Anda di halaman 1dari 3

Amalan jihad sering dikaitkan dengan perjuangan membela agama, bangsa dan tanah

air. Perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan atas dasar jihad dengan nama Allah swt dan
agama dalam syahid. Jihad menjadi kefarduan dan perintah agama yang berkekalan sehingga
hari kiamat.

Konsep jihad dari segi Bahasa ialah jihad berasal daripada perkataan ‘Jahada’ bermaksud
menggunakan segala tenaga dan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
sesuatu. Dari segi syarak, jihad ialah berjuang agama Allah swt di atas muka bumi. Jihad juga
bermaksud penyerahan segenap kemampuan manusia untuk mendapatkan sesuatu yang
diingini atau menolak sesuatu yang dibenci. Oleh itu, dalam kata luas, jihad boleh dimaksudkan
sebagai berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa, berjuang menegakkan
keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan meninggikan kalimah
Allah.

Antara jenis jihad ialah melawan hawa nafsu. Jihad melawan hawa nafsu ialah
melakukan usaha bersungguh-sungguh memperbaiki peribadi dengan nilai-nilai terpuji dan
menghindari sifat-sifat terkeji. Jihad ini anatara jihad paling tinggi darjatnya di sisi Allah swt.
Perjuangan ini adalah perjuangan sepanjang hayat dalam diri setiap individu muslim. Mencari
petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu adalah tergolong di dalam jihad melawan nafsu
agar ianya tunduk dan patuh untuk beramal, menyebarkan dakwah islamiah serta sabar atas
segala ujian dan cabaran yang dihadapi. Jihad sebegini menuntut kepada jihad yang
berpanjangan dan ianya jihad fardhu ain.

Seterusnya, jihad tenaga dan nyawa. Jihad paling utama dalam islam adalah melalui
pengorbanan jiwa raga untuk agama islam, lazimnya jihad sebegini adalah jihad di medan
perang menentang golongan kufur kepada Allah swt dan golongan memusuhi islam manakala
mereka yang terkorban adalah syahid. Terdapat banyak contoh para sahabat yang sanggup
berkorban nyawa demi perjuangan islam seperti Sayidina Hamzah yang gugur syahid di dalam
perang uhud.

Selain itu, jihad harta benda. Pengorbanan harta benda dan wang ringgit termasuk
dalam jihad fi sabillah. Bagi golongan kaya, mereka boleh menyumbang dalam bentuk harta
benda dan kewangan bagi menyokong usaha jihad pejuang di medan perang. Contohnya,
Sayidina Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman al-Affan menyerahkan sebahagian besar
hartanya demi perjuangan menegakkan syiar islam.
Tambahan juga, jihad menghapuskan kemungkaran dan kezaliman serta menegakkan
kebenaran. Jihad jenis ini adalah perjuangan menentang sebarang kemungkaran dan kezaliman
sema ada dilakukan oleh umat islam atau golongan kafir. Oleh itu, segala bentuk kebatilan yang
wujud dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun
dengan hati. Nabi Muhammad saw pernah berkata mengenai jihad yang paling utama yang
bermaksud “jihad yang paling utama adalah menyatakan perkataan yang hak di hadapan
seorang penguasa yang zalim”. Selain itu, dalil daripada al-Quran Surah Ali Imran ayat 110
bermaksud “ kamu adalah umat terbaik dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada maaruf dan
menceghah dari mungkar dan beriman kepada Allah swt.

Di samping itu, jihad akal fikiran. Sumbangan buah fikiran dan idea tergolong dalam
jenis-jenis jihad di jalan Allah swt. Sebagai contoh, Salman al-Farisi selain berjuang di medan
perang, beliau juga menyumbangkan idea dalam pembinaan parit dalam perang khandak. Selain
itu, menuntut ilmu adalah suatu jihad dalam islam, begitu juga para mujahid yang berijtihad
mengenai sesuatu hukum turut tergolong sebagai jihad melalui akal fikiran.

Seterusnya, jihad menentang syaitan, syaitan merupakan musuh manusia sebenar-


benarnya. Banyak ayat al-Quran menjelaskan permusuhan antara syaitan dan manusia. Di dalam
kisah Nabi Adam dan iblis banyak mengisahkan permusuhan dan dendam iblis kepada manusia.
Terdapat dalil di dalam Surah al-Fathir ayat 6 membuktikan syaitan adalah musuh manusia.
“seungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai seteru”. Jihad menentang
syaitan tergolong sebagai jihad dalam kategori fardhu ain. Ia menunjukkan setiap umat islam
mestilah sentiasa berjihad menetang hawa nafsu dan syaitan. Ini kerana kedua-dua adalah
musuh di dalam diri mereka sendiri.

Selain itu, jihad menentang golongan munafiq. Umat islam perlu berjihad menentang
golongan munafiq kerana mereka tergolong sebagai musuh berselindung di sebalik nama islam.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafiq, kebanyakkan
ayat-ayat madaniyyah sering mendedahkan mengenai golongan munafiq ini kerana dakwah
islamiah peringkat awal di Madinnnah banyak terdedah kepada ancaman golongan munafiq ke
atas agama dan umat islam. Antara dalil al-Quran Surah al-Taubah ayat 96 menyeru umat islam
berjihad ke atas orang kafir dan munafiq

Selanjutnya, jihad menuntut ilmu. Umat islam disyariatkan berjuang dalam bidang
keilmuan bagi memastikan mereka tidak ketinggalam dalam setiap bidang kehidupan. Umat
islam digalakkan mempelajari segala ilmu bermanfaat sama ada fardhu ain seperti akidah dan
syariah atau fardhu kifayah seperti ekonomi, sains dan teknologi. Penguasaan ilmu dapat
menghindari umat islam daripada bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardhu kifayah boleh
menjadi wajib sekiranya tidak ada orang islam yang mempelajari dan menguasainya.

Kesimpulannya, perspektif jihad amat luas dan perlu ditafsir secara konstekstual dan
mengambil kira reality semasa. Jihad merupakan prinsip islam yang agung kerana jihad
merupakan cara memlihara kebesaran, kemulian dan kedaulatan islam.

Anda mungkin juga menyukai