Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PERTANDINGAN SKETSA LARAS BAHASA

Jenis laras: Undang-undang

Babak 1

Dalam makhamah

Pengacara(Fatini): Pembicaraan ini akan di ketuai oleh Yang Arif Tuan Kamarul Bin Husin. Kamu
Leman bin Muda, bernombor kad pengenalan 970678-01-8872 pada 10 November 2015, jam lebih
kurang 10:45pagi telah dituduh melepaskan talak satu keatas isteri kamu, Senah binti Seman.
Dibawah Seksyen 47 Perceraian dengan talak atau dengan perintah.

Hakim (Tharshini): Leman bin Muda. Adakah kamu faham tentang pertuduhan keatas kamu?

Suami (Kannan): saya faham Tuan.

Hakim: Adakah kamu ingin menceritakan mengapa kamu menjatuhkan talak ke atas isteri kamu?

Suami: Baik yang arif. Saya akan ceritakan.. ceritanya begini…..

(lakonan Amirul dan Kirah)

Situasi di dalam rumah

Isteri : Abang, awak nampak tak telefon saya? Tadi saya rasa saya letak dekat atas rak tu.

Suami: emm..ni haa telefon awak.. abang pinjam tadi.

Isteri: eh kenapa abang pinjam pulak? Abang dah tak ada telefon ke nak amik telefon saya (sambil
cek baki kredit)…

Suami: abang pengang je tak buat apa pun.

Isteri: abang kenapa abang guna kredit saya? Saya simpan kredit ni tau sebab nak undi Mawi kat
Akademi Fantasia. Sampai hati abang buat saya macam ni? Hancur tau hati saya abang habiskan
kredit saya?

Suami: abang pinjam nak telefon mak..tu je.. nnti abang topupkan balik lah..

Isteri: tak nak!!! Abang memang dah tak sayang saya kan? Asyik-asyik lebihkan mak. Bukan kali ni je
tapi dah banyak kali. Bencilah macam nie. Kalau gitu saya malas masak. (baling barang)

Suami: Itu mak saya, memang patutlah saya lebihkan dia.. syurga saya pada mak saya, syurga awak tu
pada saya.. awak tu asyik-asyik mawi je.. saya ni laki awak tau!! Saya ada hak! Suka hati saya lah nak
halang awak. hormat saya sikit, ini tahu nak melawan je.. tu lah kecik-kecik banyak makan semut,
dah besar bengap pulak..

Isteri: (sambil mengajuk) kalau macam tu..HANTAR SAYA BALIK RUMAH MAK SAYA!!!! BENCI!!!
Babak 2

Peguam 1 (Emily) : Dengan izin yang arif, fakta kes yang menyatakan bahawa Leman bin Muda telah
menjatuhkan talak keatas isterinya Senah binti Seman dengan alasan yang bahawa isterinya
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Saya selaku wakil keatas anak guam saya ingin
mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini.

Isteri (ameena): saya dah cakap banyak kali dah dengan suami saya. Saya perlukan banyak kredit
untuk afundi Mawi!! Tapi dia degil nak juga telefon mak dia kat kampung tu.. tiap hari telefon mak
dia.. kalau balik kampung pun tidur lagi bawah ketiak mak dia lagi.

Suami (Kannan): eh? Yang awak sebuk nak cerita aib saya depan orang ramai ni kenapa? Saya pun
ada maruah!

Hakim: (ketuk meja) ish kamu berdua ni..bawa bersabar..saya perlu dengar penjelasan dari kedua
belah pihak, Jika kamu asyik bergaduh macam mana kes kamu ni nak selesai?

Peguam 2 (Mina): mengikut akta 143 dibawah seksyen 47 penceraian dengan talak atau dengan
perintah si suami perlu menjatuhkan talak dihadapan hakim agar kes ini selesai. Apabila saya dengar
sahaja penjelasan dari anak guam saya.. saya mendapati bahawa si suami perlulah bersikap lebih
terbuka dan jangan terlampau garang sangat dengan isteri kamu.

Suami(Ameena): hmm betul, betul betul. saya dah bagi tahu banyak kali, dia tak mahu dengar.

Isteri (Kannan): eee geramnya. Sakit pulak hati kita

Peguam 2: Yang Arif..apa yang saya ketahui si suami tidak mahu menceraikan isterinya. Malah,
isterinya yang memaksa si suami untuk melafazkan cerai terhadapnya..

Hakim : oh begitu.. kalau begitu Senah binti Seman.. apakah alasan kamu memaksa pasanganmu
melafazkan cerai terhadap kamu?

Isteri: begini ceritanya….Pada satu hari…

(Lakonan Amirul dan kirah)

Suami baru pulang dari tempat kerja. Isteri diruang tamu..duduk di atas sofa sambal menunggu AF
nak mula. Rumah dalam keadaan bersepah, makan malam tidak terhidang

Suami: Senah… makan malam saya awak tak hidang ke?

Isteri: (fokus tgk tv)

Suami: (datang tetiba amik remote dan tukar channel)

Isteri: ABANGGGGGG!! BAGI BALIK REMOTE SAYA! BAGI BALIKKK (jerit sampai jiran sebelah dengar)

Suami: eh awk ni dah kenapa, tertelan jam dinding ke tadi?

Isteri: faham tak saya ni nak tengok AF ni dah nak mula! Kalau saya tak tgk malam ni…habislah apa
saya nak cakap kat kiah sebelah rumah yang saya memang peminat setia mawi. bagi balik remote tu.

Suami : awk nie memang tak faham-faham lagi apa yang saya cakap, asyik mawi2 jer.…mawi ke saya
suami awak? kalau saya tahu awak macam ni, memang saya tak kahwin dengan awk.
Isteri : habis tu, tunggu apa lagi. lepaskan saya… hantar saya ambik rumah mak saya. Awk bukan pun
sayang kat saya, asyik2 lebihkan mak. Apa saya mintak, semua tak dapat. Ceraikan saya skrg juga…

Suami : baik. pun saya dah hilang sabar dgn awak ni… baiklah, Senah binti Seman saya ceraikan awk
dgn talak satu…

Babak 3

Pengacara & Saksi (Safirah): Saya Kiah binti Pekasam. Bersumpah bahawa segala yang akan saya
nyatakan di dalam mahkamah ini adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar
belaka.

Peguam 1: Puan Kiah, soalan saya yang pertama apakah hubungan Puan dengan pasangan suami
isteri ini?

Saksi: saya jiran mereka Yang Arif.

Peguam 1: adakah pernah lihat pasangan suami isteri ini bergaduh?

Saksi: ya.. saya selalu dengar mereka bergaduh. Tiap-tiap hari asyik bertekak je. En. Leman selalu
membebel sebab isteri dia malas buat kerja rumah. Asyik layan af jer.kadang-kadang, ganggu
kehidupan saya.. nak makan pun saya tak kenyang.

Peguam 1: kenapa kamu makan tak kenyang? Adakah kamu tak selera apabila hendak makan,
apabila asyik dengar mereka bertekak?

Saksi: tak tak tak(kalut)...sebab saya makan roti je. saya kan nak diet..tengok pinggang saya, ramping
kan?? (gaya sengal) hehehhe

Peguam 1: (tepuk dahi)(geleng kepala) Terima kasih kerana sudi memberi kerjasama dalam
menyelesaikan kes pasangan suami isteri ini. Setelah mendengar penjelasan dari saksi dan anak
guam saya. saya berpendapat eloklah perkara ini dibawa bincang. apa pandangan Tuan hakim?

Hakim: saya berpendapat, seharusnya, kamu sebagai suami isteri perlu bersabar dan bawa
berbincang terlebih dahulu sebelum memfailkan kes. Pada pemerhatian saya, Kes ini hanya
berpunca daripada hal yang remeh temeh.

Peguam 2: apa kata kamu rujuk kembali dengan isteri kamu en leman!

Suami: saya sebenarnya sayangkan perhubungan ini. Tapi hati saya dah tawar. saya pun dah tak
sanggup kalau tiap hari kena tidur luar dengan kucing saya tu. Baik tak payah ada isteri kalau macam
ni. Saya tetap dengan pendirian saya!

Peguam 2: saya tahu, semua ni bukan berpunca dari awak, pada pandangan saya lebih baik encik
rujuk kembali. Fikirlah masak-masak, encik dah mendirikan rumah tangga selama 10tahun, anak pun
dah besar panjang.

Isteri: hmm. Baiklah. saya mengaku penceraian ini berlaku disebabkan oleh saya... Selama ni saya
abaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu. Serta cemburu apabila suami sy asyik
lebihkan mak dia dr sy. saya mintak maaf. Yang Arif, sebenarnya saya masih sayangkan suami saya
lagi. Jika dibagi peluang kedua. Saya sanggup merujuk kembali dgn suami saya.
Suami: (reaksi negatif)

Peguam 2: oleh itu, disebabkan kedua-dua pihak tidak sependapat.. apa keputusan yang arif?

Hakim: (ketuk meja) berdasarkan fakta yang telah dibentangkan oleh kedua-dua belah pihak dan
rayuan yang telah dikemukakan. Mahkamah memutuskan penceraian ini diteruskan.

Semua orang: Kenapa pulak?? (cuak)

Hakim: heheheh sebab saya dah berkenan dengan isteri kamu. (muka gatai)

Suami: ni dah lebih.. Yang Arif langsung tak professional. Hakim buatlah cara hakim. Tak kan isteri
orang pun nak. Nak tambah kes lagi ke? Masalah tak selesai lagi.

Hakim: saya cuma nak uji sejauh mana kasih sayang awak terhadap isteri awk. Ternyata awak masih
sayangkan isteri awak. Oleh itu pihak mahkamah memutuskan agar kes ini ………………………

Babak Akhir

Situasi dekat rumah. Suami pulang dari tempat kerja, isteri tolong angkatkan beg dan hidangkan
makanan. *lagu latar*

------------------------------------------------------------tamat-------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai