Anda di halaman 1dari 20

Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.

1. ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 3

1.1 Pengenalan 3 1.2 Prinsip akauntabiliti dan intergriti 4 2.0 Isu Etika Keguruan. 6 2.1 Isu Kes Salah

Laku Guru 6 2.1.1 Salah laku Guru - Hukuman terhadap murid 7 2.1.2 Punca Berlaku Masalah Ini 9 3.0

Implikasi Isu Terhadap Akauntabiliti Keguruan dan Integriti Guru. 10 4.0 CADANGAN LANGKAH-

LANGKAH MENANGANI ISU 15 4.1 Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa. 15

4.2 Melibatkan guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan. 16 4.3 Menggiatkan program yang

berfokuskan kepada guru. 17 4.4 Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru. 17 5.0

REFLEKSI KENDIRI 18 6.0 PENUTUP 19 BIBLIOGRAFI 22

2. 2 | E D U 3 0 8 3 1.0
PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan Dalam perkembangan dunia yang pesat membangun pada ketika ini, pelbagai informasi

terkini sangat mudah diperolehi, salah satunya ialah berita yang pelbagai. Ianya disalurkan melalui

pelbagai medium elektronik seperti melalui internet, televisyen, radio, bahan bercetak seperti akhbar,

risalah dan sebagainya. Tidak dinafikan berita-berita yang telah tersebar melalui media adalah datang

dari pelbagai sumber dan sudut pendapat yang berbeza, namun begitu, pengaruhnya terhadap

masyarakat dilihat sangat membimbangkan, khususnya dalam pendokumentasian isu yang melibatkan

guru. Hal ini akan membawa seribu satu persoalan, persepsi dan pandangan dari pelbagai sudut, baik

positif dan juga negatif, terutamanya terhadap profesion perguruan khususnya dan kepada guru

amnya. Adapun pendapat umum berkenaan definisi guru ialah seorang yang mengajarkan sesuatu ilmu

kepada murid atau pelajar di setiap peringkat usia dan tingkat tahap pendidikan itu sendiri. Ragbir Kaur

(2007), mendefinisikan guru adalah sebagai insan yang mendidik murid dalam pelbagai ilmu

pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah, manakala Mok Soon

Sang (2007) mena’rifkan guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan

kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan. Merujuk kepada Kamus

Dewan (1989), perkataan ‘Perguruan’ yang diertikan dalam konteks pendidikan ialah ‘pengajaran’,

contohnya perguruan kepada guru, murid dan sebagainya, manakala perkataan ‘keguruan’ pula

diertikan sebagai ‘perkara yang berkaitan dengan guru’, seperti peranan, tugas, kelayakan, sifat dan

lain-lain perkara sebagai guru, misalnya masyarakat memandang tinggi kepada nilai keguruan yang ada

pada seorang guru, yang menjelaskan tentang ciri-ciri serta sahsiah yang dimiliki oleh guru pada

perkataan keguruan yang dinyatakan. Profesion memiliki maksud yang sangat luas khususnya dalam

aspek pekerjaan. Ianya membawa dimensi dan penilaian yang berbeza antara suatu pekerjaan dengan

pekerjaan yang lain dalam konteks standard dan impak terhadap individu yang terlibat dalam

pekerjaan tersebut. Mok Soon Sang (1996) telah meringkaskan konsep profesionalisme dalam

kalangan guru sebagai suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan
dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi,

mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

3. 3 | E D U 3 0 8 3

Kedua-dua pendapat ini telah menggambarkan secara ringkas konsep profesion perguruan dan

menjelaskan bagaimana perguruan itu sendiri dianggap sebagai suatu profesion yang mempunyai

standard yang tersendiri. Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990) menjelaskan etika adalah sebagai

satu cabang ilmu pengetahuan yang meliputi perkara yang baik dan tidak baik seiring dengan

kewajiban dan tanggungjawab moral. Dalam erti kata yang lain,etika adalah panduan dan ketetapan

yang telah digariskan terhadap setiap perlakuan untuk memastikanmatlamatyang ingin dicapai dapat

diperolehi seperti yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, dalam konteks ingin membentuk sahsiah

yang terpuji dalam diri seorang guru, adalah menjadi satu tanggungjawab bagi seorang guru untuk

mempraktikkan etika keguruan dalam diri masing-masing bagi dalam usaha untuk mencapai hasrat

untuk menjadi guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji. 1.2 Prinsip akauntabiliti dan intergriti

Prinsip akauntabiliti dan integriti amat penting untuk diterapkan di dalam diri setiap penjawat awam

melalui dua kaedah iaitu usaha yang berterusan oleh penjawat awamitu sendiri seperti penghayatan

nilai-nilai murni dan keadah kedua melalui penguatkuasaan daripada kerajaan seperti penubuhan

Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Pelan Integriti Nasional (PIN), kursus-kursus berkaitan

akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan Kod Etika Kerja yang dapat membantu kearah

meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam diri penjawat awam terutamanya bagi pihak guru yang

terlibat dengan isu etika keguruan yang sering dilaporkan di dada akhbar dan media massayang lain.

Setiap isu yang timbul berkaitan keguruan yang melanggar etika keguruan mampumerosakkan imej

profesion perguruan dan menyebabkan masyarakat memandang rendah pada kerjaya sebagai guru.

Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau terhadap sesuatu tindakan,

keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan

(Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk
memberikan justifiasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau

tindakan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami

dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan.

4. 4 | E D U 3 0 8 3

Integriti pula merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada

individu dan organisasi (Institut Integriti Malaysia, 2004). Integriti berkait erat dengan etika. Integriti

berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Lanjutan itu, intergriti guru

sebagai penjawatan awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa

yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai

murni seperti amanah, jujur, adil dan saksama,telus, berkecuali dan kebolehpercayaan. Setiap

penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap

mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya

murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak denganisu etika

keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Antara isu etika keguruan yang sering

dipaparkan di dada akhbar dan media massa adalah berkaitan penampilan guru yang menjolok mata,

gangguan seksual kepada murid, guru pecah amanah dan guru sering mengambil cuti sakit palsu. Bagi

menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika

tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Sebagai seorang guru, kita perlu

meningkatkan akauntabiliti dan integriti kempimpinan diri supaya segala tanggungjawab dan tugas-

tugas dapat dijalankan dengan penuh komited.

5. 5 | E D U 3 0 8 3 2.0

ISU ETIKA KEGURUAN 2.1

Isu Kes Salah Laku Guru Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah banyak menyaksikan

pelbagai isu negatif yang telah menafikan akauntibiliti dan etika keguruan dalam kalangan guru pada

masa kini. Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes tindakan salah laku guru disiarkan. Lebih
membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu yang melibatkan etika keguruan yang tidak

menyenangkan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah graf pada statistik kajian ke atas

perkara ini memaparkan lonjakan angka yang menggambarkan betapa parahnya isu etika keguruan

yang sedang berlaku. Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik dalam bentuk akhbar bercetak dan

juga akhbar yang diakses melalui internet, setiap terbitan yang terkini tidak pernah lekang dengan

topik kebejatan etika keguruan. Berkesinambungan dengan analisis aduan yang terdapat di dalam

Rajah 1. Berikut merupakan tajuk-tajuk utama berita, melibatkan etika keguruan yang terdapat di

media massa dari tahun 2008 sehingga ke hari ini :

6. 6 | E D U 3 0 8 3

2.1.1 Salah laku Guru

- Hukuman terhadap murid Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan

kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan

keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta

peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang

berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat. Namun sejak akhir-

akhir ini kita dihidangkan tentang berita mengenai guru mencederakan pelajarnya dengan alasan yang

tidak munasabah seperti datang lewat ke sekolah, tidak membawa buku latihan, tidak menyiapkan

kerja sekolah dan beberapa kesalahan kecil yang lain yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa

guru bertindak sedemikian kerana ingin mendidik pelajar supaya pelajar tidak lagi mengulangi

kesalahan yang sama tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar dengan keterlaluan sehingga

mendatangkan kecederaan yang serius merupakan satu tindakan yang melampau malah turut

menimbulkan kemarahan ibu bapa. Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan

imej profesion keguruan turut menerima tempiasnya. Cabaran dalam bidang pendidikan kini semakin

besar dan mencabar. Tanggungjawab seorang guru semakin bertambah kerana guru bukan sahaja

sebagai pendidik tetapi turut menjaga murid di sekolah. Bebanan guru makin banyak turut menuntut
kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan

disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya.

Namun, hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka.

Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik.

7. 7 | E D U 3 0 8 3

Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa

hormat muridsemakin pudar bersamakeangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan

menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam

mendidik anak-anak. Guru sudah hilang kuasa dalam mendidik melalui rotan kerana ibu bapa pada

masa kini yang terlalu memanjakan anak-anak. Pada pandangan saya, sewajarnya ibu bapa akur tugas

guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar

menerusi penerapan nilai- nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu,

kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang

baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Corak pendidikan

pada suatu ketika dahulu yang begitu tegas sehinggakan murid takut untuk meniru, tidak menyiapkan

kerja sekolah apatah lagi datang lewat ke sekolah. Suatu ketika dahulu, sekiranya ada murid melakukan

kesalahan murid-murid akan mendapat ganjaran dan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang

telah dilakukan. Namun, sedarkah kita didikan guru pada masa lalu yang membentuk masa depan kita

pada hari ini? Kerana rotan cikgu, saya berjaya. Tindakan tegas seorang guru hanyalah untuk mendidik

anak didiknya supaya berjaya di masa hadapan. Ibu bapa pada ketika itu menyerahkan kuasa merotan

kepada guru-guru untuk membentuk anak-anak mereka. Kalau kita menyoroti peristiwa lampau, tidak

ada kes yang melibatkan guru menampar dan menyepak murid. Malah, tiada kes guru disaman pun

pada ketika itu walhal murid yang nakal selalu dirotan di sekolah.Pada pengamatan saya, ibu bapa

pada hari inilah memainkan peranan penting dalam mencorak perubahan tingkah laku murid-murid di

sekolah. Tindakan ibu bapa yang menyorok kesalahan anak menyebabkan murid tidak takut untuk
melakukan kesalahan kerana ibu bapa boleh bertindak sebagai pembela. Terdapat juga ibu bapa yang

tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengakui kesilapan yang telah

dilakukan. Ibu bapa seharusnya perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang

pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa

dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman yang

dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan

kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.

8. 8 | E D U 3 0 8 3

2.1.2

Punca Berlaku Masalah Ini Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca atau penyebab berlakunya

sesuatu perkara. Guru juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang berbeza. Guru

bertindak diluar batasan juga berpunca dari sikap ibu bapa yang terlalu membela anak sehinggakan di

sekolah juga pelajar berani melanggar peraturan dan arahan guru, tidak menghormati guru kerana

sikap pembela ibu bapa yang tidak bertempat. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada perubahan

sikap seorang guru daripada seorang guru yang lemah lembut menjadi pembengis di sekolah. Oleh itu,

tekanan kerja merupakan punca kedua yang menyebabkan guru melakukan kesalahan yang boleh

mencalarkan imej guru. Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah untuk dipikul. Tuntutan kerja

merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi menjadi guru pada zaman teknologi dan dunia tanpa

sempadanini. Tugas guru bukan hanya mendidik, mengajar dan membimbing pelajar. Selain daripada

itu, guru juga banyak menerima tekanan daripada ibu bapa, masyarakat, kerajaan, pertubuhan, pihak

atasan dan juga masalah peribadi. Masyarakat melihat tugas guru adalah mudah, masa kerja yang

pendek dan banyak cuti. Guru pula berasa beban kerja yang terlalu banyak sehingga membawa ke bilik

tidur. Kerja lebih masa yang tidak dihargai. pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan

segelintir guru kecewa. Tekanan yang diterima ini akan menyebabkan guru cepat melenting dan

melepaskan kemarahan terhadap pelajar. Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan


profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai

penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan

guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru

perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan

berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka

dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca

pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik

darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencarilebih banyak

pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar

membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Selain itu, guru harus berperanan untuk mengenal

pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak

pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar

adalah hasil

9. 9 | E D U 3 0 8 3

sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua

sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. . 3.0 Implikasi

Isu Terhadap Akauntabiliti Keguruan dan Integriti Guru. Menurut laporan Magendran Rajagopal dan

Norliza Wasilan dalam Berita Harian secara online, Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan

berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan baahwa

antara kesalahan yang dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%), cabul dan gangguan

seksual (17%), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15%), penyalah-gunaan

dadah (9.5%), kecurian (6%), jenayah syariah (7%) dan keterhutangan serius (1%). Peningkatan

bilangan guru- guru di Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku sesungguhnya mendatangkan kesan

yang amat buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan. Antara kesan yang dapat dilihat daripada

permasalahan ini adalah merosotnya kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan
oleh Syed Ismail etc. (2010:190), “ Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti

ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan.” Peranan guru begitu penting memandangkan beliau

merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di sekolah. Namun,

apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi

penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat

di Negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai

suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit dalam salah laku?

Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah menyebabkan ibu

bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis terhadap profesion perguruan. Mereka tidak yakin

dengan kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anak- anak mereka walaupun hanya

berakibatkan tindakan salah seorang guru di Malaysia. Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh

permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru terhadap profesion perguruan di Malaysia adalah

begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di Negara kita. Malah sesetengah pihak telah

melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau

disebabkan ingin mengelakkan diri daripada menganggur. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa pihak berkuat-kuasa

melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak langsung menyebabkan kekurangan sumber guru

yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh Negara. Menurut sumber

10. 10 | E D U 3 0 8 3

pada tahun 2010, bilangan sekolah rendah yang didirikan di Malaysia adalah sebanyak 7,714 buah.

Cuba bayangkan sekiranya seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru yang

membabitkan diri dalam kes salah laku. Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa melucutkan kira-kira

7 ribu orang guru yang memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan permasalahan

yang tidak berterusan kepada proses pembelajaran murid-murid di sekolah, malah sistem pendidikan
di Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan salah laku guru akan menyebabkan sistem pembelajaran

di Negara kita tergendala.

Gambar 1 : Perbezaan antara dua zaman berkenaan tindakan guru dan ibu bapa murid Contoh-

contoh berita yang telah disiarkan dan juga berdasarkan pengalaman saya sendiri berada di sekolah

adalah merpuakan bukti yang kukuh, bahawa isu etika keguruan yang semakin membarah dan

berpotensi tinggi untuk menularkan kesan-kesan sampingan yang pelbagai

11. 11 | E D U 3 0 8 3

kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap akauntabiliti dan integriti keguruan, ekoran daripada

tindakan guru yang menyalahi etika keguruan. Komik yang dipaparkan dalam gambar di atas

menunjukkan dua situasi dan latar belakang masa yang berbeza, namun mempunyai tema yang sama,

iaitu tindakan guru terhadap murid serta respon dari ibu bapa murid terhadap tindakan guru. Apa pun

tindakan yang dilakukan oleh seorang guru, ianya tidak boleh dipisahkan dengan akauntabiliti

keguruan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, akauntabiliti bermaksudsifat bertanggungjawab

terhadap seseorang atau sesuatu keputusan atau tindakan manakala Kamus Dewan Edisi Keempat

menerangkan maksud integriti, iaitu kejujuran, ketelusan dan menjaga sesuatu daripada perkara yang

melibatkan penyelewengan. Dalam konteks akauntabiliti keguruan dan integriti guru pula, ianya

merujuk kepada tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap profesion perguruan dalam

beberapa komponen utama, iaitu akauntabiliti terhadap murid, ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat

dan negara sertaprofesion perguruan, serta pembudayaan nilai integriti keguruan dalam kalangan

guru. Walaupun begitu, isu-isu yang melibatkan etika keguruan yang sangat banyak berlaku pada hari

ini telah menjejaskan akautabiliti guru. Secara amnya, isu yang membabitkan etika keguruan telah

melunturkan akauntabiliti yang ada dalam diri guru yang tidak terlibat dengan sebarang kes salah laku

tersebut atas persepsi umum yang dibuat oleh masyarakat.Apabila persepsi negatif ditujukan kepada

akauntabiliti keguruan, maka segala tindakan yang dilakukan oleh guru akan mendapat respon yang

pelbagai khususnya daripada ibu bapa dan masyarakat amnya. Sebagai contoh, apabila seorang guru
yang sangat mematuhi kod etika profesion perguruan dan melaksanakan akautabilitnya sebagai guru

memberikan teguran dan nasihat dengan tegas kepada muridnya supaya menyiapkan latihan secara

lisan. Apabila hal itu sampai kepada pengetahuan penjaga murid berkenaan, maka guru tersebut telah

didakwa atas kesalahan melakukan kekasaran terhadap anaknya, atas persepsinya yang tidak begitu

baik terhadap akautabiliti keguruan yang ada pada guru secara amnya. Di samping itu, lunturnya

integriti yang ada pada seorang guru kesan daripada isu seperti hadir lewat ke sekolah. Ianya bukan

sahaja akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan dan rasa hormat terhadap rakan sejawat dan

murid-murid, bahkan secara tidak langsung akan melambatkan aspek pengurusan dan pengelolaan.

Pelan Integriti Nasional telah menggariskan 5 objektif khusus, salah satu darinya ialah menggalakkan

semangat bertanggungjawab di

12. 12 | E D U 3 0 8 3

kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung

prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti. Selain itu, kualiti pembelajaran murid juga

akan turut terkesan akibat daripada etika guru yang telah menjejaskan akauntabiliti keguruan itu

sendiri. Sebagai contoh, murid yang menjadi mangsakepada guru yang tidak mengamalkan kod etika

keguruan serta menjalankan akauntabilitinya sebagai guru akan merasa mereka seolah-olah guru

berkenaan garang dan susah untuk didekati. Maka, sekiranya murid berkenaan mengalami masalah,

murid tersebut tidak berani untuk berjumpa dengan guru itu kerana takut kepada guru tersebut. Harus

diingat bahawa, hal seperti ini adalah penyumbang utama kepada jatuhnya akauntibiliti profesion

perguruan dalam kaca mata masyarakat pada hari ini, lebih-lebih lagi dengan tersiarnya berita-berita

negatif berkenaan isu keguruan di segenap sumbermedia massa.

13. 13 | E D U 3 0 8 3

Gambar 2 : Kes salah laku guru berada di tempat tertinggi dalam Google Search Engine. Marshall Mc

Luhan (1983) yang menulis buku Media is the Message menjelaskan bahawa media lebih berkesan

dalam menentukan isi kandungan maklumat, kerana media itu sendiri yang berperanan dalam
menyampaikan maklumat. Sejauh mana maklumat itu dapat disebarkan, sejauh itulah luasnya

masyarakat akan menerimanya dan bagaimana impaknya pada masyarakat itu, ditentukan oleh media

itu sendiri. Maka dalam konteks ini, masyarakat yang menerima maklumat secara cepat dan meluas

secara tidak langsung akan dipengaruhi oleh kandungan media itu sendiri. Melihat kepada jumlah kes

jenayah dan salah laku berkenaan isu etika keguruan yang disiarkan di media massa, sedikit sebanyak

ianya mampu mengubah

14. 14 | E D U 3 0 8 3

persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan, daripada persepsi yang baik, kepada yang

sebaliknya. Media massa lebih banyak dan kerap memaparkan kes-kes negatif yang melibatkan etika

keguruan berbanding menyiarkan perkara-perkara yang positif. Hal ini perlu dipandang serius oleh

pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak media, pihak kementerian dan organisasi di sekolah itu

sendiri untuk cuba menggiatkan usaha untuk mengangkat dan meningkatkan semula martabat

profesion perguruan yang kian terjejas dari hari ke hari. Integriti dan akauntabiliti guru merupakan

kualiti unggul dan kebertanggungjawaban yang perlu dipikul oleh guru untuk meningkatkan martabat

professional perguruan di mata masyarakat sekeliling. Jika dilihat pada Pelan Integriti Nasional (PIN)

yang dikeluarkan pada tahun 2004 oleh Institut Integriti Malaysia, Integriti turut merujuk kepada etika

dan nilai-nilai etika. Oleh itu, adalah menjadi akauntabiliti seseorang penjawat awam untuk

meletakkan kualiti diri yang unggul sepanjang masa bagi menjaga nama baik profesion perguruan.

Perlakuan yang tidak beretika sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dan untuk mengatasi masalah

tersebut, seseorang guru hendaklah berani untuk berubah dan meletakkan kepentingan perkhidmatan

awam dan profesion perguruan melebihi kepentingan peribadi. Kerajaan telah menekankan amalan

etika yang baik dan integriti dalam Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai

Islam Dalam Pentadbiran (1983), Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia Kesembilan

RMK9 (2006-2010), Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN)

(2008), Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam,
Wawasan2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam dan

lain-lain lagi. Ternyata Kerajaan amat komited untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti guru

namun persoalan yang akan timbul ialah sejauh mana diri guru itu sendiri mahu berubah dan memikul

integriti serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam. Senario ketidakpatuhan terhadap Surat

Pekeliling merupakan contoh mudah tindakan guru yang boleh mengakibatkan integriti dan

akauntabiliti profesion perguruan dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Guru dilarang merokok di

sekolah kerana sekolah merupakan kawasan larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru

yang tidak mengendahkan larangan ini. Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini tidak memiliki

integriti seperti yang dituntut dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh itu, guru seharusnya berusaha

untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan nama yang tidak baik

terhadap profesion perguruan. Perkara ini turut terkandung dalam Kod Etika Profesion Keguruan

perkara (J) iaitu

15. 15 | E D U 3 0 8 3

guru tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang boleh menjatuhkan darjat profesion

perguruan. Kesimpulannya, ketidakpatuhan guru terhadap arahan yang dikeluarkan melalui Surat

Pekeliling akan menjejaskan akauntabiliti dan integriti guru dalam tempoh masa yang panjang dan

kepercayaan masyarakat akan turut berkurangan terhadap guru. oleh itu, komuniti guru harus sentiasa

berusaha untuk menjaga prestasi dan nama baik profesion perguruan serta dalam masa yang sama,

sentiasa berusaha untuk meningkatkan integriti, akauntabiliti, produktiviti dan kualiti perkhidmatan

yang diberikan untuk memacu pembangunan dunia pendidikan Negara.

4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU 4.1

Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa. Apabila rasa tidak puas hati para ibu

bapa terhadap tindakan guru, memfailkan saman adalah tindakan yang selalu diambil untuk

menyelesaikan masalah. Senario ini telah acap kali berlaku pada hari ini, sehingga ianya dibawa ke

sidang parlimen. Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim telah menyatakan bahawa
guru mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam mendidik. Sekiranya mereka melakukan

sesuatu yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati ibu bapa, perkara itu tidak perlu dibawa ke

mahkamah, sebaliknya dibawa berbincang secara baik. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah

salah satu medium terbaik untuk menghubungkan antara ibu bapa dan juga guru. Perancangan untuk

mewujudkan kesefahaman dan kerjasama antara dua pihak ini perlu diperkemaskan untuk

memastikan tidak berlaku salah faham serta terjalinnya hubungan yang baik antara pihak sekolah,

khususnya guru-guru dan ibu bapa.

4.2 Melibatkan guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan. Kursus atau seminar adalah antara

mekanisme terbaik untuk mendapatkan ilmu serta meningkatkan kemahiran-kemahiran yang

pelbagai. Ianya bukan sahaja boleh dilakukan di sekolah, malah penganjuran kursus ini turut dilakukan

oleh pihak kementerian di setiap peringkat untuk disertai oleh guru-guru.

16. 16 | E D U 3 0 8 3

Sebagai contoh, inisiatif yang baik telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor dengan penganjuran

Bengkel Sumbang Saran hala Tuju Pendidikan.

4.3 Menggiatkan program yang berfokuskan kepada guru. Guru adalah merupakan model terbaik

untuk dicontohi oleh murid. Noriati A. Rashid (2010) berpendapat bahawa, guru-guru yang

mempamerkan ciri-ciri penampilan yang sesuai dimodelkan supaya tidak bertentangan dengan etika

guru.Justeru itu, mempergiatkan program yang mampu membentuk peribadi dan sahsiah yang baik

perlu dilaksanakan di setiap peringkat. Antara contoh program yang boleh dilakukan ialah seperti

Program Guru Penyayang, Anugerah

17. 17 | E D U 3 0 8 3

Guru Contoh Mingguan, Program Anak Angkat dari kalangan murid, lawatan atau riadah bersama

rakan sejawat. Program-program seperti ini dapat memupuk para guru untuk memiliki nilai murni

dalam kalangan guru, sekaligus mengurangkan sikap yang kurang baik. Myint (2005) menyatakan
bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negative apabila berada dalam kalangan murid. 4.4

Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru. Budaya cakna ini lebih sesuai sekiranya ia

dapat dilaksanakan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru-guru untuk sentiasa

memberi perhatian serta mengikuti segala garis panduan dan arahan yang telah diberikan untuk

melaksanakan sesuatu tindakan. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam

kalangan murid, guru yang berkenaan perlu melakukannya berdasarkan garis panduan yang telah

ditetapkan oleh pihak kementerian dengan merujuk terlebih dahulu kepada tatacara yang telah

ditetapkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 20133,Pelaksanaan Standard Operating

Procedure (SOP) 1:3:7, Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.Selain itu, budaya cakna

ini boleh dilakukan secara berperingkat dan diadakan samada secara berkala atau harian. Sebagai

contoh, setiap kali perjumpaan atau mesyuarat, aka nada slot perkongsian untuk menjelaskan tentang

kandungan pekeliling atau garis panduan yang tertentu.

5.0 REFLEKSI KENDIRI

Sepanjang melaksanakan tugasan ini cabaran yang saya perolehi dari sudut mengumpul maklumat

mengenai tugasan yang diberikan serta kekangan masa dan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Saya juga berasa tidak berpuas hati dengan hasil tugasan ini kerana kurangnya bahan rujukan dari

artikel-artikel jurnal dan sumber ilmiah lain yang boleh menyokong pendapat yang diutarakan.

Maklumat yang diperolehi hanya sedikit membantu saya untuk

18. 18 | E D U 3 0 8 3

menjadikannya sebagai bahan rujukan.Namun demikian saya tidak berputus asa, saya cuba siapkan

tugasan ini sebaik mungkin. Banyak ilmu yang saya perolehi ketika saya menyiapkan tugasan ini yang

boleh saya gunakan sebagai panduan kepada saya sebagai seorang guru. Antara maklumat yang saya

faham ialah,memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan membawa

kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di Negara kita, langkah-langkah yang

sesuai serta berkesan haruslah diambil supaya isu ini dapat diturunkan kadarnya, diperbaiki
keadaannya dan pada akhirnya dibasmi permasalahannya. Terdapat beberapa pihak yang terlibat

dalam usaha mengatasi isu salah laku di kalangan guru di Negara kita. Antaranya ialah pihak pentadbir

sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga pihak individu yang tertuduh tersebut. Pertama sekali,

pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan

yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dalam pemantauan terhadap guru-guru di sekolah

agar isu salah laku di kalangan guru dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah

sistem pantau yang dapat menghalang guru- guru untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang

dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya betul didapati guru

berkenaan masih tidak terlepas dari terbabit kes salah laku, pihak pentadbir sepatutnya membuat

persediaan untuk memberi perkhidmatan nasihat dan kauseling kepada guru tersebut supaya dia sedar

bahawa dirinya sedang menjurus ke arah yang terpesong daripada profesionnya. Walau-

bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan tindakan tatatertib harus

dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak berterusan. Ketegasan pihak pentadbir dalam

menguruskan hal salah laku sememangnya membantu pihak berkuasa membasmi isu salah laku di

kalangan guru. Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru

permulaan yang baharu saja dilantik agar memahamidan menghayati kod Etika Profesion Perguruan.

Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkel menerangkan tentang etika kerja tersebut harus

diadakan dengan kerap agar guru-guru sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri. Selain itu, rakan

sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam mengatasi masalah salah laku di kalangan guru.

Sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pendidik, individu tersebut seharusnya sentiasa berusaha

menjadi teladan kepada ahli-ahli lain dalam komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai

seorang guru, tingkah laku beliau bukan sahaja sentiasa menjadi role model kepada murid-muridnya

di dalam kelas, malah rakan-rakan sejawatnya yang sentiasa berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah

wajar sebagai seorang guru untuk sentiasa menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu

tersebut juga

19. 19 | E D U 3 0 8 3
bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat sewajarnya kepada guru yang didapati terbabit

dengan kesalahan. Kita dididik agar tidak “menjaga tepi kain orang” dan ini menyebabkan kita jarang

mengambil peduli tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan kita. Namun, sebagai rakan sejawat,

sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut haruslah berusaha mengamalkan pendekatan

kepedulian. Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk

berkorban demi orang lain. Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan sebagai perasaan ambil

berat terhadap orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah memikul tanggungjawab sebagai

seorang rakan sejawat untuk mempedulikan masalah salah laku yang dihadapi orang guru sejawat di

sekolah. Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi peringatan dan

nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku. Menurut Syed Ismail, etc. (2010:56),

“…kita perlua sama-samamenjaga nama baik profesion perguruan supaya pelanggan dan stakeholder

kita berasa berpuas hati dan kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi.” Beliau juga menyatakan

bahawa “ Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita hendaklah sentiasa

berusaha membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam terlibat dalam profesion

peguruan ini.” (Syed Ismail, etc., 2010:57) Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru

sebenarnya tidak terhad kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai

tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga nama baik rakan sejawat kita yang berkecenderung

untuk melakukan tindakan terpesong agar kewibawaan profesion perguruan ini tidak tercalar. Di

samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya mempunyai peranan masing- masing dalam

memastikan kes salah laku berhenti dari terus berlaku dalam kalangan pendidik. Sebagai seorang guru

yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya sentiasa bermuhasabah dan membuat reflektif diri

mengenai apa yang dilakukan olehnya. Dengan cara ini, kekuatan dan kelemahan diri akan dapat

dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar yang cepat. Ia juga menimbulkan kesedaran untuk menjadikan

diri individu itu berkembang ke arah lebih baik. Umpamanya jikalau guru berkaitan mendapati dirinya

mempunyai masalah tekanan emosi yang menyebabkannya terjurus untuk melakukan tindakan

terpesong, maka beliau bolehlah dapatkan nasihat dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum
kes salah laku berlaku. Sikap kepekaan dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk menerimanasihat

amat membantudalam konteks ini. Sudah tentu masalah salah laku di kalangan guru dapat diselesaikan

sebelum keadaan berkenaan berubah menjadi jenayah serius sehinggakan didakwa. Seterusnya, guru

juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu menjadi teladan dan contoh kepada profesion

perguruan beliau. Seperti peribahasa dalam Bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa “A man is

known by the company he keeps.” Ini bermakna seorang individu akan menerima pengaruh daripada

teman-teman yang berdampingan dengannya. Sekiranya seorang guru sentiasa berkawan dan

berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan mempunyai sikap negatif, maka lama-kelamaan

guru tersebut juga akan terjurus untuk melakukan tingkah laku negatif akibat pengaruh rakan tersebut.

Sebaliknya, sekiranya guru berkenaan berdampingan dengan rakan sejawat yang mampu menjadi

teladan dan contoh malah model tiruan dalam profesion perguruan, maka guru tersebut akan terarah

untuk mengikuti arus supaya menjadi seorang guru yang ideal.

6.0 PENUTUP

Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika Profesion Perguruan

sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk tingkah laku positif dan membaiki potensi

sesetengah individu pada satu-satu masa. Etika juga bertujuan mengawal tingkah laku para profesional

agar lebih beretika dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya membimbingpara profesional ke

menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam kerjaya guru. Dengan adanya Etika

Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan

untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak

termasuk pelajar, ibu bapa, masyarat dan Negara serta rakan sejawat. Pada masa yang sama, adalah

wajar bagi setiap individu bagi memahami bahawa pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah

untk membebankan individu yang terlibat dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang

dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam

bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan
kerja atau profesion beliau. Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka

diharapkan guru-guru di Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan

kod etika seperti yang tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam

pelaksanaan sistem pendidikan di Negara kita.Menurut Baharin Abu, etc. telah mengunkapkan bahawa

“ Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan

dan ilmu pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan. Semamangnya guru

memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan Negara. Selain meyebar ilmu, segala tingkah

laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang

mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat

dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan

mempunyai sifat kepimpinan (Mook Soon Sang, 1988). Sesungguhnya, guru-guru harus merenungkan

kenyataan yang diungkapkan oleh Imam Ghazali (1980) dalam buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi

“…rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat”.

BIBLIOGRAFI Awang Had Salleh (1980). Keguruan dan Perguruan di Malaysia: Keperihalan Kini dan

Arah yang dituju. Johor Bahru, KONPEN V Publications. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, (2007)

Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Haliza Hamzah (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Shah

Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

22. 22 | E D U 3 0 8 3 Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990), Pethinking The Professional of Teaching

in Teacher Education Journal Vol XII, No.1. Howard, G. R. (2007), ‘Dispositions for Good

Teaching’,Journal of Educational Controversy, Ogos 2007. Mok Soon Sang (2007), Pengantar Teras

Pendidikan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Myint, S.K (2005), Classroom Management :

Facilating and Learning, Singapura : Pretince Hall. Noriati A. Rashid (2010) Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Stewart, P. & Davis, S. (2005),

‘Developing Dispositions of Preservice Teachers Through Membership in Professional Organizations’,


Journal of Authentic Learning, Vol.2 (1),September 2005. Syed Ismail & Ahmad Subki (2013) Asas

Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Surat Pekeliling

Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2013,Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7, Pelaporan dan

Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.

Anda mungkin juga menyukai