Anda di halaman 1dari 2

2.

  Pentaksiran yang baik dapat memberikan maklumat yang tepat tentang prestasi pelajar dan
memberi maklumbalas yang berguna tentang proses pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan
dua ciri pentaksiran yang baik.

Pentaksiran merupakan salah satu kaedah untuk mengetahui maklumat tentang


prestasi murid yang membolehkan untuk guru-guru membuat justifikasi tentang sesuatu
kaedah pengajaran dalam pendidikan yang telah dijalankan. Dalam erti lain, pentaksiran
merupakan salah satu elemen penting untuk kita mengukur keberkesanan kaedah pengajaran
kepada murid-murid. Pentaksiran yang baik akan membantu guru-guru untuk mendapat
maklum balas yang lebih berkesan tentang prestasi murid-murid di sekolah. Terdapat
beberapa ciri-ciri pentaksiran yang baik seperti kemudahtafsiran dan keobjektifan.

Ciri pertama pentaksiran yang baik ialah kemudahtadbiran. Ini merujuk kepada ujian
tersebut dapat dilakukan dalam keadaan yang mudah dan perjalanan proses ujian tersebut
telah dijelaskan dengan mudah. Sebagai contoh, peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia
dan sebagainya. Ini merupakan salah satu contoh pentaksiran yang melibatkan
kemudahtadbiran di mana ujian tersebut dapat dijalankan di dewan peperiksaan atau di kelas
di mana segala peraturan dan arahan-arahan untuk melakukan ujian tersebut secara amnya
telah diketahui oleh majoriti pelajar. Ini akan memudahkan lagi proses pentaksiran untuk
dilakukan.

Ciri pentaksiran yang kedua ialah keobjektifan. Ini merujuk kepada pentaksiran yang
baik serta mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi apabila pemeriksa dapat memberikan
markah yang sama dengan skrip jawapan yang mempunyai jawapan yang sama. Contoh yang
paling jelas ialah ujian yang dilakukan seperti ujian objektif kerana skema permakahan telah
ditetapkan di mana pelajar perlu memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Hal
ini bermakna skema jawapan yang diberikan dapat diselaraskan untuk semua murid. Jika
dibandingkan dengan ujian subjektif , ia mempunyai keobjektifan yang rendah kerana skema
jawapan pemeriksa akan dipengaruhi oleh banyak faktor kerana setiap orang murid akan
memberikan jawapan yang berbeza dan akan memerlukan banyak masa untuk disemak serta
ujian subjektif juga boleh dipengaruhi oleh mental dan emosi pemeriksa dari segi
permakahan walaupaun diberi skema jawapan yang sama.

Anda mungkin juga menyukai