Anda di halaman 1dari 24

http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesionkeguruan.

html
Isu 2: Cabaran Profesion Keguruan

1.0 PENGENALAN
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai
seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni.
Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang
banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru
senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap.
Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang
guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak
memberikan
peluang
yang
baik.
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada
dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion
guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru
bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah
menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan
cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan
menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang
manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk
agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses
dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita
seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam
melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan
sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232)
cabaran
didefinisikan
sebagai
hasil
mencabar

(mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan


dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya)
yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan
seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain),
pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara
lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau
perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan
seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah
organisasi.
Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang
guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan
seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan
sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara
amnya. Profesion
keguruan
adalah
satu
bentuk
perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari
segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang
bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan
Negara dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai. Ada yang
melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani
pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan
ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga.
Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi
profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan
mulia terjejas.
Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan
kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa
bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa
berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang

guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang


berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan
ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam
pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda
khususnya dalam konteks pembinaan modal insan.
Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam
kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran
atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012).
1.1 PERKEMBANGAN HUJAH
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya,
adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan
perubahan akibat daripada internationalisme dan
globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub,
2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini
memandangkan
guru
adalah
agen
perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain,
bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar
Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani
cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran yang
mendepani profesion keguruan pada masa ini ialah
cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran
dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat,
cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran
globalisasi.
1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh


Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru
ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan
kesedaran
para
guru
terhadap
tanggungjawab,
kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun
sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang
menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin
disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed
Ismail & Ahmad Subki, 2010).
Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin
mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu
menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu
menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan
pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas
guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi
generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap
diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa
yang
dihasratkan
dalam
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan.
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para
pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di
hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara
seimbang.
Dari sudut proses pengajaran dan
pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan
mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan

ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka


dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu
cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses
penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan
sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning
outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking);
dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line)
akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam
abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk
menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise
(1999), Increasingly, technology is poised to
revolutionize teaching, learning and assessment.
1.1.2 Cabaran Di Sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997
merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21
selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah
masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah
membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998).
Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa
kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi
kedua atau generasi wawasan memerlukan piawaian
baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial
pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku
yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4
juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk
membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar
yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan
dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus

Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah


Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan kejutan
kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka. Ada
segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur
dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng,
membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah
guna dadah, mencuri dan gejala lain.
Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar
direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000
pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan
menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala
24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah. Isu
disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun,
ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu
bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan
tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin
dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih
mendalam dan terkawal. Sesungguhnya, guru berada di
saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang
akan menentukan sebuah negara maju, aman dan
dihormati.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin
hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999).
Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan
pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi
nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali;
2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali;
gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan
Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus

adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat


keseluruhannya adalah pada angka yang besar.
Kaeadaan
ini
adalah
sangat
mencabar
dan
membimbangkan.
Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa
bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan
masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi.
Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem
persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu
masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang
dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guruguru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di
sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal
sahaja (Jun 2003).
Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar
Bermula di Rumah pula menegaskan pula bahawa pada
zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama
mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap
relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang
berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung
bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan
mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana
kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang
ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan
anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan
kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada
kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin
tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan


Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia
pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada
penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya
menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin
kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins
(1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di
zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan
selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada
guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu
menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem
pendidikan
berkualiti
bertaraf
dunia
bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari
ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga
lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada
perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang
pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab,
guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang
diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang
akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan
di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi
pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan
program
KBSR
dan
KBSM
memerlukan
guru
mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya

usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan


kemahiran
mengajar
yang
canggih
demi
mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam
bidang kerja yang kian mencabar.
Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan
khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan
kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu.
Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai
maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah
berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan
pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa
dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu
pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya
enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak
mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup
serta berguna untuk pembangunan Negara.
Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan
perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan
dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi
untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru.
Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya
mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas
kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian
sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.
1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat

Profesion
perguruan
adalah
berkait
dengan
kemasyarakatan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan
dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan
perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara
bertambah maju dan bersifat global semakin banyak
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin
meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat,
semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru
(Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang
membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz
Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994),
dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan
adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru
sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuanpenemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan
seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh
yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan
menerima sebarang penemuan baru seterusnya
berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru
tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan
pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber
kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan
dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam
pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan
Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean
Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga
merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel

yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru


Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk
Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat guru daripada pelbagai
latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah
terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus
menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan
berkekalan.
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam
Dewan Masyarakat Mei 2012 Rizuan Khamis juga ada
menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur
budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai
institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru
memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang
penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses
pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan
personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus
mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang
hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik
dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi
yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan
yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai
mudah dan tidak memeningkan kepala, namun
menjanjikan gaji yang memuaskan.
1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru
yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat
teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan
berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi

menguasainya.
Pengaplikasian
teknologi
dalam
pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi
yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus
merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju
pada 2020.
Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah
dinyatakan seperti berikut :
Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi
sebuah negara yang bersatu padu, dengan
masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri,
ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh,
menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang
demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil
dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan
sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu
bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya
ketahanan. (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia
Melangkah Ke Hadapan)
Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi
yang jauh ke hadapan, tanggungjawabnya adalah bersifat
futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang
akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru
perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan
negara yang disuarakan bagi mengatur program-program
perkembangan negara ini menjelang abad ke-21
((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan
Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin,
1996; Wan Mohd Zahid, 1993).

Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan


negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif,
afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas
moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar.
Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu
dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya
reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam
bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang
yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi
mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik
mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu
berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di
samping berpegang kepada nilai-nilai murni.
1.1.6 Cabaran Globalisasi
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012
memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran,
Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21,
bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat
kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di
institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai
seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan
liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan
mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang
berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang
besar dalam pendidikan.

Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan


membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail
pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan
penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama
globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber
diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan
tahap kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982)
pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran
mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan
secara global (global educational experties) selain
daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking).
(Noriati et. al, 2009).
Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat
antara bangsa (international character) yang perlu ada
pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu
diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga
menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran
dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus
globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana
generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu
mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat
antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber
maklumat
adalah
berasaskan
kepada
bahasa
antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang,
2010).
Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika
dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan

terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak.


Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa
mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan
masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail &
Ahmad Subki, 2010). Dalam satu artikel yang disiarkan
dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus
Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah
Ibrahim berpendapat pada abad ke-21 ini, antara cabaran
terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan
semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama
pelajar. Tambah beliau, kebanyakan pelajar sudah mahir
komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka
kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu
sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan,
selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen
dengan
melaksana
pendekatan
baru
ke
arah
meningkatkan kualiti pendidikan.
Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru
sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria
(Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang
disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, Selamat Pagi
Cikgu bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya tentang
Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru pada
hari ini? Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran
dihadapi guru pada hari ini. Pertama, faktor masa lebih
panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak
pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara

langsung dan tidak langsung manakala ketiga ialah


cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT).
Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri
untuk menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar
sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.
1.3 IMPLIKASI HUJAH
Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan
tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka
dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran
Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kata David Ryans
dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir
Description, Comparison, And Appraisal berpendapat
bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran
ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik,
responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas,
menarik,
bertanggungjawab,
stabil,
tenang
dan
berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting
yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani
cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan
kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan
profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT,
berilmu
pengetahuan,
berakhlak
mulia
serta
bertanggungjawab.
1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti


yang profesional sesuai dengan proses perkembangan
pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi
Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti
sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha
meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam
perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara
kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya
ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui epembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan. Guru juga mestilah berupaya membuat
keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan
kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion
mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai
pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya.
1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti
pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam
proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru
telah merancang sesuatu program mengajar mengikut
prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif
pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan
pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu
melaksanakannya
dengan
cekap
dan
berjaya
menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan

kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan


cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala muridmurid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan.
Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru
menggunakan
teknik
penilaian
terhadap
aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
(Noriati et. Al, 2009)
1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan
Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan
amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan
mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki,
2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek
pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru
perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib
agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan
prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks
ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan
oleh para pendidik.
1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT
Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran
profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan
kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan
sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan
perubahan zaman. Perkembangan global dengan

teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak


cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional.
Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan
perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu
ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para
pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran
terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari
yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu
bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk
menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga
harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam
era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa
berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam
kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan
SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan
menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia
Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion
keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah
berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan
menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta
dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan
mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan
kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan
sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan
generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.
Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin

mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri


dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam
kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang
perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para
pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan
negara. (Mook Soon Sang,2010)
1.3.6 Bertanggungjawab
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat
penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai
kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan
tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti
mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar,
bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab
terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka,
tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk
kepentingan
anak-anak
mereka.
Seterusnya
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti
mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati
masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan
persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap
rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari
membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam
kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat
serta membantu rakan sejawat.
1.4 RUMUSAN/CADANGAN

Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang


semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi,
seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang
makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah
secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah
perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin
dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia,
bertanggungjawab,
berketrampilan
dan
berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal
yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu
disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan
dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem
pendidikan
walaupun
sosiologi
sekolah
tidak
memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab
seorang guru di sekolah rendah.
Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada
asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan
selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta
merubah manusia yang bernama pelajar daripada
keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca
kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya.
Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru
dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka
dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir.

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam


bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif
masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak
boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi
sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti,
berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam,
dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping
menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam
mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan
kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan
sewajarnya.

http://www.slideshare.net/ammart852/cabaran-guru-12

http://www.researchgate.net/profile/Muhammad_Shamsul_Naim_Mohd_Sukri/publication/260186972_Mo
dul_Pembelajaran_IPG_EDU3109/links/0a85e533452e2189a2000000.pdf

http://aishahnetty.blogspot.com/2012_07_01_archive.html

Anda mungkin juga menyukai