Anda di halaman 1dari 11

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. 1.0 PENDAHULUAN 2

2. 2.0 ISU PELANGGARAN ETIKA DAN 3


PERUNDANGAN
3. 6
3.0 KOD ETIKA YANG BERKAITAN
4. 7
4.0 CARA PENYELESAIAN
5. 8
5.0 RUMUSAN
6. 9
6.0 RUJUKAN
7. 11
7.0 LAMPIRAN

Laporan Temubual Amalan Profesional Keguruan

1
Tarikh : 9 .3.2020

Hari : Isnin

Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

Pada 9 Mac 2020 bertempat di Sekolah Kebangsaan Methodist, (ACS), saya telah
menjalankan satu sesi temubual terhadap Guru Besar, Puan Lim Chu Yang Tujuan utama
sesi temubual ini dilaksanakan kerana ingin mendapatkan pendapat dan pandangan
daripada pihak pentadbir mengenai amalan profesional keguruan. Selain itu, temubual yang
dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai isu pelanggaran etika
dan perundangan yang kerat berlaku di sekolah.

Beliau telah berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah tersebut selama 8 tahun dan tempoh

perkhidmatan beliau sebagai guru adalah selama 30 tahun. Beliau juga telah bekerja
sebagai guru di 9 buah sekolah kebangsaan . Saya telah memilih beliau untuk ditemu bual
disebabkan beliau merupakan wakil pentadbil sekolah yang berkuasa tinggi dan mempunyai
pengalaman yang amat luas.

1.0 Pendahuluan

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan
manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan
tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta
terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang
guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli
masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah
satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri
seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan
dan tanggungjawab.

Menurut Kamus Dewan (2005), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan
tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih
pekerjaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di
beberapa segi. Seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan
mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar.

2
Berdasarkan temubual yang dilakukan terhadap Guru besar, didapati bahawa profesion
perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting
dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada
individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin
kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan
sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.

2.0 Isu pelanggaran etika dan perundangan

Isu peyalahgunaan masa Isu peyalahgunaan wang

Rajah 1.0 menunjukkan isu-isu yang berlaku di sekolah.

Seterusnya, beliau juga menyatakan bahawa antara isu pelanggaran etika yang kerap di
sekolah ini ialah penyalahgunaan masa bekerja. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi
persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam
jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid –
murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan
guru di sekolah ini. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah ini yang
sering dilakukan oleh guru-guru adalah segelintir guru tidak menepati masa keluar dan
memasuki kelas, tidak menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P), tidak
menyampaikan P&P mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan, melakukan kerja
tambahan dan tidak berkaitan seperti melakukan jualan di pejabat guru, bergosip, melepak
di kantin sekolah dan sebagainya sehingga mengabaikan sesi P&P bersama pelajar serta
menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengamatan beliau, adalah wajar
masalah ini diberikan perhatian. Masalah penyalahgunaan masa mungkin tidak terlalu serius
di sini tetapi jika dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan kredibiliti para guru
dan seterusnya akan merugikan pelajar. Ramai guru masih tidak menyedari hakikat
ini. Jadi,beliau berharap agar dapat menangani isu ini dan dapat menjadi bakal pendidik
yang boleh menyumbang satu kebaikan kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

3
Bukan itu sahaja, beliau juga berpendapat bahawa kelalaian dan kekurangan minat yang
mendalam guru terhadap profesion perguruan menjadi punca utama berlakunya isu
penyalahgunaan masa ini. . Hal ini demikian kerana,segelintir guru ini memasuki bidang
perguruan mendapat pengaruh dari kawan-kawan dan memandang kepada ganjaran yang
bakal mereka dapat. Selain itu, Ismail (1992) dalam Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M.
Noor Ariffin (2008), beliau menyatakan bahawa minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti
mendorong seseorang untuk meneroka dengan lebih jauh. Seharusnya, seorang guru
haruslah mempunyai minat yang mendalam dalam profesionnya untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan dan membentuk keperibadian pelajar-pelajarnya. Menurut Norlia (1999) dalam
Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M.Noor Ariffin (2008), perguruan ialah satu kerjaya yang
bermatlamat untuk pembentukani nsan dan ihsan yang sempurna agar manusia itu mengerti
tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri, masyarakat, alam yang mereka
diami serta terhadap Keagungan Yang Maha Pencipta.

Tambahan pula, beliau juga berpendapat bahawa kewujudan isu tersebut disebabkan
tekanan guru bekerja. Merujuk Efrosini Kalyva (2013), stress guru merupakan pengalaman
guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan, dan kemarahan akibat daripada tugasnya sebagai guru (Kyriacou, 2000). Kesan
daripada itu, guru membuat perkara yang menyeronokkan yang boleh menghilangkan
tekanan kerja mereka seperti menyalahgunakan masa bekerja. Perlakuan mereka itu telah
memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada mangsa tetapi kesan kepada kerjaya guru
itu sendiri. Guru-guru yang mengalami tekanan kerja yang tinggi selalunya tidak berfikiran
panjang sehingga menyebabkan mereka melakukan sesuatu yang memberi kesan yang
panjang kepada dirinya sendiri. Apatah lagi apabila faktor-faktor lain mempengaruhinya.

Selain itu, berdasarkan temubual terhadap guru besar, saya mendapat tahu bahawa isu
penyalahgunaan wang juga turut berlaku di sekolah ini. Beliau mengatakan bahawa sejak
akhir -akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan
guru disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan
oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang
mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Isu ini turut mempengaruhi sekolah
Kebangsaan Methodist ini. Contohnya, soerang guru Sains telah melibatkan diri
dalam isu penyalahgunaan wang walaupun dkenakan beberapa amaran daripada
guru besar. Antara kes penyalahgunaan wang yang dibuat oleh guru tersebut
adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan
komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara
pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang

4
palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya
kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk
kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang
dilakukan murid dan banyak lagi.

Beliau menyatakan bahawa, berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, menyatakan,
seseorang Pegawai Awam yang didapati menyalahgunakan wang tabung amanah
sekolah, boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A
atau peraturan 4(2)(f), Peraturan Pegawai Awam yang memperuntukkan “Seseorang
pegawai tidak idak jujur dan tidak amanah,”. 

Jadi, dalam kes ini guru yang berkenaan telah didapati bersalah melakukan
penyalahguaan wang dan dikenakan hukuman turun pangkat iaitu menurunkan gred
guru itu ke gred yang lebih rendah.Bukan itu sahaja, gaji guru tersebut diturunkan
dahulu sebanyak 1KGT di dalam jadual gaji grd sebelum diturunkan pangkat dan
diselaraskan ke matagaji pada gred yang diturunkan pangkat.

Kemudian, beliau juga berkongsikan hasil pemerhatiannya terhadap guru yang


terlibat dalam isu tersebut. Beliau didapati bahawa isu ini berpunca dari individu
yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang
biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan
kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru berkenaan menjadi
gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya.
Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru
yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan
lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut
kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut
secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali,
guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang
menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya.

Beliau juga mengaku bahawa pentadbir sekolah juga menjadi punca kedua untuk
berlakunya isu penyalahgunaan wang di sekolah ini. Antaranya ialah
penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh

5
pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya
pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru -guru menjadi
lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat
daripada tindakan yang diambil. Sikap pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai
prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah menyebabkan guru- guru mengambil
kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan
diri.
3.0 Kod etika yang berkaitan

Di samping itu, Kod etika yang terlibat dengan kes ini ialah guru tidak harus
berkelakuan begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan
akan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai. Guru seharusnya
menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri
sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat
dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas
dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan
menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian
yang teliti dan berhati-hati.

Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan


prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih
mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini
mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan
yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan.

Antara etika keguruan ialah tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak
muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti
kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Apabila berlakunya konflik
atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan antara pelajar,
persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang
perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah
kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang guru itu untuk melindungi dan
menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang
6
menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru
dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar

Merujuk kepada kod etika keguruan, salah satu prinsip yang dinyatakan ialah
prinsip kesetiaan iaitu prinsip yang mempunyai kaitan dengan isu yang
dibincangkan. Guru seharusnya tidak melakukan perkara yang tidak sopan sehingga
mencemarkan profesionnya. Guru juga bertindak sebagai pengganti ibu bapa iaitu
membentuk tingkah laku murid. Secara kesimpulannya, guru yang bertingkah laku
negatif fterhadap murid tidak mengamalkan kod etika yang telah digariskan.

4.0 Cara Penyelesaian

Guru besar juga menyatakan bahawa kesan yang akan menimpa jika permasalahan
ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat,
dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini
tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa


ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya
pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa
dan wang di sekolah adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu
berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru
yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru
tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan
tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru
yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara
ini, guru -guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Berdasarkan temubual tersebut, didapati bahawa rakan sejawat juga perlu


memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi
teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan
supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa dan wang itu dapat
mengubah dirinya.

7
Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha
untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan
cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini,
segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan
menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu
bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah
untuk mencontohi sifat -sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru
juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih
terancang dan tiada pembaziran masa.

5.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada
kod etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu
penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung
daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap
profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.
Dengan wujudnya panduan Etika Profesion Perguruan ini, semua guru perlulah
menjaga tingkahlaku sebagaimana yang harus diamalkan oleh seorang guru untuk
menunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar di sekolah. Semua guru
perlulah memahami dengan lebih jelas etika profesion perguruan iaitu
bertanggungjawab kepada para pelajar, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan
profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar. Seterusnya,meningkatkan lagi imej
profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi
dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan guru sesama guru.

6.0 Rujukan

Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad. Pengetahuan Etika Profesion Perguruan

Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM . Fakulti Pendidikan,

8
Universiti Teknologi Malaysia

Chee Kim Mang (2008). Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institut Perguruan: Satu

Tinjauan Dari Perspektif Pentadbir Sekolah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.Jil. 23,

Hlm.49 – 67,

Efrosini Kalyva (2013).Stress in Greek Primary Schoolteachers Working Under Conditions

of Financial Crisis. Europe's Journal of Psychology. Vol. 9(1), Hlm.104 – 112.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010). Nilai dan
Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Retrieved on February 26, 2020 from
www.townplan.gov.my/.../nilai%20&%20etika%20dlm%20pkdmtn %20awam.ppt

Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman (2002). Peranan Etika Dalam Kepimpinan

Pendidikan. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,Jil 8 (10), Hal.93-103.

Lokman Bin Mohd Tahir dan Hamidon A. Rahman.Tahap Kepercayaan Guru

Besar/Pentadbir Sekolah Rendah Terhadap Guru: Satu Penilaian. Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Aminuddin Baki,Sri Layang.

Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (2005) Kamus dewan (edisi keempat) Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Yahya Buntat dan Zainuddin Masrom (2003). Amalan Etika Profesion Perguruan Di

Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai Johor. Satu Tinjauan

Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, Jil.38 (6) hlm. 65 – 74.

Mohamed Najib Abdul Ghafar dan M. Noor Ariffin (2008). Kesan Latihan Perguruan Ke

Atas Faktor Pemilihan Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi,

9
Jil.48 (6) Hlm.15 – 31.

7.0 Lampiran

10
Gambar 1.0 menunjukkan kami guru praktikum sedang menebubual guru besar Sekolah
Methodist

Gambar 2.0 diambil selepas temubual diselesaikan.

11

Anda mungkin juga menyukai