Anda di halaman 1dari 20

MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN(SOM) KALI KE-28 KERTAS KERJA JIHAD DALAM KONTEKS KONTEMPORARI DI ASIA TENGGARA Oleh : Malaysia

1. PENDAHULUAN 1.1 Kertas kerja yang akan penulis bentangkan ini akan menyentuh beberapa aspek berkaitan pengertian jihad, persfektif barat terhadap jihad, jihad pada zaman Rasulullah s.a.w., jihad dalam konteks zaman kini seterusnya menyentuh perbincangan kertas ini yang merujuk kepada jihad dalam konteks kontemporari di Asia Tenggara. 1.2 Banyak terdapat kekeliruan di kalangan orang Islam tentang pengertian jihad. Kekeliruan ini bukan sahaja kepada pengertian jihad itu sendiri yang sering dimengertikan sebagai peperangan mengangkat senjata yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan pembunuhan. harus diperangi. 1.3 Peperangan yang dikatakan perang jihad ini sebenarnya tidak menepati makna jihad yang dimaksudkan dalam Islam dan sasaran yang diperangi itu juga bukanlah sasaran jihad yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam. Oleh itu perkara pertama yang seharusnya difahami tentang jihad ini ialah maksud dan tuntutan jihad serta siapakah yang seharusnya diperangi dalam menegakkan ajaran Islam yang suci. 1.4 Punca yang menimbulkan kekeliruan tentang pengertian jihad yang sempit adalah berpunca daripada salah faham masyarakat Islam Malah, kekeliruan ini juga melibatkan golongan yang akan menjadi sasaran atau siapakah golongan yang

dalam memahami pentakrifan jihad. Sedangkan jika diteliti dengan lebih mendalam ternyata definisi yang telah dibuat tentang jihad merangkumi perkara-perkara yang lebih umum. 1.5 Bagi melihat pengertian jihad secara lebih dekat maka adalah baik kita merujuk kepada maksud jihad seperti yang telah diberikan oleh para ulama muktabar. Pengertian jihad juga boleh kita lihat dari aspek teladan Rasulullah s.a.w. sendiri. Daripada definisi yang diberikan ini kita akan dapat membuat kesimpulan apakah maksud jihad yang sebenarnya dengan tidak menumpukan kepada aspek yang sempit terhadap pengertian jihad. 2. PENGERTIAN JIHAD 2.1 Perkataan jihad diambil daripada ( al-jahdu) yang bermaksud; penat jerih dan juga daripada ( al-juhdu) yang bermaksud; usaha tenaga. Seorang mujahid atau orang yang berjihad itu adalah seseorang yang menghabiskan usaha tenaganya dengan merasai penat jerih. 2.2 Oleh yang demikian jihad itu ialah: menghabiskan usaha tenaga untuk mencapai apa yang dicita atau menolak daripadanya sesuatu yang tidak diingini, iaitu untuk mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan atau mendapat manfaat dan mencegah bencana menerusi apa-apa cara yang difikirkan wajar dan elok, dalam apa bidang sekalipun, sama ada dalam masa aman atau perang, tidak semestinya dengan berperang atau mengangkat senjata . 2.3 Para ulama dari mazhab Syafii mentakrifkan jihad pada istilah syarak bererti; memerangi orang kafir untuk kejayaan Islam. Ia juga digunakan untuk jihad menentang nafsu dan syaitan. Tetapi yang

dimaksudkan dalam perbahasan dari sudut fekah ialah pengertian yang pertama. 2.4 Para ulama dari mazhab Hanafi dalam mentakrifkan jihad telah menyebut; dari segi syarak, jihad lebih di kenali sebagai jihad alkuffar iaitu menyeru orang kafir kepada agama yang benar dan memerangi mereka jika mereka tidak menerima. Dari segi bahasa ia bermaksud lebih umum, iaitu mengumpul kekuatan ke jalan Allah S.W.T. dengan jiwa, harta, lisan dan sebagainya. 2.5 Al-Bajuri menyebutkan dalam kitabnya, Hasyiah al-Bajuri Ali bin AlQasim jilid 2 halaman 268; jihad iaitu peperangan di jalan Allah, berasal daripada perkataan mujahadah iaitu berperang untuk Oleh kerana itulah menegakkan agama. Ini merupakan jihad yang kecil. Jihad yang besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Rasulullah s.a.w. ketika kembali dari salah satu peperangan baginda bersabda yang bermaksud; Kita kembali daripada jihad yang kecil untuk menghadapi jihad yang lebih besar. 2.6 Dari konteks sirah pula kita melihat Jihad yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. pula adalah setelah diizinkan oleh Allah S.W.T. kerana orang Islam telah dizalimi, dan dimusuhi oleh orang kafir kerana mereka mengesakan Allah. Malahan mereka dizalimi dengan cara harta benda dan tanah tumpah darah mereka dirampas. Ketika itu baginda diizinkan Allah S.W.T. untuk berjihad demi mempertahankan diri dan maruah baginda dan para sahabatnya di samping menjaga keutuhan agama Islam itu sendiri. 2.7 Pada hakikatnya, jihad merupakan penggemblengan tenaga dengan menggunakan cara-cara yang aman. Jihad hanya dilakukan apabila keadaan memerlukan seperti memelihara keselamatan para

pendakwah di jalan Allah. Ia dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata tanpa disertai tujuan-tujuan lain seperti kebendaan atau kepentingan diri atau untuk menjajah dunia atau bangsa lain. Ia berlainan dengan pengertian perang kerana peperangan kadangkala berlaku tanpa alasan tetapi hanya bermotifkan permusuhan semata-mata. 3. PERSPEKTIF BARAT TERHADAP JIHAD 3.1 Media Barat sering memutarbelitkan pengertian jihad dengan menggambarkan imej buruk Islam apabila menghubungkan perjuangan yang suci ini dengan keganasan dan pembunuhan. Kefahaman ini seolah-olah Islam itu ditegakkan dengan mata pedang atau peperangan sedangkan yang sebenarnya adalah di sebaliknya. 3.2 Gambaran salah barat ini semakin jelas setelah berlaku tragedi 911 di New York seterusnya siri-siri pengeboman berani mati di Iraq, Palestine termasuk di beberapa buah Negara di Asia Tenggara sendiri. Keadaan ini menyebabkan barat mengenakan tekanan ke atas masyarakat Islam seperti mengenakan sekatan ekonomi atau dalam bentuk sokongan kepada kerajaan asing dengan merampas negara dan rumah tangga masyarakat Islam, atau cuba menghapuskan etnik yang menganut agama Islam. 3.3 Keadaan ini kemudiannya telah menimbulkan tindak balas daripada sebahagian masyarakat Islam dalam bentuk yang pelbagai. Antaranya dengan menggunakan kekerasan yang tindak balas mereka mensasarkan

bukan sahaja kepada barat malah kepada

sesama umat Islam yang mereka labelkan sebagai talibarut barat, sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara di Asia Barat serta di beberapa buah negara tertentu di Asia Tenggara perbuatan ini mereka namakan sebagai jihad. 4 yang

3.4

Dari sinilah timbul gerakan-gerakan seperti Jemaah Islam, Kumpulan Militan Malaysia, Al-Maunah dan lainlain kumpulan yang dikatakan melakukan beberapa kegemparan atau pengboman seperti yang telah terjadi di Bali, Indonesia dan Selatan Filiphina. Alasan mereka adalah Jihad. Jihad untuk menentang kafir barat atau kuncukuncunya yang mereka kata telah menindas saudara umat Islam lainnya di Palestin, Afghanistan dan di beberapa buah negara lain.

3.5

Persoalannya sesuaikah tindakan yang mereka katakan

jihad itu

dilaksanakan di Asia Tenggara ini sedangkan situasi yang berlaku di daerah ini adalah berlainan dan cara jihad yang perlu dilakukan turut berlainan. Apa yang lebih malang tindakan mereka itu turut melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah atau orang awam yang mungkin bersikap berkecuali dalam perkara ini. Tiadakah cara lain yang lebih sesuai untuk melawan tindakan barat itu dan tidak pula menggunakan istilah jihad yang sangat suci itu. 3.6 Apa yang nyata hasil daripada tindakan mereka itu, telah memburukkan nama Islam lalu barat melabelkan Islam sememangnya agama yang menganjur keganasan. Kesan daripada Tragedi 911 telah menguatkan lagi hujjah barat untuk memerangi Islam walaupun mereka beralasan untuk melawan keganasan, menurut istilah yang mereka cipta sendiri. 3.7 Sebenarnya kita tidak dapat menafikan bahawa tekanan yang dilakukan oleh barat itu adalah atas kelemahan umat Islam juga. Mereka sebenarnya kurang menyedari bahawa musuh Islam sedang berusaha mengkucar-kacir dan melemahkan negara Islam dengan mekanisme yang mudah. Antaranya dengan cuba menjatuhkan kredibeliti pemimpin serta berusaha meruntuhkan kestabilan ekonomi negara-negara umat Islam dengan pelbagai syarat perdagangan.

3.8 Malahan, satu taktik yang amat berkesan yang sedang dilakukan oleh mereka adalah memecahbelahkan perpaduan negara-negara Islam supaya negara-negara tersebut terjebak dalam pertelagahan yang mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan politik. Ini termasuklah mewujudkan konflik di kalangan rakyat yang kadang-kadang berpunca daripada berbagai-bagai isu yang mereka sendiri tidak memahaminya. 4. MENELADANI JIHAD RASULULLAH S.A.W. 4.1 Dalam konteks pengertian jihad, jika kita menoleh kepada sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., ternyata bahawa jihad baginda sepanjang perutusannya adalah untuk menentang kejahilan, kemiskinan, hawa nafsu, sifat bongkak, munafik dan sebagainya. 4.2 Jihad baginda bermula dengan wahyu pertama yang menekankan tentang tulis dan baca. Ini merupakan lambang peningkatan ilmu pengetahuan dan kebudayaan manusia yang tinggi sebagai makhluk yang bertamadun. Kemudian berjihad menghapuskan kemiskinan dan kepapaan yang dialami oleh orang miskin dan anak yatim, seterusnya berjihad dalam bidang pengajaran dan pendidikan bagi mendidik jiwa manusia supaya kuat dan dinamik dari segi rohani, badani dan aklinya. 4.3 Inilah jihad dan perjuangan Rasulullah s.a.w yang memenuhi hidupnya, iaitu mempertingkatkan kehidupan umat dan mutu agama dalam semua bidang, termasuk mempertingkatkan akidah, akhlak dan moral manusia dengan contoh teladan baginda yang amat mulia. 4.4 Akhirnya setelah baginda mempunyai persiapan yang lengkap dan kekuatan yang dapat menandingi kekuatan musuh serta struktur negara yang kukuh, maka baginda diizinkan berperang menentang pencerobohan dan pengkhianatan para penentangnya yang sengaja 6

melakukan langkah-langkah provokasi bagi menghancurkan agama dan umat Islam. Dalam konteks ini Allah S.W.T. berfirman;

(39)
Bermaksud: Telah diizinkan (berperang) bagi orang yang diperangi (kaum Muslimin), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berkuasa menolong mereka itu, (iaitu) orang yang diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah . Surah Al-Haj ayat 39-40 Ketika inilah baginda memasuki medan jihad yang merupakan peperangan suci untuk mempertahankan agama dan diri daripada musuh-musuh yang sememangnya ingin menghancurkan agama dan umatnya. 5. JIHAD DALAM DUNIA ISLAM KINI 5.1 Tetapi sayangnya pengertian jihad yang sering difahami oleh masyarakat kita, ditambah pula oleh kempen pihak media Barat yang sengaja ingin mencemarkan nama baik Islam ialah jihad yang dihadkan kepada perang sabil atau holy war iaitu berperang dengan menggunakan senjata yang melibatkan pembunuhan dan kekerasan, sedangkan jihad dalam pengertian lain tidak lagi dianggap jihad, dan tidak lagi menjadi cara perjuangan umat Islam.

5.2

Adalah penting untuk memperingatkan generasi kita bahawa Islam sangat menghormati nyawa sehingga dalam jihad hanya dibenarkan membunuh orang yang terlibat dalam perang. Haram membunuh orang tua, wanita dan kanak-kanak. Islam juga menghargai harta benda sehingga diharamkan memotong pokok, merobohkan rumah atau merosak tanaman dan sebagainya.

5.3 Jihad dalam Islam juga tidak bertujuan untuk menjajah. Penduduk tempatan yang telah ditakluk oleh Islam tetap mempunyai kebebasan bahkan mereka juga bebas untuk mengelola tanah-tanah mereka sepertimana yang berlaku ketika Umar al-Khattab menakluk Iraq. Jika wilayah berkenaan dalam kekurangan, maka negara akan memberikan bantuan. Setiap rakyat mendapat jaminan dari Negara baik berupa kesihatan, pendidikan, tempat tinggal dan sebagainya. Sebagai contoh, Andalusia/Sepanyol merupakan suatu lembah yang kontang sebelum kedatangan Islam. Setelah kedatangan Islam, Sepanyol telah menjadi satu negeri yang maju dan menjadi pusat untuk menimba ilmu yang termasyhur semasa pemerintahan khalifah Abbasiah. 5.4 Sebaliknya jihad yang dilakukan oleh kelompok Islam kini dengan mengbom kawasan-kawasan awam serta lebih mengutamakan kekerasan bukan keutamaan jihad yang diperlukan dalam konteks umat Islam kini. 5.5 Syeikh Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya al-Jihad fil Islam ketika mengulas ciri-ciri yang perlu ada pada Jihad dan Mujahid adalah seperti berikut;

i. Jihad yang tulen bukan hanya melalui peperangan tetapi berjihad atas dorongan prinsip bukan untuk kemegahan, kemenangan atau penjajahan. ii. Komitmen yang berterusan dalam mentaati Allah dan Rasul iaitu dengan meyakini bahawa jihad adalah cara untuk mendapatkan keredhaan Allah dan segala kemurahan dan pertolongann-Nya. Sebagaimana firman Allah S.W.T.;


Bermaksud; Kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Surah Muhammad ayat 7 iii. Tidak berbantahan dan bercanggah sebaliknya wujud penyatuan atas dorongan penyatuan matlamat jihad sebagaimana yang diingatkan oleh Allah S.W.T.;


Bermaksud; dan taatlah akan Allah serta Rasul-Nya kalau dan tidak janganlah kamu berbantah-bantah

nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu. Surah al-Anfal ayat 46 iv. Sabar dalam mengambil tindakan dan menanti kejayaan. Kesabaran adalah rahsia besar dalam kejayaan sebagai mana yang diwasiatkan oleh Rasulullah kepada Ibnu Abbas r.a.; 9


Bermaksud; Ketahuilah bahawa kejayaan bersama kesabaran dan kelapanga bersama kesempitan dan kesusahan bersama kesenangan, v. Sentiasa mengingati Allah dan menginsafi bahawa jihad ini hanya kerana Allah dan hanya Dia yang mampu memberi kejayaan. Ini terbukti di kalangan orang mukmin yang sebenar ketika berjihad. Firman Allah S.W.T.;

(146)

) 147) Bermaksud;
Dan berapa banyak dari nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang yang taat kepada Allah maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga tidak menjadi lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk dan Allah sentiasa mengasihi orang yang sabar. Dan tidak ada yang mereka ucapkan selain daripada berdoa dengan berkata; wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami dan teguhkanlah pendirian kami 10

dan tolonglah kami mencapai kemenangan ke atas kaum yang kafir. Surah Ali Imran ayat 46 5.6 Sementara dari satu aspek lain antara syarat yang dibenarkan dalam berjihad adalah; diharapkan dengan sangkaan yang kuat atas kemenangan orang Islam dengan ijtihad amir atau ijtihad orang yang boleh dipegang ijtihad dan pandangannya dari kalangan orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam selok belok peperangan. Tetapi jika tidak diharapkan dapat kemenangan bagi pihak Islam maka peperangan harus dihindarkan kerana akan membawa kemusnahan kepada diri dan orang- Islam.

6.

JIHAD YANG KITA PERLUKAN 6.1 Setelah kita melihat kepada keadaan yang berlaku maka terletak di atas kitalah untuk berfikir dan mencari jalan untuk memulihkan pengertian jihad serta memberikan gambaran yang jelas tentang Islam. Ia perlu dilakukan melalui tindakan dan amalan yang kita fikirkan sesuai dengan kehendak Islam. 6.2 Ini kerana kita perlu membuktikan kebaikan Islam dalam amalan yang boleh juga kita namakan sebagai jihad tetapi jihad dalam konteks yang lebih meluas. 6.3 Dalam Islam jika sesuatu yang dibuat menyumbang kepada amalan yang diwajibkan maka sumbangan itu juga menjadi wajib. Dengan itu orang Islam bukan sahaja disuruh berperang tetapi juga menyediakan peralatan perang yang moden yang boleh menakutkan musuh kerana kesediaan dan kemampuan berperang. Ini menjadi kewajipan yang sama penting dengan berperang. Tanpa

11

menunaikan kewajipan ini, peperangan dij alan Allah S.WT. tidak mungkin dapat dilakukan dan tidak mungkin dapat dijayakan. Persediaan ini menjadi sebahagian daripada perjuangan di jalan Allah S.W.T. dan ia juga merupakan jihad. Mengenai persediaan ini Allah S.W.T. telah telah menyatakannya dalam firman-Nya;


Bermaksud; dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musih yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. Surah al-Anfaal ayat 60 6.4 Dalam konteks yang lain usaha menghapuskan kemiskinan adalah termasuk dalam jihad yang diterima oleh agama. Jihad menghapuskan kemiskinan dengan berusaha meningkatkan taraf hidup diiktiraf oleh Rasulullah sebagai amal ke jalan Allah S.W.T.. Ini sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.;

12


Bermaksud; Jika keluarnya seseorang untuk berusaha kerana menahan dirinya daripada meminta-minta maka usahanya itu adalah pada jalan Allah dan kalau keluarnya untuk berusaha mencari nafkah bagi kedua-dua ibu bapanya yang uzur atau bagi anak-anak yang masih kecil maka usahanya itu juga adalah dikira pada jalan Allah. Riwayat oleh al-Tabrani 6.5 Seluruh dunia memaklumi bahawa Negara-negara Islam dan umatnya secara khusus kurang bersatu padu. Kebanyakan perpecahan mereka disebabkan oleh pemikiran mereka yang jumud dan taasub yang tidak berasaskan kepada kehendak ajaran Islam. Mereka membenarkan perpecahan berlaku atas alasan perbezaan mazhab, perbezaan ideologi politik dan yang paling buruk adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu dengan mengenepikan kepentingan jamaah umat Islam. 6.6 Ekoran daripada itu, musuh-musuh Islam dengan sewenangwenangnya serta secara mudah menakluk Negara-negara Islam kerana mereka sedar umat Islam telah hilang kekuatan kerana perpecahan yang berlaku di kalangan mereka. Oleh yang demikian kita perlu berjihad untuk menyatukan umat. Kita mahukan setiap Negara Islam dan umat Islam bersaudara dan bersatu supaya ia dapat memberi kesan psikologi terhadap musuh-musuh Islam. Allah S.W.T. berfirman;

13

Bermaksud; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, jika tidak (sekiranya kamu berbantah) nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar. Surah al-Anfaal ayat 46 6.7 Kemajuan dalam bidang ekonomi dan kewangan amat penting dalam menentukan kekuatan sesuatu Negara. Negara yang maju dalam bidang ini akan menjadi lebih bebas daripada tekanan kuasa asing dan juga dalam menguruskan hubungan dan dasar luar Negara. Sebab itulah Negara-negara Islam perlu berusaha membangunkan ekonominya dan menguruskan kewangannya dengan bijak dan cekap. 6.8 Kedua-dua bidang ini akan menyumbang kepada perjuangan di jalan Allah dari sudut kemampuan mempertahan dan menyelamatkan rakyatnya yang beragama Islam dan umat Islam di Negara lain yang tertindas. Dalam ertikata lain tindakan memajukan ekonomi dengan tujuan memelihara keamanan, kemajuan dan kesejateraan Negara Islam adalah tergolong dalam erti jihad yang dikehendaki oleh Islam. Firman Allah S.W.T.;


14

Bermaksud; ..dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan. Surah al-Qasas ayat 77 6.9 Kita perlu berjihad menjadikan semua umat Islam berilmu

pengetahuan. Ini kerana Negara Islam yang stabil dan kuat perlu menguasai segala ilmu yang dimiliki oleh bangsa yang maju di dunia ini. Dengan ilmu-ilmu ini segala kecanggihan perindustrian, perhubungan dan perdagangan dapat diadakan oleh Negara Islam. Ciptaan barangan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki oleh Negara asing akan menjadikan Negara Islam lebih kuat dan berupaya mempertahankan Negara dan umat Islam di mana-mana sahaja. Tidak ada sebab kenapa umat Islam pada zaman ini tidak berupaya menguasai ilmu yang penting untuk pembangunan dan pertahanan sepertimana yang pernah dimiliki oleh umat Islam sebelum mereka.

15

6.10

Justeru segala usaha ke arah mewujudkan umat Islam yang berilmu adalah suatu jihad kerana ia akan menghasilkan negara Islam yang setanding dengan Negara bukan Islam dalam semua bidang. dipulihkan semula. Firman Allah S.W.T.; Ini juga bermakna maruah Negara dan umat Islam akan dapat


Bermaksud; katakanlah lagi (kepadanya); adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal. Surah al-Zumar ayat 9

7.

JIHAD KONTEMPORARI DI ASIA TENGGARA 7.1 Setelah kita melihat kepada pengertian dan semangat jihad di atas maka dalam konteks Asia Tenggara, jihad dalam bentuk dan konsep inilah yang sepatutnya kita laksanakan pada hari ini. Ini kerana salah faham dalam konsep jihad sering membawa orang berfikir dan mempunyai persepsi bahawa jihad adalah usaha mengangkat senjata dan berperang semata-mata. Umat Islam di Asia Tenggara haruslah memahami konsep jihad, dan mengkaji sejarahnya ketika Rasulullah s.a.w. berjihad dan harus juga mengkaji dari al-Quran dan sunnah, kenapakah peperangan diharuskan kepada orang Islam dan baginda sendiri.

16

7.2

Oleh itu berjihad di Asia Tenggara tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya, dan kita tidak boleh membenarkan ia berlaku seperti dakwaan sesetengah golongan yang berperang sesama Islam kononnya mereka berjihad. Apa yang dikhuatiri kedua-dua puak orang Islam itu akan mendakwa masing-masing berjihad untuk menyerang dan mengalahkan teman seagama sehingga berlaku pertumpahan darah, tanpa sebarang kebenaran daripada ajaran agama.

7.3

Bagi kita dan negara-negara yang cintakan perdamaian, jihad kita dalam secara hubungan yang lebih antarabangsa berhemah, adalah melalui serta forum antarabangsa, tekanan dan desakan diplomatik dan sebagainya bijaksana memahami dimanakah kekuatan dan aruh tuju perjuangan kita.

7.4

Tidak terlewat untuk kita memetik dikemukakan oleh

akan saranan yang pernah

Syeikh Ahmad Fatani seorang ulama dunia

Melayu yang menggesa umat Melayu supaya menjadikan Dunia Melayu (Asia Tenggara. Pen) ini sebagai pusat ilmu supaya umat Islam mampu menjaga maruah dan agama mereka. Antara katanya berkaitan dengan keinginannya melihat negeri-negeri Melayu kuat dan mempunyai kemampuan yang tinggi serta menjaga agama dan bangsanya adalah seperti berikut; Dan adalah pada hati hamba yang fakir sehabis-habis risau dan dukacita dengan sebab ihmal (tidak mengambil beratnya-p) dan mensia-sia bangsa kita ahli tanah Melayu dan ahli segala tanah yang di bawah angin dan segala raja-raja mereka itu yang muslimin yang dahulu-dahulu dan yang sekarang ini dan segala mereka yang kaya-kaya dan kemudahan daripada mereka itu tiada memperduli mereka itu akan umpama segala perkara yang tersebut hingga jadi

17

kemudian daripada kemuliaan kita sekurang-kurang bangsa dengan dinisbahkan kepada segala bangsa yang lain dan hilang segala tempat kediaman kita dan kemegahan kita ; maka sekalian itu dengan sebab taksir (kecuaian-p) kita pada u(m)pama segala perkara itu dan sangka kita bahawasa(nya) sekalian demikian itu bukan daripada pekerjaan yang bergantung dengan agama kita; maka adalah dengan sebab itulah

kita biarkan dia pada hal jikalau kita tilik halus-halus nescaya (itu semuap) berambing (iaitu bersangkut paut-p) dengan segala perkara itu daripada sebesar-besar barang begantung ia dengan agama kita, kerana dengan demikian itulah dapat kuat atas segala seteru dan kekerasan (maksudnya kekuatan-p) yang dengan dialah (ter)pelihara akan kemegahan agama kita dan menjadikan dia elok pada segala mata mereka itu, dan besar masyhur pada segala pendengaran mereka itu dan haibat pada segala hati mereka itu. 7.5 Demikianlah saranan ulama tersohor dunia Melayu ini terhadap perlunya kita sebagai bangsa Melayu yang mendiami sebahagian bumi Asia Tenggara ini untuk memajukan bangsa dan agama kita. Tidak syak lagi inilah juga jihad yang disarankan oleh beliau apabila beliau memahami jihad termasuk juga dalam pengertian membela nama agama daripada kaca mata bangsa dan agama asing. 8. KESIMPULAN 8.1 Kita sebagai pihak yang mewakili umat Islam di Asia Tengara ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Tanggungjawab ini memerlukan kita menumpukan perhatian kepada masalah-masalah yang nyata yang dialami oleh masyarakat Islam masa kini seperti

18

perpaduan umat,pendidikan, ekonomi, pertahanan serta teknologi lain yang kita masih ketinggalan. 8.2 Masalah ini jika kita tidak mengenalpasti dan menanganinya secara baik sudah tentu akan menjadikan kita terus ketinggalan. Lihatlah apa yang sedang terjadi di dunia Islam kini. Walaupun nampaknya ada kesedaran untuk membela Islam atas nama jihad tetapi kesedaran ini lebih tertumpu kepada soal yang memecah belahkan umat dan mencetuskan peperangan di kalangan mereka. 8.3 Tidak ada perhatian yang serius yang diberikan kepada

penyerapan ilmu, kepada memperkuatkan persaudaran dan kepada menyaingi musuh dalam semua aspek. Lebih daripada itu dalam dakwaan jihad sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak tersebut tidak memenuhi syarat jihad yang diperlukan. Apakah tindakan mereka itu telah berjaya menguatkan kedudukan Islam dan umatnya? Apakah tindakan mereka tersebut telah berjaya mengalahkan pihak yang mereka tentang?. 8.4 Jawapannya, setakat ini kita katakan tidak, kerana antara syarat jihad iaitu mengharapkan kemenangan kepada pihak Islam tidak mereka teliti dan fikirkan sungguh-sungguh. Sebaliknya mereka lakukan dengan terburu-buru tanpa perancangan atau jika adapun perancangan ia tidak dilihat sebagai satu perancangan yang tersusun yang melibatkan keseluruhan umat Islam secara berjamaah. 8.5 Oleh itu kita perlu memperbaiki sikap Umat Islam di negara kita masing-masing. Singkirkanlah persangkaan sesama Islam. Elakkan diri daripada menghadapi musuh khayalan. Sebaliknya hadapilah musuh yang ada di depan mata kita, musuh yang sebenar iaitu

19

nafsu dan hasad dengki sesama umat. Inilah musuh yang perlu dihadapi oleh umat Islam dengan jihad iaitu jihad melawan nafsu, jihad paling utama, seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kuala Lumpur. Senarai rujukan: 1. Iktibar Jihad Rasulullah, Kor Agama Angkatan Tentera, Kuala Lumpur 1997 2. Konsep Jihad dan Mati Syahid, Dato Haji Noh bin Gadot, Mufti Negeri Johor 3. Jihad Dan Syahid Dalam Islam, Muhammad Uthman el-Muhammady

20

Anda mungkin juga menyukai