Anda di halaman 1dari 21

SGDI 7034

AKHLAK AND SPIRITUALITY IN EDUCATION

Individual Assigment
“KONSEP TAAT GURU MURSYID”

PREPARED BY:

ISMAIL BIN SALLEH


MATRIC NO:904677

PROGRAMME:
DOCTOR OF EDUCATION (Ed.D)

PREPARED FOR :
DR. ROSNAAINI HAMID

1
ISI KANDUNGAN

Konsep taat guru mursyid.................................................................................... .3


Definisi guru mursyid…………………………………………………………………………………………5
Konsep ketaatan guru mursyid……………………………………………….…………….……….…. 5
Ciri-ciri guru mursyid…………………………………………………………………..…………………….6
Guru mursyid akan membimbing muridnya………………………………………..………………..6
Guru mursyid akan istiqamah di atas syariat………………………………………………..………7
Kewibawaan pimpinan guru mursyid……………………………………………………………..……8
Guru mursyid mempunyai ilmu pengetahuan dan ketakwaan……………………………..…9
Guru mursyid akan menggabungkan ilmu syariat dan hakikat………………………..…….11
Guru mursyid bertanggungjawab membimbing muridnya
Ke arah makrifatullah dan ubudiyyah…………………………………………………..…………….12
Guru mursyid seorang yang zuhud……………………………………………………….…………..13
Kategori zuhud……………………………………………………………………………………………….16

2
Konsep Taat Guru Mursyid

Pengenalan

Guru memainkan peranan penting dalam amalan kerohanian sekali gus

bertindak sebagai pembimbing proses tazkiyyat al-nafs (penyucian jiwa) dan

pembentukan akhlak murid. Status guru yang dimaksudkan dalam pendidikan

kerohanian secara khusus dalam Tarekat Naqshabandiyyah ialah seorang guru yang

berstatus mursyid. Guru seumpama ini mempunyai keupayaan yang cukup baik untuk

membimbing para muridnya menuju ke jalan yang benar, sebaliknya guru yang sesat

hanya akan menghala ke arah kesesatan dan kemurkaan Allah SWT.

Definisi Guru Mursyid

Adab pertama dalam bersuluk adalah mencari guru yang mursyid iaitu yang

sudah terkenal . Guru tersebut juga memperoleh ilmu daripada seorang sheikh yang

tidak tercela ajarannya (Buyung Shamsudin, 1935; H. A. Fuad Said, 1991 & 1995).

Maksud guru mursyid pada pandangan tasawuf merujuk kepada seorang guru

yang sempurna dan mempunyai urutan salasilah yang benar serta pernah dididik oleh

sheikh yang sempurna. Hal ini demikian menunjukkan seseorang yang menepati tiga

syarat utama sudah mencukupi digelar sebagai guru mursyid iaitu peribadi yang

sempurna, memiliki salasilah yang benar dan mendapat pendidikan dengan sempurna

sehingga tamat dari sheikh yang benar serta dipersetujui pula oleh sheikh untuk

mengembangkan ajaran tarekat.

Tambahan pula pendidikan yang sempurna boleh mengelakkan timbulnya

masalah ajaran sesat. Manakala al-Kurdi (m. 1332H/1913M) pula berpendapat

3
maksud guru mursyid adalah seseorang guru itu mesti menepati garis panduan tarekat

Naqshabandiyyah iaitu seseorang yang telah sempurna suluknya. Pegangan syariat

dan hakikat selari dengan al-Quran dan hadis serta sentiasa berpandukan kepada

pendapat ulama.

Seseorang guru mursyid juga mesti berkedudukan pada maqam al-rijal al-

kamil. Dia juga telah sampai kepada keredaan Allah SWT dan suluknya juga berada

di bawah pimpinan seorang mursyid yang mempunyai rantaian salasilah sehingga

kepada Rasullah SAW serta mendapat keizinan daripada sheikhnya untuk

menyampaikan ajaran kepada orang lain. Dia juga mesti mempunyai ilmu dan

makrifah yang benar, tidak jahil dan tidak didorong oleh keinginan hawa nafsu semata.

Guru mursyid yang benar akan menyampaikan seseorang murid kepada Allah

SWT (Al-Kurdi, 1377H). Sekiranya guru tersebut memiliki ciri-ciri seperti yang

diperkatakan maka layak dan bertepatan sekali menjadi seorang guru mursyid.

Sebaliknya, jika seseorang yang bergelar guru mursyid tetapi bukan ahlinya yang

sebenar maka akan lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada manfaat.

Selain itu dia akan dipertanggungjawabkan dengan dosa besar kerana

memisahkan seorang murid daripada sheikhnya yang arif (Al-Kurdi, 1377H). Al rijal al-

kamil berusaha memudahkan dan memendekkan perjalanan yang ditempuhi oleh para

murid dan mengangkat martabat kerohanian murid bukan menyuruh melakukan

riyadah badan yang, sangat memenatkan dan sukar. Sayyid Muhammad al-Sammani

(m.562H/1166M@1167M) berkata: "Bukanlah orang yang kamil itu menyusahkan

muridnya dengan menyuruh riyadah pertapaan bersungguh-sungguh memerangi

4
nafsunya tetapi sheikh yang kamil itu ialah orang yang menaikkan martabat murid dan

menyampaikannya kepada Allah SWT" (Al-Palimbani, 1953).

Hal ini demikian disokong oleh Abu Hassan al-Shadhili (m.656H/1258M), beliau

berkata: "Bukanlah lelaki yang kamil itu orang yang menunjukkan kamu jalan Yang

menyusahkan tetapi sesungguhnya lelaki yang kamil itu ialah orang yang

menunjukkan kamu jalan tarekat yang menyenangkan dan mudah iaitu jalan yang

paling hampir kepada Allah SWT" (Al-Palimbani, 1953). Perjalanan kerohanian

seseorang murid untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT boleh menjadi pendek

dengan bantuan dan bimbingan pendidikan guru yang mursyid. Oleh itu, kedudukan

guru mursyid pada pandangan ahli tasawuf menjadi titik fokus utama.

Konsep ketaatan kepada guru mursyid

Menurut al-Kurdi guru mursyid yang benar akan menyampaikan seseorang

murid kepada Allah SWT. Sekiranya huru tersebut memiliki ciri-ciri seperti yang

dinyatakan maka ia layak menjadi seorang guru mursyid. Sebaliknya, jika seseorang

yang bergelar guru mursyid tetapi bukan ahlinya yang sebenar maka akan lebih

banyak mendatangkan kerosakan daripada manfaat.

Oleh itu, beliau akan dipertanggungjawabkan dengan dosa besar kerana

memisahkan seorang murid daripada syeikhnya yang 'arif (al-Kurdi, 1377

H:535)Justeru itu, setiap orang mesti berhati-hati agar mengenal pasti terlebih dahulu

dan mengetahui tentang kedudukan seseorang guru yang benar sebelum menerima

ijazah amalan tarekat.

Guru yang mursyid merupakan guru yang sentiasa istiqamah di atas syariat

sepanjang masa. Oleh itu, Dhu al-Nun al-Misri(246H) menegaskan ketaatan

5
seseorang murid kepada syeikhnya hanya berkaitan perkara-perkara yang selari

dengan hukum syarak. Beliau berkata” Taat seseorang murid kepada syeikhnya di

atas ketaatan syeikh kepada tuhannya.(Al-Bir Nasri, 1960).

Ciri-ciri guru mursyid

1. Guru Mursyid akan sentiasa membimbing muridnya

Kepentingan bimbingan guru pada pandangan golongan tasawuf sangat

penting. Hal ini demikian dinyatakan oleh Abu Ali al-Daqaq (ra.

40511/1015M)@412H/1021M),beliau berkeyakinan bahawa seseorang murid tidak

mampu menempuhi amalan tarekat tanpa bimbingan seseorang sheikh yang benar-

benar mursyid kerana sifat jalan tersebut yang ghaib atau halus dan memerlukan

pengawasan serta pendidikan yang sangat teliti. Beliau berkata: "Manusia tidak

mampu berjalan di atas jalan tarekat sufi tanpa sheikh kerana perjalanannya yang

ghaib atau ghaib yang Iebih ghaib.

Seperti mana pokok yang tumbuh secara sendirian tanpa orang yang menjaga

tidak akan mengeluarkan walau satu faedah daripada buahnya bahkan boleh jadi tidak

akan berbuah selama-lamanya" (Al-Shi'rani, 1988). Perhatikanlah wahai saudaraku

kepada Sayyid al-Mursalin SAW secara mutlak bagaimana Jibril a.s. menjadi

perantaraan antaranya dengan Allah SWT dalam penurunan wahyu.

Guru mursyid juga mesti berjaya menduduki tempat al-rijal nal-kamil menurut

Tareqat Naqashabandiyyah. Hal ini disebabkan kemampuan al-rijal al-kamil ialah

sentiasa berusaha memudahkan dan memendekkan perjalanan yang ditempuhi oleh

para murid, dia juga berusaha mengangkatkan martabat kerohanian muridnya bukan

menyuruh melakukan riadah badan yang sangat memenatkan dan sukar.

6
Sayyid Muhammad al-Sammani (m. 562 H/1166 M atau 1167 M) berkata:

Bukanlah orang yang kamil itu menyusahkan muridnya dengan menyuruh riadah

pertapaan bersungguh-sungguh memerangi nafsunya, tetapi shaykh kamil itu ialah

orang yang menaikkan martabat murid dan menyampaikannya kepada Allah SWT. (Al-

Palimbani, 1953a:188).

Kenyataan ini disokong oleh Abu Hassan al-Shadhili (m. 656 H/ 1258 M), beliau

berkata: Bukanlah lelaki yang kamil itu orang yang menunjukkan kamu jalan yang

menyusahkan, tetapi sesungguhnya lelaki yang kamil itu ialah orang yang

menunjukkan kamu jalan tarekat yang menyenangkan dan mudah, iaitu jalan yang

paling hampir kepada Allah SWT. (Al-Palimbani, 1953a:188).

Sesungguhnya guru mursyid mempunyai kewibawaan Yang sangat istimewa

dan sentiasa menolong membuka jalan yang benar kepada para murid sewaktu

menempuh latihan kerohanian. Oleh hal yang demikian, ketahuilah sesungguhnya

mengambil sheikh adalah wajib tidak terkecuali bagi setiap orang murid (Al-Shi'rani.

1988).

2. Guru Mursyid akan Istiqamah di atas syariat

Istiqamah di atas syariat Jalan tasawuf yang sebenar sentiasa berada di atas jalan

lurus yang menepati al-Quran dan al-Sunah. Tokoh tasawuf berkata: "Ketahuilah jalan

ahli sufi sentiasa berada di atas al-Kitab dan al-Sunah. Sesiapa yana menyalahi kedua-

duanya nescaya keluar daripada jalan lurus" (A1--Shi'rani, 1954). Firman Allah SWT:

ٞ ‫ط ُّم ۡستَق‬ٞ َٰ‫وهُۚ َهَٰ َذا صِ َر‬


‫ِيم‬
ۡ َ ۡ ُ ُّ َ َ ِ َ َ َّ َّ
ُ ‫ٱعبُ ُد‬ ‫إِن ٱَّلل ر ِّب وربكم ف‬

7
Terjemahan: Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu kerana itu sembahlah Dia.

Inilah jalan yang lurus. (Surah Ali 'Miran 3: 51)

Maksud jalan lurus adalah kemampuan beristiqamah di atas syariat (Al-

Shi'rani,1954). Guru yang mursyid merupakan guru yang sentiasa istiqamah di atas

syariat sepanjang masa. Oleh itu, Dhu al-Nun al-Misri (m. 246H/859M) menegaskan

ketaatan seseorang murid kepada sheikhnya hanya berkaitan perkara-perkara yang

selari dengan hukum syarak. Beliau berkata: "Taat seseorang murid kepada sheikhnya

di atas ketaatan sheikh kepada Tuhannya" (Al-Bir Nasri Nadir, 1960). Jalan lurus juga

mesti menepati penyaksian al-Kitab dan al-Sunah.

3. Kewibawaan pimpinan guru mursyid

Guru yang berwibawa akan menunjukkan murid ke jalan yang benar serta

sentiasa berada di atas jalan lurus yang menepati kehendak hukum al-Qur'an dan

sunah. Pengawasan yang sempurna dapat mengelakkan seseorang murid daripada

tersasar ke lembah kesesatan semasa menjalani sebarang latihan yang diwajibkan

oleh guru mursyid. Tokoh tasawuf berkata:”Ketahuilah jalan ahli sufi sentiasa berada

di atas al-Kitab dan al-Sunnah. Sesiapa yang menyalahi kedua-duanya nescaya keluar

dari jalan yang lurus. (Al-Shierani, 1954a:45)

ٞ ِ‫ط ُّم ۡس َتق‬ٞ َٰ ‫ص َر‬ َ َ ۡ َ ُ ِ َ َّ َّ


Firman Allah SWT :‫يم‬ ِ ‫ٱَّلل َر ِّب َو َر ُّبك ۡم فٱع ُب ُدوهُُۚ هَٰذا‬ ‫إِن‬

8
Maksud: Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu kerana itu sembahlah Dia.

Inilah jalan yang lurus. (Surah Ali 'Imran 3:51).

Maksud jalan lurus ialah kemampuan beristiqamah di atas syariat (al-Shi`rani,

1954a:56). Guru yang mursyid merupakan guru yang sentiasa istiqamah di atas

syariat sepanjang masa. Oleh itu, Dhu al-Nun al-Misri (m. 246 H/859 M) menegaskan

bahawa ketaatan seseorang murid kepada shaykhnya hanya berkaitan dengan

perkara-perkara yang selari dengan hukum syarak. Beliau berkata, "Taat seseorang

murid kepada shaykhnya di atas ketaatan shaykh kepada Tuhannya" (al-Bir Nasri

Nadir, 1960: 34). Jalan lurus juga mesti menepati penyaksian al-Kitab dan al-Sunnah.

Sahl bin 'Abd Allah al-Tustari (m. 283 11/896 M) berkata, "Setiap sesuatu yang tidak

ada penyaksian al-Kitab dan al-Sunnah maka menjadi batal. Hal ini menunjukkan

keadaan dan jalan sufi. Sesiapa yang mendakwa halnya selain kemegahan ini (al-Kitab

dan al-Sunnah), maka segala yang didakwanya hilang dalam pembohongan."

Sesungguhnya al-Qur'an dan al-Sunnah merupakan pegangan yang utama kepada

tokoh tasawuf.

4. Guru mursyid mempunyai ilmu pengetahuan dan ketakwaan

Antara ciri penting yang mesti dimiliki oleh seseorang guru murshyid yang

sebenar adalah mempunyai ilmu pengetahuan dan ketakwaan yang baik kepada

Allah SWT. Ilmu pengetahuan merujuk kepada ilmu keagamaan yang dipelajari

melalui akal pemikiran yang sangat penting sebagai persediaan pertama untuk

memulakan perjalanan tasawuf.

9
Guru mursyid yang sebenarnya juga merupakan orang yang sangat bertakwa

kepada Allah SWT. Dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW, sama ada dalam

percakapan dan perbuatan sehinga dikurniakan hikmah oleh Allah SWT. Sebaliknya

orang yang mengikuti kehendak hawa nafsu hanya akan kelihatan perkara-perkara

bidaah dalam setiap tindak tanduk sehariannya. Abu ‘Uthman bin Uthman al-Hiri

berkaata; sesiapa yang melazimi sunnah dalam dirinya, sam ada pada percakapan dan

perbuatan maka akan lahir hikmah. Sesiapa yang melazimi menurut hawa nafsu akan

lahir perkara-perkara bidaah.

Takwa akan lahir setelah seseorang itu mengamalkan ilmu-ilmu yang dituntut

dengan sempurna. Kedua-dua perkara ini penting lantaran kewajiban mentaati dan

menghayati konsep-konsep tasawuf seperti jihad untuk membersihkan diri daripada

tuntutan nafsu tidak mampu dipatuhi dengan baik kecuali dengan kekuatan ilmu

pengetahuan dan takwa yang sempurna. Al-Ghazali (m. 505H/1111M) berpendapat:

"Tidak mampu untuk melakukan ikhlas dalam niat daripada tuntutan nafsu syahwat

kecuali dengan ilmu yang banyak dan takwa yang sempurna" (Al-Ghazali, t.th.).

Kombinasi antara ilmu dengan takwa adalah milik golongan orang takut kepada Allah

SWT yang sempurna. Mereka terdiri daripada kalangan ulama seperti yang disebut di

dalam firman Allah SWT:

ٌ‫يز َغ ُفور‬ َ َّ ‫ٱَّلل م ِۡن ع َِبادِه ِ ٱلۡ ُعلَ ََٰٓم ُ ْۗؤا إ َّن‬
ٌ ‫ٱَّلل َعز‬ ۡ َ َ َّ
َ َّ ‫َي ََش‬ ‫ْۗۗ إِنما‬
ِ ِ

10
Terjemahan: Sesungguhnya hanya yang takut kepada Allah antara hambahaba-Nya,

hanyalah ulama’. (Surah Fatir 35: 28) Menurut Al-Fudail bin Iyyad (m. I87H/803M)

maksud ulama di dalam ayat di atas ialah ulama yang hukama (Al-Asbahani, 191-7).

Menurut al-Fudhail bin ‘Iyyad, maksud ulamak dalam ayat tersebuat ialah ulama’ yang

hukama’. Beliau menyatakan ulama ramai tetapi hukama’ sedikit. Perkara yang

dimaksudkan dengan hukama’ ialah orang yang memiliki ilmu hikmah, sesungguhnya

memperoleh kebaikan yang banyak (al-Asbahani, 1937). Firman Allah SWT:

‫ب‬ َٰ َ ۡ‫ِۡياْۗ َو َما يَ َّذ َّك ُر إ ََّّلٓ أُولُوا ۡٱۡلَل‬


‫ب‬ ٗ ‫ۡيا َكث‬
ٗۡ‫خ‬َ ‫وِت‬
َ
ُ ۡ ََ ََ ۡ ۡ َ ُۡ ََ ُٓ ََ َ ََ ۡ ۡ ُۡ
ِ ِ ِ ‫يؤ ِِت ٱۡلِكمة من يشاء ُۚ ومن يؤت ٱۡلِكمة فقد أ‬

Maksudnya: Allah menganugerahkan al-Hikmah kepada sesiapa yang dia kehendaki.

Dan barang siapa yang dianugerahi al-hikmah itu benar-benar telah dianugerahi

kurnia yang banyak. Ulama ialah pewaris Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW:

,‫وإن العلماء ورثة األنبياء‬

Maksud: Sesungguhnya ulama mereka itu pewaris para nabi. (Riwayat Bukhari).

5. Guru Mursyid akan menggabungkan ilmu syariat dan hakikat.

Justeru itu Syeikh Abdul Wahab Rokan juga berpesan kepada pengikutnya

melalui rangkap gurindam supaya mencari guru mursyid yang menyatukan kedua-dua

ilmu syariat dan hakikat dan mematuhi segala perintahnya sepenuh hati seperti

berikut:

Tuan belajar ilmu hakikat, Betulkan agama jalan makrifat, Didatangi guru dengan

isyarat, Satukan syariat dengan hakikat (Sheikh Tajuddin, 1986).

11
Ilmu syariat ialah dalil yang menyuruh kepada pekerjaan zahir dan batin. Ilmu

zahir mencakupi amalan anggota zahir iaitu ibadah dan perundangan seperti solat,

penyucian diri daripada hadas, hudud dan talak. Ilmu batin pula adalah ilmu yang

memberi tumpuan kepada pekerjaan hati iaitu maqamat dan ahwal seperti kebenaran,

iman dan yakin (Al-Tusi, 2001).

Tokoh tasawuf juga pernah bertanya tentang ilmu batin: "Apakah ilmu batin

itu?" Dikatakan: "Ia adalah rahsia daripada rahsia-rahsia Allah SWT yang dicampakkan

oleh Allah SWT kepada hati-hati orang yang dicintai-Nya. Ia tidak boleh dipindah milik

atau dipelajari oleh orang lain.

Oleh itu, Abdul Samad al-Palimbani menyeru orang ramai agar menerima

amalan tarekat tasawuf agar tidak terdaya dengan maksiat batin yang tersembunyi

di dalam jiwa dan tidak dapat dihapuskan dcengkan pembacaan buku atau kitab.

Beliau berkata: "Sesiapa yang mengambil tarekat ahli sufi sesungguhnya ia terpedaya

kerana sekali pun seseorang itu membaca seribu kitab tidak akan terlepas daripada

maksiat batin seperti riyak, ujub, takabbur dan cinta dunia" (Al-Palimbani, 1953).

6. Guru mursyid bertanggungjawab membimbing muridnya kepada

makrifatullah dan ubudiyyah.

Tanggungjawab seorang guru mursyid yang paliung penting ialah mendidik

murid menuju kepada makrifatullah dan ubudiyyah kepada Allah SWT dengan penuh

keikhlasan. Hal ini bertepatan dengan pendapat tasawuf yang menitikberatkan

tanggungjawab seorang guru kepada murid yang berbunyi: "Faedah sheikh ialah

membetulkan keikhlasan (Ibn Ujaibah, t.th.) kerana dunia ini semua perkara kecuali

12
ikhlas" (Al-Makki, 1306H). Sifat ikhlas juga merupakan akhir zuhud yang terhasil

daripada perkembangan kerohanian yang ditempuhi oleh seseorang murid (Al-Makki,

1306H).

Orang yang ikhlas juga memiliki akhlak mulia seperti yang dikatakan oleh Sahl

bin Abd Allah al-Tustari (m. 283H/896M): "Sesiapa yang kasar adab sopan maka ia

jauh daripada ikhlas dengan Allah SWT. Selain itum kelebihan sifat ikhlas uang dimiliki

seseorang murid juga menunjukan beliau salah seorang ahli akhirat di dunia(Al-

Qhushairi, 1997)

Guru mursyid yang sebenar juga merupakan orang yang merealisasikan adab

sopan yang sangat sempurna sehingga menjadi sebati dengan jiwa dalaman.

Seseorang guru mursyid juga sentiasa menjaga adab yang kelihatan kecil dan remeh

pada pandangan orang awam tetapi menjadi satu kesalahan yang besar pada

pandangan tasawuf.

7. Guru Mursyid seorang yang zuhud

Adab yang kedua sebelum menjalani Latihan suluk ialah hendaknya guru itu

seorang yang zuhud. Zuhud ialah seseorang yang tidak sangat kasih kepada dunia

dan tidak pula kasih kepada pekerjaan yang halal (Buyung Shamsudin, 1935; H. A.

Fuad Said, 1991 & 1995). Adab sebelum suluk yang kedua masih memperkatakan

tentang kedudukan guru mursyid. Seseorang murid yang ingin menjalani suluk atau

menerima baiah tarekat mesti memberi perhatian penting kepada peribadi guru

mursyid. Maksud "tidak sangat kasih kepada dunia dan tidak pula kasih kepada

pekerjaan yang halal " dalam ungkapan di atas ialah zuhud. Atau dengan kata lain,

13
kenyataan ini berkehendakkan kepada maksud zuhud tetapi tidak diungkapkan lafaz

tersebut.

Sheikh Abdul Wahab Rokan juga menjelaskan tentang ciri guru mursyid yang

zuhud yang mesti diketahui oleh seseorang murid adalah memiliki ilmu yang banyak

dan kuat beribadat kepada Allah swr seperti yang terungkap dalam petikan gurindam

di bawah:

Kerjakan ibadat kuat-kuat,

Sementara muda badanmu sihat

Mencari guru hendaklah ingat,

Ilmunya banyak ibadatnya kuat.

Mencari guru hendaklah ingat

Ilmunya banyak ibadatnya kuat

Dunianya ringan akhiratnya berat

lnilah guru yang memberi manfaat (Sheikh Tajuddin,I986)

Zuhud ialah tidak cenderung hati kepada dunia kerana dunia tidak kekal

(Qamar Kilani, 1962). Firman Allah SWT:

َ ُ ۡ َ َ َ َ َ ُ َّ َ َ َّ ِ ٞ ۡ َ ُ َ ٞ ِ‫ٱدل ۡن َيا ٓ إ ََّّل لَع‬


َّ َ ‫ َول‬ٞ‫ب َول َ ۡهو‬ ۡ ََ
ُّ ُ‫ٱۡل َي َٰوة‬
ُۚ ‫دل ُار ٱٓأۡلخِرة خۡي ل َِّلِين يتق‬
‫ون أفَل تع ِقلون‬ ٞۖ ِ َ ‫وما‬

14
Terjemahan: Dan tiadalah kehidupan dunia melainkan main-main dan senda gurau

belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang

bertakwa. (Surah al-An 'am 6: 32)

Rasulullah SAW menjelaskan tentang cara zuhud yang sebenar iaitu dengan

meletakkan diri lebih kuat kepada kekuasaan Allah SWT bukan mengharamkan yang

halal atau meluputkan harta. Baginda bersabda:

‫الزهادة ىف الدنيا ليس بتحرمي احلالل وال اضاعة املال ولكن الزهادة ىف الدنيا أن تكون‬
‫مبا ىف يديك أوثق مما ىف يدى هللا وأن تكون ىف الثواب املصيبة أصبت هبا أرغب فيها‬
.‫لو أهنا أبقيت لك‬

Terjemahan: Zuhud dengan dunia bukan mengharamkan Yang halal dan bukan

meluputkan harta tetapi maksud zuhud dengan dunia ialah hendaklah kamu tidak

menjadikan apa yang ada di tangan kamu lebih kuat (pergantungannya) daripada

segala apa yang ada di tangan Allah SWT. Sesungguhnya ganjaran pahala juga

menjadi musibah apabila kamu lebih cenderung kepadanya dan lebih suka agar ia

berkekalan bersama kamu.

(Sunan al-Tarmidhi, al-Kitab al-dhuhud)

Pendapat Yunus bin Maisarah selari dengan hadis Rasulullah SAW. Beliau juga

tidak bersetuju dengan pendapat yang mentakrifkan zuhud sebagai meninggalkan

dunia semata-mata untuk memberi tumpuan kepada hari akhirat. Beliau menegaskan:

"Bukanlah zuhud dengan mengharamkan perkara-perkara halal dan menghapuskan

15
harta dunia tetapi maksud zuhud adalah meletakkan diri lebih kuat kepada kekuasaan

Allah SWT daripada dirt sendiri" (Al-Makki, 1306H). Semakin kuat seseorang itu

bergantung dengan Allah SWT semakin menebal sifat zuhud menguasai dirinya. Hal

yang sama juga diperkatakan oleh AbuAli al-Daqaq (m.405H/1015M@412H/1021M).

Beliau menunjukkan tentang cara zuhud yang kelihatan selari dengan hadis Rasulullah

SAW, beliau berkata: "Zuhud ialah meninggalkan dunia seperti ini, bukan hanya

dengan mengikat hati atau mendiami masjid sahaja" (Al-Qushairi, 1997). Tegasnya

zuhud bukan menjauhkan diri daripada urusan dan harta dunia tetapi maksud zuhud

yang sebenar adalah tidak memencilkan diri daripada dunia serta tidak terikat hati

dengan sesuatu selain daripada Allah SWT.

Kategori zuhud

Kategori zuhud pada pendapat tokoh tasawuf terbahagi kepada tiga peringkat

iaitu zuhud dalam kalangan orang awam, khawas dan arifin. Ahmad bin Muhammad

bin Hanbal (m. 241H/854M) berkata: "Zuhud awam daripada perkara haram, zuhud

khawas daripada keutamaan halal dan zuhud arifin meninggalkan perkara-perkara

yang menyibukkan selain daripada Allah SWT" (Al-Manawa, 1938; Al-Qushairi, 1997).

Abu Hafs (m. 265H/874M) juga berpendapat zuhud hanya akan diperoleh oleh

seseorang itu dengan meninggalkan perkara-perkara halal. Abu Hafs(m.265H/874M)

berkata:” Tidak terjadi zuhud kecuali dalam perkara-perkara halal. Jika tidak halal

dengan dunia maka tidak ada zuhud”( Al-Qushairi, 1997). Imam Abi al-Qassim Al-

Qushairi (m.465H/1072M) menambahkan pendapat beliau dengan berkata: “Zuhud

kepada perkara-perkara haram adalah wajib dan zuhud kepada perkara halal adalah

16
fadhail (Al-Qushairi, 1997). Oleh itu, menurut Syeikh Abdul Wahab Rokan sekurang-

kurang zuhud yang perlu ada pada setiap orang guru mursyid ialah zuhud khawas.

Zuhud dengan dunia dan pergaulan sesama manusia

Guru mursyid juga mesti kuat berpegang teguh kepada adab-adab tasawuf di

samping memperkukuhkan diri dengan tiga perkara utama iaitu menjauhi larangan,

menunaikan segala kewajiban dan zuhud. Tokoh tasawuf berkata: "Seseorang yang

berpegang kepada adab-adab tasawuf tetapi tidak memperkukuhkan tiga asas utama

maka orang tersebut merupakan orang yang tertipu sekali pun dia boleh terbang, di

udara, bijak berbicara dan diterima baik dalam kalangan umum atau khawas" .

Tiga perkara yang dimaksudkan itu ialah (Al-Tusi, 2001):

1. Menjauhi segala larangan Allah SWT sama ada kecil atau besar.

2. Menunaikan segala kewajiban sama ada ringan atau berat.

3. Membiarkan dunia kepada orang yang bergelut dengannya sama ada sedikit

atau banyak kecuali hal-hal yang tidak boleh ditinggalkan oleh orang-orang

mukmin.

Membiarkan dunia kepada orang yang bergelut dengannya bermaksud zuhud

dengan dunia menunjukkan ciri-ciri yang mesti ada pada diri seseorang guru mursyid

(Sheikh Tajuddin, 2006). Berdasarkan penyataan ini, peribadi Sheikh Abdul Wahab

Rokan juga menepati garis panduan yang ringkas ini. Beliau sendiri merupakan

seorang guru yang sentiasa menjauhi segala larangan Tuhan dan menunaikan pula

segala kewajiban yang ditetapkan syarak serta zuhud. Beliau kuat berpegang teguh

kepada adab-adab syarak dan tarekat sama ada sebagai murid atau guru. Selain itu,

17
beliau memilih kehidupan yang ringkas, makan dalam pinggan kayu atau upih dan

minum dalam tempurung. Beliau juga menggunakan peralatan yang sama untuk

dihidangkan kepada sultan.

Aplikasi zuhud melalui konsep syukur dan sabar

Orang yang bersyukur atas nikmat halal yang dikurniakan oleh Allah SWT dan

bersabar atas perkara-perkara haram juga termasuk dalam kategori orang-orang yang

zuhud. Tokoh tasawuf berkata: 'Orang yang zuhud dengan dunia ialah orang yang

tidak lupa bersyukur dengan perkara-perkara halal dan tidak lupa bersabar dengan

perkara-perkara haram" (Al-Asbahani, 1937).

Walaupun begitu kedapatan zuhud yang diharamkan Islam seperti zuhud atau

sikap reda dengan berdiam terhadap perkara-perkara dosa. Imam Abi al-Qassim Al-

Qushairi (m. 465H/1072M) berkata: "Apabila seseorang hamba memanfaatkan

hartanya kepada jalan-jalan ketaatan, mengetahui hal dirinya dalam kesabaran iaitu

mampu bersabar dalam keredaan ke bertentangan den perkara-perkara haram dan

meninggalkan perkara-perkara yang dengan hartanya yang gan syarak sekali pun

sangat sukar. Jika dia zuhud dengan hartanya yang halal maka zuhud seperti itu

adalah dosa" (Al-yang dituntut oleh Islam 1997). Reda dengan perkara-perkara haram

bukan zuhud yang dituntut oleh Islam.

Allah SWT akan menolong seseorang hamba yang diredai-Nya seperti para wali

dan ahli wadad dengan membunuh dan menghalang sifat cintakan dunia kerana Allah

18
SWT tidak pernah reda dunia kepada mereka. Al-Sarri al-Saqati (m. 255H/871M)

berkata: "Sesungguhnya Allah SWT membunuh dunia daripada para walinya,

menghalangnya daripada orang-orang yang mensucikan diri dan mengeluarkannya

daripada hati ahli wadad (orang yang hati mereka telah dijinakkan Allah SWT dan

bersifat penyayang) kerana Allah SWT tidak pernah reda dunia ini kepada mereka"

(Al-Qushairi, 1997). Pendapat beliau disandarkan kepada firman Allah SWT:

ُ َ َ ۡ ُ َّ ُ ُّ ُ َ ُ َّ َ ۡ ُ َٰ َ َ ٓ َ ُ َ ۡ َ َ َ ۡ ُ َ َ َ َٰ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ ِ
‫ور‬
ٍ ‫لِكيَل تأسوا َع ما فاتكم وَّل تفرحوا بِما ءاتىكمْۗ وٱَّلل َّل ُيِب ُك ُمتا ٖل ف‬
‫خ‬

Terjemahan: (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan

berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu dan supaya kamu jangan terlalu

gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu. (Surah al-Hadid 57: 23)

Justeru aplikasi konsep syukur sewaktu mendapat rahmat dan sabar sewaktu

dalam kesusahan merupakan ciri-ciri orang yang zuhud dengan kebesaran, kejahatan

dan kemegahan dunia. Sesungguhnya kedua-dua kensep tersebut membawa

kejayaan cemerlang dalam pendidikan kerohanian. Sifat zuhud menjadi penting

lantaran tidak pernah berbekas pada hati kesan perkara-perkara dunia seperti sedih

dan gembira. Tokoh tasawuf berkata: "Zuhud telah mengeluarkan perasaan gembira

dan sedih daripada hati seseorang. Dia tidak lagi gembira dan sedih dengan sesuatu

perkara daripada perkara-perkara dunia" (Al-Maklo, 1306H). Firman Allah SWT:

19
َ ُ َ ۡ َ ۡ ُ َ َ ۡ ۡ َ َ ٌ ۡ َ َ َّ َ ٓ َ ۡ َ َّ ٓ َ َ
‫أَّل إِن أو ِِلاء ٱَّللِ َّل خوف عليهِم وَّل هم ُيزنون‬

Terjemahan: Ingatlah, sesungguhnya wall-wall Allah itu, tidak ada kekhuatiran

terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. (Surah Yunus 10: 62).

Maksudnyaa tidak ada kekhuatiran pada mereka dan tidak pula mereka merasa sedih

hati adalah mereka tidak bimbang apabila manusia melakukan perkara-perkara yang

menakutkan dan mereka tidak sedih apabila manusia melakukan perkara-perkara

yang menyedihkan.

20
RUJUKAN

Al-Ghazali, A. H. (1983). Ihya' 'ulum al-Din. Jilid 2. Kaherah, Mesir: Maktabah wa


Matba'ah Muhammad 'Ali Sabih wa Auladuhu.
Al-Palimbani, A. a.-S. (1953). Siyar al-Salikin fi al-Thoriq al-Sadat al-Sufiyyah. Jilid 4 .
Kaherah: al-Babi al-Halabi wa Shirkah.
Al-Shi'rani, A.-M. A.-W.-a.-S.-M. (1988). Al-Tabaqat Al-Kubra. Kaherah: Mustafa al-
Babi al-Halabi wa-auladihi.
Hamid, R. (2015). Adab bersuluk Shaykh Abdul Wahab Rokan. Kuala lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hamid, R. (2015). Adab sebelum suluk tareqat Naqashbandiyyah mengikut Syeikh
Abdul Wahab Rokan. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Hamid, R. (2018). Adab-adab selepas suluk tareqat Naqashabandiyyah. Sintok:
Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Hamid, R. (2019). Tazkiyyat Al-Nafs Perspektif Naqashbandiyyah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka .
http://eprints.walisongo.ac.id/id/eprint/7501/3/115112042_Bab2.pdf. (n.d.).
Said, H. A. (1995). Hakikat Tareqat Naqashbandiah. Pustaka Muda.

21

Anda mungkin juga menyukai