Anda di halaman 1dari 15

Isi kandungan

Pengenalan 2

Faktor-faktor sosial pelajar. 3

Ibu Bapa 4

Guru 5

Rakan 5

Komuniti Setempat (Jiran) 6

Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran 6

Langkah-langkah mengatasi masalah pembelajaran berdasarkan teori. 8

Pengaplikasian teori instruktivisme dalam bilik darjah 8

Pengaplikasian teori konstruktivisme dalam bilik darjah. 9

Pengaplikasian teori kognitif di dalam bilik darjah 10

Pengaplikasian teori interaksi manusia-komputer dalam bilik darjah 11

Kesimpulan 12

Rujukan 13
1.0 Pengenalan
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam membentuk generasi
beriman, bertakwa, berakhlak mulia dan berketerampilan pada masa hadapan. Pendidikan
Islam perlu sebagai proses pengisian jiwa atau kerohanian bagi seseorang individu.
Pendidikan ini perlu diterapkan pada peringkat awal lagi sebelum seseorang individu sampai
kepada peringkat yang cukup mencabar bagi memantapkan pegangan mereka dalam
menjalani arus gelombang kehidupan dan tidak mudah terpengaruh dengan sifat-sifat negatif
kesan daripada perubahan zaman.

Dalam menghadapi arus kemodenan dan sebarang arus kemajuan, guru seharusnya
peka serta tidak ketinggalan dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan objektif pengajaran tercapai seperti yang dikehendaki serta ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kualiti pendidikan yang dicapai oleh murid-murid sekolah
banyak bergantung kepada kualiti guru, kerana guru merupakan individu yang utama dalam
mengimplementasikan kurikulum.

Sejajar dengan pesatnya perkembangan teknologi pada hari ini, negara sering
dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan permasalahan akhlak dan tingkah laku yang
sering dikaitkan dengan tugas guru Pendidikan Islam di sekolah. Ini kerana pada kaca mata
masyarakat, tugas para pengajar agama adalah sangat berat iaitu untuk membawa
masyarakat kembali ke pangkuan agama yang sebenar serta membina benteng yang kukuh
dalam menangkis segala bentuk kebatilan. Oleh itu, guru haruslah bersungguh-sungguh
dalam usaha mendidik supaya matlamat negara tercapai.

Guru juga harus menyedari bahawa tugas mendidik para pelajar bukan hanya sekadar
memindahkan maklumat, pengetahuan dan ilmu daripada seorang pendidik kepada seorang
pelajar semata-mata, tetapi bagaimana ilmu dan maklumat yang benar serta pengalaman
yang berguna dapat membentuk sikap, nilai dan peribadi seseorang pelajar. Bagi mencapai
matlamat tersebut, para pendidik harus memilih dan mengaplikasikan pendekatan yang
mampu menarik pelajar agar dapat benar-benar menghayati dan mampu menguasai ilmu
yang diajar. Di samping itu, guru Pendidikan Islam juga perlu bijak dalam memilih dan
menentukan pendekatan pengajaran yang berkesan kerana guru adalah orang yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.

2
Terdapat beberapa aspek yang sering dikaitkan dengan kegagalan pelajar meminati
dan menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah seperti aspek kurikulum
Pendidikan Islam yang sering diubah dan aspek pendekatan pengajaran Pendidikan Islam
yang digunakan oleh guru semasa berlangsungnya proses pengajaran.

Justeru dengan pembangunan sektor pendidikan ke arah yang lebih global dengan
mengikut acuan Malaysia, tidak dapat dinafikan peranan pendidik sangat penting sebagai
agen yang boleh membawa perubahan positif kepada pembangunan insan khususnya para
pelajar. Pembangunan insan yang bermula dengan pendidikan kepada para pelajar
diharapkan dapat membentuk mereka untuk menguasai ilmu pengetahuan ke arah menuju
pembentukan modal insan yang berkualiti dan seimbang dalam pelbagai aspek.

Bagi merealisasikan hasrat ini, anjakan paradigma pendidikan sangat penting agar
dapat mendorong para pendidik untuk memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan
progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencari atau
mencipta, daripada ketaatan kepada komitmen, daripada individu kepada perkongsian,
daripada rutin kepada inovatif dan kreatif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif
kepada progresif. Perubahan ini sememangnya mempunyai perkaitan rapat dengan
pembinan modal insan dan tamadun ummah yang cemerlang.

Memandangkan situasi sebegini, penulisan ini lebih berfokuskan kepada pendekatan


pengajaran yang harus diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam, iaitu satu pendekatan yang dikenali sebagai “Pendekatan Individu dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran”. Usaha ini nanti diharapkan mampu menangani
masalah pembelajaran dikalangan pelajar dan dapat melahirkan pelajar yang menepati
kriteria modal insan berkualiti yang mampu menjana kegemilangan negara dan tamadun
ummah.

2.0 Faktor-faktor sosial pelajar.


Dalam institusi sosial tradisional, pelajar, kebanyakannya, dipengaruhi oleh keluarga, institusi
keagamaan dan sekolah (Sabe, 2007). Kajian kontemporari memberi penekanan terhadap
pengaruh ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan, guru, rakan sekelas, komuniti setempat dan
artis dalam mempengaruhi perkembangan akhlak pelajar (Michael and Amy, 2009; Rahmad
Sukor Ab. Samad, Mahzan Arshad, Siti Awa Abu Bakar & Abdul Jalil Othman., 2008). Azizi
Yahya, Noordin Yahya & Junaidah Bachok. (2010) pula mengaitkan pembelajaran sosial

3
sebagai satu bidang psikologi sosial, di mana perubahan tingkah laku itu berlaku hasil
daripada interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling.

2.1 Ibu Bapa


Keluarga merupakan satu entiti yang mempunyai penglibatan yang besar dalam pembesaran
anak-anak (Bengston et al., 2009; Vermeer et al., 2011). Hal ini kerana anak-anak tinggal dan
menjalankan hubungan sosial dengan ahli keluarga sejak mereka dilahirkan. Ajmain@Jemain
Safar & Ab. Halim Tamuri (2012) mendapati bahawa penghayatan akhlak adalah lebih tinggi
dalam kalangan pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. Dapatan ini disokong oleh Flere
(2007) yang mendapati bahawa bilangan wanita yang taat beribadah adalah lebih tinggi
daripada lelaki kerana kaedah sosialisasi di rumah adalah berbeza mengikut jantina. Menurut
Rogers et al (2009), pendidikan ibu bapa ke atas anak lelaki adalah lebih tegas berbanding
anak perempuan.

Kebanyakan ibu bapa mempunyai 20 tahun yang diberi perhatian untuk


mensosialisasikan anak-anak. Walau bagai mana pun, gaya keibubapaan membentuk
personaliti anak-anak, oleh itu dalah penting bagi ibu bapa untuk mengambil bahagian dalam
proses pembelajaran mereka. Perkara ini digambarkan oleh Rogers et al. (2009) yang
mendapati bahawa tekanan akademik daripada bapa akan mengakibatkan prestasi akademik
yang rendah, tetapi galakan dan sokongan ibu akan meningkatkan prestasi pelajar. Ibu
mempunyai nilai-nilai keibuan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dan ini membantu
tumbesaran anak-anak yang sihat (Kamarul Azmi dan Siti Fauziyani, 2007). Dalam orientasi
keagamaan juga, sikap keperempuanan seorang ibu, seperti menyerah diri, aman dan
memahami menjadikan mereka ahli ibadah yang baik (Flere, 2007).

Walau bagaimana pun, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mula
berkurangan apabila anak-anak mula memasuki sekolah menengah (Abd. Razak Zakaria dan
Norani Mohd Salleh, 2010).Kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya et al. (2010) mendapati
bahawa min ibu bapa yang menjadi pendengar yang baik bagi anak-anak adalah rendah.
Manakala kajian yang dijalankan oleh Amla Salleh et al. (2010) mendapati bahawa bapa
kurang melibatkan diri dalam pendidikan anakanak, dan bapa-bapa ini terdiri daripada mereka
yang berpendapatan rendah, berpendidikan rendah dan berbangsa Melayu. Ini kerana sikap
keibubapaan dan hasilnya ke atas anak-anak juga dipengaruhi oleh budaya (Afriani etal.,
2012).

4
2.2 Guru
Tanggungjawab untuk menerapkan norma dalam masyarakat juga bergantung kepada
sekolah (Brimi, 2009). Sekolah juga mewujudkan ruang dalam penerapan akhlak yang baik
dan hal ini disokong oleh Ozolins (2010) di mana pelajar mempelajari nilai-nilai murni yang
tidak dapat mereka pelajari di rumah. Pendidik mempunyai peranan yang besar dalam
perkembangan akhlak pelajar supaya mereka bertindak mengikut norma yang ditetapkan di
dalam masyarakat sebelum mereka mula menceburi bidang pekerjaan (Castello dan
Sweeney, 2009). Guru yang bertindak sebagai model bagi pelajar mampu menyemai nilai-
nilai murni dalam kalangan pelajar, seperti tidak mementingkan diri sendiri, menghormati
orang lain dan berkongsi bersama orang lain (Adu-Febiri, 2012).

Peranan guru sebagai pendidik adalah besar dalam pendidikan akhlak. Guru bukan
sahaja berperanan sebagai murabbi, malah guru mempunyai hubungan langsung dengan
murid dalam pendidikan akhlak dan dalam proses menyemai nilai-nilai spiritual (Muhammad
Faisal Ashaari & Zulkepli Abd Ghani, 2006). Guru-guru disiplin juga memainkan peranan yang
penting dalam menangani masalah akhlak pelajar di mana latihan perlu diberi agar mereka
dapat menangani masalah ini dengan lebih baik. Guru perlu mendidik pelajar dan memberi
panduan kepada mereka untuk mempraktikkan akhlak yang baik, bukan sekadar memberi
penekanan kepada 'membuat perkara yang betul'.

Oleh itu, hubungan guru-murid sangat ditekankan dalam pendidikan nilai kerana
pelajar perlukan sentuhan 'kemanusiaan' dalam pendidikan Islam (Muhammad Faisal Ashaari
& Zulkepli Abd Ghani, 2006). Tugas guru bukan sahaja mendidik, malah guru juga perlu
bertanggungjawab terhadap perkembangan akhlak anak didiknya. Tanggungjawab dalam
pendidikan akhlak ini dilihat oleh masyarakat sebagai satu tugas yang mencabar bagi
pengajar agama. Oleh itu, guru adalah role model kepada anak didiknya dan mempunyai
sahsiah dan personaliti yang baik dapat memberi kesan yang besar kepada pembentukan
dan perubahan akhlak remaja .

2.3 Rakan
Abd. Razak dan Norani Salleh (2010) mendapati bahawa penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan anak-anak semakin berkurangan apabila anak-anak memasuki peringkat
pengajian yang lebih tinggi. Anak-anak juga menerima proses pembelajaran sosial melalui
rakan-rakan, terutamanya rakan sebaya (Michael dan Amy, 2009). Paling membimbangkan
apabila pelajar sudah mula mempunyai kekasih dan berjinak-jinak dalam dunia percintaan.
Pelajar perempuan mula melakukan hubungan intim dan terlibat dengan seks luar nikah untuk

5
mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Oleh itu, kelemahan penglibatan ibu bapa
membuatkan anak-anak mencari sumber perhatian yang lain untuk memenuhi keperluan zahir
dan batin.

Kajian yang dijalankan oleh Karuppaya (2007) mengenai faktor-faktor yang


mempengaruhi kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Johor
Baharu mendapati bahawa faktor kemorosatan disiplin adalah berpunca daripada sikap
pelajar itu sendiri, pengaruh rakan sebaya, latar belakang keluarga dan suasana sekolah,
walau pun ia berada di tahap sederhana. Azizi Yahya et al. (2010) mengesyorkan ibu bapa
agar sentiasa mengenalp pasti rakan-rakan anakanak kerana tidak dapat dinafikan bahawa
mereka adalah penyumbang besar dalam peningkatan tingkahlaku delinkuen anak.

2.4 Komuniti Setempat (Jiran)


Penglibatan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai murni semakin hari semakin berkurangan
(Bengston et al., 2009; Pinner, 2009). Ibu bapa bergantung pada ahli masyarakat yang lain
untuk mengawal tingkah-laku negatif di kalangan remaja (Snell, 2010). Tanggungjawab untuk
menerapkan norma dalam masyarakat ada kalanya bergantung kepada jiran setempat (Brimi,
2009). Dalam pendidikan akhlak remaja, peribahasa 'tidak menjaga tepi kain orang lain' perlu
diketepikan. Azizi Yahya et al. (2010) menjelaskan bahawa komuniti setempat perlu
bekerjasama dalam pembangunan akhlak remaja ini, dan di antara beberapa cadangan yang
disarankan kepada komuniti setempat adalah:

1. Prihatin terhadap segala bentuk perlakuan remaja yang mencurigakan.


2. Berterus-terang, memberi teguran dan membuat aduan kepada pihak yang
bertanggung jawab sekiranya berlaku tingkah laku delinkuen remaja.
3. Membantu membimbing remaja dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
pelajar.

3.0 Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran


Sebagai seorang guru yang boleh dikatakan masih baru menceburkan diri dalam bidang
perguruan. Semestinya saya tidak terlepas dari menghadapi masalah dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Sebenarnya saya bertugas sebagai guru kafa di
sekolah KAFA An-Nur di PPR Kg muhibbah, sebut sahaja sekolah KAFA semua sedia tahu
tentang kekurangan yang kami hadapi, faktor kedudukan sekolah yang boleh dikatakan tidak
strategik ini kerana sekolah kami terletak di tingkat bawah ppr tersebut, ianya menambahkan
lagi kesukaran kami untuk menjalankan proses P&P ini kerana pelajar mudah hilang tumpuan

6
disebabkan gangguan bunyi dari luar disebabkan lokasi sekolah kami. Selain itu murid kerap
tidak datang ke sekolah, dan perkara ini boleh dikatakan berjangkit kepada pelajar yang lain.
Kelas yang tidak bersesuaian dengan kuantiti murid juga merupakan perkara yang terpaksa
kami hadapi, dalam satu ruang terdapat dua kelas yang berbeza tanpa ada hadangan diantara
kelas tersebut. Sekolah hanya mampu menyediakan kemudahan kerusi dan meja kepada
sebahagian pelajar sahaja manakala sebahagian yang lain hanya menggunakan rehal untuk
menjalani proses pembelajaran. Ini menyebabkan proses pembelajaran menjadi kurang
berkesan dan efektif.

Akibat senario begini, bermacam-macam masalah yang dialami oleh guru-guru untuk
menangani mereka. Dengan kerja rumah yang tidak disiapkan, peralatan yang tidak cukup,
malas, suka bermain dan membuat bising dalam kelas sudah pasti menganggu proses
pembelajaran. Mereka juga seperti tidak berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Mereka lebih gemar bermain.

Berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi di sekolah kami, saya membuat


penelitian serta kajian mengapa kemerosotan pelajaran berlaku dikalangan pelajar sekolah
kami, serta mencuba untuk mencari cara dan jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, tugas seorang guru sangat berat untuk mengendalikan
sebuah proses yang berkesan dan bermakna. Dengan itu seseorang guru itu perlu peka dan
bijak mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan dengan baik.
Namun begitu berbagai-bagai masalah yang akan dihadapi kerana faktor perbezaan individu
pada setiap murid.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, pelajar tidak boleh


menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran. Menurut Salleh (2005),
ketidakupayaan pelajar dalam menguasai pengetahuan secara berterusan dan memahami
topik-topik yang telah dipelajari adalah disebabkan oleh proses pembelajaran yang tidak
melibatkan pelajar secara aktif. Mereka lebih gemar membuat bising atau melakukan kerja
lain yang mengganggu pengajaran. Kemungkinan pelajar ini belum bersedia untuk melalui
proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor kesediaan termasuklah kesediaan kognitif,
afektif, dan juga psikomotor pelajar tersebut.

Pelajar-pelajar tersebut kemungkinan hilang minat untuk belajar adalah disebabkan


oleh faktor guru. Sikap guru yang dianggap keterlaluan dalam pengajaran menyebabkan
pelajar menjadi bosan dan benci untuk meneruskan pembelajaran. Dengan ini pelajar lebih
gemar membuat kerja mereka sendiri. Sikap guru yang keterlaluan memarahi pelajar akan
menyebabkan pelajar itu akan berasa sedih dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.

7
Beban kerja sekolah yang diberikan oleh guru antara salah satu faktor menyebabkan
masalah pengajaran pembelajaran berlaku. Pelajar akan malas untuk hadir ke sekolah
kerana takur dimarahi oleh guru tertentu.

Faktor lain yang berkemungkinan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran


adalah latar belakang pelajar itu sendiri. Pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang
serba kekurangan sudah pasti akan menyebabkan pelajar itu malas untuk ke sekolah.
Keluarga pelajar tersebut mungkin tidak boleh menyediakan kemudahan yang lengkap untuk
mereka mengikuti proses pembelajaran di sekolah. Kekurangan prasarana, kemudahan
pembelajaran, suasana pembelajaran yang tidak selesa, selamat dan kondusif merupakan
antara faktor yang mempengaruhi pencapaian yang rendah di kalangan pelajar ( Zalikha,
Faridah & Mohamad Johdi, 2009). Dengan ini perasaan rendah diri mereka akan
menyebabkan mereka akan menjadi kurang yakin dan lemah dalam mengikuti persekolahan
mereka. Ibu bapa mereka juga tidak mengambil berat tentang persekolahan anak-anak
mereka dan hanya memenuhi keperluan asas seperti makan, tidur dan pakaian sahaja.
Seterusnya sikap begini akan menyebabkan pelajar tersebut menjadi semakin jauh dari
perasaan untuk menimba ilmu.

4.0 Langkah-langkah mengatasi masalah pembelajaran berdasarkan teori.

4.1 Pengaplikasian teori instruktivisme dalam bilik darjah


Terdapat banyak pengaplikasian prinsip-prinsip Teori Instruktivisme di dalam bilik darjah
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah guru
menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru (Ea Ah Meng,2002) penyataan ini
merujuk kepada guru memainkan peranan 80 peratus dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pembelajaran khususnya mata pelajaran agama islam. Ini
menunjukkan bahawa di dalam bilik darjah, guru mengaplikasikan prinsip-prinsip teori
instruktivisme semasa mengajar. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan memberikan sepenuhnya slaid yang berkaitan dengan topik pendidikan
agama islam. Slaid tersebut disampaikan terus oleh guru berkenaan.

Pengaplikasian teori instruktivisme didalam bilik darjah yang kedua ialah guru
memberikan arahan kepada murid. Penyataan ini merujuk kepada situasi dimana guru
memberikan tugasan kepada murid, iaitu memberikan arahan secara langsung kepada murid-
murid untuk melaksanakan dan menyiapkan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, guru

8
mengarahkan murid untuk mencari maklumat berkaitan pendidikan islam. Arahan tersebut
adalah elemen yang terdapat didalam teori instruktivisme.

Seterusnya, menurut Carolyn Staudt (2005), guru sebagai perancang sepenuhnya


semasa proses pengajaran dan pembelajarannya berlangsung di dalam bilik darjah.
Penyataan ini merujuk kepada guru yang merancang dan mengatur aktiviti serta peraturan di
dalam bilik darjah tersebut iaitu sebelum kelasnya bermula, murid-murid hendaklah
meletakkan buku teks atau buku rujukan yang berkaitan dengan pendidikan islam di atas meja
mereka masing-masing. Ini juga merupakan elemen yang terdapat di dalam teori
instruktivisme iaitu guru menetapkan dan merancang aktiviti serta peraturan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah.

4.2 Pengaplikasian teori konstruktivisme dalam bilik darjah.


Terdapat beberapa pengaplikasian Teori Konstruktivisme yang boleh saya jalankan di dalam
bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Brenda Mergel (1998),
prinsip yang paling penting adalah guru-guru tidak memberikan pengetahuan kepada murid-
murid. Sebaliknya, murid-murid berusaha sendiri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
guru. Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan
interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, murid-murid membina maklumat berdasarkan
pengalaman yang sedia ada dan apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini
adalah penting. Pembinaan maklumat di buat secara membanding maklumat lama dan baru.
Ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru berasaskan
kepercayaan individu. Sebagai contoh guru memberikan tugasan kepada murid di mana murid
perlu mencari maklumat daripada pelbagai sumber berkaitan pendidikan Islam.

Seterusnya, pengaplikasian Teori Konstruktivisme yang ke dua di dalam bilik darjah


ialah Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru-guru menunjukkan perkaitan
dengan pengalaman sedia ada murid-murid. Persembahan pengajaran menarik dan pelbagai
untuk menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, guru menggunakan BBM yang maujud
iaitu benda yang konkrit semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini juga bertujuan
supaya mereka cepat menguasai ilmu baru. Murid-murid dapat mengambil kesempatan untuk
menerapkan idea-idea baru berasaskan pemahaman kendiri daripada bahan bantu mengajar
tersebut. Ini menunjukkan Teori Konstruktivisme berjaya dan berkesan di jalankan di dalam
bilik darjah.

Selain itu guru boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
menggalakkan murid-murid untuk menggunakan minda mereka secara aktif untuk
membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk

9
mencapai kefahaman baru. Sebagai contoh, guru meminta murid membezakan diantara
perkara wajib dan sunat yang dilakukan ketika berwuduk.

Akhir sekali, penaakulan dan penggunaan logik dapat diaplikasikan secara aktif oleh
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila seorang murid menyadari
bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak konsisten atau serasi dengan
penerangan baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan tidak seimbangan pada dirinya.
Murid tersebut akan berusaha menerima informasi baru dan menganalisisnya sebelum
menerima atau menolaknya. Sebagai contoh guru memberikan tugasan kepada murid di
mana murid perlu membuat penaakulan berkaitan isu semasa berkaitan kebaikan dan
keburukan internet dalam pendidikan Islam.

4.3 Pengaplikasian teori kognitif di dalam bilik darjah


Umum sedia maklum, Teori Kognitif lebih menekankan pada belajar merupakan satu proses
yang terjadi dalam akal fikiran manusia. Pada dasarnya belajar adalah satu proses usaha
yang melibatkan aktiviti mental yang terjadi dalam diri manusia sebagai akibat dari proses
interaksi aktif dengan persekitarannya untuk memperoleh suatu perubahan dalam bentuk
pengetahuan, pemahaman, tingkah laku, keterampilan dan nilai sikap yang bersifat relatif.
Sehubungan dengan itu banyak pengaplikasian elemen teori kognitif yang dapat dijalankan di
dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, pengaplikasian Teori Kognitif semasa Proses Pengajaran Dan


Pembelajaran (PNP) di dalam bilik darjah adalah aspek strategi pengajaran. Guru
menggunakan strategi pengajaran berpusatkan bahan, tugasan atau masalah. Ini merujuk
kepada guru yang mengasah kepakaran dan kemahiran murid dalam menggunakan sumber
dan menyelesaikan masalah. Contohnya, guru memberi tugasan dengan memberikan tajuk-
tajuk subjek pendidikan Islam kepada murid. Murid-murid perlu menyediakan maklumat
berkaitan tajuk yang diberikan dan menerangkan tajuk tersebut di dalam bilik darjah.

Akhir sekali, pengaplikasian teori kognitif di dalam bilik darjah ialah mengenal pasti
aras pemikiran bagi murid-murid. Dengan adanya ilmu mengenai perkembangan kognitif
kanak-kanak, guru dapat merancang rancangan pengajaran dengan lebih berkesan. Ini
adalah kerana guru dapat mengenal pasti aras pemikiran bagi kanak-kanak dan membuat
perancangan yang teliti mengenai subjek yang akan diajar kepada murid. Ini membolehkan
proses pembelajaran berlaku pada tahap yang betul dan proses pembelajaran optimum dapat
di capai.

10
4.4 Pengaplikasian teori interaksi manusia-komputer dalam bilik darjah
Banyak pengaplikasian Teori Interaksi Manusia-Komputer boleh dijalankan dalam bilik darjah.
Antaranya ialah ianya boleh digunakan oleh para guru untuk membuat perancangan
pengajaran di dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Hal ini demikian teori ini memfokuskan
kepada penggunaan komputer atau medium interaktif dalam membolehkan sesuatu dicapai.
Dalam erti kata lain, dengan membina perhubungan diantara pengguna dan komputer,
pembelajaran boleh berlaku padat tahap yang optimum dan mampu mengurangkan beban
guru dalam menyediakan alatan untuk mengajar di dalam kelas.

Sebagai contoh menggunakan permainan interaktif di dalam pengajaran dengan


menggunakan konsep interaksi antara manusia dan komputer (Ea Ah Meng, 2002). Suasana
pembelajaran yang di bina akan menjadi lebih menarik dan membolehkan proses
pembelajaran berlaku pada tahap yang maksimum. Ini membuktikan bahawa penggunaan
komputer sebagai medium interaktif di dalam melaksanakan P&P adalah pilihan yang tepat
dan boleh digunakan di dalam membina rancangan pengajaran bagi mata pelajaran
pendidikan islam.

Selain itu, guru menggunakan teknologi komputer di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Gloria Antitaif, 2000). Ini merujuk kepada guru menggunakan kemudahan ICT
dalam penyampaian ilmu. Sebagai contoh, guru menerangkan tajuk-tajuk berkaitan
pendidikan agama islam menggunakan perisian Microsoft Powerpoint.

Seterusnya, guru menggalakkan murid untuk meneroka dan menggunakan komputer


(Gary G Bitter and Melissa E.Pierson, 1999), ini juga merupakan diantara cara pengaplikasian
teori interaksi manusia-komputer di dalam bilik darjah. Guru boleh menggalakkan murid-murid
untuk mengetahui dan meneroka sendiri komputer dan fungsi-fungsinya. Akhir sekali,
pembinaan dan pembentangan hasil tugasan adalah berbantukan komputer di sekolah
ataupun dirumah. Sebagai contoh, guru memberikan tugasan berbentuk pembentangan
didalam kelas menggunakan Microsoft Powerpoint.

11
Kesimpulan
Strategi pengajaran secara individu merupakan kaedah pengajaran yang sesuai bagi
merealisasikan penghayatan dan amalan ilmu dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Pendekatan ini diharapkan mampu untuk membentuk perubahan yang lebih positif mengikut
perbezaan pelajar dan membantu merangsang perkembangan diri pelajar. Kaedah mengajar
bermakna segala kegiatan terarah yang dijalankan oleh guru dalam rangka menyampaikan
pengajaran yang berkesan. Ia juga membantu pelajar untuk mencapai proses belajar dan
perubahan yang dikehendaki terhadap tingkah laku murid. Seterusnya menolong murid
memperoleh maklumat, pengetahuan, keterampilan, kebiasaan, sikap, minat dan nilai-nilai
yang diinginkan.

Pendekatan individu juga mampu memenuhi matlamat akhir pendidikan, iaitu bukan
sekadar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kognitif tetapi yang lebih
penting adalah untuk menghasilkan pelajar yang sedia mendukung nilai murni untuk
dikembangkan dan dipertahankan. Justeru, tugas guru bukan sahaja menyampaikan
matlamat tetapi mencorakkan bagaimana ilmu dan matlamat mampu mengubah cara berfikir,
sikap hidup dan bentuk-bentuk amalan berdasarkan ilmu yang mantap dan nilai yang unggul.
Justeru, jika pendekatan individu ini dipraktikkan dengan cara yang betul sudah pastinya
mampu menghasilkan pelajar yang memenuhi kriteria modal insan kelas pertama yang akan
menggilap tamadun ummah dan negara Malaysia suatu hari nanti.

12
Rujukan

Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh, (2010).Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan

Anak-anak Ketika di Sekolah Menengah dan Hubungannya dengan Pencapaian


Akademik Murid. Proceeding of International Seminar: Comparative Studies in
Educational System Between Indonesia and Malaysia. Bandung, Indonesia: Rizqi
Press.

Amla Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud & Abd. Aziz Mahyuddin. (2010). Peranan Bapa

dalam Pembangunan Sahsiah Remaja dan Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaan.


JurnalPendidikan Malaysia, 35(2), m.s. 9-17

Afriani, A., Baharudin, R., Siti Nor, Y., & Nurdeng, D. (2012). The Relationship Between

Parenting Style and Social Responsibility of Adolescent in Banda Aceh, Indonesia.


Partanika Journal of Social Sciences and Hunmanities, 20(3), m.s.733-750

Adu-Febiri, F. (2011). Inviting Emotions, Morals and Spirit into our Classrooms: A Sociological

Perspective on the Human Factor Model of Education. Review of Human Factor


Studies, 17(1), 40-89.

Ajmain@Jimain Safar & Ab. Halim Tamuri. (2012). Penghayatan Adab dan Akhlak Diri dalam

Kalangan Pelajar Sekolah Menurut Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Antarabangsa


Perguruan & Pendidikan Islam, 8-9 March 2012. Le Grandeur Hotel, Senai, Johor
Darul Takzim. p.357-368.

Azizi Yahya, Noordin Yahya & Junaidah Bachok. (2010) Perkaitan Antara Hubungan

Kekeluargaan, Pengaruh Rakan Sebaya dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah


Laku Delinkuen Pelajar Sekolah Bestari Di Daerah Pontian. (Tidak diterbitkan)
Bandura, A. (1977).

Bengston, V.L., Copen, C.E., Putney, N.M. & Silverstein, M. (2009). A Longotudinal Study of

the Intergenerational Transmission of Religion. International Sociology, 24(325)

Brimi, H. (2009). Academic Instructors or Moral Guides? Moral Education in America and the

Teacher's Dilemma. Moral Education in America, 82(3), 1-6.

13
Brenda Mergel (1998,May). Educational Communications and Technology. INstructional

Design and Lerning Theory.

Castello, F. & Sweeney, B. (2009). Moral Intensity and Ethical Decisionmaking: An Empirical

Examination of Undergraduate Accounting and Business Students. Accounting


Education: an international journal, 18(1), 75-97

Carolyn Staudt (2005). Changing How We Teach And Learn With Handled Computers.

Ea Ah Meng (2002. Pedagogi III Edisi Kedua. Shah Alam Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd

Flere, S. (2007). Gender and Religious Orientation. Social Compass, 54(239)

Florez, I.R.(2011). Developing Young Children's Self-regulation through Everyday

Experience.

Gary G Bitter and Melissa E.Pierson (1999). Using Technology in the Classroom(4th edition).

Needham Height: A Vacom Company.

Gloria Antifaiff (2000,april). Integrating Technology into Curriculum.

Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Saleh @ Masrom (2007). Pendidikan dan

Pembangunan Keluarga Cemerlang. Skudai Johor: Penerbit UTM.

Karuppaya, S. (2007) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Di Kalangan

Pelajar Sekolah Menengah Di Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi


Malaysia.

Michael, K. & Amy, A. (2009). Sociology Now: The Essentials. Boston: Pearson Mohd Ismail

Mustari & Ahmad Shukri Jamaludin. (2010). Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan
Terhadap Kesan Rancangan Hiburan Realiti Tv Akademi Fantasia, m.s. 1-17. (Tidak
diterbitkan)

Muhammad Faisal Ashaari & Zulkepli Abd Ghani. (2006). Islam di Alam Siber: Pengalaman

Malaysia dan Prospek Modal Insan Masa Depan. Prosiding Seminar Tamadun Islam
Tentang Pembangunan Modal Insan, p. 1-10

14
Ozolins, J.T. (2010). Creating Public Values: Schools as Moral Habits. Educational Philosophy

and Theory, 42(4).

Rogers, M.A., Theule, J., Ryan, B.A., Adams, G.R. & Keating, L. (2009). Parental Involvement

in Academic Achievement: Evidence for Mediating Process. Canadian Journal of


School Psychology, 24(34).

Rahmad Sukor Ab. Samad, Mahzan Arshad, Siti Awa Abu Bakar & Abdul Jalil Othman. (2008).

Organisasi Pendidikan Sebagai Satu Sistem Sosial. Masalah Pendidikan, 31(1), 231-
239

Sabe, J.C. (2007). The Crisis in Religious Socialization: An Analytical Proposal. Social

Compass, 54(97) Sayid Sabiq. (2011).

Snell, P. (2010). "Just Reproduce After What I Taught You": Spatial Segregation of Religious

Youth Socialization and the Reproduction of Social Inequality. Youth & Society,
43(931).

Salleh, R. A.Bakar, A & Abdul Raffar, R. (2005). Keberkesanan Pembelajaran KoperatifDalam

Meningkatkan Penguasaan Pelajar Hayat Terhadap Isi Kandungan Mata Pelajaran


Biologi Serta Mempengaruhi Pencapaian Pelajar. Jurnal Penyelidikan Pendidikan

Vermeer, P., Janssen, J. & De Hart, J. (2011). Religious Socialization and Church Attendance

in the Netherlands from 1983 to 2007: A Panel Study. Social Compass, 58(373).

Zalika Adam, Faridah Kassim & Mohamad Johari Salleh. (2009). Memperkasakan pendidikan

luar bandar, 3–5. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar


2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu. Sabah. Anjuran: Sekolah
Pembangunan Dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah.

15

Anda mungkin juga menyukai