Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN KEPADA IKAN GUPI

Ikan gupi merupakan ikan hiasan yang paling popular di dunia and dikenali sebagai ikan yang termurah di kedai-kedai walaupun terdapat beberapa bentuk ikan yang mahal dalam spesies yang sama. Kecil, cantik, dan menarik adalah ciri-ciri ikan gupi yang membawa kepelbagaian warna. Ikan gupi adalah pilihan yang terbaik untuk pemelihara yang baru sahaja menceburi bidang pemeliharaan ikan hiasan terutama sekali kanak-kanak. Namun pun begitu, ikan ini memerlukan penjagaan yang rapi dalam keadaan yang sesuai seperti ikan hiasan yang lain. Walaupun penjagaan ikan gupi tidak serumit dengan ikan-ikan hiasan yang lain, namun ikan gupi merupakan antara ikan hiasan yang mudah mendapat penyakit.

Anda mungkin juga menyukai