Anda di halaman 1dari 2

HURAIAN PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dirangka dalam rancangan pengajaran


harian, terdapat beberapa aktiviti yang dapat dikenalpasti mempunyai perkaitan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara elemen-elemen yang dikaitkan dengan aktiviti
yang dirangka dalam rancangan pengajaran harian adalah berilmu pengetahuan,
berketrampilan, memperkembangkan potensi individu, rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Elemen pertama iaitu berilmu pengetahuan dapat dikenalpasti melalui aktiviti


yang dijalankan ketika perlaksanaan set induksi. Hal ini kerana aktiviti yang dirancang
ketika set induksi adalah guru akan bertanyakan beberapa soalan berdasarkan tema
yang telah dipilih iaitu kesihatan dan kebersihan. Antara contoh soalan yang ditanya
adalah ‘berapa kali kamu mandi dalam sehari ?’ Aktiviti dilaksanakan apabila guru
menayangkan sebuah video kartun berkaitan kebersihan diri. Jadi melalui tayangan
video kebersihan ini murid dapat memberi respon terhadap kesihatan mereka dan
memberi pendapat mereka mengenai video tersebut. Melalui aktiviti tersebut, elemen
berilmu pengetahuan ini dapat dikaitkan apabila murid memeberikan cara-cara untuk
membersihkan diri dengan baik.

Seterusnya, elemen kedua yang dapat dikaitkan melalui aktiviti yang dirangka
dalam rancangan pengajaran harian adalah elemen berilmu pengetahuan. Dalam
perlaksanaan proses P&P elemen ini dapat dikenalpati dalam langkah satu. Pada
langkah satu, guru akan meminta murid membaca petikan yang diberikan secara ramai
dan individu kemudian menyenaraikan nilai-nilai kebersihan yang terdapat dalam
petikan tersebut. Secara tidak langsung elemen berilmu pengetahuan ini dapat
dikaitkan dengan aktiviti ini apabila terdapat bahagian di mana murid perlu memikirkan
dan menyenaraikan nilai-nilai kebersihan yang terdapat dalam petikan tersebut. . Hal
ini kerana murid akan berfikir secara kritis dan kreatif apabila proses menyenaraikan
dalam maksud tersirat dan tersurat dalam petikan tersebut.
Selain itu, elemen ketiga yang dapat dikenalpasti berdasarkan aktiviti-aktiviti
yang dirangka dalam rancangan pengajaran harian adalah elemen berketerampilan.
Elemen berketerampilan ini dapat dikenalpasti melalui aktiviti di langkah dua. Aktiviti ini
bermula dengan tayangan lagu bertajuk ‘kebersihan diri’. Kemudian, murid akan
diberikan lirik lagu tersebut dan membulatkan frasa yang terdapat dalam lirik tersebut.
Seterusnya guru akan memilih murid untuk menulis frasa tersebut di papan putih. Oleh
itu, elemen berketerampilan dapat dikaitkan dengan aktiviti ini apabila murid berani
untuk tonjol kehadapan untuk menulis jawapan yang telah dijumpai tanpa mengira
sama ada betul atau salah. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat unsur sosial dalam
aktiviti tersebut.

Bagi yang seterusnya, elemen keempat yang dapat dikenalpasti adalah


berkaitan elemen berilmu pengetahuan dan berketerampilan. Elemen ini dapat
dikenalpasti melalui aktiviti menulis beberapa alat membersihkan diri yang terdapat di
rumah mereka seterusnya menulis frasa berkaitan gambar yang dilekatkan di papan
putih. Jadi elemen ini dapat dikaitkan dengan elemen tersebut dengan pengetahuan
sedia ada mereka mengenai alat membersihkan diri serta keberanian mereka untuk
melakukan aktiviti di papan putih.

Elemen terakhir yang dapat dikaitkan dengan aktiviti yang dirancang dalam
rancangan perancangan harian adalah elemen berilmu pengetahuan. Elemen ini dapat
dikenalpasti melalui aktiviti pentaksiran. Aktiviti pentaksiran yang telah disediakan
kepada murid bagi menilai sejauh mana kefahaman mereka terhadap topik yang telah
diajar pada sesui P&P pada wakt tersebut. Perlaksanaan aktiviti ini dimulakan dengan
murid diminta untuk menulis frasa berdasarkan ayat yang diberikan kepada mereka.
Kemudian mereka diminta untuk membaca semula frasa yang telah mereka tulis. diberi.
Murid-murid pasti akan menerima ilmu pengetahuan baru setelah melalui perbincangan
bersama-sama rakan atau guru sebelum ini. Oleh itu, murid akan menjawab soalan
yang diberi berpandukan ilmu tersebut serta pengetahuan lepas.

Anda mungkin juga menyukai