Anda di halaman 1dari 4

Zaiful Ridzuan b Mohd Zainal 790526-05-5073

Unit 2

KPLI SR LPBS j-QAF2005

Latihan 1.2.1 Tulis esei 300 patah perkataan berpandukan soalan-soalan di bawah. Apakah kaitan guru dengan etiket sosial? Perlukah guru mengamalkan etiket sosial? Etika berasal daripada perkataan greek, ethos yang bermaksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan yang dianggap baik dan buruk. Etika juga membawa maksud kebiasaaan atau budaya. Etika sosial melibatkan tingkah laku yang baik, budi pekerti yang baik, imej sosial yang baik serta keyakinan diri dan etiket dan gaya diri yang baik. Oleh itu guru dan etiket sosial tidak dapat dipisahkan umpama lagu dan irama yang saling memerlukan antara satu sama lain. Etiket sosial merupakan peri laku, budi bahasa, kebijaksaan, imej, gerakgeri yang elok yang berkeyakinan mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dalam majlis, pergaulan dan tatatertib semasa di meja makan. Etiket sosial dan guru merupakan dua berkara yang saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan kerana bagi seorang insan yang bergelar guru, seharusnya mempunyai etiket sosial yang tinggi. Ini kerana, sejak dari dulu lagi bagi insan yang bergelar guru sentiasa dipandang mulia sebagai seseorang yang mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia dan berpendidikan. Bagi seorang guru, mempunyai etiket sosial yang tinggi amat penting kerana guru merupakan seorang pendidik. Gelaran sebagai pendidik inilah yang memerlukan seorang guru itu mampunyai etiket sosial yang tinggi kerana dalam usaha memberi pendidikan kepada orang lain supaya menjadi insan yang berakhlak mulia dan berpendidikan, seseorang guru juga harus lebih menunjukkan sikap yang baik kepada orag lain supaya orang tidak beranggapan bahawa kita hanya pandai bercakap sahaja sedangkan kita tidak melakukan apa yang kita sampaikan kepada orang lain. Apabila perkara ini berlaku mungkin kepercayaan orang lain kepada kita akan terbatas dan mungkin juga ilmu yang disampaikan oleh guru itu tadi akan diterima dengan ragu-ragu oleh orang lain.

Zaiful Ridzuan b Mohd Zainal 790526-05-5073

Unit 2

KPLI SR LPBS j-QAF2005

Sebagai contoh, dalam pergaulan, seseorang guru harus mengetahui batas-batas semasa bergaul dengan orang lain terutama kepada golongan ibu bapa kerana mereka memberi kepercayaan kepada kita untuk mendidik anak mereka agar menjadi insan yang berguna. Sekiranya seorang guru berkelakuan tidak senonoh semasa bergaul dengan orang ramai, sudah pasti perkara ini akan menjejaskan kepercayaan orang lain kepada guru tersebut karana mereka akan beranggapan bahawa bagaimanakah seorang guru tersebut hendak mendidik orang lain menjadi baik sedangkan perlakuan dan adabnya sendiri tidak dijaga. Seseorang guru juga seharusnya tahu tentang cara berkomunikasi yang betul dengan orang ramai. Ini kerana secara realitinya, seorang guru dianggap mempunyai kredibiliti dan tahap pendidikan yang tinggi dan oeh sebab itulah mereka digelar sebagai pendidik. Berdasarkan kepada tanggapan inilah seseorang guru itu juga harus menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka itu layak digelar sebagai seorang guru terutama dari segi pergaulan dan juga perbualan dengan orang ramai. Cara perbualan yang betul mestilah melibatkan penggunaan bahasa yang baik dan tutur kata yang sopan supaya tidak menimbulkan kemarahan orang lain ataupun menyinggung perasaan orang lain. Satu lagi perkara yang harus diambil berat oleh seseorang yang bergelar guru ialah menjaga adab atau kelakuan smasa berada di majlis-majlis rasmi. Seorang guru harus tahu perkara yang boleh dan juga perkara yang tidak boleh dilakukan semasa meghadiri majlis-majlis rasmi. Perkara yang sering ditekankan semasa menghadiri majlis rasmi ialah pekaian dan juga adab dan tatatertib semasa berada di meja makan. Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dengan majlis yang hendak dihadiri, terutama majis yang melibatkan tetamu-tetamu kehormat. Begitu juga dengan adab semasa berada di meja makan. Diribut runduklah padi, Dicupak datuk temenggung, Hidup kalau tidak berbudi, Duduk tegak berdiri canggung. 2

Zaiful Ridzuan b Mohd Zainal 790526-05-5073

Unit 2

KPLI SR LPBS j-QAF2005

Pantun di atas menerangkan dan menjelaskan betapa pentingnya budi bahasa kepada seseorang individu. Dalam kata lain, etiket sosial adalah satu nadi bagi menentukan keseimbangan peribadi. Etiket merupakan peraturanperaturan tingkah laku seharian. Bersopan santun dalam kehidupan, hubungan antara satu sama lain dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Guru sebagai seorang pendidik bukan sahaja bertanggungjawab mengajar para pelajar di sekolah malah mempunyai tugas yang lebih berat lagi iaitu bertindak role model ataupun menjadi teladan kepada anak-anak didiknya. Seorang guru selalu menasihatkan para pelajar supaya menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara, menjaga tingkah laku dan mengamalkan nilai-nilai murni yang lain dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, supaya matlamat dan cita-cita ini tercapai guru seharusnnya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar. Sebagai contoh seorang guru harus memahirkan diri dalam etiket social supaya boleh menjadi contoh serta ikutan bagi pelajar. Selain daripada itu, guru juga selalu terlibat dalam aktiviti bersama ibubapa dan masyarakat. Tanpa disedari guru sebenarnya dinilai oelah ibu-bapa dan masyarakat apabila menghadiri sesuatu perjumpaan sama ada dari segi pakaian, adab-adab semasa makan, cara dan bahasa sewaktu bercakap, pergaulan dan tingkah laku seorang guru itu. Oleh itu, seorang guru bukan sahaja harus memahirkan diri dalam etiket social malah berupaya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dalam perbualan social seorang guru haruslah tahu tajuk-tajuk perbualan yang sesuai dan tertib-tertib semasa berbual. Tajuk-tajuk yang sensetif seperti keugamaan dan fahaman-fahaman yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum atau agama haruslah dihindarkan. Masyarakat amat menyanjung dan menghormati guru. Sesungguhnya, guru adalah individu yang sering menjadi perhatian masyarakat walau di mana sahaja mereka berada. Sebagai contoh, semasa berada di pasar, di pusat membeli-belah guru akan bertembung dengan ramai orang termasuk para 3

Zaiful Ridzuan b Mohd Zainal 790526-05-5073

Unit 2

KPLI SR LPBS j-QAF2005

pelajar dan ibu-bapa mereka. Oleh itu, amatlah mustahak bagi seorang guru mengetahui etiket social seperti cara berjalan, berpakaian, tingkah laku dan sebagainya. Guru adalah orang kedua yang mempunyai hubungan rapat dengan pelajar. Kebanyakkan masa pelajar dihabiskan di sekolah dan bersama guru. Tidak dinafikan para pelajar lebih menghormati, takut dan patuh dengan arahan guru berbanding dengan kedua ibu-bapa mereka. Oleh hal yang demikian, guru perlulah menunjukkan tingkah laku yang baik dan beradab untuk di jadikan contoh kepada pelajar. Guru-guru yang selalu menggunakan perkataanperkataan kesat dan kasar akan melahirkan generasi pelajar yang kurang dan tidak berkualiti. Ini kerana pelajar tidak mendapat contoh yang baik daripada golongan yang sepatutnya. Kesimpulannya, guru memerlukan etiket sosial untuk menjadi guru yang di hormati oleh semua golongan.

Anda mungkin juga menyukai