Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Taman Pertanian Sabah (TPS) untuk pertama kalinya dibuka bagi pelawat pada October

2000 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri yang ke-4 dan ke-8 iaitu Tun Dr. Mahathir

Mohammad pada 25 Mac 2001. Dimana, taman mini ini termasuklah Stesen Penyelidikan Lagud

Sebrang, Pusat Latihan Perladangan, Pusat Pembenihan serta Taman Pertanian Sabah (TPS)

sendiri. Selain itu, Taman Pertanian Sabah (TPS) ini memiliki keluasan kawasan sebanyak 1,500

hektar malahan taman ini turut memiliki keunikannya tersendiri dengan kepelbagaian jenis

tanaman serta buah-buahan yang ada di taman. Taman Pertanian Sabah (TPS) turut menyediakan

kawasan perkhemahan, chalet dan hostel bagi pelawat yang datang untuk menginap di taman

sambil menikmati keindahan yang sedia ada. Taman Pertanian Sabah (TPS) merupakan pusat

jana plasma tumbuhan dan menyumbang kepada pameran buah-buah nadir yang diadakan

sepanjang musim buah di taman. Penternakan lebah kelulut pula beratus log kelulut disusun di

kawasan Taman Anak Sungai adalah jenis lebah kelulut Trigona Itama dan taman tidak

merekodkan jenis kelulut Trigona Thoracica direkodkan tetapi ada banyak jenis kelulut yang liar

di taman. Dimana, tujuan utama penternakan lebah kelulut ini untuk pameran dan hasil madunya

untuk dijual di kedai cenderamata.

Untuk amalan pengurusan penternakan lebah kelulut dari aspek penambahan makanan semasa

musim hujan, penyusunan semula log lebah kelulut yang terdedah kepada sinaran cahaya

matahari, log lebah ditambah dengan black netting diatas log, teknik kawalan musuh dan perosak

kelulut. Terdapat banyak sarang lebah madu ( Apis cerana ) dan lebah tualang ( Apis Dorsata )

dimana lebah ini perlu dipantau selalu bagi mengelakkan lebah kelulut di ganggu.
OBJEKTIF KAJIAN

Pada umumnya dalam kajian ini memiliki tiga objektif utama. Umumnya kajian ini

bertujuan untuk menjelaskan latar belakang perkembangan kegiatan madu kelulut. Dimana,

sejarah peternakan madu kelulut ini dapat membantu dalam menambahkan lagi keunikan yang

ada di Taman Pertanian Sabah (TPS) kerana kesesuaian kawasan taman ini yang dihiasi dengan

pelbagai tanaman. Penternakan lebah kelulut ini sesuai kerana lebah jenis ini tidak menyengat,

bagi kawasan penternakan pula pihak penternak perlu menjarakkan setiap log bagi mengelakkan

berlaku sebarang masalah yang tidak dijangka untuk berlaku. Hal ini kerana lebah kelulut

memiliki sikap menjaga rumah mereka dengan betul-betul malahan lebah ini tidak mengganggu

kawasan lebah lain kecuali kawasan lebah yang lebih lemah. Penternakan lebah kelulut ini

diternak di kawasan yang lembap dan tidak terlalu panas kerana lebah kelulut lebih suka di

kawasan yang berhampiran sungai dan pokok serta mudah untuk mencari makanan.

Selain itu, kajian ini turut bertujuan untuk mengenalpasti peranan penternakan madu

kelulut dalam meningkatkan ekonomi perusahaan ternakan madu kelulut kerana melalui

perusahaan ini mampu membantu dalam peningkatan ekonomi di negara serta dapat memberi

peluang kepada masyarakat berhampiran dengan Taman Pertanian Sabah (TPS) untuk

melibatkan diri dalam aktiviti penternakan madu kelulut. Dalam hal ini, penternakan lebah

kelulut dapat membantu dalam bidang perubatan kerana madu kelulut ini sesuai untuk

menyembuhkan kencing manis, merawat strok, merawat Hepatitis hati, merawat kanser dan
merawat tinggi darah. Hal ini kerana, madu kelulut ini kurang manis dan bernutrisi tinggi

walaupun dalam kuantiti sedikit kerana saiz lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah madu.

Malahan, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan kejayaan ternakan madu

kelulut dalam meningkatkan perusahaan madu kelulut. Melalui cara ini membantu dalam Taman

Pertanian Sabah (TPS) untuk mengekalkan perusahaan ini sejurus membantu masyarakat untuk

mendalami cara penternakan madu kelulut dan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Selain itu,

pensijian kepada penternak lebah kelulut turut dilalukan oleh My Gap AM bagi membantu

mereka yang ingin memcuba menternak lebah kelulut. Melalui, pensijilan ini akan dapat

memberi peluang kepada ramai lagi penduduk di kawasan taman untuk mula menjinakkan diri

dalam meningkatkan perusahaan madu kelulut bagi membantu diri mereka sejurus itu dapat

meningkatkan ekonomi negara dengan adanya madu kelulut ini yang banyak membantu dalam

pelbagai segi kerana kualiti madu itu sendiri.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah aspek utama dalam penulisan ilmiah. Dimana, dalam

kajian ini terdapat tiga permasalahan yang dilakukan untuk kajian. Malahan, melalui cara ini

dapat membantu dalam mengetahui latar belakang perkembangan kegiatan penternakan madu

kelulut ini dilakukan serta keberkesanan kajian ini kepada Taman Pertanian Sabah (TPS) dalam

kegiatan tersebut. Dalam hal ini, madu kelulut mengalami evolusi dimana sarang lebah ini

terdapat pelbagai bentuk serta kelakuan lebah ini dalam pemakanan turut berbeza mengikut jenis
lebah kelulut ini sendiri. Malahan, lebah kelulut lebih selesa membina sarang yang tertutup hal

ini kerana lebah kelulut ini ingin mengurangkan penerimaan cahaya matahari yang terlalu panas

serta ini mengelakkan daripada diganggu oleh lebah yang lain di sekitar kawasan tempat tinggal

mereka. Contohnya lebah spesis Melipona serta Trigona spesis yang lain akan membina sarang

mereka selalunya di geronggang tunggul kayu atau di dahan pokok malahan ada juga yang

membina di dalam rongga tanah ataupun di sarang peninggalan tikus dan burung kayak tua.

Malahan, lebah kelulut spesis Trigona thoracica biasanya dijumpai di sekitar geronggang pohon

rambutan, manggis dan durian kerana memudahkan lebah ini untuk mendapatkan makanan

mereka. Bagi sarang lebah kelulut ini biasanya mempunyai muncung yang ditutup dengan

batumen dimana ia merupakan satu bahan istimewa yang diperbuat daripada campuran resin,

lilin, dan bahan lain seperti lumpur, minyak dan cat.

Kajian ini turut bertujuan untuk mengetahui apakah peranan penternakan madu

kelulut dalam meningkatkan ekonomi perusahaan ternakan madu Taman Pertanian Sabah (TPS)

dari tahun 1990 hingga 2015. Aspek ini bertujuan untuk memahami peranan dan bagaimana

perusahaan ini dapat membantu dalam peningkatan ekonomi ternakan madu kelulut dalam

membantu meringankan beban penduduk di sekitar kawasan taman. Madu daripada hasil lebah

kelulut dapat meningkatkan ekonomi kerana madu ini boleh diguna untuk pelbagai cara seperti

dalam menghasilkan lilin serta dalam perubatan madu ini turut sesuai disebabkan kandungan

gula dalam madu kelulut ini tidak sama seperti madu lebah biasa. Hal ini kerana, madu kelulut

sesuai untuk menjadi ubat kepada sesiapa yang menghidap Hepatitis hati, dapat merawat kanser,

penyakit darah tinggi, asma serta penyakit kencing manis malahan madu kelulut ini

mengandungi nutrisi yang banyak sehingga ia lebih sesuai dijual kepada mereka yang ingin
mengurangi kandungan gula yang banyak dalam badan. Madu kelulut ini juga dapat membantu

mereka yang ingin memajukan perusahaan ternakan madu kelulut kerana madu ini memiliki

banyak kebaikan kepada semua.

Selain itu, kajian ini turut bertujuan untuk mengetahui apakah kejayaan ternakan

madu kelulut dalam meningkatkan perusahaan madu kelulut di Taman Pertanian Sabah (TPS)

dari tahun 1990 hingga 2015. Persoalan ini sangat menarik untuk dikaji untuk dapat

membolehkan penduduk sekitar kawasan taman melibatkan diri dalam perusahaan madu kelulut

bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup penduduk di sekitar kawasan taman. Oleh

kerana, ramai yang mula menyedari akan kebaikkan madu kelulut ini yang memiliki khasiat yang

banyak kepada yang menggunakannya menyebabkan makin banyak telah mula menternak lebah

kelulut kerana hasil daripada madu tersebut. Malahan, menternak lebah kelulut ini lebih kerana

pemakanan lebah ini lebih mudah serta sikap lebah kelulut ini yang tidak bahaya seperti lebah

madu yang menyengat menyebabkan kerja pengambilan madu lebih mudah dilakukan oleh yang

menternaknya. Untuk itu, penternakan madu kelulut ini mula meningkat kerana kebaikan serta

hasil daripada madu tersebut.

SKOP KAJIAN
Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop yang

pertama adalah kajian kawasan (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini memfokuskan

kepada kawasan penternakan lebah madu kelulut di Taman Pertanian Sabah (TPS). Taman

Pertanian Sabah (TPS) telah mencadangkan tiga kawasan yang sesuai untuk penternakan ini iaitu

Taman Anak Sungai sekitar tigabelas ekar memiliki pelbagai jenis bunga-bungaan seperti

Portulaca dan Lantana Camara. Seterusnya, Muzium Tanaman Hidup yang sesuai untuk habitat

lebah kelulut dalam sepuluh ekar dan habitat kepada tumbuhan seperti Honalulu Creepers dan

Golden Chain trees. Dimana, kawasan terakhir iaitu Taman Hiasan sekitar lapan ekar menjadi

pilihan untuk lokasi peternakan lebah kelulut memiliki bunga-bungaan seperti Daisy dan

Jasmine. Selain itu, lebah kelulut ini spesis lebah yang rajin bekerja kerana lebah ini sering

melawat pokok yang banyak menghasilkan resin yang membantu lebah kelulut ini membina

sarang mereka dimana lebah ini akan mengangkut resin tersebut di belakang kakinya sebelum

dibawa ke sarang mereka. Oleh itu, perkara ini menyebabkan sarang lebah kelulut lebih kaya

dengan propolis berbanding sarang lebah madu malahan di ruang eraman yang dikelilingi oleh

dinding keselamatan yang diperbuat daripada lilin dan propolis yang telah didapati daripada

sumber makanan lebah kelulut itu dan dikenali sebagai involkrum.

Selain itu, dari segi tempoh masa kajian penternakan lebah kelulut di Taman Pertanian

Sabah (TPS) sepuluh tahun dari tahun ( 1995-2015) kerana sebelum ini taman hanya

menggunakan tumbuhan dan bunga-bungaan sebagai penarik pelancong untuk datang melawat

Taman Pertanian Sabah (TPS) dan setelah usia 15 tahun selepas taman dibuka untuk pelawat

Taman Pertanian Sabah (TPS) mengambil keputusan untuk menambahkan cara baharu dengan

penternakan madu kelulut yang selama ini hanya dilakukan oleh Stesen Penyelidikan Lagud
Sebrang kerana taman percaya bahawa penternakan ini mampu membantu dalam penglibatan

taman serta penduduk sekitar taman dalam bidang ekonomi di kawasan taman.

Disamping itu, bagi aspek kajian (fungsional) tiga isu utama yang dikaji. Dimana

kajian ini untuk mengetahui latar belakang perkembangan kegiatan ternakan madu kelulut dalam

membantu taman dalam menambahkan keunikan Taman Pertanian Sabah (TPS). Malahan hal ini

umtuk mengetahui apakah peranan peternakan madu kelulut dalam ekonomi pengusahaan

ternakan madu dengan memberi peluang kepada penduduk sekitar taman untuk mencuba

menternak lebah kelulut dalam meningkatkan ekonomi negara. Aspek ini turut untuk mengetahui

apakah kejayaan ternakan madu kelulut yang dapat membantu Taman Pertanian Sabah (TPS)

serta penduduk sekitar taman setelah mencuba untuk menternak lebah kelulut.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Dalam hal terdapat banyak kajian ilmiah yang telah dilakukan berkaitan dengan

ekonomi di Malaysia. Antara kajian yang dilakukan berkaitan dengan penternakan madu kelulut

dimana dalam penternakan ini terdapat tiga sumber yang memberi peruntukan kepada madu

kelulut iaitu Peruntukan Pembekal (S32), Pembangunan (D28) dan Tabung Amanah (KF5) yang

telah wujud sejak tahun 2001. Dimana, untuk tujuan mengumpul pelbagai kutipan wang tunai

dijana untuk jualan tiket, jualan hasil ladang serta untuk pelaksanaan aktiviti yang berkaitan

dengan ekonomi di Malaysia.


Selain itu, dalam penulisan yang bertajuk Peranan Lebah Botani yang membantu dalam

penternakan jenis lebah madu. Dimana, kajian ini dilakukan berdasarkan kepentingan

pendebungaan kepada lebah bagi mengekalkan protein dan karbohidrat kepada lebah,

kepentingan madu dimana madu dikumpul daripada tumbuhan dan disimpan serta penggunaan

kalender madu kerana memelihara lebah madu perlu berwaspada jika berlaku sebarang kepada

keperluan lebah madu dalam penghasilan madu dari penulisan ini dapat membantu pemeliharaan

lebah untuk menternak lebah madu dengan betul serta dapat membantu Taman Pertanian Sabah

(TPS) dan penduduk memahami cara yang tepat untuk menternak lebah madu.

Seterusnya kajian ilmiah lain yang dilakukan daripada sumber Laporan Tahunan Taman

Pertanian Sabah (TPS) oleh En. Osmani Marjuni tentang kelebihan agen pendebungaan dalam

penternakan lebah madu kelulut dimana lebah kelulut sesuai untuk diternak kerana lebah jenis ini

tidak menyengat jika didekati. Serta kelebihan yang didapati daripada penternakan madu kelulut

dalam bidang perubatan iaitu untuk sembuhkan penyakit seperti kencing manis, merawat

Hepatitis hati dan dapat mencegah pembiakan kanser. Hal ini menjadikan sebab Taman Pertanian

Sabah (TPS) memilih lebah kelulut berbanding lebah madu biasa.

KAEDAH KAJIAN

Untuk menghasilkan karya ilmiah ini, penulis telah menggunakan tiga kaedah yang

sesuai untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Dimana, penulis menggunakan kaedah kajian

kepustakaan terlebih dahulu dengan menggunakan sumber primer dan sumber sekunder bagi
menghasilkan kajian melalui Laporan Tahunan, majalah, dan surat khabar. Sumber ini boleh

didapati daripada perpustakaan yang ada di Taman Pertanian Sabah (TPS) sendiri.

Seterusnya, penulis turut menggunakan sumber lisan untuk mendapatkan laporan

tentang penternakan lebah kelulut. Dalam kaedah ini penulis telah menemubual beberapa orang

yang mengambil peranan utama dalam penternakan lebah kelulut selain daripada pekerja taman

sendiri. Antara tokoh yang ditemubual untuk mendapatkan maklumat iaitu pengurus dan pekerja

Taman Pertanian Sabah (TPS) sendiri serta Ketua Kampung Paguokon. Dimana, tokoh yang

ditemubual ini mengetahui tentang penternakan madu kelulut di kawasan kajian.

Disamping itu, penulis turut menjalankan kerja lapangan. Dimana kaedah ini dilakukan

untuk membantu penulis dalam berpengalaman melihat cara Taman Pertanian Sabah (TPS)

menternak lebah kelulut dengan cara yang betul serta membantu penduduk di sekitar kawasan

menternak lebah kelulut.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya dalam penulisan ini terbahagi kepada tiga bahagian utama dalam

kajian. Dimana, dalam bahagian pengenalan penulis telah menjelaskan tentang pembukaan

Taman Pertanian Sabah (TPS) yang telah dirasmikan setelah setahun selepas dibuka untuk

pelawat. Selain itu, penulis telah menjelaskan tentang latar belakang Taman Pertanian Sabah
(TPS) serta telah memberi kepentingan Taman Pertanian Sabah (TPS) kepada masyarakat yang

datang untuk melawat

Seterusnya, di bahagian isi pula telah merungkai tiga persoalan untuk tujuan kajian

dilakukan. Dimana, aspek pertama menjelaskan latar belakang perkembangan kegiatan kajian

madu kelulut dalam mengetahui perkembangannya di Taman Pertanian Sabah (TPS). Serta untuk

tujuan kajian bertujuan untuk mengenalpasti peranan penternakan madu kelulut dalam

meningkatkan ekonomi perusahaan ternakan madu di taman dan mengapa Taman Pertanian

Sabah (TPS) ingin membantu penduduk sekitar serta taman sendiri demi kepentingan yang dapat

memberi peluang penduduk mencuba membangunkan kawasan mereka.

Disamping itu, di bahagian kesimpulan penulis akan membuat rumusan tentang hasil

kajian yang telah dilakukan selama kajian di buat.

PENUTUP

Penulis berharap dimana dengan adanya penghasilan karya ilmiah ini akan dapat

membantu masyarakat dalam memahami tujuan penternakan lebah madu kelulut dilakukan di

Taman Pertanian Sabah (TPS) dalam memberi pendedahan kepada penduduk di sekitar kawasan

tentang kebaikan penternakan ini dilakukan demi memberi kebaikan kepada taman sendiri serta

penduduk yang ingin mencuba menternak lebah kelulut.


BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER

Laporan Tahunan Taman Pertanian Sabah

Temubual

Nama: Bernadus Ahar

Tempat Lahir: Hospital Tenom, Sabah

Umur: 32 Tahun

Pekerjaan: Penternak Kelulut TPS

Pengalaman: Menternak madu kelulut di TPS

Tempat Temubual: Taman Anak Sungai TPS

SUMBER SEKUNDER

http://animhosnan.blogspot.com/2019/09/singgah-di-tbs-tenom-amat-berbaloi.html (Deiksis

pada 01/09/2021)

https://www.kelulut.com.my/pengenalan-kepada-kelulut/ (Deiksis pada 04/09/2021)


Alfred, B.G.C (1978) Tropica Color Cyclopedia of Exotic Plant and Trees.

Roehrs Company - Publisher East RutherFord N.J. U.S.A.

Barnes, D.E. Chandapillai, M.M. (1972). Common Malaysia Weeds and

Their Control, Kuala Lumpur.

Mardan, M. and Kiew, R. (1980). Report On Bee Plants of West Malaysia.

Saiden, I. (1977). Bunga-bungaan Malaysia Pencetakan KUM SDN. Petaling Jaya.

Wood, G.H.S and Meijer, W. (1964). Dipterocarps Of Sabah . Sabah Forest Record

NO. 5. Forest Department, Sandakan.

Anda mungkin juga menyukai