Anda di halaman 1dari 5

1.

0 RINGKASAN MENYELURUH

Profesion perguruan adalah satu bidang yang memberi perkhidmatan yang unik,
tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Dalam kajian ini menerangkan mengenai persepsi
guru terhadap profesion perguruan pada masa kini. Hal ini kerana profesion keguruan
adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat mendesak. Ternyata bahawa guru-
guru memandang tinggi akan profesion perguruan pada masa kini dari segi komitmen tugas,
dan sumbangan yang telah diberikan. Akan tetapi, dalam masa yang sama guru
menganggap bahawa beban tugas guru kini semakin berat dan semakin bertambah dari
kian hari. Guru bukan sahaja perlu mengetahui kaedah-kaedah mengajar tetapi guru juga
perlu untuk mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan
untuk mendidik seseorang sehingga berjaya.

Kajian ini turut menerangkan perbezaan peranan antara guru dahulu dan guru masa
kini. Guru masa kini seringkali dibandingkan dari segi dedikasi dan komitmen terhadap
tugasnya sebagai guru. Pada ketika itu, masyarakat amat menyanjungi serta menerima
kepimpinan mereka. Guru diibaratkan sebagai golongan cerdik pandai dan profesion
perguruan adalah salah satu kerjaya yang disanjungi. Hal ini mejelaskan bahawa guru pada
kini mempunyai pelbagai jenis peranan iaitu sebagai penuntut kepada motivasi, penggalak
kepada pembelajaran, pemerhati pertumbuhan pelajar, tukang seni dan teknik, ahli
eksperimen, serta pentadbir dan terapis. Hasil daripada peranan-peranan yang terdapat
dalam profesion perguruan pada masa kini menimbulkan persoalan oleh pengkaji mengenai
persepsi guru.

Namun, sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah dan
perkara yang negatif. Media massa sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
mengkritik mengenai pengurusan dan juga kempimpinan guru itu sendiri. Situasi ini akan
memberikan kesan kepada tanggapan guru terhadap kerjayanya. Oleh itu, kajian ini adalah
bertujuan untuk mendapatkan jawapan bagi masalah yang berhubung dengan persepsi guru
terhadap profesion perguruan masa kini.
2.0 METODOLOGI

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini menggunakan kaedah kuantitatif. Pengkaji
menggunakan sampel kajian sebanyak 100 orang guru di 3 buah sekolah. Sampel kajian
tersebut terdiri daripada 43 orang lelaki dan 57 orang perempuan. Kesemuan sampel kajian
adalah berkelulusan ijazah dan mempunyai pengalaman mengajar dari 6 hingga 25 tahun.
Seterusnya, kajian yang dijalankan ini adalah merupakan kaedah tinjuan yang
menggunakan soal selidik yang mengandungi 45 item untuk menjawab persoalan kajian
yang dinyatakan. Persoalan kajian yang dikaji ini terbahagi kepada empat persoalan yang
utama iaitu:

1. Apakah persepsi guru terhadap kerjayanya sebagai guru?


2. Apakah persepsi guru terhadap sumbangan yang telah mereka sumbangkan pada
masyarakat dan negara?
3. Sejauh manakah komitmen seorang guru terhadap tugasnya sebagai seorang guru?
4. Apakah persepsi guru terhadap beban tugas seorang guru?

Dalam kajian ini responden perlu menjawab pernyataan berdasarakan tahap


persetujuan mereka terhadap persoalan yang disoal seperti berikut, 1-sangat tidak, 2-tidak
setuju, 3-tidak pasti, 4-setuju dan 5-sangat setuju. Melalui tahap ini, responden perlu
menjawab tahap persetujuan mereka terhadap item-item yang disoal. Kaedah pengumpulan
dan penganalisisan data dikumpul melalui hasil penilaian berdasarkan min bagi item-item
dalam persoalan kajian yang telah dianalisis dan dikategorikan mengikut tahap seperti tahap
rendah (1.00 - 2.33), sederhana (2.34 - 3.67) dan tinggi (3.68 5.00). Melalui tahap-tahap
min ini pengkaji dapat melihat respon terhadap persoalan-persoalan yang ingin dikaji. Oleh
itu, pengkaji dapat membuat rumusan mengenai persepsi guru terhadap profesion
perguruan melalui data-data melalui soal selidik yang dilakukan.

Hasil dapatan kajian dinilai berdasarkan empat persoalan utama yang telah
dinyatakan. Secara ringkasanya, hasil dapatan bagi persolan kajian yang pertama iaitu
berkaitan persepsi guru terhadap kerjaya guru menujukkan keputusan min yang tinggi iaitu
guru menganggap bahawa profesion perguruan adalah sebagai kerjaya yang baik dan
mulia. Keseluruhannya, tanggapan guru terhadap kerjaya mereka sebagai guru adalah pada
tahap yang tinggi. Jika dilihat purata min yang diperolehi dari data mentah adalah 3.88.

Persoalan kajian yang kedua adalah berkaitan persepsi guru terhadap sumbangan
yang telah mereka sumbangkan pada masyarakat dan negara. Oleh itu, secara
keseluruhannya, guru menganggap sumbangan yang telah mereka berikan kepada
masyarakat dan negara adalah besar dan tinggi nilainya. Hal ini dibuktikan berdasarkan
pada purata min 4.31 berada pada tahap yang tinggi.

Bagi hasil dapatan persoalan ketiga pula adalah berkaitan dengan komitmen
seorang guru terhadap tugasnya sebagai guru. Secara keseluruhanya, komitmen seseorang
guru terhadap tugasnya ialah pada tahap yang tinggi kerana purata minnya 4.32. Hal ini
menggambarkan yang guru menganggap mereka memberikan komitmen yang tinggi
terhadap tugas yang diamanahkan. Manakala persoalan kajian yang terakhir
membincangkan mengenai persepsi guru terhadap beban tugas seorang guru. Analisis
menunjukkan min keseluruhan ialah 4.0. hal ini mengambarkan bahawa beban tugas guru
pada masa sekarang adalah bertambah dari masa ke semasa.

3.0 PENILAIAN

Dari sudut pandangan yang dapat saya lihat mengenai kajian yang dilakukan ini ialah
mengenai kaedah pengumpulan data mengenai persepsi guru terhadap terhadap profesion
perguruan pada masa kini. Kajian ini menunjukkan bahawa pengkaji lebih cenderung kearah
mencari permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru pada masa kini. Soal selidik yang
dilakukan ini meminta guru-guru menyatakan persetujuan mereka terhadap beberapa aspek
yang berkaitan kencenderungan terhadap kerjaya mereka serta sumbangan dan komitmen
yang diberikan oleh mereka dalam profesion perguruan ini.

Pada pendapat saya, kajian ini merupakan satu kajian yang efektif kerana melalui
keputusan soal selidik yang dilakukan ini pengkaji dapat melihat sejauh manakah kebenaran
persepsi guru terhadap profesion perguruan pada masa kini kerana terdapat pelbagai
tomahan yang dilemparkan oleh masyarakat mengenai kredebiliti seseorang guru di
sekolah. Oleh itu, dengan responden yang berbeza latar belakang ini, pengkaji memperolehi
keputusan yang sama daripada semua responden iaitu kebanyakkan responden
bersependapat dalam setiap persoalan kajian yang disoalkan.

Akan tetapi, terdapat sedikit kekurangan dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji
ini. Jika dilihat kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu di mana data dikumpul adalah
berdasarkan soal selidik. Data-data yang dikumpul ini berkemungkinan tidak tepat dan
mungkin data tersebut tidak dijawab dengan hati yang tulus oleh para responden. Jadi
pengkaji tidak dapat mengukur sejauh manakah kebenaran data yang dikumpulkan itu
kerana ianya hanya bergantung kepada hasil soal selidik sahaja. Melalui keputusan min
yang diperolehi daripada kajian ini, pengkaji hanya dapat membuat rumusan sendiri iaitu
dengan memberikan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru-guru
pada masa kini.

Antara cadangan yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah yang berlaku
dalam profesion perguruan masa kini adalah melalui ujian minat atau career test perlu
diadakan dalam proses pengambilan guru semasa pengajian di institut perguruan ataupun
IPT. Hal ini adalah untuk menetukan calon yang benar-benar berminat sahaja di ambil
sebagai guru kerana tanggungjawab yang bakal mereka pikul kelak bukan dianggap
sebagai beban tetapi sebagi satu amanah besar yang wajib dilaksanakan dengan penuh
keikhlasan.

4.0 IMPLIKASI

Jelas nyata bahawa profesion perguruan pada masa kini semakin mencabar.
Kepimpinan dan tahap profesional guru sering menjadi perhatian oleh masyarakat
disekeliling. Seperti yang diperkatakan sebelum bahawa guru pada masa kini seringkali
diperbandingkan dengan guru sebelum perang maksudnya sebelum merdeka. Guru pada
masa dahulu dikatakan amat dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru. Pada
ketika itu, masyarakat sangat menyanjungi serta menerima kepimpinan mereka. Dalam
pada itu, tahap kesanggupan guru menjalankan amanah yang telah diberikan ini semakin
lama semakin pudar dalam diri mereka.

Hasil daripada kajian ini adalah untuk melihat adakah profesion perguruan pada
masa kini akan memberikan kesan yang positif atau negatif terhadap kepimpinan guru dan
tahap professional guru. Apa yang dapat dilihat, guru masa kini seringkali membangkitkan
isu bahawa guru dibebani dengan tugasan dan kerja yang mencabar. Hal ini sedikit
sebanyak mampu memberikan implikasi terhadap tahap kepimpinan guru kerana guru kini
tidak lagi dapat memfokuskan kerjaya mereka sebagai tenaga pengajar. Mereka turut
dibebani dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran dan pengurusan fail yang
bukannya menjadi tugasan dan kepakaran sebagai seorang guru di sekolah.

Selain itu, persoalan dalam kajian ini juga menyoalkan mengenai kesanggupan guru
untuk berpindah atau mengajar di kawasan pedalaman. Keputusan menujukkan bahawa
kebanyakkan guru kurang bersetuju untuk mendidik anak bangsa di bahagian pedalaman
walhal telah termaktub dalam perjanjian sebelum seseorang itu dilantik sebagai guru
bahawa mereka bersetuju untuk ditempatkan di mana-mana sahaja sekolah di seluruh
Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa tahap profesionalisme seseorang guru dapat diukur
melalui kepatuhan mereka dalam menurut perintah menjalankan amanah yang telah
diberikan.

5.0 RUJUKAN

Abdul Rahin Hamdan, Ahmad Johari Hj Sihes, Jamaluddin Ramli & Rosliza Hamzah. (tahun
tidak diketahui). Persepsi guru terhadap profesion perguruan masa kini.. Dicapai
pada 13 Julai 2016, daripada http://eprints.utm.my/2223/1/2_3.pdf.

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin & Muhammad Khushairi Jusoh. (2012). Asas
kepimpinan dan perkembangan profesional guru. Kuala Lumpur: Freemind Horizons.

Noriati, A. R., Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. (2012). Asas kepimpinan dan
perkembangan profesional guru. Shah Alam: Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai