Anda di halaman 1dari 2

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SEKOLAH TERHADAP MASYARAKAT/KOMUNITI

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendedahan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan bertujuan memberi kemahiran teknikal psikomotor. Peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai berbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk meneruskan perkembangan masyarakat dan komunitinya. Sekolah juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku murid mengikut aliran dan kehendakmasyarakat. Persekolahan yang berorganisasi

memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai. Perkara berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati dan tidak lupa mencinta alam sekitar dan sekolah demi membentuk masyarakat penyayang. Nilai budaya masyarakat ini adalah amat penting kerana ia menentukan kandungan normanya. Misalnya jika anggota masyarakat meletakkan nilai yang tinggi terhadap kemahiran teknik dan vokasional, maka norma masyarakat tersebut akan berusaha membekalkan peluang bagi anggotanya agar memperolehi kemahiran teknik dan vokasional itu. Malaysia meletakkan nilai tinggi terhadap usaha melahirkan rakyat yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan. Kementerian Pendidikan menggubal dan

melaksanakan kurikulum baru kea rah mencapai matlamat pendidikan tersebut. Sekolah merupakan tempat yang mengekal dan menyebarkan budaya masyarakat menerusi pemupukan budaya ilmu di kalangan pelajar. Kejayaan memupuk budaya ilmu dapat diperlihatkan daripada situasi kewujudan satu keadaan yang mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Selain itu, ilmu dianggap sebagai

keutamaan tertinggi dalam system nilai peribadi dan

masyarakat dan kewujudan

keadaan di mana segala tindakan manusia pada peringkat individu dan masyarakat dilakukan atas landasan keilmuan, sama ada melalui kajian atau syurah20/09/2012 Permuafakatan Komuniti dan Sekolah. Kewujudan keadaan usaha manusia

menggunakan ilmu untuk meningkatkan kualiti hidup serta membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk keluarga, masyarakat dan Negara. Yang terakhir kewujudan keadaan segala lapisan masyarakat mengunakan ilmu untuk

memperjuangkan kebenaran dan keadilan, menolak kejahilan dan kepalsuan Perhubungan sekolah dengan masyarakat umpama kuku dengan isi, seperti aur dengan tebing yang amat penting untuk perkembangan dan kemajuannya. Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Di zaman moden ini sekolah dipertanggungjawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif keatas murid atau pelajar. Sekolah juga diminta menyediakan ahli masyarakat untuk menghadapai dan menerima pembaharuan. Bangsa yang luhur dan disanjung tinggi adalah rakyatnya yang menungguli dan memiliki semangat untuk memperoleh, memperkembangkan dan menggunakan ilmu untuk membawa diri dan negara ke mercu kejayaan dan kegemilangan. Sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Pelajar yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan yang amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara. Kerjasama antara sekolah dan masyarakat adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju kearah kejayaan dan kegemilangan.

Anda mungkin juga menyukai