Anda di halaman 1dari 27

BMK 3053

KETERAMPILAN MENULIS

Tugasan Individu

Strategi Bahasa Kemarahan Dalam Novel Kiyai Salleh

RAJA NUR HANNANI BINTI RAJA KAMARRUDIN

(D20171078619)

ISMP SEJARAH

SEM 1, SESI 2019/2020

(KUMPULAN A)

PENSYARAH

PROF. MADYA DR. ABU HASSAN BIN ABDUL

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


Senarai Kandungan

Bil Perkara Halaman


1 Abstrak 1

2
2 Pengenalan

3-4
3 Sinopsis Novel Kiyai Salleh

5-6
4 Pengertian Strategi Bahasa Kemarahan

7-11
5 Dapatan Kajian

6 Perbincangan

11-22
i. Kemarahan monolog

ii. Kemarahan melampau

iii. Kemarahan tingkah laku

iv. Kemarahan mempertahankan diri

v. Kemarahan biasa

vi. Kemarahan provokasi

vii. Kemarahan kekecewaan

7 Kesimpulan 23

24
8 Rujukan

9 Lampiran 25
1

STRATEGI BAHASA KEMARAHAN DALAM NOVEL KIYAI SALLEH

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan tentang strategi bahasa kemarahan yang digunakan dalam
novel “Kiyai Salleh” hasil karya oleh Abdul Latip Talib. Strategi bahasa kemarahan
ini dapat dilihat melalui motif kemarahan itu sendiri sama ada ia berunsurkan atau
melibatkan kemarahan monolog,kemarahan melampau,kemarahan tingkah
laku,kemarahan mempertahankan diri,kemarahan biasa,kemarahan provokasi dan
kemarahan kekecewaan.Strategi bahasa kemarahan seringkali digunakan dalam
penulisan novel khususnya bagi menghasilkan cerita yang lebih menarik dan
beremosi.Strategi ini relevan dan sesuai digunakan dalam semua jenis penulisan novel
tidak kira sama ada ia bertemakan percintaan,seram atau aksi.Strategi bahasa
kemarahan ini akan selalu digunakan oleh penulis bagi membangkitkan suasana yang
mampu menarik minat pembaca untuk terus membaca.Strategi bahasa kemarahan
bukan sahaja dapat menghasilkan penulisan yang menarik bahkan sebenarnya ia
secara tidak lansung akan menyebabkan pembaca memberikan tindak balas semasa
membaca novel.Antara tindak balas yang dapat disenaraikan sewaktu membaca novel
yang mengandungi aspek kemarahan adalah seperti emosi marah yang turut
dirasai.Hal ini telah menunjukkan bahawa pembaca tertarik dengan hasil penulisan
novel yang dikarang oleh penulis.Dengan erti kata lain,strategi bahasa kemarahan
boleh dijadikan sebagai aspek utama dalam semua jenis penulisan novel.

Kata kunci : Strategi bahasa kemarahan,motif kemarahan,membangkitkan suasana.


2

PENGENALAN

Novel yang dikaji ialah Kiyai Salleh, ia telah ditulis oleh Abdul Latip Talib.Novel ini
mengisahkan seorang lelaki bernama Kiyai Salleh atau nama sebenarnya,Haji Mohd
Salleh bin Abdul Karim ialah pahlawan Melayu berketurunan Banjar yang begitu
sinonim dengan sejarah Batu Pahat.Beliau merupakan pemimpin Tentera Selempang
Merah yang bangkit menentang kekejaman pengganas komunis selepas kekalahan
tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.Berbekalkan sebilah parang panjang dan
amalan Ayat Empat,Kiyai Salleh telah mengepalai masyarakat Batu Pahat untuk
menggempur kubu-kubu askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam,Parit
Sulong,di Parit Lubok,Semerah,di Kangar Senanga,dan di Ayer Kuning,Bakri
Muar.Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran
tentera parang panjang dan selempang merah iaitu sejenis kain selendang berwarna
merah yang dibekalkan kepada setiap anggotanya ketika menghadapi atau berhadapan
dengan musuh.
Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh
dan para pengikutnya.Mengikut sejarahnya,Askar Bintang Tiga telah melihat beribu-
ribu pejuang yang tinggi mengalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa
mereka,sedangkan yang datang hanyalah panglima Salleh dan pasukannya yang
dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja. Kiyai Salleh berjaya menyekat
keganasan Askar Bintang Tiga sehingga pihak British kembali menjajah Tanah
Melayu.
Secara keseluruhannya,novel ini memaparkan detik-detik yang berkisarkan kisah
seorang pahlawan yang penuh dengan konflik dan mendebarkan. Kisah keberanian,
perjuangan, kesetiaan, persengketaan, pembunuhan, perkomplotan yang penuh warna
kehidupan.
3

SINOPSIS NOVEL “KIYAI SALLEH”

Gambar 1 : Novel Kiyai Salleh

Gambar 2 : ilustrasi kemarahan tentera di bawah pimpinan Kiyai Salleh

Buku ini mengisahkan tentang Kiyai Salleh yang terukir dalam sejarah tanah air
kerana kepahlawanan menentang pasukan Komunis yang bermaharajalela di kawasan
selatan tanah air khususnya di Johor. Peristiwa berdarah yang tragik ini berlaku di
sekitar penghujung Perang Dunia Kedua. Nama Kiyai Salleh telah menjadi 'sinonim'
dengan selampang merah kerana di situlah lambang kegagahan dan kepahlawanan
beliau. Novel sejarah ini membawa kembali kenang-kenangan kegemilangan dan
kepahlawanan bangsa Melayu masa lalu. Semangat perjuangan dan tuntutan keimanan
dapat menghapuskan kezaliman dan kemungkaran. Novel ini dapat menimbulkan
kembali keutuhan dan ketahanan bangsa Melayu di mata dunia.
Selepas tentera berikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki ia
4

telah melemahkan kekuatan Jepun, berikutan itu maharaja Jepun telah


mengisytiharkan kekalahan sekaligus menamatkan perang. Tetapi kekalahan Jepun itu
belum dapat meredakan hati rakyat Malaysia khususnya di negeri Johor kerana masih
ada lagi masaalah baru yang timbul, iaitu kebangkitan Komunis yang pada awalnya
dikenali dengan nama MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) yang
mengambil kesempatan atas pengunduran tentera Jepun. Dalam hal ini, daripada
peristiwa inilah munculnya Tentera Sabil Selendang Merah yang telah diasaskan oleh
Kiyai Salleh.
Kiyai Salleh dalam perjuangannya, dengan hanya bersenjatakan parang panjang
dan amalan Ayat Empat, beliau atau dikenali juga dengan nama Haji Mohd Salleh
telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar
Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah,
di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah
pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan
'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan
kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.
Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh
dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang
yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka,
sedangkan yang datang itu hanyalah Kiyai Salleh dan pasukanya yang dianggarkan
berjumlah seratus orang sahaja.
Angkatan tentera yang telah dipelopori oleh Haji Salleh bin Abdul Karim seorang
mualim yang tinggal di Parit Maimon, Simpang Kiri, Batu Pahat, iaitu setelah
keganasan tentera Bintang Tiga cuba merosakkan sistem hidup orang-orang Islam dan
beliau, mengikut ceritanya,beliau telah mendapat ‘seruan’ untuk membela agama
Islam yang suci itu. Seruan itu diterimanya ketika ia mengetuai satu upacara membaca
doa dan bersembahyang di surau kampungnya,beliau memohon pada Tuhan agar
malapetaka yang sedang berlaku itu tidak merebak lebih luas lagi. 

PENGERTIAN STRATEGI BAHASA KEMARAHAN


5

Gambar 3 : ekspresi marah

Gambar 4 : ekpresi marah


Kemarahan adalah satu emosi semulajadi yang kita semua alami dari semasa ke
semasa. Kemarahan boleh berlaku disebabkan oleh peristiwa luaran dan dalaman.
Seseorang individu boleh menjadi marah pada orang tertentu atau kejadian atau
kemarahan boleh timbul disebabkan oleh kebimbangan atau konflik berkenaan
dengan hal peribadi. Kenangan peristiwa traumatik atau dendam juga boleh
mencetuskan perasaan marah (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2019).
Menurut psikologi, terdapat beberapa rumusan tentang marah, antaranya ia
menunjukkan perubahan dalam diri atau emosi yang dibawa oleh kekuatan dan rasa
dendam demi menghilangkan gemuruh di dalam dada.. Sebagai definisinya ia
merupakan kemarahan yang teramat sangat. Walaubagaimanapun,ada beberapa
pengertian marah yang diutarakan pakar misalnya menurut C.P. Chaplin, Anger
(marah, murka, berang, gusar; kemarahan, kemurkaan, keberangan, kegusaran) adalah
reaksi emosional yang ditimbulkan oleh situasi yang merangsang, termasuk
ancaman,serangan lisan, kekecewaan, atau frustrasi, dan dicirikan oleh reaksi kuat
6

pada sistem saraf otonomik.Secara nalurinya, cara semulajadi untuk menyatakan


kemarahan adalah dengan bertindak balas secara agresif. Kemarahan adalah, tindak
balas penyesuaian semula jadi kepada ancaman; amat mempengaruhi perasaan dan
tingkah laku, yang membolehkan kita untuk melawan dan mempertahankan diri kita
apabila kita diserang. Oleh itu, kemarahan pada kadar yang minimum ini adalah perlu
untuk keseimbangan kehidupan seharian kita.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa emosi merupakan sifat dalaman yang ada
dalam diri masing-masing. Kemarahan perlu dibendung kerana jika seseorang tidak
dapat mengawal kemarahan akan mendatangkan kesan buruk seperti hilang
pertimbangan, pergaduhan dan sebagainya. Muhaya Mohamad (2017), menjelaskan
bahawa antara emosi negatif yang perlu dijauhi dalam hati dan fikiran kita ialah
perasaan marah. Sebaik-baik manusia ialah orang lambat marahnya dan cepat padam
perasaan marahnya. Sejahat-jahat manusia ialah orang yang cepat marahnya dan
lambat padam kemarahannya. Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya
bersifat negatif yang boleh menjadikan seseorang ganas dan tidak terkawal. Adakah
Rasulullah SAW juga marah sedangkan baginda sendiri melarang umatnya marah?
Dalam riwayat Abu Hurairah misalnya, Nabi SAW mengatakan; “Orang yang kuat
tidaklah yang kuat dalam bergaduh, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya
ketika marah.” (hadis riwayat Malik). Apabila berasa marah kepada seseorang,
Rasulullah tidak langsung menegurnya di depan umum kerana baginda tidak ingin
menjatuhkan harga diri orang yang bersalah itu (Siti Hamalina Halim, 2017).

Secara umumnya,perasaan marah merupakan luahan emosi yang dialami setiap


individu. Manusia mengekspresikan perasaan dan tingkah laku marah melalui proses
peniruan.Sesungguhnya amarah adalah sifat, bahkan boleh dikatakan sebagai perasaan
yang penting bagi manusia, kerana ia dapat membangkitkan gelora perjuangan dan
juga semangat pengorbanan dalam membela kebenaran, menegakkan keadilan dan
meraih kemenangan. Pentingnya sifat ini terlihat nyata, misalnya dalam semangat
perjuangan membela aqidah dan keimanan, memelihara jiwa raga, harta dan
kehormatan. Oleh kerana itu, barangsiapa yang kehilangan sifat ini maka ia akan
menjadi bahan hinaan, ejekan dan pelecehan di antara sesamanya.

DAPATAN KAJIAN
7

Bil Kemarahan Maksud


.
1. Kemarahan monolog
i. Persaan marah bermula dari sakit hati ke
meradang dan naik berang
ii. Melepaskan bahasa kemarahan dengan
bermonolog seorang diri.

2. Kemarahan melampau
i. Marah yang dikaitkan dengan pemprosesan
maklumat yang bias.
ii. Mengeluarkan kata-kata yang tidak elok
didengar dan kesat.
iii. Bertindak melulu tanpa memikirkan
kemudaratan orang lain.

3. Kemarahan tingkah laku


i. Marah boleh menyebabkan tingkah laku
menjadi tidak terkawal.
ii. Melakukan tindakan di luar kawalan.

4. Kemarahan mempertahankan diri


i. Menggunakan kemarahan bertujuan untuk
mempertahankan diri.
ii. Menegakkan kebenaran dan keadilan untuk
membela nasib diri atau orang lain.

5. Kemarahan biasa
i. Kemarahan yang dapat dimaafkan dan
8

boleh reda dengan sendirinya.


ii. Kemarahan yang dapat dilupakan dengan
cepat.

6 Kemarahan provokasi i. Kemarahan yang datang daripada seseorang


yang telah menimbulkan konfrontasi
kepada pihak lain supaya mereka
menunjukkan reaksi negatif.
ii. Kemarahan yang timbul akibat perbuatan
atau kata-kata yang diucapkan untuk
membangkitkan,mencabar atau meransang
kemarahan orang lain seperti
ancaman,hasutan dan sebagainya.
7 Kemarahan kekecewaan i. Kemarahan yang datang akibat daripada
perasaan kecewa yang ingin dizahirkan
pada orang yang tertentu.
ii. Kemarahan yang kadang kala tidak mampu
diungkapkan.

Contoh dalam Novel Kiyai Salleh:


9

1 Kemarahan Monolog
i. Salleh mendengus kasar,hatinya memberontak dan tidak bersetuju. (halaman 7)
ii. Salleh mengeluh lagi,Ini semua kehendak ayah.Kalau ikutkan hati memang aku tak
nak!getus Salleh dengan wajahnya yang mencuka. (halaman 8)
iii. “Memang sengaja mencari nahas!”lelaki itu mendengus bengis. (halaman 86)
iv. Tak habis-habis masalah yang timbul! (halaman 27)
v. Sikap anak-anak muda itu membuatkan Wak Parman naik berang.Hatinya makin
panas. (halaman 49)

2 Kemarahan Melampau
i. “Bodoh dan pengecut!”marah Penghulu Karim. (halaman 27)
ii. “Masa itu baru dia tahu langit tinggi rendah”tolol! Marah Wak Parman sambil
mengetap bibir. (halaman 29)
iii. “Bodoh!Buat apa mereka pergi kalau tidak tahu pegang senjata? (halaman 59)
iv. “Mereka memang bodoh!.Ikut cakap orang putih sedangkan orang putih hanya
pentingkan diri sendiri,” (halaman 59)
v. “Bunuh dia!”putus si lelaki berbadan sasa.Wajahnya seumpama singa kelaparan.
(halaman 86)
vi. “Jahanam punya Jepun!”Sambil meludah ke tanah,Pak Yahya meronta-ronta minta
dilepaskan. (halaman 150)

3 Kemarahan Tingkah Laku


i. Wajahnya memberiak marah.Salleh melepas geram dengan menyepak pokok pisang
yang dijadikan sasaran kemarahannya.Sesudah kakinya berasa sakit,barulah dia
berhenti.Pokok pisang itu pun sudah separuh lunyai dikerjakannya. (halaman 8)
ii. “Sudah aku katakan.Sekarang mereka dalam perjalanan ke tempat kita,”cebik Wak
Parman sambil menepuk meja hingga menyentak perhatian pelanggan yang ada.
(halaman 72)
iii. Kedua-dua lelaki itu menghayun parang yang tergenggam erat di tangan masing-
masing. (halaman 86)
iv. Salleh membaling parang tapik tepat ke dada lelaki itu hingga rebah ke tanah.
(halaman 87)
v. Lelaki berbadan tegap mencabut pistol lalu diacukan kepada Salleh. (halaman 87)

4 Kemarahan Mempertahankan Diri


i. “Ini bukan tanggungjawab kita! tetapi tentera British! (halaman 48)
ii. “Kami bukan tali barut orang British,”jawab Jeman meninggi. (halaman 135)
iii. Tapi saya teraniaya! (halaman 120)
iv. “Saya tak suka dituduh begitu, (halaman 219)
v. Tidak!Tidak! Semua cerita saya itu betul! (halaman 122)
10

5 Kemarahan Biasa
i. “Sudah berapa kali ayah pesan,jangan sampai maghrib baru pulang!”jerkah karim
sebaik melihat kelibat Salleh di hadapannya.Salleh tidak menjawab. (halaman 5)
ii. “Malam ini tidak payah pergi bersilat!”tegas Abdul Karim lalu menyuruh anaknya
mandi dan membersih diri. (halaman 6)
iii. Kamu mahu kena tangkap?”marah lelaki Cina itu. (halaman 40)
iv. Dia mengeluh sambil menggeleng. (halaman 50)
v. Ada yang mengurut dada menahan sabar. (halaman 29)
vi. Mereka hanya menggelengkan kepala melihat sikap Din Botak yang semakin menjadi-
jadi.Timbul juga tanda tanya di lubuk hati mereka. (halaman 54)
vii. “Eh,kau ni!Janganlah minta musuh datang malam ini pula,”marah Jeman. (halaman
83)

6 Kemarahan Provokasi
i. Selama hari ini,apa orang putih buat untuk kita selain menghabiskan harta benda
kita?”tempelak Din Botak sambil mencebik. (halaman 67)
ii. “Silap-silap percaturan,nyawa kita pula melayang,”kata Din Botak,matanya membulat
seperti mencucuk jarum untuk menakutkan orang ramai. (halaman 48)
iii. Kita sepatutnya berganding bahu menentang musuh yang datang!,marah Penghulu
Karim. (halaman 48)
iv. Ini tidak,sudah jatuh baru tengadah,”selar Din Botak berapi-rapi. (halaman 54)
v. Esok apabila mereka mula memerintah silap-sila kamu juga mati dibunuh,”tempelak
Wak Parman berang. (halaman 81)
vi. “Kalau ya,kenapa?!Kau mahu laporkan kepada Polis?”cabar lelaki berbadan sasa itu.
(halaman 86)

7 Kemarahan Kekecewaan
i. “Orang muda seperti kamu amat diperlukan kamu tahu tak!”balas Penghulu Karim
menunduk. (halaman 27)
ii. “Jadi,sekarang masanya kamu menimba ilmu agama!”kata Abdul Karim tegas.
Anaknya menunduk. (halaman 7)
iii. Bukan macam aku yang tua kerepot ini!”bidas Wak Parman (halaman 49)
iv. Entah-entah,pasukan Askar Timbalan Setia dan sukarelawan lagi handal!,”kemarahan
Penghulu Yaakob masih belum reda.Mereka yang berkuasa dan menentukan apa yang
patut mereka lakukan,”nada suara nya mula mengendur. (halaman 86)
v. Rupa-rupanya dalam diam mereka masih lagi menjalankan kegiatan mereka,”kata
Penghulu Karim marah. (halaman 87)

PERBINCANGAN
11

Penerangan Contoh ayat


Subtopik 1 :
Kemarahan ini terjadi i. “Baiklah”,ujar Salleh perlahan.Dia
Kemarahan
apabila seseorang individu tidak berani menongkah kata-kata
Monolog
tidak mampu mengungkap kedua-dua orang tuanya itu.Jauh
kemarahanya di hadapan didalamnya, Salleh mendengus
orang lain. Jadi, individu kasar,hatinya memberontak dan
tersebut telah bermonolog tidak bersetuju.
seorang diri bagi (Kiyai Salleh: 2012.7)
menggambarkan
kemarahannya pada saat itu. ii. Salleh mengeluh lagi,”Apa boleh
buat.Ini semua kehendak ayah.
Kalau ikutkan hati,memang aku
tak nak! Getus Salleh dengan
wajahnya yang mencuka.
(Kiyai Salleh: 2012.8)

iii. “Kau memang sengaja mencari


nahas!”lelaki berbadan tegap itu
mendengus dengan muka yang
bengis.
(Kiyai Salleh: 2012.86)

iv. Penghulu Karim diam, berfikir.


Kerut seribu jelas merauti
wajahnya. Dia merengus
kasar.“Tak habis-habis masalah
yang timbul!
(Kiyai Salleh: 2012.27)

v. Sikap anak-anak muda itu


membuatkan Wak Parman naik
berang.Hatinya makin panas.
12

(Kiyai Salleh: 2012.49)

Pertama sekali,motif pengarang menggunakan strategi bahasa kemarahan monolog


adalah bagi menggambarkan watak Salleh sebagai seorang anak yang harus menuruti
kehendak ibu bapanya demi kebaikan masa depan. Salleh pada mulanya menentang
dan memberontak di hati kecilnya setelah mendengar hasrat ibu bapanya. Namun, dia
akur akan keputusan itu kerana tidak mahu menghampakan hati kedua orang tuanya
itu. Keadaan ini menyebabkan Salleh tidak mampu menahan kemarahannya lalu dia
bermonolog seorang diri bagi meluahkan rasa marahnya terhadap ibu bapanya.
Seterusnya, strategi bahasa kemarahan monolog juga dipaparkan melalui watak Pak
Karim sebagai penghulu yang gusar akan masalah yang sering timbul di kampung
tersebut.Oleh kerana marah,Pak karim meluahkannya dengan cara bermonolog
didalam hati tanpa menzahirkan perasaan marahnya.

Penerangan Contoh ayat


Dalam subtopik ini i. “Bodoh dan pengecut!”marah
Subtopik 2:
memfokuskan tentang Penghulu Karim. “Memang saya
Kemarahan
kemarahan melampau yang bodoh dan pengecut.Saya pengecut
Melampau
berlaku apabila seseorang kerana nyawa keluarga saya lebih
individu tidak mampu penting.
mengawal diri daripada (Kiyai Salleh: 2012.27)
melepaskan kemarahan
sehingga mengeluarkan ii. “Susahlah bercakap dengan
kata-kata yang tidak elok penghulu. Kalau penghulu dan
atau kesat. Tindakan ini orang-orang kampung mahu
juga kadang kala dianggap menempah maut, suka
berlaku diluar tahap waras hatilah!”rengus Puad kasar
seseorang manusia kerana sebelum beredar. “Kurang ajar
seseorang itu mungkin sungguh Puad.Adakah dia ingat
melakukannya tanpa Singapura sudah cukup kuat?
pertimbangan. Silap-silap,Singapura turut
menerima nasib yang sama seperti
13

Tanah Melayu. Masa itu baru dia


tahu langit tinggi rendah,”tolol!
Marah Wak Parman sambil
mengetap bibir.
(Kiyai Salleh: 2012.29)

iii. “Bodoh!Buat apa mereka pergi


kalau tidak tahu pegang senjata?
Mahu mati cepatkah?” soal Lee
dengan nada suara meninggi.
(Kiyai Salleh: 2012.59)

iv. “Mereka memang bodoh! Ikut


cakap orang putih sedangkan orang
putih hanya pentingkan diri
sendiri,” balas Din Botak lagi
merengus sambil mengadu domba.
(Kiyai Salleh: 2012.59)

v. “Bunuh dia!” putus si lelaki


berbadan sasa. Wajahnya
seumpama singa kelaparan.
(Kiyai Salleh: 2012.86)

vi. “Jahanam punya Jepun!”Sambil


meludah ke tanah,Pak Yahya
meronta-ronta minta dilepaskan
Darah membuak-buak.Parang
panjang terhunus di tangannya.
(Kiyai Salleh: 2012.150)
14

Motif strategi bahasa kemarahan melampau pula digunakan oleh pengarang dalam
novel ini bagi menggambarkan sikap dalam watak yang tidak mampu mengawal
kemarahan sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak baik atau tidak elok untuk di
dengar. Dalam novel ini, dapat kita lihat, watak yang dimainkan oleh Pak Karim
sebagai penghulu Kampung yang marah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat.Sikap
pemuda di Kampung tersebut yang tidak berani untuk bangkit menentang penjajah
telah menimbulkan kemarahan Pak Karim sehingga dia melontarkan kata-kata yang
tidak elok. Watak Wak Parman dalam novel ini juga memperlihatkan unsur strategi
bahasa kemarahan atas kata-kata yang dilontarkannya kepada Puad. Kekejaman yang
telah dilakukan oleh Jepun telah menyebabkan Pak Yahya mengeluarkan perkataan
yang menggambarkan beliau sedang dalam keadaan kemarahan yang melampau.

Penerangan Contoh ayat


Subtopik 3:
Kemarahan jenis ini terjadi i. Wajahnya memberiak marah.
Kemarahan Tingkah
apabila sesetengah individu Salleh melepas geram dengan
Laku
tidak dapat mengawal menyepak pokok pisang yang
tingkah laku ketika marah. dijadikan sasaran
Hal ini telah melibatkan kemarahannya. Sesudah kakinya
tingkah laku yang sukar berasa sakit, barulah dia
dikawal. Malah tingkah berhenti.Pokok pisang itu pun
laku ini seiring dengan sudah separuh lunyai
perasaan marah dan dikerjakannya.
melibatkan pergerakan (Kiyai Salleh: 2012.8)
anggota badan.
ii. “Sudah aku katakan.Sekarang
mereka dalam perjalanan ke tempat
kita,”cebik Wak Parman sambil
menepuk meja hingga
menyentak perhatian pelanggan
yang ada.
(Kiyai Salleh: 2012.79)
iii. Tanpa berlengah, kedua-dua lelaki
15

itu menghayun parang yang


tergenggam erat di tangan
masing-masing.Namun,Salleh
sempat mengelak. Terjadilah
pertarungan sengit antara mereka.
(Kiyai Salleh: 2012.86)

iv. Salleh membaling parang tapik


tepat ke dada lelaki itu hingga
rebah ke tanah.
(Kiyai Salleh: 2012.87)

v. Lelaki berbadan tegap mencabut


pistol lalu diacukan kepada
Salleh tetapi sempat dielak.
Tembakan itu terkena kawannya
sendiri. Lelaki itu tergamam dan
panik melihat rakannya rebah
bermandikan darah.
(Kiyai Salleh: 2012.87)

Motif strategi kemarahan tingkah laku yang digunakan oleh pengarang adalah bagi
menggambarkan keadaan watak apabila kemarahan tidak dapat dikawal maka, terhasil
tingkah laku di luar kawalan. Sebagai contoh dalam novel ini pengarang
menggambarkan watak Salleh yang tidak dapat mengawal tingkah lakunya apabila
tercetus kemarahan dalam dirinya. Keadaan ini menyebabkan Salleh bertindak
melempiaskan perasaannya itu dengan menyepak pokok pisang. Kemarahan tingkah
laku ini juga jelas dipamerkan oleh watak Wak Parman yang bertindak menepuk meja
kerana timbulnya rasa marah dalam dirinya. Selain itu,pergelutan yang berlaku antara
Salleh dan pengintip Jepun juga menunjukkan tingkah laku di luar kawalan apabila
mereka mula bertengkar sehinggalah berlaku pembunuhan. Aksi dan tingkah laku
yang dipamerkan bermula daripada emosi marah yang lama kelamaan boleh
menyebabkan tindakan di luar jangkaan.
16

Penerangan Contoh ayat


Subtopik 4 :
Kemarahan ini selalunya i. “Ini bukan tanggungjawab kita!
Kemarahan
timbul apabila seseorang itu tetapi tentera British!
Mempertahankan
difitnah atau dianggap (Kiyai Salleh: 2012.48)
Diri
sebagai pesalah, pada
hakikatnya dia tidak ii. “Kami bukan tali barut orang
melalukan kesalahan British,”jawab Jeman meninggi.
ataupun dia tidak mengaku (Kiyai Salleh: 2012.135)
akan kesalahannya. Oleh
itu, wujud sikap tidak puas iii. “Saya teraniaya,” jawab Din
hati kerana dituduh dengan Botak. “ Saya bukan bertanya
kesalahan tersebut. Maka soalan itu!” bantah Penghulu
seseorang itu akan bertindak Karim. “Tapi saya teraniaya!”
dengan mempertahankan Keras suara Din Botak.
diri. (Kiyai Salleh: 2012.120)

iv. “Aku tak suka dituduh begitu,


Kalau kau nak paksa juga, kau
kenalah berurusan dengan parang
aku,” Lelaki itu semakin berani.
Mukanya bengis.Suaranya kasar.
(Kiyai Salleh: 2012.219)

v. “Aku tak bersalah.Aku tak


bersalah.Aku terpaksa
membunuh. Kalau tidak aku yang
terbunuh,” Suaranya timbul
tenggelam di kerongkong.
(Kiyai Salleh: 2012.122)

Motif pengarang menggunakan strategi bahasa kemarahan mempertahankan diri ini


17

adalah bagi menggambarkan situasi watak yang mempertahankan diri daripada


dituduh melakukan sesuatu kesalahan. Namun, individu yang melakukan kesalahan
juga tetap menggunakan kemarahan mempertahankan diri kerana tidak mahu
bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah mereka lakukan. Dalam novel Kiyai
Salleh ini, watak Din Botak menggambarkan seorang pesalah yang tidak mahu
mengaku akan kesalahannya yang menjadi tali barut penjajah. Din Botak cuba
meyakinkan Penghulu Karim bahawa dia tidak terlibat dalam kegiatan tersebut.
Disamping itu,kemarahan mempertahankan diri ini juga dipamerkan melalui watak
Pak Yahya yang telah membunuh salah seorang tentera Jepun bagi menyelamatkan
dirinya daripada diseksa. Pak Yahya bertindak mempertahankan dirinya dihadapan
Pegawai tengah yang mewakili pihak Jepun.
Penerangan Contoh ayat
Subtopik 5 :
Kemarahan jenis ini i. “Sudah berapa kali ayah
Kemarahan
merupakan kemarahan yang pesan,jangan sampai maghrib baru
Biasa
masih dapat dikawal. pulang!”jerkah karim sebaik melihat
Kemarahan ini terjadi apabila kelibat Salleh di hadapannya.Salleh
individu tidak selesa dengan tidak menjawab.
kata-kata atau perbuatan (Kiyai Salleh: 2012.5)
seseorang namun keadaan
tersebut tidak memberi ii. “Malam ini tidak payah pergi
mendatangkn kemarahan bersilat!”tegas Abdul Karim lalu
yang melampau. Hal ini juga menyuruh anaknya mandi dan
tidak memakan jangka masa membersih diri.
yang panjang,kerana biasanya (Kiyai Salleh: 2012.6)
kemarahan seperti ini akan
reda dengan sendirinya. iii. “Aiyya….cakap perlahan-lahan,nanti
orang dengar. Kamu mahu kena
tangkap?”marah lelaki Cina itu.
(Kiyai Salleh: 2012.40)

iv. Dia mengeluh sambil menggeleng.


(Kiyai Salleh: 2012.50)
18

v. Penghulu Karim dan yang lain-lain


hanya menggeleng kepala melihat
telatah lelaki muda itu. Ada yang
mengurut dada menahan sabar.
(Kiyai Salleh: 2012.29)

vi. “Eh,kau ni!Janganlah minta musuh


datang malam ini pula,”marah Jeman.
(Kiyai Salleh: 2012.83)

Motif pengarang menggunakan strategi bahasa kemarahan biasa adalah bagi


mewarnai watak dalam novel yang membuktikan bahawa kemarahan biasa ini adalah
sesuatu sifat marah yang perlu diterapkan daripada jenis kemarahan yang lain.
Kemarahan biasa dapat mengelakkan individu daripada melalukan perkara-perkara
yang tidak diingini ketika wujudnya emosi marah.Tamsilannya,kita dapat lihat
melalui watak yang dimainkan oleh Karim sebagai orang tua kepada Salleh yang
memarahi anaknya kerana pulang lewat.Kemarahan tersebut adalah marah seorang
bapa kepada anaknya yang bertujuan untuk mendidik dan membentuk anaknya
menjadi orang yang berguna dan ia bersifat hanyalah sementara. Selain itu,
kemarahan biasa selalunya akan cepat reda jika ada perbuatan atau permohonan maaf
daripada pihak yang menyebabkan seseorang individu itu berasa marah.

Penerangan Contoh ayat


Subtopik 6 :
Kemarahan ini adalah i. Selama hari ini,apa orang putih
Kemarahan
berpunca daripada perbuatan buat untuk kita selain
provokasi
atau tinggalan yang boleh menghabiskan harta benda
membangkitkan rasa berang kita?”tempelak Din Botak sambil
atau ketidakpuasan hati mencebik.
seseorang. Ia juga merupakan (Kiyai Salleh: 2012.67)
tindakan daripada seseorang
untuk menimbulkan ii. “Silap-silap percaturan,nyawa kita
konfrontasi kepada pihak pula melayang,” kata Din Botak,
yang lain supaya mereka matanya membulat seperti
19

seterusnya menunjukkan mencucuk jarum untuk


reaksi yang negatif seperti menakutkan orang ramai.
yang diharapkan.
(Kiyai Salleh: 2012.48)

iii. Kita sepatutnya berganding bahu


menentang musuh yang datang!
Marah Penghulu Karim.
(Kiyai Salleh: 2012.48)
iv. Ini tidak,sudah jatuh baru
tengadah,”selar Din Botak berapi-
rapi.
(Kiyai Salleh: 2012.54)

v. Esok apabila mereka mula


memerintah silap-silap kamu juga
mati dibunuh,”tempelak Wak
Parman berang.
(Kiyai Salleh: 2012.81)

vi. “Kalau ya, kenapa?!Kau mahu


laporkan kepada Polis?”cabar lelaki
berbadan sasa itu.
(Kiyai Salleh: 2012.86)

Motif pengarang dalam menggunakan strategi bahasa kemarahan melalui aspek


kemarahan provokasi ialah kemarahan tersebut berpunca daripada pihak yang sengaja
melaga-laga kan atau membangkitkan perasaan marah setiap individu itu dengan
pelbagai cara misalnya ancaman,hasutan yang berbaur fitnah,propaganda mahupun
kata-kata yang mencabar. Dalam novel Kiyai Salleh,penulis telah memasukkan
elemen kemarahan provokasi misalnya melalui watak Din Botak yang berusaha
menghasut penduduk Kampung Parit supaya tidak lagi bersama dengan tentera
20

British. Din Botak menggunakan pelbagai cara bagi mengapi-apikan penduduk


kampung supaya bertukar arah dan memberi sokongan kepada pihak Jepun yang
kononnya bakal membela nasib penduduk Kampung Parit. Kemarahan Din Botak
yang berunsurkan provokasi terhadap penduduk-penduduk Kampung telah mendapat
tentangan daripada banyak pihak termasuklah Salleh dan Penghulu Kampung itu
sendiri. Rata-rata mereka tidak mempedulikan amarah Din Botak.

Penerangan Contoh ayat


i. “Orang muda seperti kamu amat
Subtopik 7 :
Kemarahan kekecewaan diperlukan kamu tahu tak!”balas
Kemarahan
menggambarkan perasaan Penghulu Karim menunduk.
kekecewaan
hampa kepada seseorang (Kiyai Salleh: 2012.27)
yang sering kali ditunjukkan
melalui ekspresi wajah ii. “Jadi,sekarang masanya kamu
seiring dengan nada suara menimba ilmu agama!”kata Abdul
yang meninggi.Kemarahan Karim tegas.Anaknya menunduk.
ini juga kadang kala tidak (Kiyai Salleh: 2012.7)
dapat diungkapkan dengan
kata-kata. iii. “Kamu semua ini memang lansung
tidak ada semangat juang lansung.
Adakah kalian sudah pekak? Sarjan
Nordin sudah beritahi bahawa syarat-
syarat anggota sukarelawan, mestilah
muda dan bertenaga macam kamu
semua. Bukan macam aku yang tua
kerepot ini!”bidas Wak Parman
sambil menunjukkan lengannya yang
berkedut dimamah usia. Dia
marah,jauh disudut hatinya dia
kecewa dengan pemuda kampung itu.
(Kiyai Salleh: 2012.49)

iv. Entah-entah,pasukan Askar Timbalan


21

Setia dan sukarelawan lagi


handal!,”kemarahan Penghulu
Yaakob masih belum reda.Mereka
yang berkuasa dan menentukan apa
yang patut mereka lakukan,”nada
suara nya mula mengendur.
(Kiyai Salleh: 2012.86)

v. “Ingatkan suda tertangkap Din Botak


dan matinya pengintip Jepun
kelmarin sudah tidak ada lagi
pengintip di kampung kita. Rupa-
rupanya dalam diam mereka masih
lagi menjalankan kegiatan
mereka,”kata Penghulu Karim
marah. Dahinya berkerut seribu,dia
kelihatan sangat marah dan kecewa.
(Kiyai Salleh: 2012.87)

Berdasarkan perbincangan diatas, motif strategi bahasa kemarahan dari sudut


kemarahan kekecewaan ialah bertujuan untuk menggambarkan perasaan hampa dalam
diri individu tersebut yang turut diiringi dengan perasaan marah. Hal ini juga,dapat
dibuktikan melalui ekspresi wajah kerana kadang kala kemarahan ini tidak mampu
diungkapkan dengan kata-kata. Kemarahan dan kekecewaan  adalah disebabkan oleh
masalah yang sangat nyata yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita. Terdapat
juga kepercayaan budaya bahawa setiap masalah mempunyai penyelesaian, namun
apa yang menambahkan kekecewaan adalah apabila mengetahui penyelesaiannya
tiada. Sikap terbaik untuk membawa keadaan seperti itu adalah dengan tidak memberi
tumpuan kepada mencari jalan penyelesaian, tetapi lebih kepada bagaimana diri dapat
menangani dan menghadapi masalah berkenaan. Dalam novel Kiyai Salleh, penulis
telah menggarap kemarahan berunsurkan kekecewaan ini misalnya melalui watak
yang dipegang oleh Wak Parman yang marah dan kecewa akan pemuda di Kampung
Parit yang seakan mengambil enteng perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan.
22

Seterusnya, ia juga dapat dilihat melalui watak Penghulu Karim yang marah kerana
pengintip Jepun yang disangka sudah mati,ternyata masih wujud dalam kalangan
penduduk Kampung tersebut,kemarahan yang ditunjukkan seiring dengan rasa
kecewa kerana beranggapan beliau tidak dapat menjaga keamanan Kampung tersebut
dengan baik.

KESIMPULAN

Pelbagai strategi bahasa kemarahan yang terdapat di dalam novel Kiyai Salleh, dunia
perjuangan yang penuh dengan konflik dan mendebarkan. Kisah keberanian,
perjuangan, persaingan, pergelutan, pembunuhan, perkomplotan yang penuh warna
kehidupan. Melalui novel ini pembaca dapat mengambil iktibar atau pengajaran dari
penulisan pengarang. Motif pengarang menggunakan strategi bahasa kemarahan
dalam novel sangat sesuai apabila pengarang ingin memfokuskan penceritaan tentang
perjuangan pahlawan terdahulu bagi mengecapi sebuah kebabasan. Dari awal
penceritaan lagi pengarang memasukkan topik yang mendebarkan dan menimbulkan
pergaduhan. Walaupun novel ini lebih kepada perjuangan yang penuh dengan konflik,
pengarang juga telah memasukkan isu-isu yang mendatangkan pengajaran kepada
pembaca. Oleh itu, novel ini membuktikan bahawa sikap marah sering dikaitkan
dengan dunia perjuangan seorang pahlawan. Sikap pembelot daripada masyarakat
sekeliling sendiri dan dikhianati oleh penjajah yang menggunakan pelbagai
propaganda untuk menawan tanah air sangat mendebarkan perasaan pembaca.
Daripada pengalaman tersebut Kiyai Salleh bukan sahaja menjadi seorang pembela
tanah air,malah ia diangkat menjadi pahlawan negara yang berpegang teguh dengan
akidah dan keimanan Islam.
Jom audit diri, adakah kita seorang yang cepat melenting marah atau di
sebaliknya. Oleh sebab itu, jika kita berasa marah, tanyalah kepada hati kenapa kita
marah? Ingatlah bahawa orang yang cepat marah banyak syaitan dalam diri mereka.
Sesungguhnya Allah yang mengkurniakan sikap marah dalam hati kita, tetapi Islam
mengajar kita macam mana hendak mengurus kemarahan (Muhaya Mohamad, 2017).
23

RUJUKAN

Abdul Latip Talib. (2012). Kiyai Salleh .Shah Alam:PSN Publications Sdn.Bhd.
CP. Chaplin, Dictionary of Psychology Terj. Kartini Kartono, Kamus Lengkap
Psikologi,(Raja Grafindo Persada, Jakarta, 1993).
Davidoff (1991), Psikologi Marah,1991,
http://budilisnt.wordpress.com/2010/03/30/psikologi-marah/".
Nadarajan A/L Gopalkrisnan, Pengurusan Kemarahan,8 Februari
2017,http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-kemarahan/.
Raymond DiGiuseppe. 2006. Understanding Anger Disorders. Oxford University
Press.
24

LAMPIRAN

Gambar 4 : Kiyai Salleh yang diambil daripada kisah benar


25

Gambar 5 : Abdul Latip Talib selaku penulis novel Kiyai Salleh

Anda mungkin juga menyukai