Anda di halaman 1dari 22

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6


2018
TARIKH: 14 NOVEMBER 2018 (RABU)
TEMPAT: DEWAN
PENGUMUMAN SEBELUM ACARA BERMULA

PERINGATAN Sidang hadirin yang dimuliakan,


SEBELUM MAJLIS
Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis graduasi & Anugerah
Kecemerlangan Pelajar Tahun 6 SK Bukit Tinggi 2018. Majlis kita akan
bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Berusaha EN
ROSTAM BIN YAHMIN, GURU BESAR SK BANDAR TINGGI

Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat
mematuhi adab majlis seperti berikut:

a) Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang


Berusaha EN ROSTAM BIN YAHMIN ,GURU BESAR SK BANDAR
TINGGI dibuat oleh Pengacara Majlis.
b) Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap.
c) Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah
tetamu kehormat meninggalkan majlis
d) Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.
e) Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.
f) Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang untuk
menyanyikan semua lagu dengan penuh bersemangat.

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari Tuan-
tuan dan Puan-puan.

CUE/KIU ANN/PENGUMUMAN CATATAN

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan


KETIBAAN
 Yang Berusaha EN ROSTAM BIN YAHMIN
GURU BESAR SK BANDAR TINGGI

 Yang Berbahagia TUAN HAJI MOHD ZAKIR BIN


MD AMIN

YANG DIPERTUA PIBG SK BANDAR TINGGI

JOHOR BAHRU

dengan diiringi dif kehormat.

Para hadirin yang sekalian, ketibaan tetamu kehormat


dihiburkan dengan persembahan Silat yang dipimpin oleh
En.Samzul bin Mohd Hadi di hadapan dewan.

PERARAKAN BESAR Mengumumkan perarakan masuk ke dewan didahului oleh


MASUK KE DEWAN para graduan, para guru, dan seterusnya Yang Berusaha
EN ROSTAM BIN YAHMIN, GURU BESAR SK BANDAR
TINGGI diiringi Yang Berbahagia TUAN HAJI MOHD
ZAKIR BIN MD AMIN, YANG DIPERTUA PIBG SK
BANDAR TINGGI JOHOR BAHRU .

LAGU NEGARAKU dimainkan sebaik sahaja VVIP


sampai ke tempat duduk
Persembahan Sambut Tamu diadakan oleh pelajar
Tahun 5 Meriah.

ALU-ALUAN Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.


PENGACARA MAJLIS Hadirin dan hadirat dijemput duduk.

Hari yang indah penuh ceria.


hari yang diraikan penuh bermakna,
Majlis Graduasi SK Bandar Tinggi 2019

Bismillahir Rahmanir Rahim . Assalamualaikum W.B.T


1. Yang Berusaha EN ROSTAM BIN YAHMIN

GURU BESAR SK BANDAR TINGGI

2. Yang Berbahagia TUAN HAJI MOHD ZAKIR BIN


MD AMIN

YANG DIPERTUA PIBG SK BANDAR TINGGI

JOHOR BAHRU

3. Yang Dihormati EN AHMAD AZNAN BIN


BAHAROM

NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK BANDAR

TINGGI

4. PUAN NUR AZUAA BT ROFIK

GPK PENTADBIRAN

5. PUAN SITI AMINAH BINTI ROHMAT

GPK HAL EHWAL MURID

6. PUAN NORAZILA BINTI GHAZALI

GPK KOKURIKULUM

BARISAN GURU-GURU, AHLI JAWATANKUASA PIBG


SESI 2018/2019, PEMBANTU PENGURUSAN MURID,
STAF SOKONGAN, SETERUSNYA PARA GRADUAN
YANG DIRAIKAN, PARA PELAJAR YANG DIKASIHI
SETERUSNYA HADIRIN HADIRAT SIDANG DEWAN
SEKALIAN.

Sungguh manis si buah lokan,


Dibeli dari Pulau Mutiara,
Selamat datang kami ucapkan, 
Awal Bismillah pembuka bicara.

Hadirin yang dihormati, 
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan rahmat-Nya dapat kita sama-sama bertemu
dan berkumpul dalam majlis ceria dan penuh bermakna
pada hari ini.

Bgi pihak SK Bandar Tinggi, kami mengalu-


alukan kedatangan tetamu kehormat, dif-dif jemputan serta
tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke Majlis Graduasi &
Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 6 SK Bandar
Tinggi bagi tahun 2018 pada hari ini.

Sesungguhnya majlis graduasi pada hari ini merupakan


upacara kemuncak yang pasti akan menjadi detik
bersejarah dan sering dinanti-nantikan oleh setiap pelajar 
tahuun 6 SK Bandar Tinggi. Inilah saat paling gemilang
untuk kita memberi apresiasi atas kejayaan hasil usaha
dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang pengajian
mereka di sekolah ini.

BACAAN DOA . Hadirin yang dimuliakan,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Bawakan rotan di buat tongkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh: En Maarof bin Abdul Mutalib. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
UCAPAN WAKIL Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
MURID TAHUN 6 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada En Maarof bin Abdul Mutalib atas bacaan
doa itu tadi.

Tirai ucapan pada hari ini dimulakan dengan ucapan wakil


murid Tahun 6 oleh Saudari Nurul Athirah binti Mazlan
selaku Ketua Pengawas SK Bukit Tinggi. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

******** (Ucapan wakil murid)

UCAPAN ALU- Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
ALUAN PENGERUSI Hadirin sekalian,
PIBG

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd
Zakir bin Md Amin,Yang Dipertua PIBG SK Bandar Tinggi
Johor Bahru untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
penuh takzim menjemput dan mempersilakan.

*********** (ucapan Yang Dipertua PIBG )

UCAPAN DAN Kalungan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji
PERASMIAN OLEH atas ucapan itu tadi.
GURU BESAR

Kalau dilipat sebesar kuku,


Kalau dibentang seluas alam,
Yang jauh sering disebut,
Yang dekat sering digamit,
Seuntai salam sejambak rasa,
Dengar bicara merisik rasa.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Agenda beralih susun cara berganti, menanti dihaluan kini


adalah ucapan perasmian yang akan dijana oleh Guru
Besar SK Bandar Tinggi. Untuk itu, majis menjemput dan
mempersilakan, Yang Berusaha En Rostam bin Yahmin
Guru Besar SK Bandar Tinggi untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Graduasi & Anugerah
Kecemerlangan Pelajar tahun 6 tahun 2019 SK Bandar
Tinggi. Dipersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

PERSEMBAHAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


MURID Berusaha Encik Rostam atas ucapan itu tadi.

Awan bersua citra berkisah,


Ukiran sukma kilauan kelisa,
Ucapan perasmian selesai sudah,
Persembahan murid menyusul pula.
Warga dewan yang dimuliakan,

Marilah kita sama-sama saksikan persembahan yang akan


dipersembahkan oleh murid tahun 5, saudari Chin Wei Lui.
dinobatkan sebagai ‘Tokoh Sastera’ dalam majlis Anugerah
Sasterawan Negeri Johor 2018 yang berlansung di Seri
Ngeri.

PENYAMPAIAN Begitulah tadi persembahan sajak yang bertenaga dan `


HADIAH (SIDANG penuh penghayatan daripada saudari Chin.
PERTAMA)
Hadirin yang dihormati,

BICARA BUKAN SEBARANG BICARA

BICARA BERALUN SANTAPAN PUISI

GEMBIRA BUKAN SEBARANG GEMBIRA

GEMBIRA MENYAMBUT HARI GRADUASI

SALAM PEMBUKA DIHULUR SUDAH

AYUH SEGERA KE SIDANG YANG PERTAMA

Untuk menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim


dan sukacitanya mempersilakan  Yang Berbahagia Tuan
Haji Mohd Zakir bin Md Amin, Yang Dipertua PIBG SK
Bandar Tinggi diiringi oleh Yang Berusaha En Rostam bin
Yahmin Guru Besar SK Bandar Tinggi bagi
menyempurnakan upacara penyampaian sijil sidang yang
pertama.

Majlis mempersilakan…

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Sijil Graduasi dimulakan dengan penyampaian sijil dan
hadiah bagi Kedudukan Terbaik Dalam Kelas. Dengan itu,
majlis mempersilakan
Penerima Hadiah Kedudukan Dalam Kelas 6 Gamma :
Saudari Nurul Athirah binti Mazlan.

Penerima Hadiah Kedudukan dalam kelas 6 Delta :


Saudara Mohd Arif bin Yusof.

Kedua-dua graduan tersebut telah mendapat kedudukan


pertama dalam kelas sebanyak tiga kali ,dalam peperiksaan
yang dijalankan sepanjang tahun ini. Mereka juga telah
mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah
kepada murid-murid terbaik dalam setiap mata pelajaran
melalui Peperiksaan Percubaan UPSR. Dengan itu, majlis
mempersilakan

Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Melayu:


Saudara Mohd Hamzi bin Imran. Saudara Hamzi telah
mendapat markah tertinggi 97% dalam peperiksaannya.

Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Inggeris:


Saudari Nurul Athirah binti Mazlan. Saudari telah
memperoleh markah sebanyak 99% dalam peperiksaan
Bahasa Inggeris.

Penerima Mata Pelajaran Terbaik Matematik: Saudari


Hamizah binti Badrul. Saudari telah menerima 100%
dalam peperiksaan. Untuk pengetahuan hadirin semua,
saudari juga memenangi tempat pertama dalam
pertandingan E-Matematik yang dianjurkan di peringkat
kebangsaan.
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Sains:
Saudari Nurul Athirah binti Mazlan. Saudari telah
mencapai 99% dalam peperiksaannya.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Majlis kita diteruskan dengan penyamaian anugerah


penghargaan kategori Kehadiran Penuh setiap kelas.
Dengan itu, majlis mempersilakan

Penerima Anugerah Kehadiran Terbaik 6 Gamma:


Saudari Yagneswary a/p Sundran
Saudari telah menjejah 90% peratus kehadirannya ke
sekolah untuk tahun ini.

Penerima Anugerah Kehadiran Terbaik 6 Delta:


Saudara Amirul bin Mohd Khairul. Saudara juga telah
berjaya mencapai 91% kehadirannya ke sekolah.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada
penerima Terbaik Kem Bestari Solat 2019.
Untuk pengetahuan hadirin, seramai 20 orang murid telah
menyertai Kem Bestari Solat dan hanya seramai 4 orang
murid telah dipilih sebagai peserta terbaik kem tersebut.
Pemilihan mereka berdasarkan kehadiran penuh dan
penglibatan aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan
sepanjang kem ini.Bukan itu sahaja, mereka juga antara
pelajar yang telah menerima markah tertinggi dalam Kuiz
Terakhir Bestari Solat Dengan itu, majlis mempersilakan

Penerima Terbaik Kem Bestari Solat 2019:


 Saudara Mohd Aiman bin Khairul
 Saudara Amirul bin Badrul
 Saudara Mohd Arif bin Jamlus
 Saudara Mohd Syafiz bin Abd Rahim

Sidang hadirin yang budiman,

Majlis Graduasi SK Bukit Tinggi diteruskan lagi dengan


acara terakhir bagi sidang pertama dengan penyampaian
anugerah kepada murid berpotensi (pemulihan) daripada
Tahun 2 dan 3. Anugerah ini sebagai tanda penghargaan
kepada murid berpotensi atas kebakatnya. Untuk
pengetahun hadirin sekalian, para murid berpotensi ini
sangat bermahir dalam mengendalikan semua peralatan
ICT dan mencipta sejarah dalam bidang olahraga apabila
berjaya mendapat 2 Emas 1 Perak di peringkat Negeri, serta
4 Emas di peringkat daerah, satu pencapaian yang tidak
pernah dicapai oleh mana-mana pelajar sebelum ini.
Dengan itu, majlis mempersilakan

 Saudara Mohd Yunus bin Khairul


 Saudara Mano a/l Kathi
 Saudara Kailash a/l Magendran

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji


Mohd Zakir bin Md Amin Yang Dipertua PIBG SK Bandar
Tinggi kerana telah menyempurnakan penyampaian
anugerah sebentar tadi.

`PERSEMBAHAN Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


MURID (NASYID)
Sebelum pulang mengali ikan,
Kehadiran tuan-puan kamu alu-alukan,
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Bagi menyemerakkan lagi majlis kita pada pagi yang


berbahagia ini, sama-sama kita saksikan persembahan
Nasyid oleh murid-murid tahun 2 dan 3 di bawah bimbingan
En. Ramzal bin Mohd Nor.Sama-sama kita saksikan

PENYAMPAIAN
Begitulah tadi persembahan murid yang cukup bertenaga
HADIAH (SIDANG
daripada murid-murid tahun 2 dan 3.
KEDUA)

Proses diajar,belajar dan mengajar,


Membentuk modal insan lebih gemilang,
Menghasilkan modal insan elok akhlaknya,
Melahirkan watan yang mantap jati diri,
Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan.

Majlis graduasi SMK Seri Bali diteruskan lagi dengan


penyampaian sijil sidang kedua Untuk itu, majlis menjemput
Yang Berusaha En Rostam bin Yahmin
Guru Besar Sk Bandar Tinggi diiringi oleh Puan Nur Azuaa
bt Rofik Gpk Pentadbiran untuk menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

Sidang hadirin sekalian,


Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM, merupakan
penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan
membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi
pengiktirafan yang sesuai. Oleh itu, suatu anugerah akan
diberi kepada pelajar yang membaca buku dalam kuantiti
yang tinggi. Dengan itu, majlis mempersilakan
Penerima Anugerah Nilam bagi kategori Bahasa Melayu:
Saudari Nurul Athirah binti Mazlan.
Saudara Eng Chun Hau

Penerima Anugerah Nilam bagi kategori Bahasa


Inggeris:
Saudari: Manogari a/p Murugan
Saudari: Nurul Athirah binti Mazlan.

Seterusnya adalah pengumuman johan Keseluruhan yang


dinobatkan sebagai Tokoh Nilai 2019. Dengan itu, majlis
mempersilakan Saudari Nurul Athirah binti Mazlan.
untuk menerima anugerahnya. Untuk pengetahuan hadirin
sekalian, saudari Nurul Athirah telah berjaya menguasai 200
buah buku Bahasa Melayu dan 400 buah Buku Bahasa
Inggeris untuk tahun ini. Saudari juga telah dianugerahkan
sebagai johan keseluruhan dalam dalam Pertandingan
Anugerah NILAM di peringkat Mersing tahun 2018.

Sidang hadirin sekalian,


Majlis kita diteruskan dengan penyampaian anugerah
kepada pelajar yang bersahsiah cemerlang. Antara
anugerah yang akan disampaikan adalah Murid Amanah,
Murid Jujur, Murid Perubahan Positif, Murid Kemas, Segak,
Bergaya, Murid Sedia Membantu, Pemimpin Harapan dan
Terbaik Keseluruhan. Dengan itu, majlis mempersilakan

Pemenang Anugerah Murid Amanah:


Saudari Nurul Athika binti Mohd Mazlan

Pemenang Anugerah Murid Jujur:


Saudari: Kavitha a/p Anand

Pemenang Anugerah Murid Perubahan Positif:


Saudara: Eng Chun Hau

Pemenang Anugerah Murid Kemas,Segak, Bergaya:


Saudara :Mohd Afiz bin Ramlan

Pemenang Anugerah Murid Sedia Membantu:


Saudara: Eng Chun Hau

Pemenang Anugerah Pemimpin Harapan:


Saudara: Barathwaj a/l Mohan

Tokoh Sahsiah Cemerlang keseluruhan:


Saudara: Eng Chun Hau

Hadirin yang dihormati:


Seterusnya, adalah pengumuman anugerah Tokoh
Kokurikulum 2018. Anugerah ini dinilai berdasarkan
pencapaian murid yang paling tinggi atau pencapaian yang
menyeluruh dalam semua bidang kokurikulum. Dengan itu,
Tokoh Anugerah Kokurikulum 2018 disandang oleh
saudara Mohd Arif bin Yusof. Beliau merupakan seorang
anak yang begitu aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Beliau kerap kali dipilih mewakili sekolah dalam pelbagai
bidang sukan dan badan beruniform. Beliau juga merupakan
Kapten Pasukan Bola Jaring dan Bola Baling sekolah yang
telah membawa pasukan sekolah mendapat Naib Johan
Zon. Ketiadaan beliau dalam pasukan pada tahun hadapan
akan menjadi satu kehilangan besar kepada pasukan ini.
Selain daripada itu, beliau kerap menjadi wakil dalam acara
larian seperti Merentas Desa Daerah, Larian Jambatan
Sultan Mahmud, Kuartet 4x4 Sekolah dan lain-lain. Pada
awal tahun ini, beliau berjaya membawa pasukan merentas
desa perempuan memenangi tempat ketiga keseluruhan
Kejohanan Merentas Desa Daerah, mengalahkan 40
sekolah yang lain.
Pada tahun ini, beliau mencipta sejarah apabila menjadi
peserta pertama di sekolah dipilih mewakili daerah Bukit
Tinggi dalam badan beruniform. Beliau terus
mengharumkan nama sekolah apabila mendapat Johan
dalam Perkhemahan Badan Beruniform peringkat Negeri
Johor dan kemudiannya menempa sejarah apabila dipilih
mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan seterusnya
menjadi wakil pertama SK Bukit Tinggi di peringkat
kebangsaan sepanjang 30 tahun penubuhan sekolah. Jasa
dan bakti beliau telah melayakkan beliau dipilih sebagai
seorang penerima Tokoh Anugerah Ko-Kurikulum.

Hadirin hadirat Yang Berbahagia sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah


Tokoh Murid 2018. Anugerah ini disandang oleh seorang
pelajar cemerlang yang sering kali mendapat tempat terbaik
di dalam kelas, Beliau juga beberapa kali mewakili sekolah
dalam bidang ko-akademik serta sukan. Pemain pasukan
bola baling zon ini juga telah mengukir sejarah apabila
menjadi peserta pertama SK Bukit Tinggi mendapat Naib
Johan dalam pertandingan Public Speaking. Kejayaan
beliau diteruskan lagi apabila berjaya mendapat Naib Johan
Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan pada September
lepas. Beliau juga banyak mewakili sekolah dalam
pertandingan sukan seperti Bola Jaring di peringkat zon dan
daerah. Beliau menjadi peserta pertama di SKBT yang
berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Sahibba
sempena Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu Zon Bukit
Tinggi.
Beliau juga seorang yang sangat menonjol dari segi
kepimpinan. Tidak hairanlah jika beliau dipilih sebagai Ketua
Pengawas Sekolah bagi sesi 2018 dan juga diberi
kepercayaan oleh murid-murid untuk memegang beberapa
jawatan lain seperti Pengerusi Persatuan Sains dan
Setiausaha Kelab Pendidikan Islam. Malahan, beliau telah
dipilih oleh murid-murid untuk memegang jawatan Kapten
Rumah Bendahara seterusnya menjadi Kapten Rumah
pertama dari kalangan perempuan. Kebijaksanaan beliau
memimpin Rumah Bendahara melayakkan rumah ini
dianugerahkan sebagai Rumah Terbaik 2018. 

Majlis dengan bangganya menganugerahkan saudari


Nurul Athika binti Mohd Mazlan sebagai penerima
anugerah tokoh murid SK Bukit Tinggi 2018. Maljis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Rostam


bin Yahmin Guru Besar Sk Bandar Tinggi kerana telah
menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin-Hadirat warga dewan yang dimuliakan,


MURID (BICARA
BERIRAMA) Kita akan berehat seketika dan sekarang mari kita saksikan
suatu persembahan yang dinanti-nantikan daripada
graduan-graduan Tahun 6 di bawah bimbingan En Ramzal
bin Mohd Wazlan. Majlis mempersilakan.
PENYAMPAIAN SIJIL Demikianla tadi persembahan Bicara Berirama yang
GRADUASI MURID sungguh menghiburkan yang telah dipersembahkan oleh
TAHUN 6 kanak-kanak yang sungguh berbakat.
(SIDANG KETIGA)
Di pagi hening suasana indah,
Mata memandang semat di hati,
Komitmen dan tanggungjawab digalas sudah,
Sijil diberi sebagai bukti.

Majlis graduasi SK Bukit Tinggi tahun 2018 diteruskan


dengan penyempurnaan Graduasi kepada murid-murid
Tahun 6 SK Bukit Tinggi bagi sesi 2018. Untuk makluman
para hadirin dan hadirat sekalian, seramai 30 murid Tahun 6
yang akan menamatkan sesi persekolahan dan menerima
sijil graduasi pada hari ini. Seraya itu, majlis dengan penuh
takzimya mempersilakan Puan Nur Azuaa bt Rofik Gpk
Pentadbiran mengiringi Yang Berusaha En Rostam bin
Yahmin pengetua Sk Bukit Tinggi untuk menyempurnakan
acara.Dipersilakan.

*****************(Penyampaian sijil anugerah)

(RUJUH LAMPIRAN SENARAI NAMA PELAJAR)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Rostam


bin Yahmin Guru Besar Sk Bandar Tinggi kerana telah
menyempurnakan penyampaian sijil graduasi kepada murid-
murid Tahun 6 sesi 2018 sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


KHAS
Majlis kita sekali lagi disajikan dengan persembahan terakhir
pada pagi yang berbahagia ini dengan satu persembahan
khas daripada graduan-graduan Tahun 6 di bawah
bimbingan En.Ramli bin Mohd Yunus, Guru Pendidikan
Muzik. Dengan nyanyian medley Joget Si Pinang Dua, Aku
Yang Dulu Bukan Yang Sekarang dan Kenangan Terindah
dengan selitan sajak, sama-sama kita hayati dan saksikan
persembahan medley daripada murid-murid Tahun 6. Majlis
mempersembahkan.

Begitulah tadi persembahan koir yang cukup bertenaga dan


penuh penghayatan daripada Graduan Tahun. Semoga
lagu-lagu ini tadi dan akan menjadi kenangan terindah buat
semua warga sekolah yang pasti akan merindui kalian.
PENUTUP Semua anugerah di terima sudah. Semua acara terlaksana
sudah.

Hari ini TARIKH, tercatat lagi dalam buku sejarah


kecemerlangan murid-murid SK Bukit Tinggi bahawa
sesungguhnya untuk mencapai sesuatu kejayaan itu azam
dan usaha adalah penentu.

Yang kuat azam dan usahanya, maka, bangkitlah dia


sebagai seorang pejuang yang bakal menggenggam
kejayaan. Namun yang leka, malas dan alpa, kaki tidak akan
jauh melangkah kerana baru setapak dua dia pasti akan
mengalah dan akhirnya kecundang. Oleh itu anak-anak didik
sekalian, kuatkan azam di dada juga minda. Tingkatkanlah
usaha agar mampu berdiri megah sebagai seorang yang
berjaya
Amin ya rabbal alamin.

Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada semua


penerima anugerah cemerlang, manakala yang tidak
berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada
tahun hadapan untuk memperolehi kecemerlangan.

Majlis anugerah dirai bersama,


Kecemerlangan diidam menjelma lagi,
Akhir di sini noktah bersama,
Di lain masa bersua kembali.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Bagi pihak warga kerja majlis sekali lagi merakamkan jutaan


terima kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat
sekalian yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini.
Akhir kata, maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran
mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang
menyinggung perasaan.

Seterusnya dijemput Yang berusaha Berusaha En Rostam


bin Yahmin untuk mengiringi Yang Berbahagia Yang
Berbahagia Tuan Haji Mohd Zakir bin Md Amin Yang
Dipertua PIBG SK Bandar Tinggi dan tetamu-tetamu
jemputan untuk ke majlis jamuan ringan di tempat yang
telah disediakan. Dipersilakan.

Dengan itu maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah


Cemerlang dan Graduasi 2013 SK Bukit Tinggi 2018.
Segala yang baik adalah datang dari Allah dan yang buruk
itu adalah dari kami jua. Dengan itu kami sudahi dengan
wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.

.............. Pengumuman ......

SESI FOTOGRAFI Bagi memahat memori Majlis Graduasi & Anugerah


Kecemerlangan Pelajar Tahun 6 SK Bukit Tinggi bagi tahun
2019,
Majlis diteruskan dengan sesi fotografi bersama tetamu
kehormat, barisan pentadbir dan para pemenang anugerah
SK Bukit Tinggi 2016 .Dipersilakan..

Seterusnya, dipersilakan para graduan untuk turut


mengambil gambar kenangan.
Lampiran: Senarai nama para graduan SK Bukit Tinggi tahun 2018

BI NAMA MURID
L
ADLEENA SOFIA BT SYAHRUL AFZAL
1
AHMAD IRFAN DANIAL BIN SHUHAIMI
2
AMEERA FATINIE BINTI ARZUL
3
ARIEF AIMAN BIN RUSHFUZI FARADI
4
AZRIE SYAFAEZ B SYAARI
5
DANNY HIDZWAN BIN SUZLEE
6
DHIA KARMILA BINTI MAHADI
7
ENG CHUN HAU
8
IZHAN AHZAM B AZRUL HISHAM
9
MIFZAL B MOHAMMAD NAZREL
10
MANOGARI A/P MURUGAN
11
MUHAMMAD ADLAN BIN OSMAN
12
MUHAMMAD AFIQ AZMI B SUHAIZI
13
MUHAMMAD HAFIZZAL ADAM B MOHD SAHDAN
14
MUHAMMAD IMTIAZ BIN AZIZ
15
MUHAMMAD IZZAT AIMAN BIN ZULKIFLEE
16
MUHAMMAD RIYADH SYAMIL BIN HARUN
17
MUHAMMAD SYAHMI BIN KHAIRUL AZMAN
18
MUHAMMAD SYARIF BIN MOHAMAD RIDUAN
19
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN ZAYED
20
NOOR HILMY BIN NOOR HISHAM
21
NUR AIN BINTI BAHAUDDIN
22
NUR A'ISHAH BT MOHD NOOR HISHAM
23
NUR AMIRA SUFIA BT RUZAIMI
24
NUR FATIMAH BINTI JAMALUDDIN
25
NUR HAZIQ IRSHAD BIN NOR HISHAM
26
NUR IZZATI BT EDI SUTERISNO
27
NUR IZZATI SYAZWANI BT MOHD NURUL ANWARI
28
NUR LIYANA HAZIRAH BT MOHD ANUAR
29
30 NURUL ATHIRAH BINTI MAZLAN

Anda mungkin juga menyukai