Anda di halaman 1dari 28

SGDI 7034

AKHLAK AND SPIRITUALITY IN EDUCATION

Group Assigment
“METODOLOGI PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA
MENURUT PERSPEKTIF IMAM AL-GHAZALI ”

PREPARED BY:

ISMAIL BIN SALLEH


MATRIC NO:904677

PROGRAMME:
DOCTOR OF EDUCATION (Ed.D)

PREPARED FOR :
DR. ROSNAAINI HAMID

1
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN....................................................................................................3
ADAB DAN AKHLAK MENURUT PANDANGAN ILMU TASAWUF......................7
PERKAITAN DI ANTARA ADAB DAN AKHLAK..................................................9
BERAKHLAK MULIA MENJANA KEHIDUPAN YANG BAIK.............................10
KESAN PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA KEARAH MA’RIFAH ALLAH...........11
KEPENTINGAN BERAKHLAK MULIA...............................................................14
KAEDAH PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI...............15
Kebersihan hati...............................................................................................17
Kepentingan beradab sopan.........................................................................18
Berkekalan wuduk dan melakukan taubat...................................................19
Menjaga Lidah dan Berterusan Zikir kepada Allah SWT .............................20
Membersihkan diri daripada semua cita-cita selain Allah SWT..................21
Solat Jemaah...................................................................................................21
Memperbanyakkan Doa dan Amal Ibadat.....................................................22
Tolong menolong sesama insan.....................................................................24
Memperbanyak Sedekah................................................................................24
Menjalinkan persahabatan yang baik...........................................................25
Sentiasa bergaul dengan guru mursyid........................................................25
Mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan oleh
pihak musuh....................................................................................................26
Menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat yang tercela................26
RUJUKAN.........................................................................................................27

2
METODOLOGI PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA MENERUSI PENDEKATAN

AL-IMAM AL-GHAZALI

PENGENALAN

Akhlak adalah sebagai budi pekerti atau kelakuan. Dalam Bahasa Arab kata

akhlak (akhlaq) diertikan sebagai tabiat, perangai, kebiasaan, bahkan agama.

Pembentukan akhlak yang mulia atau makarimul akhlak merupakan satu usaha

untuk membentuk akhlak yang mulia yang selari dengan kehendak hukum syarak.

Usaha pembentukan akhlak secara bersungguh-sungguh mampu melahirkan

keperibadian yang tinggi. Proses pembentukan akhlak yang mulia ini memerlukan

mujahadah dan proses penyucian jiwa secara mendalam.

Keperibadian akhlak yang tinggi adalah hasil pendidikan dan penyucian jiwa

menerusi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT secara yang berterusan.

Proses penyucian jiwa ini hendaklah ikhlas dan bukan dibuat-buat semata-mata

untuk menunjuk-nunjuk dan menarik perhatian kepada manusia. Matlamat

pembentukan akhlak yang mulia dan pembentukan keperibadian yang tinggi hanya

akan berjaya dikecapi setelah menempuh latihan dan mujahadah yang tinggi dan

bertepatan dengan ajaran dan syariat Islam.

Hasil pemurnian jiwa dalaman yang mantap dan bersih mampu memberikan

paradigma baharu kepada kehidupan seharian. Jiwa yang tulus bersih juga akan

memandukan segala tingkah laku kita yang baik dan sentiasa berada di bawah

naungan dan petunjuk Allah SWT. Segala tingkah laku yang baik boleh dilihat

melalui beberapa perkara yang dipamerkan secara spontan seperti tatacara sewaktu

berkomunikasi, menghormati orang sekeliling, memenuhi kehendak agama,

3
persembahan bahasa badan, yang sesuai Ketika berkomunikasi dan berinteraksi

dengan orang asing dan keikhlasan ‘ubudiyyah kepada Allah SWT. Oleh yang

demikian proses penyucian jiwa perlu dalam proses tahdib al-akhlak.

Fenomena semasa tentang masalah keruntuhan akhlak dan adab umat Islam

di Malaysia semakin meningkat dari sehari ke sehari. Senario tersebut jelas terserlah

yang dapat ditonton di segenap tempat, situasi dan melibatkan keseluruhan

peringkat umur. Sekalipun terdapat ramai yang menunaikan solat dan melaksanakan

puasa yang berpotensi melahirkan insan yang bertakwa namun hasrat untuk

mencapai matlamat mencegah kejahatan dan kemungkaran tetap gagal. Pelbagai

program keagamaan dan pendidikan akhlak diwujudkan secara berterusan namun

masalah yang sama tetap berleluasa. Keruntuhan akhlak dan adab akan memberikan

impak kepada peradaban sesebuah bangsa. Hal ini kerana peradaban sesebuah

bangsa diukur berdasarkan ketinggian akhlak dan kemuliaan adab. Bangsa yang baik

merupakan bangsa yang menjaga peradaban tersebut. Jika peradaban lenyap maka

perjalanan hidup masyarakat tidak ada panduan dan akan rosak.

Keruntuhan akhlak mencakupi bidang yang sangat luas sehingga ada yang

berani menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal. Lantang

mempersendakan Rasulullah SAW dengan alasan sunnah baginda sudah tidak sesuai

dengan perkembangan zaman seperti cara baginda berpakaian dan penampilan

identiti diri. Tingkah laku sudah jauh menyimpang daripada petunjuk dan kehendak

syariat Islam. Cara berpakaian Yang tidak senonoh sangat dikagumi dan menjadi

ikutan khususnya golongan remaja yang berlarutan pula mempengaruhi golongan

pertengahan usia.

4
Suruhan menutup aurat disesuaikan dan diperagakan bertujuan memenuhi

tuntutan perkembangan fesyen semasa, bukan memenuhi piawaian pelaksanaan

perintah penjagaan batas aurat. Rentak dan dendangan muzik berkumandang

sepanjang masa telah menjadi santapan jiwa sehingga berjaya dengan cemerlang

mengambil alih peranan zikir kepada Allah SWT. Pergaulan bebas antara lelaki dan

perempuan menjadi perkara biasa malah dianggap kolot jika seseorang itu tidak

turut serta mengambil bahagian. Gaya hidup ala barat yang negatif mula

menguasai setiap sudut ruang yang ada sebagai satu budaya hidup yang sangat

mengagumkan diri.

Keruntuhan akhlak Islam yang murni secara umum pada pandangan tasawuf

disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman

dipengaruhi oleh tuntutan hawa nafsu manakala faktor luaran ialah pengaruh dunia

dan hasutan syaitan. Kedua-dua faktor tersebut telah memainkan peranan masing-

masing semata-mata bertujuan menjauhkan seseorang daripada akhlak dan adab

sopan sehingga mampu menggoncangkan pegangan akidah yang murni. Gejala-

gejala sosial yang semakin meningkat turut menjadi agenda perbincangan hangat

dalam kalangan para pemerintah, pendidik dan ibu bapa. Masing-masing berusaha

mencari jalan keluar yang baik dan sesuai untuk menangani permasalahan tersebut.

Pelbagai teori dan usaha dilakukan bagi menangani masalah kebejatan ummah.

Namun impak yang baik dan ingin dicapai tetap masih jauh.

Kerosakan akhlak yang murni menjejaskan hubungan baik antara seseorang

hamba dengan Allah SWT sehingga terpisah jauh yang menyebabkan pula

seseorang itu bergelumang dengan perkara-perkara maksiat yang keji. Usaha

pendidikan akhlak dan adab pula tidak dihiraukan lagi malah dianggap kolot serta
5
tidak sesuai untuk diaplikasikan dengan kemajuan semasa. Hal ini akan

menambahkan lagi keburukan yang sedia ada lantaran kecelaruan individu yang

hanyut dalam arus keruntuhan tersebut mentafsirkan semula fungsi dan

kepentingan akhlak serta adab berdasarkan cita rasa tersendiri dengan

membelakangi garis panduan syarak.

Antara punca berlaku hal-hal yang tidak baik termasuk kegagalan

menjalankan tanggungjawab dalam menanam adab dan pembentukan akhlak mulia

pada peringkat awal. Terdapat anak yang membesar kurang mendapat pendidikan

agama dan pembentukan akhlak mulia. Malahan antara faktor yang jauh lebih

malang terdapat anak Islam yang menerima sajian pendidikan gaya hidup yang

tergelincir daripada landasan syariat yang benar.

Aksesori material hidup yang mewah secara berlebihan dan menyimpang

daripada landasan syarak juga boleh mengakibatkan anak gagal mengenali adab dan

budi yang mulia. Hal ini menjadi bertambah buruk akibat pengabaian pendidikan

akal dan rohani anak dengan sebarang pengisian roh keagamaan. Tingkah laku

mereka yang sombong seolah-olah membayangkan bahawa keangkuhan adalah

simbol kemuliaan yang sangat sempurna.

Hubungan yang erat antara golongan muda sebagai pewaris perjuangan

Islam dan golongan tua sebagai pembimbing yang sangat berpengalaman mesti

dipertahankan sepanjang masa. Namun perkara sebaliknya yang berlaku. Perasaan

hormat dan budaya hormat menghormati terutama kepada golongan tua semakin

pudar. Situasi yang tidak seimbang menjadi bertambah buruk lantaran mendapat

6
sokongan daripada sikap golongan tua sendiri yang ketandusan sifat belas kasihan

dan limpahan kasih sayang sebagai pembimbing.

Perasaan kasih sayang yang harus dicurahkan oleh orang tua kepada

golongan lebih muda kian terhakis. Ketidakseimbangan hubungan dua hala yang

sating kait-mengait antara golongan tua dan muda menimbulkan perasaan benci dan

pandangan serong sesama sendiri. Kepincangan keadaan masyarakat yang berlaku

menyebabkan hubungan baik antara seseorang hamba dengan Allah SWT dan

sesama manusia turut terjejas. Hal ini sangat memerlukan satu pendekatan

baharu yang boleh menolong dan mengubah situasi buruk kepada yang lebih baik.

Pembentukan akhlak dan nilai sahsiah diri yang baik adalah elemen yang

sangat penting dalam proses pembentukan sebuah masyarakat yang berakhlak

mulia dan tinggi etika. Kekuatan sesebuah bangsa atau masyarakat umum amat

bergantung kepada asas sahsiah diri yang mantap.

Oleh itu, setiap individu mesti menyedari kepentingan tersebut dan berusaha

untuk membentuk diri dengan adab-adab syarak secara terfokus sehingga mampu

melahirkan insan yang berakhlak mulia dan mempunyai keperibadian yang tinggi.

Dalam artikel ini penulis ini menumpukan kaedah dan metodologi pembentukan

akhlak mulia menurut pandangan Imam al-Ghazali.

ADAB DAN AKHLAK MENURUT PANDANGAN ILMU TASAWUF

Adab dan akhlak merupakan komponen utama dalam ilmu tasawuf. Kaedah

dan metode mujahadah dan riadah yang tepat yang berkaitan pembentukan akhlak

yang mulia mestilah mengikut garis panduan dan disiplin ilmu tasawuf. Hal ini

disebabkan Pendidikan tasawuf akan menjadi sia-sia apabila seseorang berjaya


7
menempuh latihannya dengan sempurna, tetapi gagal meniliki akhlak mulia. Oleh

itu, al-Imam al-Ghazali sentiasa memberikan tumpuan penting dalam usaha

mendidik jiwa dalaman untuk menghapuskan sifat-sifat yang tercela dalm diri

seseorang. Usaha ini lebih dikenali sebagai makarim al-akhlak.

Menurut al-Qhushairi(1997), akhlak yang baik merupakan satu sifat yang

terpuji bagi seseorang hamba. Proses pembentukan akhlak memerlukan mujahadah

dan pengorbanan yang tinggi. Justeru itu, ulama’ tasawwuf amat mementingkan

proses makarim akhlak sebelum menempuh amalan kerohanian dan suluk yang

lebih mendalam melalui pendidikan adab-adab dan akhlak menurut tareqat masing-

masing.

Abu al-Hafs r.a. (m. 265 H/ 874 M) menyatakan bahawa tasawuf diliputi oleh

adab pada setiap waktu, setiap hal dan setiap maqam. Sesiapa yang sentiasa

beradab nescaya akan sampai kepada martabat kesufian manakala sesiapa yang

tidak beradab pula akan jauh menyimpang seterusnya akan jauh daripadanya

perkara-perkara yang boleh taqarrub kepada Allah.

Latihan adab yang diikuti dengan sepenuh hati mampu meletakkan

seseorang pada maqam yang lebih tinggi di sisi Allah SWT. Yusuf bin Husayn

menegaskan bahawa adab merupakan punca utama lahirnya perkara-perkara yang

baik _seperti yang terungkap dalam ucapannya; "Dengan adab seseorang itu dapat

memahami ilmu, dengan ilmu membawa amalan menjadi sah, dengan amalan yang

sah boleh mencapai hikmah, dengan hikmah akan berdiri zuhud, dengan zuhud lahir

sifat tinggalkan dunia, dengan meninggalkan dunia akan bergegas pula dengan

8
urusan akhirat, dengan bergegas dengan urusan akhirat akan tercapai darjat yang

tinggi di sisi Allah SWT".

PERKAITAN DI ANTARA ADAB DAN AKHLAK

Adab berasal dari perkataan Arab iaitu ‫أدب‬  yang memberi maksud perilaku

dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta

kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam

kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini

ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa

konteks. Justeru seseorang itu menunjukkan adab dengan mempamerkan kelakuan

dan kepandaian membuat pilihan yang betul. Manakala, perkataan Akhlak berasal

daripada ْ ‫َأ‬ iaitu
perkataan  ٌ‫خالَق‬ kata jama' daripada perkataan ‫ق‬CCCCُ
ٌ ‫خل‬ُ  bererti

tabiat,kelakuan, perangai, dan tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti

agama itu sendiri. 

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah sifat yang tertanam di dalam

diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah

tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang

terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah

melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Adab merupakan cabang kecil dalam akhlak yang mesti diikuti oleh seseorang

yang menjalani Latihan kerohanian. Menurut al-Tusi seorang tokoh tasawuf berkata,

"Sufi itu ialah orang yang sangat beradab dalam perjalanan mereka. Mereka beradab

pada setiap waktu dan beradab dalam semua perkara. Berdasarkan kenyataan di

9
atas, adab memainkan peranan yang penting dan bertindak sebagai agen yang kecil

dalam pembentukan akhlak mulia

Kesungguhan latihan dan riadah ialah adab, manakala tabiat atau kebiasaan

ialah akhlak. Menurut Al-Suhrawardi (m. 632 H/1264 M) mengatakan bahawa akhlak

yang baik boleh diusahakan dengan menjadikan sesuatu perbuatan yang baik

sebagai tanggungjawab sehingga kekal menjadi amalan kebiasaan kepada

seseorang. Oleh itu, berdasarkan huraian ringkas ini dapat dibuat kesimpulan

bahawa akhlak merupakan perkara umum, manakala adab pula merupakan khusus

yang berfungsi sebagai landasan pertama untuk nerkara dan membentuk akhlak

mulia dalam diri seseorang.

BERAKHLAK MULIA MENJANA KEHIDUPAN YANG BAIK.

Allah SWT menjanjikan kehidupan yang baik kepada seluruh hamba-

hambanya jika seluruh manusia berakhlak dan mengamalkan nilai-nilai Islam yang

baik. Selain itu Allah SWT juga menjanjikan penghidupan yang baik dan mandapat

ganjaran kebaikan hasil perbuatan yang baik yang dilakukan oleh hamba-hambanya.

Ulama’ tasawwuf menegaskan bahawa sesiapa yang berjaya mencapai kehidupan

kerohanian dengan ma'rifah Allah dan merasa lazat kehidupannya dengan

mengingati Allah SWT, maka dia memiliki kehidupan yang baik." Firman Allah SWT:

ۖ
‫ن فَلَنُ ۡحيِيَنَّ ۥهُ َحيَ ٰو ٗة طَيِّبَ ٗة َولَنَ ۡج ِزيَنَّ ُهمۡ َأ ۡج َرهُم‬ٞ ‫صلِ ٗحا ِّمن َذ َك ٍر َأ ۡو ُأنثَ ٰى َوه َُو ُم ۡؤ ِم‬
َ ٰ ‫َم ۡن َع ِم َل‬

َ ‫بَِأ ۡح‬
َ‫س ِن َما َكانُو ْا يَ ۡع َملُون‬

10
Maksud: Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan
dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami berikan kepadanya kehidupan
yang baik (Surah al-Nahl 16:97)

Al-Tusi mentakrifkan kehidupan yang baik ialah reda dan qana'ah dengan

Allah SWT, manakala Ibn 'Ujaibah (m.1224 H/1809 M) pula mentakrifkan kehidupan

yang baik ialah berasa puas dan gembira dengan Allah SWT.

Seseorang yang menjalani proses kerohanian akan menikmati kehidupan

yang sempurna, malah tidak pernah merasa bosan atau jemu dengan kehidupan

dunia seperti yang digambarkan oleh Sarri al-Saqati (m. 255 H/871 M), "Sesiapa

yang memasuki kehidupan tasawuf dan kenal, iaitu kenal Allah SWT (ma`rifah

Allah) sesungguhnya dia hidup. Selain itu Ibn rUjaibah mengatakan sesiapa yang

cenderung ke arah dunia sesungguhnya dia menjadi kehilangan Haluan.

KESAN PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA KEARAH MA’RIFAH ALLAH

Sifat ketaqwaan berperanan sebagai pendayung yang menentukan arah

pelayaran dan mampu menempuh segala rintangan. Al-Qushairi seorang tokoh

tasawuf berkata, "Dunia itu seperti laut yang sangat luas, akhirat seperti tepi pantai,

pendayungnya ialah takwa dan ahli pelayarannya ialah manusia. Seseorang yang

hanya menumpukan kepada kehidupan didunia semata-mata akan merugikan

seseorang hamba kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan penuh

dengan tipu daya. Kenyataan ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:

ِ ‫حيَ ٰو ُة ٱل ُّدنۡ يَٓا ِإاَّل َم ٰ َت ُع ۡٱل ُغ ُر‬


‫ور‬ َ ‫َو َما ۡٱل‬

Maksud: Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan,

(Surah Ali imran 3:185).

11
Menurut tarekat Nagshabandiyyah, ma’rifah Allah merupakan matlamat tertinggi

yang ingin dicapai oleh setiap pengamal amalan kerohanian.

Oleh itu, guru tareqat akan berusaha untuk mendapatkan limpahan kasih

sayangnya untuk murid tersebut. Hal ini merupakan asas terpenting bagi Tarekat

Naqashbandiyyah yang mendahulukan zikrullah dan berusaha untuk mendapatkan

jadhbah menerusi pimpinan guru semasa proses bersuluk.

PENYEMPURNAAN AKHLAK DAN KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW.

Riadah kerohanian bertujuan membentuk tingkah laku yang sopan khususnya

pada pandangan Allah SWT dan manusia umumnya. Matlamat kedatangan

Rasulullah SAW sendiri bertujuan menyempurnakan akhlak yang mulia seperti firman

Allah SWT:

َ ۡ‫و‬eَ‫و ْا ٱللَّ َه َو ۡٱلي‬e‫ج‬


ِ ٓ ‫م ٱأۡل‬
‫ َر ٱللَّ َه‬e‫ َر َو َذ َك‬e‫خ‬ ُ ‫انَ يَ ۡر‬e‫من َك‬
َ ّ ِ‫ة ل‬ٞ ‫ َن‬e‫س‬
َ ‫ح‬ ۡ ‫ه ُأ‬
َ ‫س َو ٌة‬ ِ َّ‫ل ٱلل‬ ُ ‫لَّق َۡد َكانَ لَك ُۡم فِي َر‬
ِ ‫سو‬

ٗ ِ‫َكث‬
‫يرا‬

Maksud: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang

balk, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah SWT dan

(balasan baik) hari akhirat ……….(Surah al-Ahzab 33:21).

Rasulullah SAW memiliki akhlak mulia yang menjadi perhiasan dunia dan

akhirat serta mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti yang ditegaskan

oleh al-Wasiti (m. 320 H/932 M). Beliau berpendapat, "Rasulullah SAW bersifat

12
dengan akhlak mulia kerana akhlak mulia merupakan perhiasan dunia dan akhirat

serta mendekatkan diri kepada Allah SWT" (al-Ghazali).

Akhlak yang mulia bukan perkara baharu yang ditekankan dalam Islam,

malahan telah lama dititikberatkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW. Baginda

sendiri diakui oleh Allah SWT sebagai seorang yang paling berakhlak mulia. Firman

Allah SWT:

‫يم‬
ٖ ‫ظ‬ِ ‫ُق َع‬
ٍ ‫خل‬ ٰ َ‫ك لَ َعل‬
ُ ‫ى‬ َ َّ‫َوِإن‬

Maksud: Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi-pekerti yang agung/

(Surah al-Qalam 68:4).

Mujahadah menyatakan bahawa maksud "berbudi pekerti yang agung" ialah

berada di atas agama yang besar, agama yang menghimpunkan amalan-amalan

soleh dan segala akhlak yang baik (al-Suhrawardi, 1973:209). Rasulullah SAW

merupakan orang yang paling baik akhlaknya seperti yang telah dicatat dalam kitab

Sunan Abi Dawud, iaitu:

‫كان النبي صلي هللا عليه وسلم من أحسن الناس خلقا‬

Maksud: Adalah Rasulullah SAW dalam kalangan manusia orang yang paling baik

akhlak.

Akhlak mulia merupakan sunah Rasulullah SAW yang sangat besar. Oleh itu,

setiap orang terutama guru mesti menzahirkan sunah akhlak yang baik dalam setiap

aspek kehidupan seharian. Ahmad Zaruq (m. 899 H/1493 M) berkata, "Setiap shaykh

yang tidak menzahirkan sunah, maka tidak sah mengikutinya kerana tidak wujud hal

13
yang sebenar. Sekalipun dirinya benar dan dizahirkan kepadanya beribu-ribu

karamah" (Shaykh 'Abd al-Qadir 'Isa, t.th.:487).

KEPENTINGAN BERAKHLAK MULIA

Secara umumnya, perlaksanaan amalan semua tareqat bertujuan untuk mencapai

ma`rifah Allah dengan terlebih dahulu memberikan perhatian kepada pembentukan

akhlak mulia. Usaha untuk mencapai akhlak yang baik seperti cahaya yang

menyinar. Yahya bin Mua'adh (m. 258 H/871-72 M) berkata:

“Sesiapa yang banyak memiliki akhlak mulia seperti cahaya yang menyinar.

Seterusnya, beliau menambah bahawa akhlak yang buruk adalah satu malapetaka,

tidak diberikan sebarang manfaat dengannya segala kebaikan, akhlak yang baik

adalah satu keindahan, tidak memudaratkan dengannya segala keburukan”. (Al-

Ghazali, t.th.b:52)

Akhlak mulia boleh dibentuk melalui proses takhalli dan tahalli, manakala

tajalli ialah limpahan Illahi yang hanya diperoleh melalui rahmat Allah SWT.

Seseorang yang ingin befrakhlak mulia sudah mamadai dengan melaksanakan

latihan kerohanian takhalli dan tahalli, tetapi bagi golongan yang ingin mencari

keredaan Allah SWT dan mencapai makrifah Allah SWT memerlukan latihan

kerohanian secara khusus yang dipimpin seseorang guru yang mursyid kamil

mukammil.

Akhlak dan keperibadian yang baik akan menentukan kebahagiaan kepada

kehidupan dunia. Sebaliknya akhlak buruk akan meninggalkan kesan yang tidak baik

14
kepada diri sendiri serta menyempitkan rezeki. Oleh itu, mengawasi akhlak yang

buruk dengan berkata, "Sesiapa yang buruk akhlaknya akan menyempitkan rezeki.

Tambahan pula, akhlak buruk mampu mengundang bahaya kepada kehidupan

dunia seperti sentiasa gelisah, bimbang dan keluh kesah.

KAEDAH PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Menurut pendapat al-Ghazali (m. 505 H/1111 M), tabiat manusia biasa dapat

dikuasai, diubah dan dilatih menjadi baik. Oleh itu, beliau telah mengkategorikan

manusia kepada empat golongan berdasarkan kepada tabiat semula jadi mereka

sebelum menerima pendidikan akhlak, iaitu:

1. Manusia yang bodoh. Golongan ini tidak dapat membezakan antara perbuatan

yang baik dengan yang buruk. Mereka termasuk dalam golongan orang yang

mudah sekali diubah tabiat atau perangainya. Mereka hanya memerlukan

seorang guru yang akan memberikan petunjuk dan bimbingan untuk ditaati.

2. Manusia yang mengetahui sesuatu perkara yang buruk tetapi tidak

membiasakan diri melakukan perkara kebaikan, malah tetap membiasakan

diri mengerjakan perkara buruk mengikut kehendak dan telunjuk hawa nafsu.

Tabiat atau perangai manusia golongan ini sangat sukar untuk diubah

berbanding dengan golongan pertama. Usaha membaikinya mesti terlebih

dahulu menghilangkan kebiasaan melakukan kejahatan, kemudian

membiasakan diri dengan kebaikan.

15
3. Manusia yang mempunyai keyakinan bahawa yang buruk itu baik. Menurut al-

Ghazali (m. 505 H/1111 M), manusia seperti ini tidak dapat diperbaik kecuali

sebahagian kecil kerana mereka dalam keadaan sesat yang jauh.

4. Manusia yang berkeyakinan bahawa melakukan kejahatan merupakan satu

kelebihan serta menjadi kebanggaan, Usaha memperbaik akhlak golongan ini

seperti menjinakkan harimau atau memutihkan yang hitam.

Secara ringkas dapat dinyatakan bahawa golongan pertama dikenali sebagai

golongan yang bodoh, golongan kedua merupakan golongan yang bodoh dan sesat,

golongan ketiga merupakan golongan yang bodoh, sesat dan fasiq dan golongan

keempat ialah golongan yang bodoh, sesat, fasiq dan sangat jahat (Mubarak,

Zaki,1924:167).

Hati mampu mempengaruhi perbuatan dan pergerakan anggota luaran tubuh

badan manusia. Ahmad bin Hadrawayyah (m. 240 H/853 M) berpendapat, "Hati

ialah sebuah tempat penerimaan. Apabila hati dipenuhi dengan kebenaran (al-haq)

akan melimpah sinaran cahayanya pada anggota zahir. Sebaliknya, jika dipenuhi

pula dengan kebatilan akan melimpah kegelapan pada anggota zahir" (al-Kurdi,

1377 H:510).

Pembentukan sahsiah diri yang baik sangat penting kerana peranan yang

dipikul sebagai elemen-elemen kecil kepada pembentukan sebuah masyarakat mulia.

Kekuatan sesebuah masyarakat umum sangat bergantung pada asas sahsiah diri

yang mantap. Oleh itu, setiap individu mesti menyedari kepentingan tersebut dan

berusaha untuk membentuk diri dengan adab-adab syarak secara terfokus sehingga

mampu melahirkan insan berakhlak mulia.

16
Oleh itu, pembentukan akhlak batin harus dilakukan melalui usaha

pembentukan akhlak zahir kerana akhlak batin boleh ditingkatkan dengan

pembentukan akhlak zahir. Tokoh tasawuf berkata, "Sesungguhnya pembentukan

akhlak batin boleh dilakukan dengan peningkatan akhlak zahir. Apabila tidak

berubah di sini (akhlak zahir) maka tidak berubah di sana (akhlak batin)"

(Ahmad ,1968:336).

Tegasnya akhlak dan adab luaran seseorang yang menjalani proses

kerohanian yang baik merupakan hasil pendidikan dalaman yang baik.

Kesimpulannya, segala perbuatan yang dilakukan oleh anggota luaran akan

memberikan kesan pada hati. Sebaliknya, jika hati pula yang banyak melakukan

maksiat seperti hasad, riak dan takbur, akan terserlah pada perbuatan anggota zahir

yang boleh menggoncangkan keimanan seseorang dan kehidupan bermasyarakat.

Selain itu, al-Ghazali (m. 505 H/1111 M) menjelaskan beberapa kaedah yang boleh

diikuti oleh seseorang murid untuk membentuk akhlak mulia, iaitu (al-Ghazali,

t.th.:62-63):

Kebersihan hati

Kebersihan hati merupakan pendekaan imam al-Ghazali untuk membentuk

akhlak mulia. Kebersihan hati merupakan usaha membersihkan niat daripada segala

kerenah dan kehendak. Gesaan supaya membersihkan hati daripada semua cita-cita

meskipun yang bersangkutan dengan akhirat. Kedua-dua adab ini memberikan

kekuatan dalaman yang sangat penting kepada pembentukan sahsiah.

Sesungguhnya hati merupakan tapak pembentukan dan pendidikan pertama

yang diberikan perhatian khusus dalam pendidikan tasawuf. Pekerjaan hati

17
mencakupi usaha membersihkan hati dan niat yang sangat berkait rapat dengan

sifat-sifat mahmudah, manakala niat pula merupakan amalan dalaman atau rahsia

hati seseorang yang tidak diketahui umum. Oleh itu, seseorang yang ingin memiliki

sahsiah din yang baik mesti memulakan langkah dengan mendahului niat yang baik.

Hal ini menunjukkan bahawa kebersihan hati dan niat yang baik menjadi

pokok pangkal segala kebersihan dan kesempurnaan. Segala kebaikan tidak hanya

baik dan indah pada pandangan lahiriah, tidak hanya suci daripada kotoran yang

lahir seperti bersih tubuh badan, rupa paras, pakaian dan tempat tinggal tetapi mesti

bersih daripada sifat-sifat yang tercela dan bersih niat daripada penyembahan selain

Allah SWT. Sesungguhnya niat yang bersih mendidik hati dan melatih diri supaya

sentiasa bersifat ikhlas dalam menunaikan sesuatu amal ibadat kepada Allah SWT.

Niat yang bersih juga berkeupayaan meninggalkan kesan yang positif terhadap sikap

atau tanggungjawab terhadap bidang tugas, pekerjaan dan amanah seharian

sesama makhluk. Oleh itu, beban tugas yang dipikul mesti dilaksanakan dengan

penuh perasaan tanggungjawab semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah

SWT, bukan bertujuan mendapatkan pujian, kenaikan pangkat, sanjungan dan

penghormatan daripada pihak atasan atau orang yang berpengaruh

Kepentingan beradab sopan.

Secara keseluruhan seseorang yang beriman perlu berusaha menjaga adab

sopan yang baik. Seseorang yang beriman perlu menjaga tata tertib sewaktu duduk

sama ada semasa seorang diri atau berada dalam majlis keramaian. Sebaik-baik

18
duduk adalah dengan duduk bersimpuh. Elakkan duduk bersandar ke dinding

sekalipun di luar waktu beribadat, semasa menyampaikan dan mendengar ilmu.

Jangan duduk bersila atau melunjur kaki.

Duduk bertinggung tidak baik begitu juga sering mengangkat kaki ke atas

paha. Menyelubungi badan melambangkan penekanan Islam kepada kepentingan

menjaga aurat dan kesihatan diri agar sentiasa sihat serta tidak mudah dihidapi

sebarang penyakit. Batasan aurat mesti dijaga dengan sempurna kerana termasuk

syariat Islam yang sangat penting. Di samping menjaga batasan aurat seseorang

yang beriman juga perlu mengawal pandangan mata daripada sebarang bentuk

pandangan yang melalaikan hati terhadap. ingatan kepada Allah SWT dan tidak lalai

mengawasi hati daripada prasangka yang buruk.

Berkekalan wuduk dan melakukan taubat.

Berkekalan wuduk merupakan dua perkara yang bergandingan baik kerana

memainkan peranan masing-masing dalam usaha pembersihan. Taubat dilakukan

untuk membersih hati manakala wuduk membersihkan lahiriah seseorang. Amalan

taubat perlu dilatih agar sebati sebagai rutin seharian seseorang. Taubat boleh

dilakukan sama ada dengan memperbanyak istighfar, mandi taubat dan solat taubat.

Amalan taubat berperanan untuk memperelok hubungan baik antara seseorang

hamba dengan Allah SWT.

Seseorang hamba yang banyak bertaubat sentiasa memerhatikan diri agar

tidak melakukan kesilapan atau kesalahan yang dilarang dan boleh menjauhkan diri

daripada Allah SWT serta berusaha memperbaiki din dengan menambahkan amal
19
ibadat kepada Allah SWT. Kesan pendidikan taubat bukan sahaja memelihara

hubungan baik antara seseorang hamba dengan Allah SWT malah turut memelihara

hubungan baik sesama manusia.

Seseorang yang tersilap melakukan perkara yang salah sama ada terhadap

ahli keluarga, rakan sekerja atau menyalahi tanggungjawab terhadap kerjaya perlu

segera bertaubat dan memohon kemaafan terhadap kesilapan yang tidak sengaja di

samping berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama pada masa akan

datang. Orang yang sering melakukan taubat juga sentiasa memperbaiki mutu kerja

dari semasa ke semasa. Mandi taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa. Antara

peraturan untuk mandi taubat termasuk menutup aurat sendiri dan tidak terlihat

aurat oleh orang lain, memilih tempat yang suci, tidak bercakap-cakap, dimulai

dengan ghusul janabah. Sewaktu sedang mandi juga tidak terlepas daripada

perasaan takut kepada Allah SWT dan bertaubat daripada perbuatan yang lampau.

Ketika mandi perlu berdiam diri sehingga selesai. Kemudian mengambil wuduk untuk

mendirikan solat taubat. Berkekalan wuduk merupakan amalan baik yang dipandang

serius dalam kalangan ahli tasawuf.

Seseorang yang ingin menghayati amalan ini boleti dimulai dengan mengikuti

disiplin-disiplin berwuduk yang disyorkan dan diamalkan oleh golongan tasawuf, iaitu

hendaklah sedapat mungkin sentiasa berada dalam keadaan berwuduk terutama

ketika sedang marah, ditimpa sesuatu kesusahan atau sedang menunggu masuk

waktu solat. Berusaha membiasakan diri dengan bersiwak sebelum mengambil

wuduk.

20
Menjaga Lidah dan Berterusan Zikir kepada Allah SWT .

Suruhan menjaga lidah merujuk adab semasa suluk. Seseorang yang baik

akhlak mesti berusaha menjaga lidah daripada kata-kata yang kosong, tajam dan

sia-sia. Kegagalan yang selalu menimpa seseorang murid disebabkan terlalu banyak

berbicara dan terjebak dengan pergaulan bebas. Oleh itu seseorang yang beriman

mesti bergaul dengan orang yang baik seperti orang yang alim ulama’, para guru

dan orang yang memiliki akhlak mulia.

Membersihkan diri daripada semua cita-cita selain Allah SWT.

Membersihkan cita-cita selain Allah SWT mencakupi cita-cita dalam

melakukan amal ibadat yang hanya dikhususkan ke hadrat Allah SWT. Amal ibadat

dilakukan bukan sebagai umpan untuk mendapatkan kesenangan dan kemewahan

dunia tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Apabila seseorang itu berjaya membersihkan segala cita-cita dalam amal

ibadat selain mencapai keredaan Allah SWT maka akan lahir pula sifat ikhlas dalam

menunaikan kewajipan sesama manusia. Pengaruh sifat ikhlas dan cita-cita hanya

untuk mendapatkan keredaan Allah SWT benar-benar memberikan impak yang

sangat kuat terhadap keimanan seseorang sehingga lenyap unsur-unsur negative

seperti malas, tamak tidak adil dan sombong.

21
Solat Jemaah.

Solat adalah salah satu amalan yang boleh mendekatkan diri seseorang

hamba dengan Allah SWT. Solat juga berkeupayaan menghubungkan seseorang

hamba dengan perasaan penuh perhambaan kepada Allah SWT secara rasmi. Orang

yang solat merupakan orang yang hanya bergantung harap kepada Allah SWT.

Soiat tidak boleh ditinggalkan dan mesti istiqamah dengan solat. Seseorang

yang hendak menunaikan solat boleh mengikuti adab-adab seperti yang berikut agar

memperolehi solat yang sempurna. Adab ketika solat, iaitu bersikap rendah dini,

khusyuk, hadir dengan hati, mengelak diri daripada perkara waswas, tidak bergerak

lahir dan batin, tenang semua anggota, mata ditundukkan ke bawah, bertafakur

ketika membaca bacaan, mengingati Allah SWT sewaktu takbir, rukuk dan sujud

sambil menyebut tasbih dengan perasaan trezim. Semasa tasyahud hendaklah

mernandang ke arah tangan kanan, ketika memberi salam mesti dilakukan dengan

perasaan menyesal dan hendaklah meninggalkan tempat solat dengan perasaan

takut dan mencari keredaan Allah SWT.

Memperbanyakkan Doa dan Amal Ibadat.

Memperbanyakkan doa dan amal ibadat mengambil iktibar daripada adab

merupakan amalan doa sangat ditekankan oleh ajaran Islam. Oleh itu, setiap orang

beriman perlu rnenyedari tentang kepentingan doa. Amalan doa perlu dilakukan bagi

menunjukkan seseorang itu sangat bergantung harap kepada Allah SWT.

Setiap orang Islam juga mesti banyak berdoa kepada Allah SWT dalam setiap

aspek perbuatan atau pekerjaan yang dilakukannya. Seseorang yang hendak

22
melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan wajar sekali didahului dengan doa.

Semasa membaca atau mengaminkan doa hendaklah hati seseorang Mukmin tetap

penuh dengan perasaan khusyuk dan menunjukkan sikap merendahkan diri seperti

orang yang sangat memerlukan sesuatu atau orang yang sedang menempuh

kesusahan yang berat. Hendaklah mengetahui tentang kelemahan diri dan

kebesaran Allah SWT dan yakin dengan sepenuh hati segala permintaan akan

dikabulkan dan sangat bimbang jika permohonan tertolak. Apabila selesai berdoa

hendaklah menyapu ke muka dengan kedua-dua tapak tangan. Seseorang yang

beriman perlu melakukan amal ibadat yang banyak untuk mendapatkan

kesejahteraan hidup dan mencapai keredaan Allah SWT.

Antara amal ibadat yang boleh dilakukan termasuk menunaikan solat-solat

sunat, zikir, puasa sunat dan banyak membaca ayat suci al-Qur'an. Seseorang perlu

istiqamah dengan solat tahajud atau menyediakan waktu yang tetap untuk

membaca al-Quran.

Jadikanlah amalan membaca Surah Yasin selepas solat asar dan membaca

Surah (21-Kahfi pada malam Jumaat sebagai rutin yang tidak boleh ditinggalkan.

Hendaklah selalu tawaduk, takut kepada Allah SWT dengan meminta keampunan

terhadap dosa yang kelihatan dalam amal ibadat. Semua amalan-amalan sunat ini

dihayati sehingga menjadi rutin seharian yang tidak boleh dipisahkan dengan jiwa

seseorang.

Selain itu, seseorang yang beriman juga mesti berusaha gigih agar turut

serta dalam majlis ilmu dan agama yang dianjurkan masyarakat setempat seperti

bacaan Surah Yasin pada tiap-tiap malam Jumaat selepas solat maghrib di masjid

23
atau majlis-majlis lain seperti kenduri arwah, majlis doa selamat dengan bacaan

Yasin untuk sesuatu hajat. Sewajarnya, seseorang yang beriman tidak melepaskan

peluang, cuai atau ketinggalan untuk mengikuti majlis-majlis tersebut.

Majlis-majlis tazkirah seumpama ini juga dapat menguatkan keimanan agar

istiqamah dengan aamal ibadat yang diredai Allah SWT. Seseorang yang beriman

perlu melakukan amal ibadat yang banyak untuk mendapatkan kesejahteraan hidup

dan mencapai keredaan Allah SWT. Antara amal ibadat yang boleh dilakukan

termasuk menunaikan solat-solat sunat, zikir, puasa sunat dan banyak membaca

ayat suci al-Qur'an.

Tolong menolong sesama insan.

Tolong menolong sesama insan merupakan amalan-amalan yang boleh

mendekatkan diri kepada Allaah dan proses kepada pembentukan akhlak yang

mulia. Hubungan antara seseorang murid dengan orang lain dalam ajaran sufi lebih

kuat daripada ukhuwah biasa antara seseorang Islam dengan saudara Islam yang

lain. Hubungan tersebut dilakukan atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT lahir dan

batin di samping mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam perkataan dan perbuatan.

Ajaran Islam juga melarang keras seseorang yang bertakwa bergantung nasib

kepada manusia malahan mesti berpegang teguh kepada Allah SWT semasa susah

atau senang dan rela dengan pemberian Allah SWT yang sedikit atau banyak.

Seseorang yang ingin memiliki sifat taqwa perlu berusaha melahirkan beberapa

perkara penting dalam dini, iaitu menanamkan sifat warak dan istigamah,

melaksanakan sunnah Rasulullah SAW terutama dalam amal ibadat dan membaiki
24
budi pekerti, mengharap dan bergantung nasib dengan penuh kesabaran dan

tawakal yang sempurna, rela sepenuh hati dengan ketentuan Allah SWT seperti

hidup sederhana dan merasa puas dengan apa-apa Yang ada selain mengembalikan

setiap sesuatu kepada Allah SWT melalui ucapan tahmid dan syukur.

Memperbanyak Sedekah.

Memperbanyak sedekah mengambil iktibar daripada adab semasa suluk yang

kedua puluh. Pendidikan adab tersebut secara khusus melatih para salik supaya

banyak melakukan amalan sedekah kerana ia merupakan salah satu amalan baik

yang sangat disukai Allah SWT.

Sedekah berfungsi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umah.

Seseorang yang hendak bersedekah mesti memerhati dan mengikuti adab-adab

bersedekah. Adab-adab tersebut ialah berusaha menyediakan sedekah terlebih

dahulu sebelum diminta, bersiap sedia mengeluarkan sedekah dan ringan tangan

dengan tidak terkekang oleh perasaan kikir. Sedekah yang dihulurkan mesti dengan

niat yang ikhlas hanya menuntut keredaan Allah SWT.

Jangan sekali-kali menganggap harta yang dimiliki lebih mulia daripada

kehormatan dini. Jangan bersikap sombong atau kej am terhadap penggemis malah

mesti dilayan dengan air muka yang sopan dan jernih.

Menjalinkan persahabatan yang baik.

25
Menjalinkan persahabatan yang baik merupakan amalan yang mulia. Sahabat

sangat penting kepada setiap orang semasa senang dan susah. Mencari teman atau

sahabat yang benar-benar dapat mengawasi dan menegur perbuatan yang buruk.

Sahabat yang baik akan membimbing kea rah kebaikan manakala sahabat yang

jahat akan membimbing kea rah kemungkaran.

Seseorang yang beriman mestilah melahirkan sifat baik dan rasa hormat

kepada orang lain dan dilarang bersikap sombong dalam segala gerak- geri

kehidupan.

Sentiasa bergaul dengan guru mursyid.

Guru yang mursyid dapat melihat dan menilai segala kekurangan akhlak

yang ada pada diri muridnya dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh guru.

Seseorang guru yang mursyid akan membimbing muridnya mengenal Allah dengan

lebih mendalam kearah menuju makrifatullah.

Mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan oleh


pihak musuh

Seseorang yang ingin membentuk akhlak mulia perlu melalui proses

mendengar dan memerhati kekurangan yang dilontarkan oleh musuh. Hal ini adalah

kerana mereka lebih berterus terang mengkritik tentang keburukan diri berbanding

26
ucapan rakan-rakan dan sahabat karib kita yang suka menyembunyikan sesuatu

keburukan.

Menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat yang tercela

Setiap muslim perlu menggauli dan bersosial disamping mengambil

pengajaran untuk membaiki diri sendiri. Sesungguhnya seorang Mukmin merupakan

cermin kepada Mukmin yang lain.

RUJUKAN

al-Falimbani, a.-A. S. (n.d.). Hidayatus Salikin fi Sulukil Muttaqin.


Al-Ghazali, I. (n.d.). Bidayatul Hidayah.
Allah, A.-S. A.-Q. (1973). 'Awarif al-Ma'arif . Kaherah : Maktabah al-Kaherah .
Al-Qhushairi, A. Q.-Q.-N.-S. (1997). Al-Risalah Al-Qhushairiyyah Diterjemah oleh
Abdul al-Halim bin Mahmud dan Mahmud bin al-Sharif Jilid 1. Kaherah: Darul
Kitabah al-Hadithah.
file:///C:/Users/Asus/Downloads/Kitab_Hidayah_al_Salikin_Karangan_al_Fal.pdf.
(2014). Retrieved from Jurnal Usuluddin (Januari – Jun 2014) 39:71-109.
Hamid, R. (2015). Adab bersuluk Syeikh Abdul Wahab Rokan . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

27
Hamid, R. (2019). Tazkiyyat Al-Nafs Perspektif Naqashbandiyyah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka .
https://ejournal.unida.gontor.ac.id/index.php/tadib/article/viewFile/460/417 . (n.d.).

28

Anda mungkin juga menyukai