat. Contohnya pengurus berinteraksi
dengan pekerja, pelanggan, pembekal dan sebagainya.

Seorang pengurus turut memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan perlu
berinteraksi dengan rakan dan pihak di luar unit dan organisasi. Ini bagi memudahkan urusan
seperti persetujuan bersama, kontrak, penerimaan arahan dan melakukan tugas penting untuk
organisasi. Dalam organisasi pula, pengurus perlu berhubung dengan pengurus-pengurus yang lain
dan juga individu yang lain serta mempunyai hubungan yang baik dengan mereka bagi melicinkan
urusan kerja. Contohnya, pengurus jualan perlu berhubung dengan pengurus pemasaran bagi
urusan memasarkan produk.

3.4 Peranan sebagai Jurucakap

2
Oleh kerana pengurus itu adalah penghubung individu, maka ia dianggap sebagai nadi penting di
dalam unitnya. Ia mungkin tidak mengetahui segala-galanya tetapi ia tentu mengetahui lebih
daripada kakitangan lain hasil hubungannya dengan kakitangan di dalam dan pihak luar.

Maka, pengurus bertindak sebagai penyebar maklumat organisasi kepada badan-badan


kerajaan, jabatan-jabatan, media, pelanggan dan juga kakitangan dalaman sendiri. Kepentingan
dan keperluan kedua-dua pihak dapat dipenuhi dengan adanya jurucakap. Sebagai contoh,
pengurus perlu memberi respon kepada pelanggan yang merungut kerana kekurangan bekalan di
pasaran.
Jurucakap organisasi juga mewakili unit atau jabatan untuk memberi maklumat yang jelas
kepada pihak pengurusan atasan dalam organisasi atau berkomunikasi dengan individu atau
kesatuan pekerja di luar organisasi. Contohnya pengurus menyampaikan maklumat kepada ahli
organisasi dan orang luar melalui ucapan, laporan dan memo.

3.5 Peranan sebagai Perunding

Maklumat adalah bahan asas di dalam membuat keputusan. Pengurus memainkan peranan yang
penting untuk membuat keputusan di unitnya. Dengan autoriti yang ada, pengurus dapat
bertanggungjawab dan melibatkan diri di dalam sesuatu tindakan; dan sebagai nadi di dalam
sebuah organisasi, pengurus harus mempunyai maklumat yang lengkap dan kemaskini untuk
membuat keputusan tentang strategi unitnya.

Pengurus menghabiskan masa yang sewajarnya di dalam perundingan. Sebagai contoh,


pengurus besar mengadakan perundingan dengan kesatuan sekerja atau pengurus jualan
mengadakan perundingan kontrak dengan pembeli atau pengurus akan berunding dengan penyelia
tentang isu-isu kerja dan lain-lain. Perundingan diibaratkan sebagai satu tugas penting
memandangkan pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup untuk mengadakan
perundingan. Tugas perunding adalah untuk memantau dan mencari penyelesaian yang melibatkan
aktiviti organisasi seperti masalah jualan, cukai atau pengeluaran. Maklumat yang dikumpul akan
dibincangkan bersama kakitangan organisasi sebelum keputusan dibuat. Contohnya, seorang

3
pengurus akan berunding dengan wakil dari jabatan sumber manusia berkaitan kekurangan
kakitangan di jabatan kewangan.

3.6 Peranan sebagai Pencetus Idea

Sebagai pencetus idea, pengurus perlu melaksanakan tugas sebagai pencetus tindakan korporat dan
transformasi. Sebagai usahawan yang sentiasa bersedia dengan idea baru, pengurus cuba membaiki
unitnya dan menyesuaikannya dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah. Pengurus
hendaklah berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mendapatkan ilham baru. Apabila ilham yang
baik didapati, beliau akan memulakan projek itu secara bersendiri dahulu atau beliau boleh
mendelegasikan projek tersebut kepada kakitangannya. Sesuatu projek itu, melibatkan perkara
seperti barangan baru, kempen perhubungan awam, peraliran dana yang kemaskini, penyusunan
semula bahagian yang lemah, penyelesaian masalah imej di divisi luar negeri, menyatupadukan
operasi komputer dan lain-lain.

Tugas ini melibatkan strategi dalam menjana dan menghubungkan keputusan penting.
Dalam hal ini, pengurus mempunyai kuasa, maklumat dan keupayaan untuk kawalan dan integrasi
ke atas sebarang keputusan penting. Pengurus akan membentuk strategi dan membuat perubahan
yang terkawal dalam organisasi. Selepas mengenalpasti masalah, program-program
penambahbaikan ditetapkan dan dilaksanakan untuk mencapai kemajuan.

3.7 Kemahiran Pengurusan

Setiap peranan yang telah di kenalpasti juga akan melahirkan pengurus yang
bertanggungjawab jika beliau menguasai kemahiran pengurusan yang merangkumi;

3.7.1 Kemahiran Konseptual

Pengurus dilihat berkemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan dan


mengintegrasikan hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi. Di samping itu, ia

4
melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk mencapai matlamat organisasi dan
melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks yang melibatkan kesan jangka panjang.

3.7.2 Kemahiran Kemanusiaan


Kemahiran kemanusiaan ini melibatkan pengurus yang boleh memimpin, memotivasi, mengurus
konflik dan mempengaruhi individu dengan memahami perasaan, tingkah laku dan sikap individu
lain. Kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai golongan manusia atau masyarakat seperti
bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan, bermesyuarat dengan pegawai atasan, berbincang dan
berhubung dengan pekerja.

Contohnya pengurus sumber manusia perlu berusaha menangani masalah prestasi pekerja,
membekalkan maklumbalas kepada pekerja, memotivasi pekerja dan mengawal aktiviti-aktiviti
yang membabitkan pengurusan prestasi pekerja.

3.7.3 Kemahiran Teknikal

Pengurus dikatakan berkebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan teknik dalam
bidang tertentu ialah pengurus yang menguasai kemahiran teknikal terutama yang mempunyai
kaitan yang rapat dengan aktiviti harian organisasi.

Penguasaan kemahiran teknikal membantu pengurusan atasan untuk merangka polisi, dasar
dan objektif organisasi. Ia juga dapat membantu pengurus peringkat bawahan untuk memberi
nasihat, penjelasan dan tunjuk ajar tentang aspek teknikal secara terperinci kepada pekerja.

Pemahaman mengenai pengurus dan pengurusan diperjelaskan lagi dalam analisis artikel.
Artikel 1 menunjukkan peranan pengurus sebagai pemimpin, artikel 2 mengenai pengurus yang
bertindak sebagai pegawai perhubungan (liaison) dan berkenaan pengurus sebagai pencetus idea
untuk artikel 3.

5
3.0 ANALISIS ARTIKEL 1

3.1 Pengurus sebagai Pemimpin

Artikel 1 di atas membincangkan mengenai suatu institusi pendidikan yang ingin menyediakan
tempat dan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkehendak dalam mendalami ilmu
pengurusan. Institusi pendidikan yang dimaksudkan ialah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang
berada di Sintok, Kedah.

Walaupun UUM hanya memiliki pengajian terhad yang ditawarkan di universiti ini, Naib
Canselor UUM iaitu Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak komited apabila pihak universiti
mengembalikan kursus Etika Pengurusan, lebih ramai graduan yang dilahirkan di universiti ini
dapat menerapi ke dalam jiwa dan batin mereka dengan perilaku kebudiman. Beliau yakin subjek
Etika Pengurusan adalah subjek wajib ambil pelajar UUM akan membantu mereka lahir sebagai
pengurus yang hebat suatu hari nanti

Di sini, Naib Canselor ialah pengurus yang bertanggungjawab kepada unit organisasi
(universiti). Beliau merupakan tunggak utama dan perlu memimpin hala tuju universiti jagaannya
untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Beliau yang bertanggungjawab mendorong
dan menggalakkan pekerja untuk bekerja atau dalam situasi artikel ini menggalakkan pelajar untuk

6
belajar sehingga bergelar graduan. Di samping itu, beliau memastikan matlamat di setiap pelajar
seiring dengan moto UUM iaitu Ilmu, Budi dan Bakti. Pada beliau, graduan UUM diharapkan
mempunyai perilaku budiman ialah melalui budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti yang baik.

Sebagai pemimpin, tugas pengurus juga ialah mewujudkan tindakan terperinci dan
mengagihkan sumber. Naib Canselor telah mengarahkan dan meyakinkan warga akademik di
UUM untuk berusaha tanpa putus asa dalam mengiringi para graduannya dengan sifat-sifat
kebudiman yang menepati kehendak universiti. Beliau yakin dengan tindakan sumber yang telah
diagihkan, universiti juga berjaya memperbaiki kedudukan mereka berbanding universiti lain
seperti ucapannya di bawah:
“Ranking universiti dalam kalangan universiti di dunia juga semakin baik apabila buat kali
pertama berjaya tersenarai dalam kumpulan 700+ QS World University Rankings bagi tahun
2015/2016. UUM juga berjaya memperbaiki kedudukannya dalam kategori bidang Sains Sosial
dan Pengurusan bagi tahun 2015/2016 apabila melonjak 28 anak tangga ke tangga 336 dari tahun
lalu.

“Manakala bagi ranking dalam negara pula, UUM meningkat satu anak tangga untuk berada di
tangga ketujuh berbanding tangga kelapan sebelum ini,” katanya.

Jelaslah di sini bahawa pengurus yang berperanan sebagai pemimpin, beliau akan
bertanggungjawab dalam memastikan setiap arahan yang diberi dipatuhi, mengawal dan
menyelaras aktiviti orang bawahan supaya organisasi sentiasa atau mampu berada setanding
dengan organisasi yang lain. Contohnya dalam artikel ini, Naib Canselor menyatakan yang UUM
juga mampu untuk setanding dengan universiti yang lain yang mempunyai bidang yang lebih luas
seperti bidang sains seperti perubatan dan kejuruteraan.

7
4.0 ANALISIS ARTIKEL 2

5.1 Peranan Pengurus sebagai Pegawai Perhubungan (Liaison)

Artikel 2 yang bertajuk ‘Pentingnya Interaksi Antara Agama’ membincangkan tentang isu ketua
dan masyarakat. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum, agama dan bangsa. Kemajmukan
masyarakat yang wujud di sini membawa kepada pelbagai agama, bahasa dan budaya.

Pengurus yang bertindak sebagai pegawai perhubungan perlu mempunyai hubungan yang
erat dengan unit atau organisasi luar. Perkara ini dijelaskan di perenggan pertama artikel oleh kata-
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa interaksi antara

8
agama perlu menjadi kerangka penting dalam pengurusan. Interaksi yang dimaksudkan di sini
ialah mempunyai hubungan yang baik walau berbeza agama, bangsa dan budaya.

Hubungan yang dibina oleh pengurus juga mestilah berkesan dan mempunyai pengaruh
yang besar kepada organisasi sendiri. Oleh kerana itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
menyarankan untuk berlaku interaksi intelektual, pemahaman budaya dan dialog antara agama.
Pengurus yang inginkan kefahaman agama, budaya dan bahasa yang setara antara semua
pekerjanya akan mengambil kira interaksi yang diwujudkan di organisasinya bagi mengelakkan
kesalahfahaman.

Bagi membantu meningkatkan kefahaman tentang budaya organisasi, setiap individu perlu
memperkasakan nilai-nilai interaktif diri berdasarkan etika agama. Ini kerana etika agama yang
mengajar tentang keadilan, amanah, saling hormat, sikap terbuka dan tolak ansur. Untuk itu,
pengurus perlu merancang program-program yang bersesuaian dengan organisasinya seperti yang
diterangkan di perenggan ke sembilan dengan mengambil contoh radio IKIM menjalankan ‘Dialog
Antara Agama’ untuk menjernihkan pandangan sesetengah masyarakat.

Penyampaian maklumat melalui pengurus juga perlu tepat dan jelas. Apabila maklumat
yang telah disampaikan dapat diterima dan digunapakai dengan baik, kesejahteraan rakyat dapat
dijaga sepenuhnya. Malaysia amnya dan organisasi khususnya amat memerlukan situasi
pendamaian seperti ini untuk memastikan kelangsungan hidup berjalan dengan jayanya. Jelaslah
bahawa, seorang pengurus yang bertindak sebagai pegawai perhubungan akan menjadi medium
utama dalam memastikan hubungan yang betul terbentuk.

6.0 ANALISIS ARTIKEL 3

6.1 Peranan Pengurus sebagai Pencetus Idea

Artikel 3 membincangkan sebuah syarikat makanan kesihatan, Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn
Bhd yang memperkenalkan susu formula terbarunya iaitu S-26 Gold. Pelbagai susu formula
mengikut peringkat usia telah dihasilkan oleh syarikat ini bagi membantu perkembangan kanak-
kanak dan menjaga kesihatan yang baik.

9
Menurut Pengurus Perniagaannya, Rene Wepperich mereka sentiasa membuat kajian
berkaitan pemakanan yang terbaik untuk kanak-kanak agar bersesuaian dengan tumbesarannya.
Ini jelas menunjukkan peranan pengurus sebagai pencetus idea yang sentiasa bersedia dengan idea-
idea baru dalam merangka transformasi syarikat. Kajian yang dilakukan melibatkan Negara di
mana produk syarikat dikeluarkan dan dipasarkan. Idea yang dibentuk di sini ialah berdasarkan
fokus untuk membantu tumbesaran kanak-kanak dengan lebih baik di samping menambah
kelainan buat produk syarikat.

Idea yang dicetuskan di sini, diformulakan untuk dibanding bezakan dengan produk
susunya yang lain dan tambahan beberapa elemen baru seperti yang diterangkan di perenggan tiga
dan empat artikel.

“Susu tumbesaran S-26 Gold yang unik ini khusus bagi si kecil berusia satu Ia dan ke atas.
Dengan melipatgandakan zat termasuk DHA dengan lima kali lebih kualiti, melebihkan lutein
sehingga 40 peratus dan kolina sebanyak 20 peratus.”
“Malah, kedua-dua produk iaitu S-26 Gold Progress dan S-26 Gold Promise dirumuskan
dengan sistem biofaktor yang turut mengandungi oligofruktos, kalsium dan protein,”

Pengurus yang bertindak sebagai pencetus idea ini juga perlu sentiasa bersedia dengan
ilham baru. Dalam artikel ini, pengurusnya menjelaskan bahawa syarikat mereka agak tergugat
dengan kejatuhan mata wang negara. Namun, mereka cuba atasi dengan pengenalan formula
terbaru dan pembungkusan baru untuk susu S-26. Pembungkusan merupakan salah satu cara
menarik minat orang ramai kerana pandangan pertama pelanggan ialah rupa. Ilham ini timbul
untuk membantu melonjakkan peningktan syarikat mereka dari aspek jualan.

Jelaslah di sini, sesuatu organisasi sangat memerlukan pengurus yang akan bertindak
sebagai pencetus idea dalam membantu proses pertumbuhan syarikat. Walau pun idea sudah
pernah digunapakai, tidak bermaksud cubaan kedua tidak perlu dilakukan. Mungkin dengan sedikit
penambahbaikan supaya syarikat yang dibina akan terus teguh berdiri.

10
7.0 KESIMPULAN

Melalui analisis ketiga-tiga artikel di atas, peranan pengurus yang berbeza dapat diperjelaskan
dengan lebih lanjut. Walaupun pengurus mempunyai pelbagai peranan yang berlainan, namun,
semuanya bermatlamatkan misi dan visi organisasi. Dari sudut pandangan penulis melalui analisis
artikel-artikel tersebut, antara ketiga-tiga peranan yang dibincangkan, peranan yang paling sukar
untuk dibawa ialah sebagai pencetus idea.

Bukannya mudah untuk membuat sesuatu perancangan dan strategi bagi melakukan
perubahan dalam organisasi kerana ia memerlukan perkiraan yang luas dari segi matlamat dan
tujuan. Di samping itu, ia juga memerlukan tenaga kerja, dana, sumber dan tempoh masa yang
panjang sekiranya melibatkan perubahan dalam skala yang besar. Jika dibandingkan dengan
peranan sebagai pemimpin dan perunding yang juga tidak kurang sukar untuk dibawa, pengurus
perlu membuat keputusan yang penting bagi mengelakkan kegagalan. Sebarang gangguan dan
kekangan boleh mengganggu kestabilan organisasi.

8.0 RUJUKAN

Ab Samad Kechot. (2013). Menangani Ruang Budaya: Peranan Pengurus Sebagai


Penyebar Maklumat Bagi Istana Budaya, Kuala Lumpur. GEOGRAFIA OnlineTM
Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (hlm. 70 -78)

11
Ishak Mad Shah. (2006). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam Organisasi
(Ed.). Johor: UTM.

Katarzyna Cieslinska. (2007). The Basic Roles of Manager in Business Organization.


Department of Economics of August Cieszkowski Agricultural University of
Poznan.

Maimunah Osman. (2002). Pengurus Dalam Pelbagai Peranan. Siri Pengurusan INTAN.
Kuala Lumpur.

Zaharah Hassan. (2009). Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam


Perkhidmatan Awam. MALIM Bil 10 (2009).

Jamliah Abdullah. (2015, 26 Oktober). UUM Komited Lahirkan Graduan Berilmu,


Beretika. Utusan Online. [Online]. Available: http://www.utusan.com.my/
berita/nasional/uum-komited-lahirkan-graduan-berilmu-beretika-1.150623. [28
Oktober 2015].

Dari Jendela Tok Ki. (2015, 27 Oktober). Pentingnya Interaksi Antara Agama. Utusan
Online. [Online]. Available: http://www.utusan.com.my/rencana/pentingnya-
interaksi-antara-agama-1.150992. [28 Oktober 2015]

Wan Noor Ameera Meor Rozman. (2015, 28 Oktober). Manfaat Produk Baru. myMetro.
[Online]. Available: http://www.hmetro.com.my/node/88713. [29 Oktober 2015].

12

Anda mungkin juga menyukai