Anda di halaman 1dari 31

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GELEMBUNG BUAYA DI KUALA LEMAL,

PASIR MAS, KELANTAN DARI TAHUN 1990 HINGGA TAHUN 2020.

PENGENALAN

Asal usul nama gelembung buaya diberi kerana teksturnya yang mempunyai garisan

seakan-akan kulit reptilia tersebut. Menurut kisah orang lama, Siti Zaleha Shaikh Omar,37

tahun, nama gelembung buaya diambil sempena ketika memasak,kuih ini, ia mengeluarkan

seolah-olah gelembung buaya yang sedang bernafas di dalam air i. Menurut kamus dewan

edisi keempat, gelembung buaya merupakan sejenis kuih tradisi rakyat Kelantan yang

diperbuat daripada campuran isi kelapa muda, tepung beras dan gula pasir ii. Campuran bahan-

bahan ini kemudiannya dikacau sehingga pekat dan kering. Menurut kajian Universiti Malaya

UM, gelembung buaya merupakan salah satu makanan yang diminati oleh semua golongan

dan telah menjadi manisan yang digemari oleh masyarakat.

Satu kajian mengenai kegiatan ekonomi berkaitan perusahaan gelembung buaya

telah dijalankan berdasarkan aspek modal,teknologi, premis perniagaan, guna tenaga dan

pasaran serta lain-lain perkembangan yang berkaitan. Kajian mengenai perusahaan ini dipilih

kerana perkembangan perusahaannya jelas berlaku dan memudahkan pengkaji membuat

kajian mengenainya. Lokasi yang dipilih oleh pengkaji ialah Kuala Lemal, Kelantan iaitu

perusahaan gelembung buaya. Lokasi ini dipilih kerana terdapat hanya satu sahaja perusahan

gelembung buaya di daerah ini. Tambahan pula, lokasi perusahaan ini sangat strategik dan

berpotensi untuk dimajukan lagi pada masa akan datang. Hal ini kerana, perusahaan ini

terletak berhampiran dengan laluan utama Jalan Pasir mas- Rantau Panjang. Selain itu,
keunikan rumah yang dihiasi dengan warna hijau dengan ukiran keemasan menjadi tarikan

pelancong yang lalu lalang.

Seterusnya, tempoh kajian yang hendak dikaji ialah dari tahun 1990 hingga 2020

yang merangkumi tiga tahap perkembangan iaitu 10 tahun setiap perkembangan. Tempoh ini

dipilih kerana berlaku perkembangan dari segi modal, teknologi, guna tenaga buruh, dan

pasaran dalam perusahaan gelembung buaya dalam tempoh 30 tahun. Hal ini kerana, pengkaji

mendapati tiada lagi sebarang kajian yang dijalankan ke atas perusahaan gelembung buaya

pada tahun 1990.

Dek kerana itulah, dalam kajian ini pengkaji akan melihat beberapa aspek dan

perkara iaitu latar belakang sejarah perkembangan perusahaan gelembung buaya dimana hal

ini merangkumi tiga tahap. Seiring dengan tahap perkembangan ini, pengkaji akan

menganalisis beberapa perkembangan dari pelbagai elemen dari segi modal, buruh, teknologi

dan pasaran dalam perusahaan gelembung buaya ini. Pengkaji turut berminat untuk mengkaji

lebih lanjut tentang cabaran,masalah dan langkah mengatasi dalam perusahaan gelembung

buaya ini dari tahun 1990 hingga tahun 2020.


LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GELEMBUNG BUAYA

DI KUALA LEMAL, PASIR MAS, KELANTAN, DARI TAHUN 1990 HINGGA 2020.

Gelembung buaya merupakan sejenis makanan manisan tradisional yang ditemui di

sekitar Asia Tenggaraiii. Keistimewaan dan kepelbagaian variasi gelembung buaya yang boleh

dicampur dengan pelbagai perisa seperti durian, pandan dan gula melaka telah menarik minat

dan mendorong usahawan yang bernama Wan Sabariah Wan Ali dan suaminya Sulaiman

Ismail untuk membuka perusahaan kilang membuat gelembung buaya di Kuala Lemal,

17000, Pasir Mas, Kelantan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kehidupan usahawan ini

dahulunya sangat miskin dan cukup-cukup makan bagi menampung beban keluarga sehingga

pasangan ini berazam untuk mengubah kehidupan mereka bebas daripada dibelenggu

kemiskinan dengan mengusahakan perusahaan ini. Legasi perniagaan keluarga sejak 40 tahun

lalu kini terus melonjak dari tahun ke tahun. Sebanyak 300kilogram sehari gelembung buaya

dapat dihasilkan pada hari-hari biasa manakala apabila tiba bulan Ramadhan atau musim

perayaan, permintaan gelembung buaya ini boleh meningkat sebanyak 700kilogram sehari iv.

Mereka tidak mengupah seorang pekerja sebaliknya hanya menggunakan khidmat anak

beranak seramai 7 orang dalam proses membuat kuih ini. Bagi membuat kuih gelembung

buaya ini selalunya memakan masa lebih kurang 6 hingga 8 jam dlam satu masa.
Lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah strategik dan sangat membantu

pengkaji untuk menyiapkan tugasan ini dengan penuh teliti dan tekun. Pengkaji telah memilih

Kg. Kuala Lemal,17000, Pasir Mas, Kelantan sebagai sebuah lokasi kajian untuk mengkaji.

Jarak lokasi kajian dengan Bandar Pasir Mas ialah sejauh 5km menggunakan kenderaan

bermotor seperti bas,kereta,teksi dan motosikal. Selain itu, untuk ke lokasi pusat bandar

memakan masa 10 minit. Lokasi yang strategik ini memudahkan pengkaji menyiapkan kerja

khusus ini dengan cepat dan padat.

Dalam kajian ini juga, pengkaji telah memilih tempoh selama 30 tahun iaitu tahun

1990 hingga 2020 untuk dijalankan sebagai kajian kerja khusus pada tahun ini. Hal ini

dikatakan demikian kerana, dalam tempoh 30 tahun tersebut pengkaji dapat menghuraikan

tahap-tahap perkembangan gelembung buaya dari aspek modal, premis perniagaan, teknologi,

pasaran dan guna tenaga buruh. Hal ini akan membantu menyiapkan kajian ini dengan lebih

teperinci tepat menepati piawaian yang dan telah ditetapkan.


PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GELEMBUNG BUAYA DI KAMPUNG KUALA

LEMAL, 17000, PASIR MAS, KELANTAN DARI TAHUN 1990 HINGGA 2000

(TAHAP PERTAMA)

Pada mulanya, pengasas perniagaan gelembung buaya Wan Sabariah ini hanya

sekadar untuk menambahkan pendapatan bagi menyara keluarga. Bermula tahun 1970,

perusahaan gelembung buaya Hajah Wan Sabariah di Kg. Kuala Lemal telah mendapat lesen

perniagaan secara sah sebagai pengusaha tempatan dan tertubuh secara rasminya perusahaan

gelembung buaya milik Wan Sabariah. Pada mulanya, premis ini berfungsi hanya sebagai

perusahaan kecil sahaja. Namun, tahun demi tahun menyebabkan perusahaan gelembung

buaya beliau telah berkembang dari aspek modal, teknologi, guna tenaga, pasaran, dan premis

perniagaan.

Modal menurut istilah merupakan faktor pengeluaran yang digunakan bagi

mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Sudah pasti sseorang individu yang ingin

memulakan perniagaan memerlukan modal yang mencukupi untuk memastikan perniagan

berjalan lancar. Namun,modal Wan Sabariah mengalami kesukaran mendapatkan modal

kerana pada tahap ini, pinjaman oleh bank atau banyuan oleh kewangan kerajaan masih lagi

tidak dapat diuruskan dengan mudah dan beliau juga mempunyai pengetahuan yang kurang

berkaitan dengan pinjaman wang untuk meneruskan perniagaan. Hal ini menyebabkan, Wan

Sabarih mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan modal dari ahli keluarga dan

beliau berjaya mendapatkan modal sebanyak RM 1000 bagi meneruskan perniagaan. v Modal
tersebut kemudiannya diperuntukkan bagi mendapatkan bahan-bahan mentah dan alat-alat

berkaitan dengan pembuatan gelembung buaya yang sedap. Oleh kerana itu modal yang

tidakmencukupi,

bahan-bahan mentah dan alat-alat berkaitan dengan pembuatan gelembung buaya mampu

dibeli pada kuantiti yang sedikit sahaja.

Teknologi menurut istilah merupakan alat yang mampu membantu manusia dalam

melakukan kerja dengan lebih baik dan berkesan serta memudahkan sesuatu urusan. Pada

perkembangan tahap pertama perusahaan gelembung buaya, mereka menggunakan alatan

teknologi yang rendah dan masih tidak canggih. Pengusaha gelembung uaya ini bertindak

menggunakan alatan tradisional kerana kekurangan bekalan modal bagi mendapatkan mesin-

mesin yang canggih dalam pembuatan gelembung buaya. Antara alatan yang digunakan

dalam pembuatan gelembung buaya ialah mesin pengisar kelapa yang kecil dan tidak cekap

bagi mendapatkan kelapa parut yang kemudiannya diperah menggunakan tangan bagi

mendapatkan santan. Tepung beras dan gula pasir yang sudah siap dibeli namun dalam

kuantiti yang sedikit sahaja. Bahan- bahan ini kemudiannya dicampur di dalam satu periuk

kawah dan dipanaskan di atas dapur kayu api dan dikacau menggunakan sudip kayu yang

panjang secara bergilir-gilir.vi Dengan kaedah ini, gelembung buaya mengambil masa selama

18 jam untuk disiapkan sepenuhnya. Cara pembuatan gelembung buaya yang agak tradisional

ini digunakan kerana ketiadaan mesin yang mampu membantu proses pembuatan gelembung

buaya.
Pasaran menurut istilah, merupakan luas kawasan yang berjaya mendapat

sambutan terhadap produk yang dijual dan dibeli oleh pengguna di kawasan tersebut. Dari

segi pasaran, gelembung buaya milik Wan Sabariah pada tahap pertama tidak mengalami

perkembangan yang pesat kerana persaingan yang sengit wujud oleh produk-produk lain di

pasaran luar menyebabkan perniagaan gelembung buaya ini tidak dapat ditembusi pasaran

yang luas. Gelembung buaya ini dipasarkan di kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan

kawasan berdekatan premis perniagaan. Gelembung buaya yang dihasilkan pula mempunyai

satu perisa sahaja iaitu gula melaka dan dijual dalam kuantiti yang sedikit sahaja vii.

Pengakutan yang terhad bagi mengangkut gelembung buaya ke pasaran luar menghalang

dodol dipasarkan ke kawasan yang lebih jauh lagi.

Guna tenaga atau tenaga kerja menurut istilah merupakan individu yang menjadi

buruh terhadap seseorang dalam melaksanakan sesuatu kerja yang patuh terhadap arahan

yang diberi. Dalam penghasilan gelembung buaya ini pada tahap pertama, Wan Sabariah

menggunakan tenaga kerja seramai 3 orang. Hal ini telah membantu beliau dalam

penghasilan gelembung buaya dengan lebih cekap bagi menambahkan hasil pengeluaran.

Beliau telah mengambil ahli keluarga dan beberapa penduduk sebagai pekerja. Secara tidak

langsung, beliau telah membantu penduduk bagi menambahkan pendapatan mereka. Pada

tahap ini,pekerja dibayar sebanyak RM 10 sehari.


Premis perniagaan menurut istilah merupakan bangunan atau tempat yang

digunakan bagi memasarkan produk yang dihasilkan oleh suatu syarikat atau perusahaan.

Dari aspek premis perniagaan pula, Wan Sabariah telah mengambil keputusan untuk

menubuhkan premis perniagaanya di rumah sendiri iaitu di Kg. Kuala Lemal, Pasir Mas,

Kelantan. Premis ini pada permulaannya hanyalah sebuah bangsal kecil yang buruk dan

usang. Hal ini demikian kerana, masalah kewangan yang dimiliki oleh pengusaha telah

menyebabkan terpaksa berniaga secara kecil-kecilan. Premis perniagaan gelembung buaya ini

hanya mampu memuatkan kuantiti yang sedikit sahaja alatan memasak dan bahan mentah

kerana faktor kewangan yang dihadapi. Pembinaan premis perusahaan ini dijalankan sendiri

dengan titik peluh ahli keluarga dan premis ini telah disiapkan dalam tempoh 9 minggu

kerana tidak mendapat mana-mana bantuan dari institusi kewangan sama ada kerajaan

ataupun swasta untuk menubuhkan kedai perusahaan.


PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GELEMBUNG BUAYA DI KG. KUALA
LEMAL, PASIR MAS, KELANTAN DARI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2010
(TAHAP KEDUA)

Perusahaan gelembung buaya pada tahap kedua berlaku pada tahun 2000 hingga

2010 yang telah berlaku beberapa transformasi dan perkembangan agak ketara dalam

perusahaan gelembung buaya ini. Perkembangan perusahaan gelembung buaya ini turut

mengalami perkembangan dari pelbagai aspek seperti modal, teknologi, guna tenaga, pasaran

dan premis perniagaan sama seperti berlaku dalam perkembangan pertama. Ini berlaku

disebabkan perusahaan milik Wan Sabariah telah mengalami dan merasai jatuh bangun dalam

perusahaan gelembung buaya ini pada tahap pertama sejak ianya dibina viii. Pengalaman ini

telah memberi peluang dan ruang kepada Wan Sabariah untuk lebih berdaya saing dan

mencari peluang dalam usahanya untuk memasarkan produk gelembung buaya ini agar lebih

luas lagi.

Pada modal tahap kedua, pengusaha masih lagi mempunyai masalah modal yang

kurang mencukupi bagi meneruskan perniagaan namun tidak seteruk pada tahap pertama.

Pada tahap ini, Wan Sabariah bertindak untuk mengatasi masalah modal dengan mencari

pinjaman daripada pihak bank. Beliau telah meminjam sebanyak RM 10,000 dengan berharap

dapat membeli mesin dan bahan mentah pada kadar yang cukup. Tambahan pula, Wan

Sabariah telah mendapat tajaan daripada Industru Kecil dan Sederhana (IKS) sebanyak RM

5,000 bagi mengurangkan beban perusahaan ini. Kesannya, jumlah hasil pengeluaran
gelembung buaya ini meningkat dengan kadar yang sedikit berbanding dengan sebelum ini

akibat penggunaan mesin yang lebih moden sedikit.

Teknologi pada tahap kedua telah menunjukkan perkembangan yang baik dan

memuaskan. Hal ini berlaku kerana, Wan Sabariah telah membuat pinjaman dari bank dan

berjaya mendapat dana dari pihak IKS bagi melebarkan sayap perniagannya. Dengan

berbekalkan modal yang cukup, pengusaha gelembung buaya terbabit telah mengambil

keputusan untuk meningkatkan penggunaan teknologi pembuatan gelembung buaya. Beliau

berjaya membeli satu buah mesin pengadun dan satu buah mesin pengacau. Penggunaan

mesin ii telah memberi kesan yang ketara dalam penghasilan kuantiti gelembung buaya ini.

Penggunaan mesin ini telah memendekkan masa dari 18 jam ke 8jam. Tambahan pula, tenaga

kerja manusia tidak lagi diperlukan bagi mengacau gelembung buaya tersebut dan kuantiti

pengeluaran meningkat.

Pada tahap kedua, pasaran gelembung buaya milik Wan Sabariah mengalami

sedikit peningkatan. Malah Teknik pemasarannya lebik baik jika dibandingkan dengan tahap

pertama. Pengusaha memberanikan diri untuk memasarkan kuih gelembung buaya ini ke

kampung-kampung, bandar terdekat dan kedai runcit yang lebih besar. Hasil daripada itu,

Wan Sabariah berjaya meraih keuntungan yang besar setelah beliau memperluas kawasan

pasaran gelembung buaya dan kaedah ini berjaya. Hal ini menyebabkan gelembung buaya

buatan Wan Sabariah semakin dikenali oleh penduduk luar.

Pada tahap kedua, penggunaan tenaga kerja semakin ramai diperlukan. Keadaan

ini disebabkan kerana berlaku perkembangan dalam perusahaan ini dari segi kuantiti tenaga
buruh. Antaranya ialah bahagian yang mengendalikan mesin, bahagian yang menguruskan

bahan mentah, bahagian pembungkusan, dan bahagian pasaran. Hasil daripada perluasan

pengkhususan kerja , jumlah tenaga kerja bertambah semai 10 orang yang meliputi dalam

kalangan penduduk setempat. Kesan daripada ini, Wan Sabariah telah membuka peluang

pekerjaan kepada penduduk setempat dan gaji yang diperolehi turut bertambah dari RM 10 ke

RM 25 sehari. Hal ini seterusnya, menambahkan pendapatan per kapita penduduk dan taraf

hidup penduduk meningkat.

Premis perniagaan milik perusahaan Wan Sabariah menunjukkan satu

perkembangan yang positif. Wan Sabariah bertindak meluaskan lagi premis perniagaan

beliau. Hal ini menyebabkan premis perniagaan beliau telah terbahagi kepada beberapa

bahagian iaitu ruangan mesin pengacau gelembung buaya yang lebih luas, ruangan

penyimpanan bahan mentah yang dapat dimuatkan lebih banyak dan ruangan pembungkusan

gelembung buaya. Sebelum ini ruang antara satu bahagian dengan bahagian yang lain sangat

sempit sehingga menjejaskan proses pengeluaran produk gelembung buaya namun berjaya

diatasi oleh pengusaha sendiri. Selain itu, pekerja juga berasa lebih selesa dengan ruangan

yang telah diperluaskan dan terdapat sebahagian ruangan yang ditampal jubin.
PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GELEMBUNG BUAYA DI KG. KUALA

LEMAL, 17000, PASIR MAS, KELANTAN PADA TAHUN 2010 HINGGA 2020

(TAHAP KETIGA)

Pada perkembangan tahap ketiga, pelbagai aspek seperti modal, teknologi, guna

tenaga, pasaran, dan premis perniagaan telah berkembang dalam skala yang besar.

Perkembangan tahap ini jauh membezakan dengan tahap pertama namun berlaku hanya

sedikit perbezaan dengan tahap kedua. Perusahaan gelembung buaya ini semakin dikenali

ramai dan menjadikan jenamanya sendiri serta menjadi lokasi lawatan oleh orang luar ke

premis ini.ix

Perkembangan dari segi modal, perusahaan gelembung buaya memerlukan modal

yang sangat besar jika dibandingkan dengan tahap-tahap sebelumnya. Hasil daripada

pinjaman dari pihak bank dan dana dari IKS, Wan Sabariah berjaya mendapatkan modal RM

100,000 tidak termasuk dengan keuntungan yang diperolehi semasa penjualan gelembung

buaya pada tahap kedua yang menguntungkan. Melalui modal tersebut, pengusaha telah

menambahkan jumlah mesin pengacau gelembung buaya dan mesin memarut kelapa.

Daripada modal tersebut jugalah pengusaha bertindak untuk meluaskan premis perniagaan

bagi menarik perhatian pelanggan untuk mengunjungi premis tersebut.


Dari segi teknologi, tahap ketiga mempunyai sedikit perkembangan dalam

penghasilan gelembung buaya. Namun begitu, dengan jumlah modal yang mencukupi, Wan

Sabariah telah menambahkan empat buah mesin pengadun gelembung buaya lagi bagi

memastikan kecekapan dalam penghasilan gelembung buaya dalam masa yang singkat dan

kuantiti yang banyak. Pertambahan mesin sekaligus meningkatkan keuntungan yang lumayan

kepada pengusaha. Selain daripada mesin pengadun gelembung buaya, pengusaha turut

menukarkan mesin parut kelapa kepada mesin pemerah santan. Penggunaan mesin pemerah

santan yang sangat efisien apabila mesin mampu melakukan dua fungsi dalam satu masa iaitu

memarut dan memerah kelapa. Penggunaan mesin ini amat menjimakan masa serta

mengurangkan keperluan terhadap tenaga kerja manusia.

Perkembangan tahap ketiga dari segi pasaran berlaku pada skala yang besar.

Permintaan yang tinggi terhadap gelembung buaya apabila ia mula dikenali oleh orang ramai

di samping kesukaran mendapatkan kuih tradisional ini menyebabkan Wan Sabariah perlu

megambil tindakan dengan meluaskan pasaran gelembung buaya beliau. Kini, terdapat

penghantaran ke luar-luar negeri dan Sabah Sarawak bagi memastikan seluruh rakyat dapat

merasai kenikmatan gelembung buaya. Pengusaha turut meluaskan pasaran dengan menerima

tempahan dari luar negeri dan daerah agar kuih gelembung buaya ini dijadikan sebagai buah

tangan selepas majlis perkahwinan dan hari perayaan. Bagi manarik lagi perhatian pelanggan,

pengusaha lebih taraf perisa yang berlainan seperti perisa durian dan pandan.

Dari segi guna tenaga buruh pula, tahap ketiga ini berlaku sedikit peningkatan

bilangan buruh. Pengusaha gelembung buaya iaitu Wan Sabariah memerlukan anggota

keselamatan bagi mengawal lalu lintas dihadapan premis berkenaan. Hal ini kerana ramai
pelanggan yang hadir untuk manisan tersebut. Kesannya, Wan Sabariah terpaksa membuat

kontrak dengan anngota RELA dengan menambahkan 5 orang pengawal keselamatan. Hal ini

seterusnya dapat menjamin keselamatan pembeli dan pelancong.

Bagi perkembangan premis perniagaan pada tahap ketiga pula berlaku perubahan

yang sangat ketara iaitu pengusaha gelembung buaya ini memperluaskan lagi ruangan mesin

pengacau gelembung buaya. Selain itu, pengusaha juga telah menaik taraf kawasan

pembelian gelembung buaya dengan menambahkan bilangan gerai jualan. Kesannya,kuantiti

jualan semakin bertambah dalam satu-satu masa dan dapat meningkatkan keuntungan jualan

gelembung buaya. Di samping itu,Wan Sabariah juga telah menyediakan kemudahan dan

infrastuktur kepada pengunjung seperti tandas, laluan tangga dan kerusi rehat kepada

pengunjung.
CABARAN, MASALAH DAN CARA MENGATASI DALAM PERUSAHAAN

GELEMBUNG BUAYA DARI TAHUN 1990 HINGGA TAHUN 2020 DI KG. KUALA

LEMAL 17000, PASIR MAS, KELANTAN

CABARAN DALAM PERUSAHAAN GELEMBUNG BUAYA

Menurut hasil daripada temu bual bersama pemilik perusahaan gelembung buaya,

dalam mewujudkan perniagaan ini memerlukan kesabaran tinggi dan kekuatan mental yang

teguh.x Hal ini demikian kerana, banyak cabaran yang perlu ditempuhi dalam mewujudkan

perusahaan ini. Menurut pemilik perusahan gelembung buaya ini, beliau telah melalui

pelbagai asam garam dalam perusahaan ini.

Antara cabaran utama dalam perusahaan gelembung buaya ini ialah persaingan.

Hal ini disebabkan oleh telah wujud perusahaan kecil-kecilan dalam pembuatan gelembung

buaya ini di pasaran. Kesanya, dapat menjejaskan pasaran gelembung buaya ke kawasan-

kawasan bandar dan luar bandar. Justeru itu, permintaan gelembung buaya semakin

berkurang dan mengganggu proses perniagaan.

Selain itu, cabaran dalam perusahaan gelembung buaya ini juga ialah penyebaran

penyakit berjangkit. Penularan wabak yang berbahaya menyebabkan kerajaan terpaksa


melakukan kuarantin bagi suspek penyebaran penyakit. Sebagai contoh, penularan penyakit

COVID-19 pada tahun 2020 telah menyebabkan rakyat terpaksa menjalankan kuarantin

kendiri di rumah untuk mencegah penularan penyakit xi. Kesannya, keuntungan hasil jualan

gelembung buaya turut terjejas dan tidak dapat menampung keperluan bahan mentah dan gaji

pekerja.

Akhir sekali, cabaran dalam perusahaan gelembung buaya ini ialah kuasa beli

penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana kekurangan bekalan penduduk dapat

menjejaskan kuantti permintaan gelembung buaya ini. Masyarakat lebih cenderung

menyimpan bekalan wang dalam tabungan bagi menjimatkan kewangan. Keadaan ini

mendatangkan kesan kepada perusahaan kerana tiada permintaan barangan dari pengeluar.

Kesannya, berlaku kemerosotan keuntungan dan pendapatan tenaga buruh.


MASALAH DALAM PERUSAHAAN GELEMBUNG BUAYA

Sebagai usahawan, sudah pasti terdapat masalah yang perlu dihadapi dalam

menjayakan perusahaan ini. Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha gelembug buaya

ini ialah kekurangan lot parkir yang terhad. Hal ini kerana, setiap tahun perayaan Hari Raya

Aidilfitri dan Raya Korban bilangan pengunjung yang datang akan meningkat. Selain itu, ada

juga rombongan daripada luar negeri yang menaiki bas untuk melihat perusahaan ini.

Kesannya, lot parkir yang terhad menyebabkan berlaku penyumbang kepada kemalangan di

jalan raya. Pihak pengunjung yang datang terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan dan

menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.xii

Di samping itu, masalah yang dihadapi oleh pengusaha gelembung buaya ini ialah

kenaikan harga barang mentah. Bagi pembekal kelapa dan gula melaka, mereka terpaksa

mencajkan harga barang mentah kerana berlaku ketidakstabilan eknomi dan sumber

pencarian. Keadaan ini menyebabkan pengusaha terpaksa menaikkkan harga barang

penjualan bagi menampung perbelanjaan. Kesannya,bilangan permintaan gelembung buaya

ini semakin berkurang akibat berlaku inflasi dalam penjualan bahan mentah. xiii
CARA MENGATASI MASALAH DAN CABARAN YANG DIHADAPI

Salah satu cara bagi mengatasi masalahan dan cabaran ini ialah dengan menyewa

tanah lot untk dijadikan parkir untuk pelanggan yang hadir. Hal ini bertujuan dapat

mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan jalan raya. Dengan adanya kemudahan

untuk parkir kereta pengunjung akan berasa selamat dengan kehadiran untuk membeli. xiv

Selain itu, cara untuk mengatasi masalah ini ialah memasarkan jualan dalam

talian. Pengusaha boleh memasarkan produk melalui aplikasi seperti di Facebook, Whatsapp,

dan Shopee. Cara ini menjadi jalan alternatif bagi meningkatkan jualan produk. Pengusaha

boleh menviralkan barangan produk dalam bentuk video atau gambar.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini banyak menunjukkan proses perkembangan

perusahaan gelembung buaya yang merupakan satu-satunya perusahaan gelembung di Pasir

Mas. Kajian ini dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk mengkaji perkembangan teknologi

pembuatan gelembung buaya di Kg. Kuala Lemal, Pasir Mas. Memang tidak dapat dinafikan

lagi bahawa perusahaan gelembung buaya ini mempunyai prospek perusahaan yang luas.

Tambahan pula, dengan adanya R&D terhadap perusahaan ini menyebabkan berkembangnya

perusahaan gelembung buaya ini dan mempunyai inovasi yang baharu. xv Harapan terhadap

perusahaan ini agar terus maju dan sentiasa berdaya saing secara sihat dengan produk lain.

Diharap juga dengan adanya R&D perusahaan gelembung buaya ini dapat berkembang dan

bervariasi mengikut permintaan pelanggan. Hasil daripada kajian ini pengkaji boleh

menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan perkembangan kegiatan ekonomi di Kg. Kuala

Lemal, Pasir Mas, Kelantan.


PROPOSAL SEJARAH

940/4

TEMA 1: SEJARAH KULINARI DAN MAKANAN

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GELEMBUNG BUAYA HAJAH


WAN SABARIAH DI KAMPUNG KUALA LEMAL ,17000, PASIR MAS,
KELANTAN DARI TAHUN 1990 HINGGA TAHUN 2020

NAMA: MOHAMMAD HAFIZAL BIN AZHAR

NO. KAD PENGENALAN: 041204-03-0377


1. PENDAHULUAN
Perusahaan gelembung buaya ini terletak di kampung Kuala Lemal telah

menjadi pilihan pengkaji kerana perusahaan ini telah lama diasaskan oleh Wan

Sabariah pada tahun 1990. Selain itu, lokasi ini perusahaan ini sangat strategik dan

mudah dilalui kerana terletak di Jalan utama menghala PasirMas-Rantau Panjang.

Makanan gelembung buaya ini sangat digemari semua lapisan umur kerana rasa yang

manis. Makanan ini juga dijadikan buah tangan semasa kenduri kahwin.

Kajian ini dilakukan kerana penulis berpendapat perusahaan ini berpontensi untuk

berkembang lebih maju. Hal ini kerana makanan ini digemari ramai penduduk dari

peringkat kanak-kanak hingga warga emas.

2. PENGENALAN

Asal usul gelembung buaya ini dipetik daripada rupa tekstur yang seperti kulit

reptilia tersebut. Selain itu, semasa proses memasak kuih tersebut mengeluarkan buih

seakan-akan gelembung buaya yang sedang bernafas di dalam air.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tajuk kajian ini iaitu Perkembangan Perusahaan Gelembung

Buaya di Kg. Kuala Lemal, terdapat dua objektif kajian. Objektif pertama ialah

mengkaji latar belakang sejarah perkembangan perusahaan gelembung buaya meliputi

tiga aspek perkembangan. Objektif kajian kedua ialah mengkaji cabaran,masalah dan

Langkah mengatasi dalam perusahaan gelembung buaya.


4. PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini lebih memberi tumpuan kepada perkembangan

perusahaan gelembung buaya. Melalui kajian ini, ianya mampu meleraikan segala

permasalahan yang timbul dalam objektif kajian. Kajian ini dijalankan untuk

mengenal pasti cabaran,masalah dan Langkah mengatasi dalam perusahaan

gelembung buaya.

5. SKOP KAJIAN

Pengkaji mengkaji perusahaan gelembung buaya ini dari tahun 1990 hingga

tahun 2020 dengan meliputi beberapa aspek. Antaranya dari segi modal, buruh,

teknologi, premis perniagaan dan pasaran.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji masih tidak

terdapat lagi kajian tentang perusahaan dan perkembangan teknologi dalam bidang

pembuatan gelembung buaya dari tahun 1990 hingga tahun 2020.

6. KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian.

Antara kaedah kajian yang dilakukan ialah kaedah temu bual bersama responden.

Pengkaji telah berjumpa dengan pengasas gelembung buaya dan penduduk setempat

di Kg. Kuala Lemal. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah Internet terhadap

carian gelembung buaya. Pengkaji mencari maklumat tentang asal usul nama

gelembung buaya. Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian terhadap


perusahaan gelembung buaya. Pengkaji melihat keadaan,suasana dan struktur binaan

premis perniagaan.

7. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Pembahagian struktur esei terbahagi kepada tiga iaitu pengenalan, isi dan

kesimpulan. Pengenalan dalam bahagian ini pengkaji akan menjelaskan tentang latar

belakang pengasas perusahaan gelembung buaya manakla dalam bahagian isi pula

pengkaji akan memfokuskan kepada aspek perkembangan perusahaan dari segi

buruh,modal, pasaran, teknologi dan premis perniagaan. Bahagian yang terakhir ialah

kesimpulan. Pengkaji menyatakan harapan terhadap perusahaan yang dilakukan oleh

Wan Sabariah dan Keluarga supaya dapat berkembang lagi serta maju.

8. PENUTUP

Sebagai kesimpulan, kajian ini dapat memberikan gambaran tentang latar

belakang pengusaha gelembung buaya dan asal usul nama kuih gelembung buaya.

Pengkaji bersyukur kerana berjaya menghasilkan sebuah kajian mengenai perusahaan

dan perkembangan teknologi dalam bidang pembuatan gelembung buaya ini. Kajian

ini juga dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada

masyarakat untuk tidak cepat berputus asa dan tidak mudah mengalah dalam sesuatu

pekerjaan. Pengkaji juga berharap agar perusahaan ini dapat berkembang luas pasaran

hingga luar negara dan lebih berdaya saing. Selain itu, diharapkan kajian ini dapat

memberi minat kepada masyarakat untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh

untuk mencapai
LAMPIRAN

Gambar 1: Pengkaji bersama pekerja


di perusahaan gelembung buaya
Gambar 2: Label papan tanda perusahaan

Gambar 3: penggunaan mesin pengacau gelembung buaya


Gambar 4: pengkaji meninjau kawasan premis perniagaan

Gambar 5: pekerja sedang mengumpulkan


isi kelapa untuk mendapatkan santan dan kelapa parut
Gambar 6: pengkaji sedang membeli kuih yang di jual

Gambar 7: keadaan tempat pemprosesan gelembung buaya

Gambar 8: Kawasan premis penjualan produk


Gambar 9: label kediaman perusahaan gelembung buaya

Gambar 10: Kawasan kediaman perusahaan gelembung buaya


RUJUKAN

BUKU
1. Nik Malawati Nik Othman, 2010, Aneka Makanan Tradisional , Alaf 21.

2. Norzailina Nordin, 2011, 100 Juadah Perayaan, Grup Buku Karangkraf

3. Illydea Seulasteri Ishak, Jamilah Mohd Hassan, Norzailina Nordin, Noorhasimah


Tahrim, 2004, Kuih Melayu Manis dan Pedas, Times Edition-Marshall Cavendish

MAJALAH
1. SMK TENGKU PANGLIMA, Panglima, 2011,
KAMUS
1. Kamus Dewan Edisi Keempat Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005

2. Kamus Pelajar Edisi Kamus Kedua Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008

INTERNET
1. AstroAwani.com, Gelembung Buaya Tidak Seganas Namanya, diakses pada 05 JUN
2023 dari laman sesawang : https://astroawani.com

2. Sinarharian.com, Ini kisah gelembung buaya yang anda perlu tahu,diakses pada 05
JUN 2023 dari laman sesawang : https://sinarharian,sinarplus.com

3. Wikipedia ensiklopedia bebas, Asal usul Gelembung Buaya, diakses pada 05 Jun
2023 dari laman sesawang : https://ms,mwikipedia.org.

4. Wikipedia ensiklopedia bebas, Resepi Gelembung Buaya, diakses pada 05 Jun 2023
dari laman sesawang : https://ms,mwikipedia.org.

ORANG SUMBER
1. Wawancara bersama pengusaha perusahaan gelembung buaya, Hj. Sulaiman bin

Ismail, pada 07 Jun 2023.

2. Wawancara bersama anak pengusaha perusahaan gelembung buaya, Puan Ayunie

binti Sulaiman, pelanggan di perusahaan Wan Sabariah pada 07 Jun 2023.

3. Wawancara bersama pekerja di perusahaan Wan Sabariah, Mohd Syahir Aizat bin

Roslan, pada 07 Jun 2023.

4. Wawancara bersama pekerja di perusahaan Wan Sabariah, Rohana binti Ibrahim, pada

07 Jun 2023.

5. Wawancara bersama pembeli gelembung buaya, Siti Ainsyah binti Ghazali, pada 07

Jun 2023.

6. Wawancara bersama pembeli gelembung buaya, Mohamad Aiman bin Mohd Nor,

pada 07 Jun 2023.

7. Wawancara bersama penggemar gelembung buaya Wan Sabariah, Siti Nursyahira

binti Abdullah Amin, pada 07 Jun 2023.

NOTA HUJUNG
i
Siti Zaleha Syeikh Omar, pembuat gelembung buaya ditemu bual pada 2 Jun 2023.

ii
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Maksud Gelembung Buaya, edisi ke-4 hlmn., 56

iii
Asal usul Gelembung Buaya, prpm.dbp.gov.my diakses pada 05 Jun 2023.

iv
Rohana binti Ibrahim, pekerja Wan Sabariah, ditemu bual pada 07 Jun 2023.

v
Ibid ditemu bual pada 07 Jun 2023.

vi
https://resepicitarasawan.blogspot.com diakses pada 05 Jun 2023

vii
MAJALAH SAJI EDISI MEI 2016, hlmn, 50.

viii
Mohd Syahir Aizat bin Roslan, pekerja Wan Sabariah ditemu bual pada 07 Jun 2023.

ix
https://kemajuangelembungbuaya.com.my diakses pada 05 Jun 2023

x
Hj, Sulaiman bin Ismail, pembantu pengusaha Wan Sabariah ditemu bual pada 07 Jun 2023.

xi
https://sinarawani.com diakses pada 05 Jun 2023

xii
Mohamad Asyraf bin Sulaiman anak kepada pengusaha gelembung buaya, ditemu bual pada 07 Jun 2023.

xiii
Ibid ditemu bual 07 Jun 2023.

xiv
Nik Malawati Nik Othman, 2010, Aneka Makanan Tradisional , Alaf 21.hlmn, 56

xv
Ibid hlmn, 57

Anda mungkin juga menyukai