Anda di halaman 1dari 6

KES KECUAIAN : JUMAT B.MAHMUD.

Senario kes

Dalam kes ini seorang pelajar berumur 11 tahun bersekolah di Sekolah Dato’ Kelana

Maarof Seremban, dalam darjah lima tercedera kerana tercucuk pensel yang dipegang oleh

kawannya bernama Azmi. Azmi seorang pelajar yang nakal dan sering mengganggu rakan-

rakannya di dalam kelas. Kelas itu diajar oleh Puan Kenny. Azmi telah menggunakan pin

yang tajam mencucuk paha plaintif dan kesan cucukan menyebabkan plaintif bertindak balas

dengan berpusing ke belakang lalu mata kanannya bertembung dengan bahagian pensil yang

tajam.

Keputusan mahkamah

Dalam keputusan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Hakim menyebelahi plaintif,

tetapi setelah rayuan dibuat di Mahkamah Rayuan, Hakim (YM Raja Azlan) telah memihak

kepada perayu dengan alasan:

a. Guru tidak mendedahkan plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan.

Sebatang pensil bukanlah benda yang berbahaya dan semua murid menggunakan

pensil di dalam kelas.

b. Andaian yang mengatakan kecuaian guru mengawasi kelas telah menyebabkan

kecederaan pelajar tidak boleh diterima kerana:

i) Pengawasan guru belum pasti dapat mengelakkan kecederaan

ii) Apabila murid nakal menyebabkan kecederaan, ini tidak bererti pengurusan

pada pihak guru tidak wujud sama sekali .


iii) Hubungan kurangnya pengawasan dan kecederaan yang dilakukan ke atas

murid bukanlah bererti kemungkinan, tetapi perkara itu adalah andaian sahaja.

Yang Arif Hakim Raja Azlan memutuskan:

The duty of care owed by (the teacher) required only that he should take such measures as in all the

circumstances were reasonable to prevent physical injury to (the pupil). This duty not being one to

insure against injury, but to take reasonable care to prevent it, required no more than the taking of

reasonable steps to protect the plaintiff against risks of injury which (the teacher) should reasonably

have foreseen.
KES ‘NATURAL JUSTICE’: KES ASRIYAH SAIRY.

Senario kes

Dalam kes ini Asriyah bte Sairy seorang jururawat terlatih telah dibuang kerja kerana

tidak hadir berkerja di Hospital Kota Tingi, Johor setelah ditukarkan dari Hospital Bentong,

Pahang. Tuduhan yang dikemukan adalah seperti berikut :

Bahawa kamu, Asriyah bte Sairy yang bertugas sebagai Jururawat Terlatih, di Hospital Daerah Kota Tinggi, Johor telah

tidak hadir bertugas tanpa cuti atau apa-apa sebab yang munasabah mulai 1.9.80 hingga sekarang. Dengan meninggalkan jawatan

kamu itu tanpa cuti atau apa-apa sebab, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Perintah Am 21(1), Perintah-Perintah Am Pegawai

Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab D) 1980 yang membolehkan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja diambil terhadap

kamu di bawah Perintah Am 26, Perintah-Perintah Am yang tersebut itu. Perbuatan kamu itu juga adalah satu kelakuan yang tidak

bertanggungjawab bertentangan dengan Perintah Am 4(2)(g) Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab

D) 1980. (pg 14 ABD 1);

Tuduhan telah dihantar melalui surat tunjuk sebab yang perlu dijawab oleh plantif

dalam masa dua puluh (20) hari dari hari penerimaan surat tersebut, menerangkan mengapa

tindakan tidak boleh diambil ke atasnya.

Selepas lebih sebulan kemudian, plantif melalui peguamnya telah menjawab melalui

surat tersebut dan memohon perbicaraan lisan (an oral hearing) tetapi telah ditolak. Pihak

plantif telah diberi 20 hari tambahan untuk menjawab surat tersebut, sesuai dengan GO 26 of

the Public Officers (Conduct and Discipline) (Chapter “D”) General Orders 1980.

Plantif telah menjawab melalui peguamnya dengan surat bertarikh 2 April 1982

seperti berikut:
KR/CV/1226/81A/LST SPA 91834/37(4) 2nd April, 82

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,

(Bahagian Tatatertib (Naik Pangkat), Tingkat 11, Wisma Keramat,

Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Tuan,

Per: Asriyah bte Sairy: Kenyataan Alasan-Alasan Membuang Kerja

Kami bertindak bagi pihak Puan Asriyah bte Sairy pelanggan kami.

Puan Asriyah bte Sairy telah pun menerima kenyataan alasan-alasan membuang kerja sebagai Jururawat terlatih di Hospital Daerah, Kota Tinggi,
Johor.

Puan Asriyah ingin menjawab kepada tuduhan-tuduhan terhadapnya seperti berikut:

1. Beliau tiada hadir bertugas tanpa cuti mulai dari 1hb. September, 1980 hingga sekarang dengan sebab hal-hal luarbiasa yang berhubung dengan
keselamatannya dan diri sendiri:

i. Beliau telah dilarikan dari pangkuan suaminya di Bentong, Pahang oleh Azahari bin Sairy dan Mohd Khalid bin Sairy pada 19hb. April,
1979 dan dibawa ke Kota Tinggi Johor, atas alasan orang-orang tersebut adalah saudara-maranya dan mereka tidak setuju dengan perkahwinan
Puan Asriyah dengan G. Nadarajah dari Bentong, Pahang.

ii. Puan Asriyah hamil ketika masa itu dan beliau di paksa menggugurkan anak yang masih dalam rahimnya.

iii. Tanpa kebenaran ataupun pengetahuan beliau, beliau ditukar ke Hospital Daerah, Kota Tinggi Johor, dari Hospital Daerah, Bentong.
Encik Zulkifly Yahaya Setiausaha di Kementerian Kesihatan Malaysia, dan YB Yusof Jani Wakil Parlimen bagi kawasan Panti bersubahat dalam hal ini
dengan Azahari bin Sairy dan Mohd Kamal bin Sairy bagi tujuan Penukaran tempat kerja.

iv. Dalam masa beliau dipaksa berkhidmat di Hospital Daerah Kota Tinggi beliau dikawal dengan rapi oleh orang-orang tertentu
termasuk Azahari bin Sairy dan rakan-rakannya dan beliau terpaksa hidup sebagai orang tahanan.

v. Beliau telah mendapat satu peluang untuk lepaskan dirinya dari tahanan pada 31hb. Ogos, 1980 dan hijrah ke keselamatan dan
pangkuan suaminya.

vi. Beliau telah sebutkan hal-hal ini dalam permintaan untuk tukar tempat kerjanya ke Triang, Pahang, tempat kediaman suami beliau,
tetapi Kementerian Kesihatan enggan membuat demikian.

vii. Beliau juga hendak meneruskan perkhidmatannya sebagai jururawat tetapi jikalau beliau kembali ke Kota Tinggi beliau takut beliau
akan hilang nyawanya.

Puan Asriyah meminta pihak tuan timbang perkara ini dan tukar tempat kerja beliau ke Triang atas dasar perikemanusiaan.

Kami yang harap,

t.t.

Karpal Singh.
Pihak defendan pertama telah bermesyuarat pada on 6 June 1983 dan telah

memutuskan memecat plantif berkuatkuasa dari 1 September 1980 dan beliau telah

dimaklumkan tentang perkara tersebut melalui surat bertarikh 17 June 1983.

Dalam saman ini, plaintif telah memohon :

1. satu deklarasi bahawa defendan pertama telah menafikan peluang yang munasabah

untuk didengar dan telah bertindak berdasarkan bukti yang telah dinafikan akses

kepada plantif, seterusnya telah melanggar prinsip ‘natural justice’ dan pelanggaran

prinsip ini telah mengakibatkan pemecatan plaintif pada 6 June 1983 terbatal;

2. satu deklarasi bahawa defendan tiada mempunyai asas untuk memecat plaintif;

3. satu deklarasi masih seorang pekerja defendan kedua dan harus menerima gaji

emolument dan lain-lain yang layak diterimanya;

4. satu inkuiri untuk menentukan gaji, emolument dan lain-lain yang layak dibayar

kepada plaintif;

5. gantirugi atas sebab pemecatan beliau yang tidak sah.

Plaintif memohon sebuah ‘judicial review’ keputusan memecatnya oleh defendan pertama

dan keputusan tersebut telah dibuat dengan menafikannya sebuah ‘oral hearing’ walaupun

plantif telah memohonnya.

Keputusan mahkamah
Berdasarkan keterangan saksi defendan, Tan Awang Besar (DW2) yang telah

menyatakan bahawa, mengikut rekod proses disiplin defendan pertama telah

mempertimbangkan perwakilan plaintif dalam mesyuarat pada 6 Jun 1983 dan memutuskan

untuk memecat plaintif berkuatkuasa dari 1 September 1980. Tiada inkuiri dibuat tentang

penglibatan pihak lain dan semua keputusan telah dibuat oleh defendan pertama adalah

berdasarkan empat document berikut: i) surat tunjuk sebab defendan pertama; ii) surat

peguam plaintif memohon ‘oral hearing’; iii) surat jawapan defendan pertama kepada surat

tersebut; dan iv) surat perwakilan plaintif melalui peguamnya.

Sesebuah badan disiplin yang menyelidik seorang kakitangan awam haruslah bebas

dari “procedural unfairness”. Dengan mengetahui perkara-perkara yang dinyatakan dalam

surat plaintif, kegagalan oleh pihak badan disiplin untuk melantik satu jawatankuasa inkuiri

menentu-sahkan dakwaan plantif dan meneruskan tindakan telah melanggar “procedural

fairness’ seluruh proses tersebut. Oleh yang demikian, kegagalan prosedur ‘procedural

impropriety’ telah dilakukan oleh badan disiplin dengan menafikan kepada plaintif satu ‘oral

hearing’ dan gagal mempertimbangkan elemen-elemen kritikal dalam surat perwakilan

plaintif, seterusnya telah melanggar hak plaintif untuk didengar di bawah artikel 135(2)

Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, keputusan badan disiplin memecat plaintif adalah terbatal dan

plaintif kembali ke status quo ante sebagai kakitangan defendan kedua dan layak menerima

segala gaji, emolument dan lain-lain yang layak baginya seperti jika beliau tidak dipecat.

Plaintif juga layak menerima segala kos litigasi saman ini.

Anda mungkin juga menyukai