Anda di halaman 1dari 9

Bahagian Linguistik Bahasa Malaysia

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan


Semester 1 Sidang
Akademik 2021/2022

AHLI KUMPULAN:

NAMA NO. WAKTU TUTORIAL


MATRIK

AINA MURSYIDAH BINTI ZAKARIA 150871 SELASA (9-9.50 PAGI)

FATIN NURULAIN BINTI MOHD SAID 151884 SELASA (9-9.50 PAGI)

AINA NAZIRA BINTI MOHAMAD


152188 SELASA (9-9:50 PAGI)
KHAIRI

SARAH SORFINA BINTI ZAMRI 15117 SELASA (9-9:50 PAGI)

SELASA (1-1.50
NURULHAIDA BINTI AHMAD FAISAL 151558
PETANG)

CHOI YI LING 150419 SELESA (9 - 9.50 PAGI)

SELASA (2-2.50
ONG YI TING 151578
PETANG)

TAY XIN XUAN 151306 SELASA (2-2.50


PETANG)

Soalan Tutorial HMA 101/4: Pengantar Bahasa Malaysia

Jawab SEMUA soalan

1. Bilakah bayi-bayi mulai mendengar bunyi-bunyi?

Bayi-bayi mulai mendengar bunyi-bunyi semasa dalam rahim ibunya. Mereka dapat

mendengar bunyi-bunyi di sekitar mereka walaupun mereka masih berada di dalam

kandungan ibu. Mereka mula berkembang auditori pranatal mereka. Mereka akan lebih peka

terhadap suara ibunya berbanding suara bapa. Sebelum bayi-bayi mencapai umur 1 tahun,
mereka dapat menangkap bunyi-bunyi yang tidak ada di dalam bahasa ibunda mereka.

Apabila mereka berumur 1 tahun, mereka mula memperolehi bahasa ibunda. Bayi-bayi akan

menghisap puting dengan laju apabila mereka mendengar bunyi yang baru.

2. Secara ringkas, huraikan tiga ciri-ciri umum pertuturan ibu kepada bayi-bayi

praverbal. Adakah ciri-ciri ini universal?

Tiga ciri-ciri umum pertuturan ibu kepada bayi-bayi praverbal adalah universal iaitu

ibu menggunakan kosa kata yang pendek dan mudah serta tidak kompleks atau

perbendaharaan kata yang asas apabila bertutur dengan bayi mereka supaya ibu dapat

menghasilkan komunikasi ringkas bersama bayi mereka untuk memudahkan bayi memahami

pertuturan tersebut. Ibu juga perlu mengulangi kata-kata yang mudah dan kerap digunakan

semasa bertutur dengan bayi supaya bayi dapat memahami perkara yang ingin disampaikan

oleh ibunya. Pertuturan ibu dengan bayinya akan merangsang perkembangan kognitif bayi.

Namun begitu, tahap perkembangan kognitif pada bayi kebanyakannya masih pada tahap

yang sederhana. Ciri-ciri umum berkenaan ini digunakan secara universal oleh ibu kepada

bayi mereka untuk menunjukkan paralinguistik pemerolehan bahasa oleh bayi.


3. Apakah prinsip jarak minimum?

Prinsip Jarak Minimum ialah kanak-kanak yang berumur tiga tahun dan keatas mula

mengandaikan apa-apa sahaja yang wujud sebelum kata kerja merupakan pelakunya.

Misalnya kanak-kanak mengungkapkan ayat seperti ‘kucing cakar ibu’. Dalam konteks ayat

tersebut, kanak-kanak mengandaikan bahawa kucing merupakan pelaku bagi sesuatu

ungkapan yang diujarkan kerana frasa nama ‘kucing’ hadir sebelum kata kerja ‘cakar’. Dalam

konteks ini, kanak-kanak mengandaikan bahawa frasa nama yang paling hampir atau hadir

sebelum kata kerja dalam rentetan baris perkataan sesuatu ayat merupakan pelakunya.

Demikian itu, kanak-kanak menganalisis ayat mereka dari segi susunan linear tetapi ianya

agak tidak tepat bagi beberapa ragam ayat tertentu. Misalnya, bagi ayat pasif ‘Siti disuruh

oleh Abu untuk pergi’. Frasa nama ‘Siti’ hadir sebelum kata kerja ‘disuruh’ dimana

berdasarkan Prinsip Jarak Minimum, kanak-kanak akan mengandaikan bahawa Siti adalah

pelakunya tetapi bagi penutur dewasa, ayat tersebut membawa maksud bahawa Siti ialah

orang yang meninggalkan dan Abu merupakan pelakunya.

4. Secara ringkas, huraikan suatu keupayaan berkaitan bahasa yang bayi-bayi

hilang sewaktu mereka mulai mempelajari bahasa ibunda mereka.

Bayi mempunyai beberapa keupayaan untuk berkomunikasi seperti tangisan, dekutan

dan bebelan. Tindak balas ini merupakan bahasa bayi untuk berkomunikasi. Namun, apabila

berusia satu tahun, bahasa bayi dan penghasilan bunyi buih semakin menghilang. Hal ini

dikatakan demikian kerana, seawal usia satu hingga enam tahun, mereka menerima kosa kata

dan mempelajari bahasa di sekitar mereka. Bahasa ini merujuk kepada bahasa ibunda yang
dituturkan di persekitaran mereka. Oleh itu, bunyi-bunyi bayi seperti tangisan dan bebelan

mulai hilang kerana mereka telah mempunyai kosa kata yang menggambarkan kehendak dan

perasaan mereka.

5. Apakah MLU dan bagaimanakah ianya dihitungkan?

● MLU (Mean Length of Utterance) atau Min Panjang Ujaran merupakan satu jenis

indeks untuk mengira perkembangan atau penguasaan bahasa kanak-kanak secara

umum. MLU digunakan sebagai kayu pengukur produktiviti linguistik seseorang

kanak-kanak. Kesahihannya amat bergantung kepada data yang dapat dikumpul oleh

seseorang pengkaji. MLU yang diperoleh oleh seseorang kanak-kanak akan dirujuk

kepada Jadual Acquisition of Sentence Forms Within Brown’s Stages of Development

untuk menentukan peringkat pemerolehan atau perkembangan sintaksis

kanak-kanak berkenaan.

● MLU merupakan prediktor yang baik untuk perkembangan bahasa. Dari usia 18 bulan

hingga 5 tahun, MLU meningkat kira-kira 1 hingga 2 morfem per tahun. Beberapa

sumber yang membahas tentang morfem yang kaitannya dengan morfologi dan

semuanya merupakan bahasa Inggeris yang sangat berbeza dengan bahasa Melayu.

● Cara pengiraan MLU adalah dengan membahagikan jumlah morfem dengan jumlah

ujaran.
MLU = Jumlah morfem

Jumlah ujaran

● Secara umumnya, pengiraan MPU dilakukan dengan membahagikan bilangan morfem

dengan bilangan ujaran. Lazimnya, jumlah bilangan ujaran yang diperlukan ialah 50

atau 100 ujaran utama kanak-kanak. Semakin tinggi MPU seseorang kanak-kanak

maka dijangkakan semakin tinggilah kecekapan berbahasa kanak-kanak tersebut.

● Sebagai contoh, 50 ayat yang diujarkan oleh kanak - kanak, jumlah morfemnya

ditentukan . MLU kanak - kanak dihitung. Setelah itu, peringkat kanak - kanak

tersebut ditentukan menerusi Jadual Acquisition of Sentence Forms Within Brown’s

Stages of Development Dapatan MLU tersebut ditentukan sekiranya selaras dengan

kanak-kanak yang berada dalam jangkaan umur tersebut atau tidak. Sekiranya tidak,

ini bermakna kanak - kanak tersebut masih belum mencapai tahap yang dijangkakan

berdasarkan umur kronologinya. Walau bagaimanapun, pengiraan MLU bukanlah

penentu mutlak untuk mengukur perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.

6. Apakah LAD dan apakah fungsinya menurut teori linguistik?

LAD merupakan alat pemerolehan Bahasa yang terdapat pada setiap manusia. Sejak

dari lahir lagi manusia telah memiliki alat pemerolehan Bahasa bagi memperoleh

rangsangan dan bertindak balas. sesuatu kemampuan seseorang yang dibawa sejak

lahir yang mendasari semua bahasa manusia. LAD yang membezakan manusia

daripada haiwan dan memiliki ciri khas dalam minda manusia yang tidak terdapat

dalam makhluk lain. Fungsi LAD menurut teori linguistik ialah peranti pemulihan
bahasa bagi kanak-kanak iaitu membantu kanak-kanak menguasai dan melakukan

pemulihan dalam bahasa ibunda. LAD juga berfungsi mengalirkan darah ke bagian

depan dan kiri jantung.

7. Secara ringkas, huraikan sekurang-kurangnyasuatu aspek Bahasa

Yang kelihatannya diajarkan secara eksplisit kepada kanak-kanak. Berikan


suatu

contoh khusus.

Cara berbahasa yang betul dan sopan. Sebagai contoh, kanak-kanak

mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantunya. Kanak-kanak

meminta maaf apabila melakukan kesalahan. Kanak-kanak tidak bercakap dengan

menggunakan perkataan-perkataan kasar yang tidak bersopan. Mereka berbahasa

sopan dan menghormati orang lain daripada bahasa yang dipelajari.

8. Menurut pandangan ahli interaksionis sosial, apakah peranan yang dimainkan

oleh ibu bapa dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak?

Proses pemerolehan bahasa kanak-kanak merupakan proses di mana kanak-

kanak memperoleh keupayaan mengamati dan memahami bahasa serta cara mereka

menghasilkan dan menggunakan perkataan dan ayat untuk berkomunikasi. Proses

pemerolehan dan penguasaan bahasa melibatkan struktur, peraturan dan perwakilan.

Kanak-kanak perlu diajar dan diterapkan secara berkesan dalam penggunaan ilmu

linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan sebagainya. Di samping

itu, terdapat pelbagai teori telah dikemukakan oleh para pengkaji dan ahli

interaksionis sosial untuk menerangkan cara proses tersebut berlaku dalam kalangan

kanak-kanak. Misalnya, Chomsky, Piaget, dan Vygotsky telah mengkaji beberapa

teori utama mengenai proses perolehan dan perkembangan bahasa dan pertuturan
dalam kalangan kanak-kanak (Christine M. Taylor, 1999). Menurut pandangan ahli

interaksionis sosial, pihak ibu bapa akan memainkan peranan yang amat penting

dalam proses tersebut kerana mereka mempunyai hubungan pertalian darah dengan

kanak-kanak mereka sejak lahir.

Menurut Tay Meng Guat dari Jabatan Pengajian Melayu (2006), proses

pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Seseorang

kanak yang normal akan menghasilkan bunyi bahasa dari usia seawal tiga bulan

(Mahzan Arshad, 2012). Pada usia tersebut, kanak-kanak mampu menghasilkan bunyi

yang seakan-akan dapat difahami oleh dirinya dan juga ahli keluarga yang berada di

sekelilingnya terutama ibu. Komunikasi bahasa antara kanak-kanak dengan ibu bapa

boleh berlaku dalam pelbagai bentuk bunyi dan juga dengan menggunakan isyarat

badan yang hanya boleh difahami oleh mereka. Dengan itu, kanak-kanak ataupun bayi

secara semula jadinya akan dapat menguasai bahasa ibundanya dengan peranan dan

didikan dari pihak ibu bapa.

Terdapat pandangan ahli interaksionis sosial yang berpendapat bahawa

perkembangan bahasa seseorang kanak adalah berkaitan dengan persekitaran sosial

dan persekitaran linguistik yang disediakan oleh ibu bapa. Persekitaran merujuk

kepada segala benda yang terdapat disekeliling (Osman, 2004). Menurut al-Na’imy

(1994), manusia adalah berbeza dari segi bahasa berdasarkan persekitaran di mana

seseorang tersebut berada. Menurut Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman dalam

Sosiohumanika (2008), mereka menyatakan bahawa lingkungan keluarga individu,

terutama pihak ibu bapa yang dapat mempengaruhi bahasa dan corak kehidupan

seseorang kanak. Menurut Rohner, Ronald & Veneziano, (2001) ibubapa merupakan

individu yang paling hampir dengan anak-anak dan merekalah yang mencorakkan
perkembangan dan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak dari peringkat kelahiran

sehingga ke peringkat dewasa. Atan Long (1978) pula menyatakan bahawa faktor

persekitaran yang akan mempengaruhi kanak-kanak ialah hubungan dalam keluarga,

iaitu hubungan kanak-kanak dengan ibu bapa dapat mempengaruhi penguasaan

bahasanya. Oleh itu, jelasnya persekitaran yang disediakan oleh pihak ibu bapa

kepada kanak-kanak adalah sangat penting kerana faktor tersebut dapat

mempengaruhi cara kanak-kanak tersebut dalam proses pemerolehan sesuatu bahasa

secara berkesan.

Ahli interaksionis sosial juga berpendapatan bahawa kanak-kanak perlu

didedahkan kepada interaksi linguistik dalam cara yang berkesan bagi mempelajari

bahasa yang betul. Menurut Amir House (2014), interaksi linguistik adalah proses

mempelajari penggunaan bahasa sebagai sistem interaksi verbal di dalam masyarakat.

Dalam proses interaksi tersebut, pihak ibu bapa perlu membetulkan perkataan kanak-

kanak dengan sebutan yang betul. Selain itu, proses interaksi dan maklum balas juga

harus dilakukan bagi membantu kanak-kanak dalam membetulkan, mencantum

perkataan, dan meluaskan penggunaan bahasa mereka. Menurut Ali, Mad Rahim dan

Mustaffa (2008), peranan interaksi komunikasi menggunakan bahasa yang betul

dalam keluarga adalah sangat penting dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Pihak ibu bapa boleh melakukan aktiviti perbualan dengan bahasa yang berbeza

untuk membentuk perbendaharaan kata dan memberi

pengalaman kepada kanak-kanak.

Di samping itu, ibu bapa juga harus memainkan peranan role model dan

menunjukkan teladan untuk dicontohi oleh kanak-kanak mereka. Penggunaan bahasa

yang betul harus diamalkan setiap masa oleh ibu bapa di rumah sama ada ketika
berbual dengan ahli keluarga atau saudara-mara. Dengan ini, kanak-kanak akan

mencontohi bahasa ibu bapa kerana ibu bapalah contoh utama kanak-kanak sebelum

mereka mengenali dunia luar.

Kesimpulannya, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam proses

pemerolehan bahasa kanak-kanak. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa yang

menyatakan bahawa kanak-kanak umpama kain putih. Ibu bapa harus

bertanggungjawab dan mengambil berat dalam proses pemerolehan bahasa kanak-

kanak sejak dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai