Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan
Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada
sikap yang positif dan ketinggian moral dalam aspek pengurusan pekerjaan, pentadbiran
dan seterusnya rakyat keseluruhannya. Dengan hakikat ini maka seharusnya kita harus
menanamkan kesedaran di dalam jiwa para pegawai, baik di sektor awam mahupun di
sektor swata dan juga rakyat jelata secara amnya supaya mereka memahami tugas san
tanggungjawab masing masing dan seterusnya menghayati dan melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Justeru itu, kita sebagai golongan guru
hendaklah memastikan martabat perguruan sentias dipertingkatkan dari semasa ke semasa
ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh nyang demikian peraturan-peraturan pegawai
awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru
dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan.
Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi komitmen yang tinggi dan
member komitmen yang tinggi terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Media massa
banyak melaporkan pelbagai kes dan isu seperti guru memukul murid, guru merima rasuah,
guru pecah amanah, cikgu cabul murid dan sebagainya yang menarik perhatian umum serta
menguji kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat
setahun demi setahun. Berdasarkan pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan
ini, maka saya telah memilih isu Guru dan Perundangan.Saya berpendapat bahawa isu ini
melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika prefesion perguruan.
Fenomena masyarakat yang berkerja sambilan merupakan pekara asas yang jarang
diperkatakan. Namun ia bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyrakat termasuk
dikalangan guru pada hari ini. Guru-guru di Malaysia umumnya tidak diketahui secara jelas
sejauhmana seriusnya mereka terlibat dengan aktivit pekerjaan sampingan . Bahkan, untuk
mengetahui statistik sebenar golongan yang berkerja sampingan, ia tidak mudah untuk
diperolehi disebabkan kebnyakan mereka terlibat tidak bersedia untuk membuat pengakuan
atas alasan-alasan yang tersendiri. Walaubagaimnapun, fenomena ini dapat dilihat di
kebanyakan sekolah berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh guru-guru
sendiri di sekolah masing-masing. Kerja sampingan merupakan istilah yang membawa
maksud seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat menambahkan
pendapatannya walaupun memilik kerjaya utama.

2.0 Guru dan Perundangan


2.1 Latar belakang isu
Apa yang dimaksudkan dengan professional ? Menurut Ornstein dan Levine (1993),
konsep professional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu
profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan
yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah
laku ahli. Jadi , guru merupakan seseorang yang professional. Ini juga bermakna guru
adalah segolongan yang telah mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan
pakar dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika yang tesendiri. Namun ,
terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion keguruan pada hari ini
dilihat semakin goyang kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika
keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai
salah laku.
Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan
dari semasa ke semasa. Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Tatatertib) telah
diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain
dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan ,setiap
guru harus memahami sepenuhnya peraturan kelakuan Tatatertib 1993 dan telah pun di
buat pindaannya pada 2002. Justeru itu, saya ingin mefokuskan projek saya ke atas
peraturan 5 iaitu perkerjaan luar atau sambilan.

Seperti jadual di atas kita dapat lihat di mana perturan ini mengariskan bahawa pekerjaan:

Tidak boleh di lakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu
dikehendaki melaksanakan tugas rasmi.

Tidak dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan pegawai


itu sebagai pegawai perkhidmatan awam

Tidak

akan

dengan

apa-apa

cara

cenderung

bercanggah

cengan

kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras dengan


kedudukan pegawai itu sebagai seorang perkhidmat awam.
Ini disebabakan saya dapat lihat pelbagai jenis kerja sambilan yang dilakukan oleh guru
pada masa kini.

3.0 Pernyataan masalah

Kegiatan melakukan kerja sewaktu berkerja akan menganggu prestasi kerja sesuatu
pegawai kerajaan awam. Oleh itu, seorang penjawat awam tidak dibenarkan untuk
melakukan kerja sambilan selain daripada pekerjaannya. Walaubagaimanapun, selepas
bertemu-ramah dengan beberapa orang penjawat awam dalam konteks ini ialah seorang
guru saya dapati mereka mempunyai masalah tersendiri. Sebagai contoh seorang guru ini
terpaksa melakukan kerja tambahan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi terutama
di bandaraya Johor Bahru, penggunaan kad kredit yang tidak terkawal ekoran kesempitan
kewangan bagi membantu membelikan ubat untuk ibunya yang kerap sekali sakit dan
membantu kos pembelajaran adik-adiknya. Walaubagaimanapun, pekara tersebut tidak
menganggu prestasi kerja menurutnya.
Disebabkan taraf hidup yang sangat tinggi di Malaysia telah menyebabkan banyak
pegawai-pegawai perkhidmatan awam melakukan perkerjaan luar. Ini adalah untuk
menambahkan pendapatan bulanan mereka bagi meringankan beban perbelanjaan isi
rumah berikutan kenaikan harga kerperluan dan perbelanjaan harian yang lain. Justeru itu,
kegiatan melakukan kerja tambahan telah berleluasa bukan sahaja pada luar waktu
perkerjaan tetapi juga semasa waktu perkerjaan. Ini dapat dilihat dengan perlbagai jualan
yang dilakukan seperti menjual kerepek, kain, tudung, amway dan pelbagai lagi jenis
perjualan yang mampu di lakukan. Suatu jadual analisis ringkas telah saya sediakan
mengenai jenis-jenis kerja sambilan yang di lakukan oleh guru di salah sebuah sekolah,
seperti di bawah:
Jadual 3.0 : Jenis Pekerjaan Sambilan.
Jenis perkerjaan luar/sambilan

Bilangan guru

Penjualan kuih

Penjualan kain/ tudung

Amway

10

Herbalife

Jumlah

23

Disini kita dapat lihat bahawa ada seramai 23 orang guru yang melakukan
perkerjaan luar yang saya ketahui. Jumlah guru di dalam sekolah kajian ialah seramai 172
orang, jadi 23 orang yang dikesan bermaksud seramai lebih kurang 13.37 % guru terlibat
dengan kerja sampingan. Mungkin terdapat juga ramai lagi yang melakukan perkerjaan

tersebut. Selain itu, guru perlu tahu bahawa seorang guru boleh di kenakan tindakan
tatatertib seperti yang di gambarkan di dalam carta di bawah.

4.0 Objektif Penulisan.


Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman guru-guru tentang
kesalahan menjalankan kerja luar atau kerja sambilan di SK (P) Jalan Yahya Awal, Johor
Bahru, Johor.
5

5.0 Persoalan kajian.


5.1 Apakah faktor yang menyebabkan guru-guru menjalankan kerja sambilan?
5.2 Apakah perasaan melakukan kesalahan tersebut?
5.3 Apakah langkah yang dilakukan untuk mengekang masaalah ini?
6.0 Sasaran Kajian.
Kumpulan sasaran untuk kaedah tinjauan seramai 172 orang guru di terlibat.
Makankala kumpulan Sasaran untuk kaedah temu bual terdiri daripada 6 orang guru, SK (P)
Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, Johor. Guru ini terdiri daripada 4 orang guru perempuan
dan 2 orang guru lelaki. Kesemua guru dipilih mempunyai ciri-ciri mereka yang
menjalanakan kerja luar atau kerja sambilan.

7.0 Tindakan.
7.0.1 Kaedah Tinjauan
Suatu jadual analisis ringkas telah saya sediakan mengenai jenis-jenis kerja
sambilan yang di lakukan oleh guru di salah sebuah sekolah, seperti di bawah:
Jadual 7.0 : Jenis Pekerjaan Sambilan.
Jenis perkerjaan luar/sambilan

Bilangan guru

Penjualan kuih

Penjualan kain/ tudung

Amway

10

Herbalife

Jumlah

23
6

Disini kita dapat lihat bahawa ada seramai 23 orang guru yang melakukan
perkerjaan luar yang saya ketahui. Jumlah guru di dalam sekolah kajian ialah seramai 172
orang, jadi 23 orang yang dikesan bermaksud seramai lebih kurang 13.37 % guru terlibat
dengan kerja sampingan. Mungkin terdapat juga ramai lagi yang melakukan perkerjaan
tersebut. Selain itu, guru perlu tahu bahawa seorang guru boleh di kenakan tindakan
tatatertib seperti yang di gambarkan di dalam carta di bawah.

7.0.2 Kaedah temu bual


Bagi mengenal pasti masalah yang timbul penulis telah menjalankan sesi temu bual
dengan 6 orang guru. Guru-guru tersebut terdiri daripada guru yang ditelah dikenal pasti
menjalankan kerja sambilan. Seorang guru lelaki En Razi bin Yusuf ( nama samaran)
mempunyai masaalah kewangan, akibat hutang kad kredit dan terpaksa menyara keluarga
serta ibu dan adik-adik yang masih bersekolah.
Pn Marina yang dikenal pasti menjalankan jualan makanan di sekolah untuk
menampung perbelanjaan keluarga ekoran suaminya yang tiada pendapatan yang tetap.
Seorang guru bujang iatu En Hanafi mengajar di pusat tuisyen dan memandu teksi sebelah
malam untuk membantu keluarga dengan menyara hidup ibu serta 4 orang adik. Pihak
pentadbiran iaitu Guru Besar juga di temu bual.
Bagi menjalankan kaedah temubual ini penulis telah menyediakan 4 soalan utama
bagi mengenal pasti masaalah yang dihadapi oleh responden.
Rajah 7.2 Langkah Tindakan yang telah dijalankan.

Kaedah Tinjauan
Membuat tinjauan keatas
kerja sambilan guru dan
merekod data.
Kaedah Temubual 7
Membuat sesi temubual
keatas guru-guru yang
menjalankan kerja sambilan

Analisis Data.
8.0 Menganalisis Isu.
8.1 Kaedah temu bual
Bagi kaedah temubual ini, penulis telah memilih enam orang sample iaitu empat
orang lelaki dan dua orang perempuan. Selepas temuramah diadakan dua sample
menunujukkan peningkatan dan tiada sample menunujukkan penurunan dalam pemahaman
peraturan 5.
Bagi instrument ini, penulis telah menyediakan empat soalan utama berkaitan
dengan kajian yang dijalankan ke atas sample. Analisis soalan adalah seperti berikut:
8.1.1 Apakah masalah yang menyebabkan cikgu melakukan kerja sambilan?
Bagi soalan pertama ini, keenam-enam sample yang ditemu bual mengatakan
bahawa mereka terpaksa melakukan kerja sambilan kerana menghadapi masalah
kewangan. Keadaan ini berlaku akibat daripada menanggung kos sara hidup yang tinggi di
bandaraya Johor Bahru.
Mengapa keadaan ini berlaku?
Bagi keenam-enam sample, masaalah kewangan yang meruncing merupakan
perkara yang utama. Empat orang sample menyatakan mereka terpaksa membantu
keluarga. Dua orang lagi sample mengatakan untuk mendapat pendapatan yang lebih untuk
kehidupan yang lebih selesa.

Rajah 8.1 Graf menunjukkan jawapan sample item 1.


8.1.2 Apakah pendapat anda tentang kerja sambilan?
Untuk soalan kedua ini, kesemua sample yang ditemubual rata-rata memberi
jawapan yang sama iaitu untuk menambah pendapatan.
Mengapakah anda menyatakan sedemikian?
Daripada enam sample , seorang daripadanya mengatakan mereka seronok
menjalankan kerja sambilan kerana mudah untuk mendapat wang dengan permintaan yang
banyak daripada pelanggan. lima daripada sample mengatakan mereka terpaksa
melakukan untuk menampung pendapatan kerana menanggung hutang banyak.
Kebergantungan sample kepada kerja sambilan ini sememangnya dapat membantu mereka
menjalani kehidupan yang lebih selesa dan baik.

Rajah 8.1 Graf menunjukkan jawapan sample item 2.


9

8.1.3 Bagaimana kefahaman atau pandangan anda tentang kerja sambilan mengikut
Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Tatatertib ) Peraturan 5 ( Pekerjaan Luar )?
Melalui sesi temu bual bagi soalan ketiga ini, empat daripada sample telah
menyatakan bahawa kefahaman mereka telah meningkat setelah sesi motivasi dan LDP
yang dijalankan. Dua sample menyatakan bahawa beliau perlu mendalami untuk memahami
Peraturan 5. Kesemua sample faham setelah mengikuti program yang dijalankan mengenai
Peraturan 5 ( Pekerjaan Luar ), dua sample sahaja perlu pembacaan yang teliti.
Bagaimana pandangan anda?
Keenam-enam sample mengatakan mereka faham Peraturan 5 dan tindakan yang
boleh diambil oleh pihak pentadbir keatas mereka. Melalui kursus dan Latihah Dalam
Perkhidmatan ( LDP ) pendedahan yang diberikan memberikan mereka sentiasa menjaga
satatus seorang guru yang telah disandang sekian lama. Mereka juga memahami terdapat
tindakan tatatertib yang boleh dikenakan keatas mereka, namun masaalah yang mereka
hadapi sangat meruncing dan mengganggu kehidupan seharian. Oleh itu jalan yang terbaik
dipilih untuk mengatasi setiap masaalah mereka.

Rajah 8.1 Graf menunjukkan jawapan sample item 3.


8.1.4 Adakah anda diberi nasihat oleh pihak pentadbir?
Untuk soalan ini empat daripada sample menyatakan bahawa mereka telah dipanggil
dan diberi nasihat. Dua sample telah dinasihat secara tidak rasmi oleh pihak pentadbir.
Namun kesemua mereka memahami maksud yang hendak disampaikan oleh pihak
pentadbir.
10

Jelaskan bagaimana anda mengatasi masaalah tersebut?


Sample-sample menyatakan terdapat peningkatan dalam pemahaman mereka
mengenai Peraturan 5 setelah melalui proses perbincangan dengan Guru Besar, Latihan
Dalam Perkhidmatan ( LDP ) dan program motivasi yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Mereka juga menyatakan hasil perbincangan dengan Guru Besar mereka berasa sangat
gembira kerana Guru Besar sangat memahami masaalah mereka. Untuk itu mereka telah
berubah dengan secara sedikit demi sedikit untuk mengurangkan aktiviti kerja sambilan.
Hasil perbincangan dengan Guru Besar mereka berjanji untuk menjalankan kerja sambilan
di luar waktu sesi persekolah. Begitu juga mereka sentiasa memastikan tugas hakiki mereka
berjalan dengan sempurna. Oleh itu dapat dilihat kesemua sample memahami bahawa kerja
sambilan ini mempunyai peraturan dan hendaklah dipatuhi.

Rajah 8.1 Graf menunjukkan jawapan sample item 4.

9.0 Perbincangan dan Rumusan


Guru merupakan golongan professional yang diberi peranan penting sebagai agen
perubahan dalam masyarakat. Menurut Noriati et. Al.(2010), guru yang komited diperlukan
untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berpegang
11

teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan. Guru sebagai kakitangan


sekolah pula harus memberikan sepenuh komitmen kepada pihak pentadbiran bagi
melancarkan urusan berkaitan pengurusan sekolah selain memberikan sokongan pada
dalam merealisasikan visi dan misi sekolah yang telah digariskan (Abdullah Sani et.al.2007).
Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan
perubahan sesuatu dasar dan agen pendidikan yang dirancang. Malah ia bukan sekadar
ketika berada dalam waktu bertugas di sekolah, malah pada bila-bila masa. Selain
menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran, bidang tugas guru turut merangkumi
pelbagai pekara yang berkaitan dengan bidang pengurusan akademik termasuk penglibatan
dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan murid, terlibat dalam mesyuarat
serta

menghadiri

kursus

dan

sebagainya

(Burnham,

2011).

Keadaan

itu

telah

memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam dunia pendidikan yang sentiasa
wujud perubahan seiring dengan keperluan semasa (Mohamad Najib, 2004).
Kebanyakan

sample

mengatakan

bahawa

faktor

ekonomi

atau

kewangan

merupakan penyebab utama kepada seseorang itu melakukan kerja sampingan (Dickey et.
al. 2009) termasuklah dari kalangan guru. Walaupun mempunyai pendapatan daripada
pekerjaan utama sebagai guru secara sepenuh masa,terdapat juga dikalangan mereka yang
melakukan perkerjaan sambilan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.
Hipple

(2010)

berpendapat

bahawa

mereka

yang

memiliki

kerjaya

lain

mendatangkan pendapat adalah berpunca daripada faktor kewangan sebagai sebab utama.
Beliau turut menyebut keadaan ini adalah disebabkan mereka mempunyai beban
tanggunggan hutang atau pinjaman yang perlu dijelaskan sama seperti mana yang
dilaporkan oleh Verma (2008) dan Averett (2001). Laporan daripada Parham (2006) juga
menyebutkan faktor penyebab guru menjalankan kerja sambilan adalah kerana masalah
kewangan dan ianya sukar untuk dihentikan setelah terlibat dengan aktiviti berkerja
sambilan walaupun mengetahui terdapat kesan disebaliknya.
Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dengan memperolehi
pendapatan tambahan telah menyebabkan ramai yang mengambil keputusan untuk berkerja
sampingan. Kenyataan ini selari dengan Hyder&Ahmed (2009), Guanglia & Kim (2004),
Kimmel & Conway (2002) dan Partridge (2002) yang mengemukakan alasan gaji atau
pendapatan yang kecil daripada kerjaya utama menjadi punca kepada seseorang itu
melakukan perkerjaan sampingan.

12

Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan tumpuan terhadap
kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru berkenaan akan di lihat kurang memberikan
komitmen terhadap tugas seterusnya organisasi mereka iaitu sekolah. Keadaan ini akan
menyumbang kepada pelbagai masalah lain yang berhubungkait dengan bidang tugas yang
dipertanggungjawabkan ke atasnya. Selain itu, kurangnya momitmen terhadap kerjayanya
telah menyebabkna prestasi menjadi merosot disebabkan hilang daya tumpuan semasa
melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009) menyatakan individu yang menjalankan
perkerjaan sampingan memperuntukan masa selepas waktu berkerja utamanya hingga
menjejaskkan produktiviti dan prestasi mereka sendiri.
Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang menyatakan mereka yang
berkerja sambilan ini mengalami masalah kekurangan tenaga dan kurang daya keupayaan
sehingga menjejaskan tumpuan untuk menjalankan tugas. Ini kerana guru terbabit biasanya
menjalankan kegiatan tersebut pada waktu malam dan memerlukan tenaga untuk
menjalankan pekerjaannya. Maka keadaan ini juga akan menyebabkna tahap produktiviti
berkurangan yang dilihat sebagai satu liability kepada pihak sekolah.
Kesan yang wujud hasil daripada perbuatan guru tersebut yang melakukan
pekerjaan sambilan adalah berhubung dengan komitmen mereka terhadap sekolah sebagai
guru dan kakitangan perlu dinilai adalah ia menjejaskan komitmenya sebagai guru di
sekolah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ,organisasi dan juga profesion. Ini
disebabkan kerjaya perguruan memerlukan agen yang membawa kepada perubahan bagi
sesebuah negara melalui sistem pendidikan yang bersifat dinamik.
Sungguhpun sedemikian hasil perbincangan dengan pihak pentadbiran, guru-guru
yang terlibat menjalankan kerja sambilan telah menjaga status mereka sebagai seorang
guru dengan menjalankan tugas hakiki dengan sebaik-baiknya. Hasil perbincangan dan
nasihat yang diperolehi mereka menjalakan kerja sambilan ini diluar waktu persekolahan
dan tidak mengganggu tugasan hakiki mereka. Sebagai seorang insan dimuka bumi ini kita
tidak terlepas dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Oleh itu, jadilah seorang yang bijak
dalam membuat keputusan.
3.0 Kesimpulan
Salah laku guru sering tersiar di internet ataupun dada-dada akhbar. Ini sudah tentu
akan menggangu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia
dan suci.Dalam konteks pendidikan , setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan
Kelakuan dan Tatatertib 1993 yang telah pun dibuat pindaannya pada 2002. Disamping itu
13

Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat
pendidikan negara. Sebagai seorang penjawat awam, seorang guru hendaklah mematuhi
peraturan-peraturan yang telah termaktub dan sebarang pelanggaran peraturan yang telah
di tetapkan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Jika di sabit kesalah, seseorang pegawai
awam boleh dikenakan tindakan bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.
Pembangunan yang pesat di bandaraya telah menyebabkan kos sara hidup pun
meningkat. Guru mengambil langkah yang sewajarnya untuk menambah pendapatan bagi
menampung kehidupan mereka. Tambahan pula ada diantara guru yang menghadapi
masalah yang tidak dapat dielakkan. Justeru itu sebagai seorang insan kita seharusnya
berpikiran terbuka dalam menanggani masalah ini.
Selain daripada menjalankan tugas didalam bilik darjah, guru juga perlu sedar akan
peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan menjadi penganti
ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid,
menjadi kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang baik dan seterusnya
menjadi contoh sahsiah yang terpuji kepada masyarakat.

Rujukan
Bakhtiar Mansor (1993), Perguruan:Satu Perspektif Perkembangan Kerjayadalam Jurnal
Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Burnham, L. (the 2,011th). 101 List of Essential For Teacher Assistants. Terj. National
14

Translation Berhad.
Champion, S. (2010). Increased Accountability, Teacher's Effort, and Moonlighting. Thesis
Dr.Falafah :Stamdford University.
Dickey, H., Watson, V. & Zangelidis, A. (2009). What Triggers Multiple Job Holding? An
Experimental Investigation. Munich Personal RePEc Archive . 17 575.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2004). The development of the organization in Malaysia :
Education Project.Skudai: University Teknologi Malaysia.
Hyder, A & Ahmed, AM (2009). The Dynamics of Moonlighting in Pakistan. Pakistan
Development Review , 48 (4), 497-509
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W (2010).Siri Pendidikan Guru Asas Kepimpinan
dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: OxfordFajar.
Maszuria, Salina, Marina & Hjh Rosnah ,(2015). Guru dan Perundangan. Selangor: Pelangi
Professional Publishing Sdn.Bhd.

Laman Web
Guru kerja luar semakin serius kementerian perlu kaji.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm
Electronic Ministry of Education (2010). Integriti dan Akauntabiliti DalamPerkhidmatan
Awam. Retrieved August 2, 2010, from:http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/NOTA
%20TK4/INTEGRITI%20DAN%20AKAUNTABILITI%20DALAM%20PERKHIDMATAN
%20AWAM.pdf
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010). Nilai dan Etika
Dalam Perkhidmatan Awam. Diakses pada 28 Ogos 2012:
www.townplan.gov.my/.../nilai%20&%20etika%20dlm%20pkdmtn%20awam.ppt

15

Anda mungkin juga menyukai