Anda di halaman 1dari 15

1

NOTA KERTAS 3

BAB 7

Jelaskan sebab Islam mudah tersebar di Asia Tenggara


- Kedudukan Asia Tenggara yang strategik
- Teletak di antara China di sebelah timur/ India di sebelah barat
- Peranan Selat Melaka sebagai jalan perhubungan utama
- Melahirkan bandar pelabuhan penting
- Srivijaya/ Perlak /Pasai/ Melaka/ Bantam/Cheribon/ Makasar/ Brunei/ Pattani
- Pelabuhan tersebut mempunyai hubungan yang penting dengan pelabuhan di
Lautan Hindi
- Mocha/Hormuz/Surat/Goa/Colombo
- Pelabuhan Asia Tenggara juga menjalinkan hubungan dengan pelabuhan penting
di Laut China Selatan/Canton
- Tiupan angina monsun telah mempertemukan pedagang dari pelosok kawasan
- Tanah besar juga dihubungkan melalui Jalan Sutera
- Kekayaan hasil bumi di Asia Tenggara
- Produk pertanian/ logam / hasil hutan

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA

Jelaskan teori dan bukti Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab
- Dikemukakan oleh John Crawford (bukti-bukti yang dikemukakan)
- Islam berkembang di Asia Tenggara menerusi aktiviti pedagangan
- Catatan China, wujud petempatan pedagang Arab di Canton sejak 300 M.
- Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari Mesir hingga ke China.
- Pedagang Arab singgah di pelabuhan di Asia Tenggara kerana kedudukan Selat
Melaka yang strategik.
- Ramai pedagang Arab menetap di Asia Tenggara beberapa bulan sebelum
meneruskan perjalanan
- Mereka membina perkampungan sebagai tapak untuk berdagang
- Catatan China, wujud perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera
Utara
- Pedagang Arab berkahwin dengan wanita tempatan
-Nilai murni pendakwah / pedagang Islam menarik minat orang tempatan
- Disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas (bukti-bukti yang
dikemukakan)
- Persamaan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan kesusasteraan Tanah Arab.
- Banyak perkataan Arab dalam tulisan jawi.
- Karya tempatan mengisahkan pengislaman raja oleh syeikh dari Tanah Arab.
-Contohnya pengislaman Raja Pasai
- Kebudayaan orang Melayu dipengaruhi oleh budaya Arab
-Contohnya budaya menghormati tetamu / muzik Melayu
- Kitab agama bahasa Melayu menggunakan gaya bahasa tulisan Arab
2

Jelaskan teori dan bukti Islam datang dari China


- Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia (Bukti-bukti dikemukakan)
- Canton menjadi pusat perniagaan terkenal pedagang Arab yang beragama Islam.
- Islam berkembang dalam kalangan pedagang China
- Mereka menyebarkan agama Islam ke Asia Tenggara semasa berdagang
- Teori ini disokong oleh S.Q Fatimi (Bukti-bukti dikemukakan)
- Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam dari Canton ke Asia
Tenggara.
- Terjumpanya Batu Bersurat Terengganu
-Bukti wujud kerajaan tua yang bergantung pada perdagangan
- Terdapat persamaan seni bina di China dengan seni bina masjid di Nusantara
-Contohnya persamaan bumbung masjid di Kelantan dengan bumbung
pagoda
- Terjumpanya batu nesan yang mempunyai kalimah Arab di Pekan Pahang
- Pendapat Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China tetapi melalui Champa

Jelaskan teori dan bukti Islam datang dari India


- Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje sejarawan Belanda (bukti-buktinya)
- Wujud hubungan perdagangan yang begitu lama antara India dengan Asia
Tenggara
- Melalui pelabuhan Gujerat di India, Islam tersebar ke Asia Tenggara.
- Menerusi perdagangan, pedagang India menyebarkan Islam kepada masyarakat
Asia Tenggara
- Batu nisan kepunyaan Malik al-Salih di Pasai /batu nisan di Gerisik, Jawa
mempunyai ciri-ciri buatan India
- Kewujudan kebudayaan Hindu di Asia Tenggara

PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

Jelaskan peranan peranan perdagangan / pedagang Islam


menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara
- Pedagang Arab, India dan China Islam telah lama menjalin hubungan
perdagangan dengan pelabuhan utama Asia Tenggara.
- Pelabuhan menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat
- Kepercayaan/ amalan baru menjadi tajuk perbualan/ ikutan
- Kemurnian sikap dan tingkah laku pedagang Islam menjadi ikutan penduduk
setempat.
- Membina perkampungan yang menjadi pusat perbincangan agama Islam.
- Semangat dakwah Islamiah pada pedagang Islam menarik minat masyarakat
tempatan.
- Selain berdakwah mereka membawa ulama untuk menyebarkan Islam.
- Pedagang yang berdakwah mengamalkan sifat mahmudah dan lemah lembut.
- Adanya hubungan baik antara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan.
- Pedagang Islam menggunakan peluang untuk berdakwah kepada masyarakat
- Ada pedagang Islam telah dianugerah jawatan syahbandar di pelabuhan oleh
pemerintah tempatan
3

Jelaskan faktor perkahwinan yang membantu penyebaran Islam di


Asia Tenggara
- Perkahwinan siasah
-Perkahwinan dalam kalangan keluarga diraja
- -Contohnya perkahwinan puteri kerajaan Melaka dengan Raja Siak dan
raja Pahang
- -Kesannya negeri terlibat diislamkan
- Perkahwinan biasa
- - Perkahwinan antara pedagang Islam/ulama dengan penduduk tempatan
- -Kesannya Islam berkembang dalam keluarga terlibat
- -Seterusnya Islam tersebar dalam masyarakat terlibat

Jelaskan peranan mubaligh atau ulama menyebarkan Islam di Asia


Tenggara
- Pendakwah /ulama berperanan besar dalam dakwah Islamiah.
- Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad merupakan pendakwah terawal di Asia
Tenggara.
- Mereka bekerja dan beramal dalam erti kata sebenar.
- Pendakwah mempunyai keperibadian yang baik
- Di Melaka peringkat awal penyebaran Islam, ulama mengajar perkara asas Islam.
- Apabila Islam berkembang, mereka mengajar secara formal.
- Mereka menjadikan masjid, istana dan rumah sebagai tempat belajar ilmu Islam.
- Institut pendidikan awal kemudiannya menjadi pusat pendidikan seperti pondok
atau pesantren
- Di Acheh, pondok wujud dikenali sebagai dayah.
- Acheh menjadikan ulama sebagai penasihat kepada sultan memerintah.
- Di Jawa, peranan Wali Songo (Wali Sembilan) telah berjaya mengislamkan ramai
masyarakat tempatan
- Wali Songo menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah
- Wali Songo membina masjid , iaitu Masjid Agung Demak untuk menjadi markas
dakwah
- Cara wali Sungo berdakwah ialah mengelakkan hidup secara mewah /
membazir.
- Menanamkan semangat kepada masyarakat bekerja dan beramal dalam erti
kata

Bagaimanakah kerajaan Islam di Asia Tenggara menyebarkan Islam


di Alam Melayu?
- Menyebarkan Islam melalui penguasaan kawasan baru contohnya Melaka dan
Acheh
- Kerajaan Melaka semasa Tun Perak, menakluki kerajaan lain yang
menyebabkan kerajaan terlibat memeluk Islam
- Usaha kerajaan Johor-Riau untuk menguasai Melaka telah dapat meningkatkan
penyebaran Islam
- Kerajaan Demak menguasai Majapahit, telah menyebarkan Islam ke seluruh
AsiaTenggara
4

- Kerajaan Acheh berusaha menyekat perkembangan Kristian di Kepulauan


Melayu.
- Penyebaran Islam di Pattani dilakukan semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar
Syah.
- Pengislaman Brunei menyebabkan Kepulauan Sulu dan Mindanao telah
diIslamkan

Bagaimanakah pengislaman raja dan golongan bangsawan


mempengaruhi penyebaran Islam di Asia Tenggara
- Masyarakat Asia Tenggara/orang Melayu sangat mentaati raja/ bangsawan
- Raja/ bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat
- Raja memeluk Islam maka akan diikuti rakyat
- Pengislaman Megat Iskandar Syah diikuti pembesar/ keluarga diraja/ rakyat
- Di Pasai, pengislaman Raja Malik al-Salleh diikuti oleh pembesar
- Pasai menjadi kerajaan yang kuat
- Usaha penyebaran Islam pemerintah menyebabkan Islam tersebar dengan cepat

Jelaskan peranan pusat kebudayaan Islam di Asia Tenggara


- Pusat kebudayaan wujud di Perlak , Samudera-Pasai, Melaka, Acheh dan Johor
Riau.
- Peranan sebagai pusat keilmuan dan penyebaran Islam.
- Peranan sebagai pusat penterjemahan kitab Arab ke dalam Bahasa Melayu.
- Ulama di Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar.
- Di Melaka wujud buku kesusasteraan dipengaruhi gaya tulisan Arab
-Contohnya Hikayat Amir Hamzah / Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
- Di Acheh terdapat syair penulis tempatan yang dapat menarik pembaca
menghayati Islam.
- Di Acheh ulama menghasilkan buku pemikiran Islam
-Contohnya Hamzah Fansuri dan Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf
Singkel
- Kerajaan Johor-Riau menghasilkan buku Tuhfat al-Nafis / Peringatan Sejarah
Johor

Jelaskan keistimewaan agama Islam yang menyebabkan penduduk


di Asia Tenggara menganut agama Islam
- Kemurnian Islam menarik orang ramai menganuti Islam..
- Konsep Tuhan Yang Maha Esa..
- Mementingkan keadilan
- Mementingkan hak individu dan masyarakat.
- Mementingkn kehidupan yang harmoni.
- Menyanjung akhlak mulia.
- Menganjurkan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat
- Islam mementingkan persamaan taraf
5

PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA

Jelaskan pengaruh agama Islam terhadap sistem pemerintahan dan


pentadbiran di Asia Tenggara
- Berlaku pengubahsuaian dalam sistem beraja di Asia Tenggara dengan sistem
pemerintahan berasaskan Islam
- Diwarisi daripada Kerajaan Abbasiyah / Kerajaan Turki Uthmaniyah.
- Institusi kesultanan diperkenalkan
-Penggunaan gelaran sultan
-Meletakkan sultan sebagai ketua negara
- Mufti dilantik sebagai penasihat sultan
- Wujud jawatan kadi / khatib / bilal / pemungut zakat / penyelia baitulmal / penjaga
harta wakaf
- Raja-raja Melaka digelar Khalifatul Mukminin yang bererti pemimpin orang
mukmin.
- Raja-raja Melaka digelar Zillulah fil’ Alam yang bermaksud bayangan Allah di
muka bumi
- Islam dijadikan agama rasmi kerajaan.
-Contohnya Melaka /Acheh/ Brunei
- Sultan merupakan khalifah Allah / wakil Allah
- Nama negeri berunsur Islam.
-Contoh Acheh Darus Salam
- Nama raja menggunakan nama Islam
-Contoh Sultan Mansur Syah yang bermaksud pemerintah yang dibantu oleh
Allah
- Memperkenalkan undang-undang syariah dalam kes jenayah / pernikahan /
perniagaan / pembahagian harta pusaka.
-Undang-undang syariah dalam buku Hukum Kanun Melaka
- Di Acheh wujud perlembagaan bercirikan Islam iaitu Kanun Mahkota Alam.
- Menggerakkan semangat jihad untuk menentang penjajah

Jelaskan pengaruh Islam dalam sistem pendidikan di Asia Tenggara


- Muncul sikap mementingkan ilmu pengetahuan.
- Wujud institusi pendidikan formal
-Seperti istana / pondok/ pesantren/ madrasah / surau.
- Pusat pendidikan formal terawal kerajaan Perlak iaitu pendidikan pondok atau
dayah
- Pendidikan pondok berkembang luas di Pattani/ Acheh / Jawa
- Di Pattani pelajar pondok terdiri pelajar tempatan dan dari luar.
- Di Jawa dinamakan pesantren dan di Acheh dinamakan dayah
- Mata pelajaran diajar di pondok ialah Fikah / Usuludin / hadis / Tafsir
- Keperluan asas di pondok disediakan oleh pelajar sendiri
- Di Melaka masyarakat menuntut ilmu di rumah ulama/ masjid
- Sistem pendidikan di Acheh lebih sistematik
-Dibahagikan kepada 3 peringkat.
-Peringkat rendah(rangkang), peringkat menengah(muenasah) dan
peringkat tinggi (Jamiat bait al-Rahman).
6

- Acheh mendapat gelaran ‘ Serambi Makkah’


- Wanita Acheh digalakkan belajar di dayah / memegang jawatan dalam
pentadbiran
- Pendidikan Islam seterusnya tersebar ke Pulau Jawa/ Filipina/ Riau / Tanah
Melayu

Bagaimanakah kedatangan Islam memantapkan bahasa Melayu dari


segi pertuturan dan penulisan?
- Wujud tulisan jawi
-Huruf/angka tulisan jawi berasal daripada bahasa Arab
-Ulama tempatan mengubahsuai huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis
perkataan Melayu
-Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam
-Perkataan Arab digunakan dalam bahasa Melayu
-Contohnya sultan / syukur / masjid / berkat / alam
-Masyarakat Melayu menggunakan untuk membaca / menulis
- -Lahir sasterawan tempatan
-Contohnya Tun Sri Lanang / Syamsudin al-Sumaterani / Abdul Rauf
Singkel
- Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca
- Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu
- Hasil kesusasteraan Melayu dipengaruhi gaya bahasa Arab
- Hasil kesusasteraan Melayu dipengaruhi sastera Islam
-Contohnya syair / gurindam /nzam /cerita rakyat
- Cerita panji dalam bahasa Jawa diterjemah dalam bahasa Melayu
- Fungsi sastera bukan sahaja untuk berhibur tetapi tujuan untuk mengkritik
- Bahasa Melayu digunakan dalam bidang perdagangan
- Digunakan sebagai bahasa perantara pedagang Timur dan Barat

Bagaimanakah gaya hidup masyarakat setelah kedatangan Islam ke


Asia Tenggara
- Kepercayaan memuja semangat / mempercayai keramat beransur hilang
- Cara hidup Islam diserapkan dalam budaya masyarakat Asia Tenggara
-Contohnya cara berpakaian seperti bertudung dan bersongkok
- Islam dijadikan ad-din iaitu satu cara hidup yang lengkap
- Mementingkan konsep persaudaraan dan persamaan taraf
- Nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan
-Contohnya tolong-menolong/ hormat-menghormati / bekerjasama
-Mementingkan amalan bergotong-royong di kampung-kampung
-Amalan bersatu-padu dan kerjasama diperkukuhkan dalam kerja-kerja
harian

Jelaskan pengaruh Islam dalam bidang kesenian di Asia Tenggara


7

- Dalam bidang seni khat , seni bina dan seni ukir


- Seni khat
-Pada batu nisan / ukiran kayu
-Di batu nisan terdapat tulisan ayat-ayat al-Quran.
-Kreativiti penduduk tempatan menjadikan hiasan menarik pada batu nisan
-Contohnya batu nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat.
-Seni khat mencatat ayat suci al-Quran / hadis / catatan sejarah pemerintah
tempatan
-Seni khat juga diukir pada mata keris.
-Seni khat tertua di Semenanjung terdapat pada Batu Bersurat Terengganu.
-Seni khat juga wujud pada ukiran kayu.
-Unsur seni kaligrafi ini mengambil contoh huruf Arab / ayat al-Quran
-Terdapat seni yang dicantumkan dengan unsur tumbuh-tumbuhan
-Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid / surau / rumah kediaman
-Terdapat kalimah syahadah dijadikan hiasan utama
- Seni bina
-Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bangunan masjid/ kubah /
mimbar /

BAB 8

PENGARUH ISLAM DALAM BIDANG UNDANG-UNDANG

Terangkan isi kandungan undang-undang bertulis yang muncul di


negeri-negeri Melayu selepas kedatangan Islam
- Hukum Kanun Melaka(Undang-undang Melaka)
-Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar
-Pantang larang dalam masyarakat
-Hukuman terhadap kesalahan jenayah
-Undang-undang keluarga
-Permasalahan ibadah
-Jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu
- Undang-undang Laut Melaka
-Berkaitan peraturan di laut
-Tanggungjawab nakhoda / kapten kapal
-Nakhoda sebagai kapten atau imam
-Anak kapal sebagai makmum
-Pembayaran cukai pelabuhan
- Undang –undang Kedah
-Mempunyai 4 bahagian
-Undang-undang tentera
- Undang-undang Perak
-Juga dikenali sebagai Undang-undang 99
- Undang-undang Johor 1789
-Berdasarkan pada Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun
Melaka
PENGARUH ISLAM DALAM BIDANG PENDIDIKAN
8

Bagaimanakah pendidikan tidak formal dilaksanakan dalam


masyarakat Melayu?
9

- Menekankan pengajaran nilai moral/ akhlak


- Pembelajaran melalui pendengaran/ penglihatan/ pemerhatian
- Mempelajari kemahiran daripada ibu bapa melalui pemerhatian/ latihan Memasak/
mengemas rumah
-Dalam bidang pertanian/perikanan/kraf tangan/pertukangan
- Ibu bapa mengajar berkaitan agama/kelakuan/adat resam/cara berkawan/
menjaga maruah
- Menitikberatkan pembelajaran fardu ain/ ilmu agama
- Melalui cerita lisan diserapkan nilai murni
-Cerita binatang/cerita jenaka
-Kaedah paling berkesan/digemari oleh kanak-kanak
-Cerita berbentuk teladan/pengajaran selalu diberi penekanan
- Mempelajari pantang larang melalui pergaulan sosial
- Mempelajari adat istiadat melalui pergaulan dalam masyarakat
- Pendidikan menerusi pantun/peribahasa/teka teki
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Terangkan sistem pendidikan agama (pendidikan formal) di Tanah


Melayu setelah kedatangan Islam
- Pendidikan di rumah.
-Pendidikan diadakan di rumah tok guru
-Menekankan aspek pengajaran al-Quran
-Murid-murid terdiri kanak-kanak berumur tujuh hingga lima belas tahun
-Pengajaran ini menjadi asas kepada pendidikan selanjutnya
- Pendidikan di masjid dan surau
-Sebagai pusat pertemuan masyarakat
-Tempat paling sesuai untuk mengembangkan ilmu Islam
-Kanak-kanak diajar ilmu fikah / tajwid / cara bacaan dalam sembahyang
-Sebelah malam menjadi pusat pengajian kepada orang dewasa
-Pengajaran merangkumi ilmu fikah/usuludin/hadis/tasawuf
-Tahapnya lebih tinggi
- Sistem pendidikan pondok
-Pendidikan formal yang lebih teratur
-Memberi penekanan kepada ilmu agama
-Bermula di Pattani dan berkembang di negeri-negeri lain
-Di Tanah Melayu terdapat di negeri Kedah/Perlis/Kelantan/Terengganu
-Contoh Pondok Pulau Manis di Terengganu/Pondok Pulau Condong di
Kelantan/Pondok Titi Gajah di Kedah
-Menyediakan pelajar-pelajar menjadi guru agama
-Tidak mempunyai batasan waktu
-Jangka masa pengajian sehingga 10 tahun
- Sistem pendidikan madrasah
-Berdasarkan sukatan pelajaran
-Dilaksanakan mengikut kelas
-Pendidikan madrasah terbahagi kepada tahap permulaan/pertengahan/
pengkhususan
-Perjalanan madrasah diawasi oleh mudir / guru besar
10

-Diselia oleh sebuah lembaga


-Wujud jawatankuasa kewangan

PENGARUH ISLAM DALAM BIDANG EKONOMI

Jelaskan kepesatan kegiatan perdagangan di Melaka hasil


sumbangan pengaruh kedatangan Islam
- Pedagang Islam menguasai aktiviti perdagangan
- Pedagang Melayu turut aktif dalam kegiatan perdagangan
- Selaras dengan ajaran Islam
- Islam menganggap perdagangan merupakan sumber rezeki
- Mencontohi Nabi Muhammad SAW yang pernah berdagang
- Aktiviti perdagangan meluaskan penyebaran Islam
- Kedudukan Melaka yang strategik
-Terletak di tengah jalan perdagangan India dan China
- Wujud pentadbiran yang licin
-agar aktiviti perdagangan berjalan lancar
- Wujud jawatan laksamana menjaga urusan di Laut.
- Wujud jawatan syahbandar sebagai ketua di pelabuhan
- Urusan perdagangan diletakkan di bawah tanggungjawab Syahbandar
- Terdapat 84 bahasa dipertuturkan di Melaka
- Wujud Undang-undang Laut Melaka
-Iaitu menjelaskan tugas nakhoda.
- Wujud sistem timbang dan sukat
-Menggunakan sistem kati untuk menimbang emas dan permata
-Menggunakan sistem bahara untuk menimbang rempah ratus
-Alat timbangan ialah dacing
- Jual beli mengunakan kaedah tukar barang dan mata wang

Jelaskan perkembangan mata wang dalam kegiatan perdagangan


di Tanah Melayu.
- Mata wang sebagai perantara nilai barang
-Memudahkan urusan jual beli
- Mata wang timah Melaka berbentuk bulat
-Beratnya satu kati lapan tahil
-Tercatat nama sultan yang memerintah
-Tercatat tarikh Islam pada mata wang tersebut
- Mata wang timah Johor dikenali sebagai katun
-Tidak mempunyai tarikh
-Berbentuk bulat / segi enam.
-Mempunyai tulisan jawi / Arab
- Mata wang timah Kedah untuk kegunaan tempatan
-Berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.
-Mata wang ini boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan
- Mata wang emas digunakan secara meluas di Kedah / Johor
11

-Mata wang emas Johor digelar kupang


-Mata wang emas tertua pada zaman Sultan Alaudin Riayat Syah
-Tercatat nama dan pangkat sultan yang memerintah
-Di belakang tertulis gelaran Islam sultan Iaitu Khalifatul Muslimin
- Mata wang emas Kelantan
-Dikenali sebagai kijang
-Terdapat gambar kijang pada mata wang tersebut
- Pedagang India / China / Arab menggunakan mata wang emas
- Mata wang Perak digunakan oleh pedagang Eropah

KBAT
Jelaskan peranan bangsa Malaysia untuk mewujudkan kehidupan yang
harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini
- Sentiasa berusaha menjayakan konsep 1Malaysia
- Menyokong dasar-dasar / kempen-kempen perpaduan oleh NGO/ kerajaan
- Menjayakan konsep rumah terbuka ketika menyambut sesuatu perayaan
- Membuka ruang untuk berkomunikasi dengan jiran / menjayakan kempen amalan
kejiranan / menziarahi jiran
- Belajar memahami budaya / adat kaum lain
- Bersifat toleransi dalam amalan agama / budaya
- Memantapkan institusi pendidikan melalui program perpaduan di IPT melalui
subjek hubungan etnik
Menjayakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong / rukun tetangga
- Menghayati dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
Mengelak daripada menimbulkan isu-isu sensitif / mengelak provokasi
- Mematuhi undang-undang negara / perlembagaan
- Melibatkan diri dalam aktiviti sukan pada semua peringkat tanpa mengira
iedeologi / perbezaan kaum
- (Mana-mana jawapan yang munasabah)

Jelaskan usaha yang boleh anda lakukan sebagai pemimpin untuk


menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang unggul
- Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran
-bersih,cekap dan amanah
-budaya kerja cemerlang
-menghapuskan rasuah / salah guna kuasa
- Mengukuhkan perpaduan antara kaum
-memupuk sifat toleransi / persefahaman
-menanam sikap hormat-menghormati
-mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan
- Memajukan ekonomi negara
-hub halal / pusat makanan halal
-penggunaan dinar emas
-hubungan perdagangan antara negara Islam
12

-menubuhkan bank Islam / pajak gadai Islam


-pengeksport utama dunia
- Mewujudkan politik yang stabil
-bebas daripada pengaruh asing
-menegakkan prinsip demokrasi
- Memajukan bidang pendidikan
-membanyakkan IPT awam/swasta
-pelajar negara jiran / luar menuntut di Malaysia
- Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Jelaskan penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pemerintahan dan


pentadbiran di negara kita pada hari ini
- Kepimpinan melalui teladan
- ketua/ pemimpin menunjukkan contoh yang baik kepada orang bawahan
- Mengutamakan integriti
- menjauhkan amalan rasuah/ salah guna kuasa
- tidak mementingkan kepentingan diri
- menjaga kepentingan negara
- Berbelanja secara berhemah
- mengamalkan sikap berjimat cermat dalam menguruskan kewangan negara
- mengutamakan kepentingan rakyat
- Penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim)/ Bahagian Hal Ehwal
Islam JPM
- mengurus/ menyelaras hal ehwal Islam di dalam negara
- Konsep pendekatan wasatiyah
- mengambil sikap sederhana/ menjauhkan ekstrim
- Kempen Bersih, Cekap dan Amanah
- mewujudkan etika kerja positif dalam kalangan penjawat awam
- Contohnya menepati masa dan bekerja bersungguh-sungguh
- (Mana-mana jawapan yang munasabah)

Pembangunan ketamadunan sesuatu bangsa seharusnya selari


antara jasmani dan rohani seperti tuntutan agama Islam.
Mengapakan usaha tersebut perlu dilaksanakan?
- Melahirkan pemimpin yang berwibawa / berintegriti
-meningkatkan imej negara di mata dunia
- Mewujudkan rakyat yang cintakan negara
-sebagai benteng daripada ancaman anasir luar
- Memupuk perpaduan antara kaum
-melalui pemupukan sifat toleransi
- Memajukan ekonomi negara
-pengagihan kekayaan yang sama rata
- Membentuk kestabilan politik dalam negara
-rusuhan kaum dapat dielakkan
13

- Menjamin taat setia rakyat kepada pemimpin


-menjadikan negara aman / makmur
- Melahirkan masyarakat berakhlak mulia
-untuk keharmonian dalam negara
- (Mana-mana jawapan yang munasabah)

Terangkan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di Asia Tenggara


pada masa kini dan cadangkan langah-langkah untuk mengatasi
cabaran tersebut

- Penindasan terhadap umat Islam minoriti di Myanmar/ Selatan Thailand/


Selatan Filipina
- Pemimpin-pemimpin Islam di Asia Tenggara berunding dengan pemimpin negara
berkenaan/ tekanan diplomatik
- Keruntuhan nilai-nilai moral/ akhlak dalam kalangan generasi muda di Asia
Tenggara
- Memberi penekanan nilai-nilai agama melalui ceramah/ motivasi
- Masalah kemiskinan yang melanda umat Islam serantau/ Kemboja/ Selatan
Filipina/ Selatan Thailand
- Bantuan kemanusiaan/ Program Ibadah Korban di lokasi terbabit
- Kemasukan pengaruh luar yang melampau/ Daesh/ ISIS
- Penguatkuasaan secara lebih ketat/ undang-undang pencegahan
- Kekurangan kerja/ masalah pengangguran dalam kalangan masyarakat
- Melaksanakan program pertanian bersepadu/ tanaman kelapa sawit/ padi secara
besar-besaran
- Ketinggalan dalam bidang pendidikan moden
- Memberi peluang yang lebih luas kepada remaja belajar di peringkat tinggi
- Perpecahan umat Islam akibat perbezaan ideologi politik
- Menanamkan sikap tolerasi dan sikap terbuka menerima perbezaan pandangan
- (Mana-mana jawapan yang munasabah)

Jelaskan peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia


sebagai negara Islam yang unggul
- Menguasai ilmu pengetahuan
-sains dan teknologi / perubatan / ICT
-melahirkan modal insan berkualiti
-berupaya menjana pembangunan negara
- Mematuhi undang-undang negara
-menjadikan negara aman
-politik menjadi stabil
-imej negara meningkat
-menarik pelaburan asing
- Menguasai pelbagai kemahiran
-dalam pelbagai bidang
-pembinaan / infrastruktur / teknologi maklumat
14

-memacu pembangunan negara


-mengurangkan kemasukan buruh asing
- Bersikap kreatif / Inovatif
-menghasilkan pelbagai produk / barangan
-idea-idea baru / pengurusan / pentadbiran
- Mempunyai semangat inkuiri
-berani mencuba sesuatu yang baru / meneroka
- Mempunyai semangat cinta akan negara
-mempertahankan negara daripada anasir luar
-kedaulatan negara dipertahankan
- Berusaha memupuk perpaduan antara kaum
-rakyat hidup aman / harmoni
-bekerjasama untuk kemajuan negara
- Menyokong usaha kerajaan
-menyertai / mengambil bahagian program anjuran kerajaan
-GTP / PPPM / NKRA
- Mematuhi ajaran agama
-membentuk masyarakat berakhlak / bermoral
Taat kepada pemimpin
-perancangan pembangunan negara berjalan lancar

Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada usaha penyebaran Islam


di Asia Tenggara?

- Bersikap bijaksana dalam menyampaikan ilmu


supaya dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat
- Saling bekerjasama / bertolak ansur
demi mencapat matlamat yang diimpikan
- Rajin/ kuat berusaha dalam semua bidang
untuk menghasilkan sesuatu yang baru / inovasi
- Berusaha gigih / bersungguh-sungguh
dengan tidak bergantung kepada orang lain
- Sentiasa berhati-hati
terhadap muslihat / tipu helah orang luar
- Mempunyai pemimpin yang tegas/ berwibawa
supaya pentadbiran berkesan dapat dilaksanakan
- Mementingkan ilmu pengetahuan / pendidikan
sebagai asas kejayaan membangunkan bangsa dan negara
- Bersikap / berfikiran terbuka
berhubung dengan orang lain
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Rumusan
Pengetahuan yang diperolehi
15

- Islam adalah agama yang mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat

- Perkembangan Islam di Asia Tenggara adalah atas usaha gigih banyak pihak
- Islam telah mempengaruhi masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan

Nilai
- Bersifat berani menegakkan kebenaran
- Tidak berputus asa dengan ujian yang menimpa
- Bersedia menerima perubahan ke arah kebaikan

Patriotisme
- Semangat cinta negara

- Sanggup berkorban untuk negara


- Menjaga imej agama Islam

Harapan untuk membentuk bangsa dan negara yang harmoni


- Malaysia menjadi negara Islam yang boleh dicontohi oleh negara lain
- Melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa
- Pembagunan negara selari dengan prinsip Islam yang mementingkan
pembangunan jasmani dan rohani

Anda mungkin juga menyukai