Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Sistem pernomboran merupakan salah satu sistem yang penting dan seringkali diguna pakai kehidupan seharian. Sistem pernomboran ini telah diperkenalkan oleh para pemikir dan ilmuwan sejak zaman dahulu dan telah berkembang dan berubah mengikut peredaran masa. Pada zaman dahulu, setiap masyarakat mempunyai sistem pernomboran yang tersendiri. Namun, bagi menyeragamkan kehidupan manusia yang majmuk di muka bumi ini, hanya satu sistem pernomboran yang terus diguna pakai sehingga kini. Sistem pernomboran bukan sahaja telah membantu manusia manjalani kehidupan malah telah membuatkan pemikiran manusia bertambah maju dan seterusnya membantu membangunkan tahap pemikiran manusia. Selain itu juga, sistem pernomboran juga telah membantu manusia untuk mengkaji sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan seterusnya dapat menghasilkan ciptaan baru yang dapat membantu dari segi pembangunan kehidupan manusia. Dalam tugasan pada kali ini kami dikehendaki untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan sistem pernomboran lama dan seterusnya mencipta satu sistem pernomboran baru kepada penduduk masyarakat yang belum pernah mengenal nombor dan masih menggunakan sistem barter dalam perdagangan.

Anda mungkin juga menyukai