Anda di halaman 1dari 8

PEMARKAHAN

BMK 3023 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KUMPULAN KULIAH B

TUGASAN BERPASANGAN

TAJUK TUGASAN

SOALAN 1
BINCANGKAN PERBEZAAN DAN PERSAMAAN YANG WUJUD ANTARA
PEMIKIRAN KREATIF DENGAN PEMIKIRAN KRITIS DAN BAGAIMANA
KEDUA-DUANYA BERFUNGSI DALAM PROSES KOMUNIKASI.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO I/C


RAJA NUR HANNANI BINTI RAJA D20171078619 970124085868
KAMARRUDIN
SITI NORHAYATI D20171078701 970730125620

NAMA PENSYARAH:
DR. ARIFF BIN MOHAMAD
Pengenalan

Menurut Gallagher (1985), pemikiran adalah satu proses mental yang membolehkan
individu mencipta atau menghasilkan idea atau keluaran baru atau menggabungkan semula
idea atau keluaran baru dalam cara yang asli atau baru baginya dan berguna serta bernilai dari
segi sosial. Mengikut John Barell (1991), pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha
mencapai keputusan yang wajar. Menurut Mayer pula, pemikiran melibatkan pengelolaan
operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang
yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. MenurutChaffee pula, pemikiran merupakan
proses luar biasa yang digunakan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.Selain itu, pemikiran juga merujuk kepada proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.
Perkataan ‘komunikasi berasal daripada perkataan Latin ‘cummunicare’ yang
bermaksud ‘menjadikan umum’. Komunikasi ialah sebuah sistem dan ia bukannya hanya
sebuah konsep yang mudah. Secara mudah, ia merujuk kepada proses pertukaran maklumat
yang melibatkan proses menghantar dan menerima maklumat. Ia dilakukan
denganmewujudkan dan membangunkan persefahaman antara manusia melalui pertukaran
idea, konsep, pendapat, fakta dan kepercayaan.
Dalam hal ini, gaya pemikiran kreatif dan kritis mempunyai fungsinya yang tersendiri
bagi membantu proses komunikasi dengan lebih berkesan. Pemikiran yang dijana melalui
seseorang individu mempengaruhi proses komunikasi setiap individu tersebut.
Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan interaksi antara
pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan mencorakkan
alam sekelilingnya. Seseorang yang berfikir secara kritis sentiasa menilai sesuatu idea dengan
sistematik sebelum menerimanya. Perkataan kritis adalah berasal dari satu perkataan Inggeris
iaitu ‘critic’. Kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘kriths’ (kritikos) yang
membawa erti menimbang (judge). Menimbang pula bermaksud menilai, membezakan,
mencetuskan dan menyoal sama ada sesuatu itu benar atau salah. Kritis tidak membawa
maksud yang negatif seperti ‘mengkritik’, ‘menghentam’, ‘mengkomen’, ‘mengecam’, dan
‘membangkang’. Sebaliknya, ia adalah sifat semulajadi manusia untuk mencari kesilapan
yang dilakukan oleh orang lain. Apabila kita berfikir secara kritis, ia dapat membantu
mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan pada cara-cara berfikir seseorang atau pada idea
atau cadangan yang dikemukakan.
Pemikiran kreatif mempunyai definisi yang berbeza dengan pemikiran kritis. Hal ini kerana
kreativiti merupakan sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan daya ciptanya dalam mencipta
manusia dan alam ini. Kreativiti bukanlah sesuatu yang baru. Cuma ia semakin berkembang
dari segi budaya, serta bidang kehidupan lain seperti ekonomi dan politik.
Pemikiran kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan idea
kreativiti berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau pendekatan atau ciri-ciri lama.
Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta dapat
menggunakan idea tersebut untukmenyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kreativiti juga
didefinisikan dengan melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat kreatif yang semulajadi,
produk kreatif, proses kreatif dan penekanan terhadap kreativiti ataupun persekitaran yang
menyokongnya. Orang-orang yang berfikir kreatif dianggap sebagai orang spontan dan
sanggup mengambil risiko serta melakukan kesilapan. Mereka juga dianggap sebagai orang
yang boleh menerima idea-idea dan pengalaman yang baru. Pemikiran kreatif juga dikenali
sebagai pemikiran lateral yang bermaksud berkembang kepada beberapa cara penyelesaian
dari satu idea utama.
Pemikiran kritis ialah usaha untuk membuat penilaian yang baik tanpa terpengaruh
oleh pertimbangan yang tidak relevan. Ia agak sukar kerana hasrat atau keinginan kita akan
mengganggu penilaian kita dan kadangkala kita terpaksa berurusan dengan individu-individu
yang lebih berminat untuk membuat sesuatu mengikut cara sendiri berbanding dengan
mengetahui apa yang adil, betul atau benar (Royce P. Jones, 2006).
Apabila berfikir secara kritis, kita tidak berubah menjadi seseorang yang tidak
beremosi; tetapi, kita membuat penilaian dalam keadaan perasaan dan emosi kita tertumpu
kepada matlamat dan arah yang sewajarnya; dengan itu, ia merupakan bantuan dan bukannya
halangan terhadap penilaian kita. Oleh itu, pemikiran kritis ialah sesuatu aktiviti apabila anda
cuba membentuk atau membuat penilaian dengan bantuan pertimbangan yang relevan dan
boleh dipercayai.
Pemikiran kritis juga mampu membolehkan individu untuk menganalisa hujah yang
diterimanya tidak kira sama ada hujah yang kuat atau hujah yang lemah dan teori yang
berguna akan diguna pakai manakala teori yang lemah akan disangkal oleh pemikir yang
berfikir secara kritis. Malahan, kita akan berupaya untuk berhujah dengan berkesan
berdasarkan idea-idea yang bernas yang telah diperolehi. Hakikatnya pemikiran ini mampu
membuatkan kita berhujah dengan baik serta menganalisa hujah dengan baik dan lengkap.
Pemikiran kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka serta cekap dalam mengkaji sesebuah
hujah mahupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan atau pun penulisan. Hal ini
dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu adalah betul ataupun salah.
Perbezaan Pemikiran Kritis dan Pemikiran Kreatif

Perbezaan pemikiran kritis dan kreatif adalah pemikiran kritis menilai idea yang sedia
ada manakala pemikiran kreatif pula menghasilan sesuatu yang baru. Pemikiran kritis menilai
idea yang sedia ada dengan melakukan proses pemikiran yang bermula dari proses menyoal
kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Pemikiran ini
melibatkan tiga jenis aktiviti mental. Analisis, sintesis serta penilaian merupakan elemen
yang ada dalam pemikiran kritis. Pemikiran kritis akan menilai idea dengan menganalsis
pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat
kesimpulan. Pemikiran kreatif pula adalah menghasilkan sesuatu yang baru. Pemikiran ini
memiliki daya cipta yang baru mempunyai kemampuan untuk menciptakan serta
menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan sesuatu yang baru adalah baik berupa gagasan
mahupun kenyataan relatif berbeza dengan apa yang telah ada sebelumnya.
Perbezaan yang turut dapat dilihat melalui kedua-dua pemikiran ini adalah pemikiran
kritis dalah proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan memperbaiki kefahaman
dengan erti kata lain pemikiran kritis mendorang individu menguji kebenaran sesuatu perkara
manakala pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang fleksibel iaitu lepas daripada
belenggu pemikiran lama dan berusaha mencari arah pemikiran dan hala tuju yang baru,
mengharapkan dan menjangkan kepada sesuatu yang unik dan asli. Pemikiran kritis lahir
daripada sessorang ynag mempunyai semangat ingin tahu tentang sesuatu perkara manakala
pemikiran kreatif pula seseoranh yang mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenal pasti
sesuatu, menginterpretasi dan melihat kemungkinan-kemungkinan melalui daya pandang-
timbang.
Pemikiran kritis dan kreatif dapat dibezakan melalui ciri-ciri yang tertentu. Secara
umumnya, ciri-ciri pemikiran kritis merangkumi aktiviti mencirikan, mengelas, mengumpul
dan menganalisis manakala, ciri-ciri bagi pemikiran kreatif pula ialah seperti meramal,
mensintesis dan menafsir.
Perbezaan pemikiran secara kritis dan pemikiran secara kreatif dapat dilihat melalui
idea ynag dijana. Pemikiran kritis adalah reaksi atau gerak balas terhadap idea-idea yang
telah dijana atau telah sedia ada. Pemikiran kritis bukan penghasilan idea yang baru.
Penhasilan idea yang baru melibatkan pemikiran kreatif, dan bukan pemikiran kritis. Hasil
pemikiran kritis adalah idea yang disampaikan secara menyakinkan munasaha dan bernas.
Manakal, bagi pemikiran secara kreatif pula merupakan pemikiran yang memerlukan
keberanian untuk menjana idea yang banyak, pelbagai, dan baru tanpa kongkongan dari idea
yang lama. Oleh itu, pemikir yang kreatif berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan
kritikan, dan bersedia untuk bertanggungjawab atas keputusanya. Hal ini demikian kerana
pemikiran kreatif tidak menerima idea dari yang lama.
Penilaian merupakan aspek yang penting bagi pemikiran secara kritis berbanding
dengan pemikiran kreatif. Pemikiran kritis digunakan sama ada sesuatu idea itu patut
dipercayai atau sesuatu tindakan perlu dibuat. Penilaian dibuat berasaskan satu set kriteria,
termasukk keaslian, kebenaran, kejituan, kemunasabahan serta nilai idea yang berkenan. Bagi
pemikiran kreatif tidak melakukan penilaian terhadap sesuatu idea kerana idea yang dicipta
adalah hasil yang baru, estetik dan membina. Pemikiran ini hanya memerlukan imaginatif
yang mencapah berdasarkan pengalaman yang lepas. Imaginasi memerlukan kemahiran
sintesis iaiatu cantuman idea-idea yang sedia ada.
Pemikiran juga memerlukan satu analisis yang melibatkan penggunaan operasi dan
kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir
dan difahami dengan jelas. Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif dan gigih.
Hal ini berbeza dengan pemikiran secara kreatif yang melalui satu proses perkembangan idea.
Salah satu hasil imaginasi adalah perkembangan atau peluasan idea yang sedia ada.
Walaupun idea yang dihasilkan bukan merupakan rekaan yang baru, namun hasil itu dapat
menyediakan pelbagai alternatif yang baru. Bagi pemikiran secara kreatif pula pemikiran
secara reka cipta. Hasil pemikiran kreatif yang unggul adalah penghasilan idea yang baru
iaiatu reka cipta. Reka cipta juga dijalankan berasaskan proses sintesis yang sedia ada,
sehingga sesuatu yang asli diciptakan.
Perbezaan kedua-dua pemikiran ini berdasarkan aspek Pemikiran kritis juga lebih
kepada pemikiran secara logik. Pemikiran kritis secara logik merangkumi kaedah menaakul
secara logik dan bersepadu, dengan mempertimbangan andaian yang dibuat, serta sedar
tentang hujah yang berat sebelah (bias). Kemahiran berfikir secara kritis juga digunakan bagi
menyelesaikan satu masalah, membuat keputusan serta mempelajari konsep yang baru.
Pemikiran kreatif pula lebih kepada mengembangkan daya kreativiti untuk mendapatkan
idea. Idea bagi pemikiran kreatif dijana sebanyak yang mungkin, pelbagai dan asli sebagai
jawapan yang mungkin untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan kehidupan peribadi dan
professional. Pemikiran secara kreatif perlu menjana kemungkinan-kemungkinan.
Pemikiran Kritis dan Kreatif Membantu dalam Proses Komunikasi

Pemikiran secara kritis dan kreatif membantu dalam proses komunikasi. Kemahiran
komunikasi sangat penting dalam kehidupan yang mana dapat menghubungkan anatar satu
dengan yang lain. Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan
maklumat dan makna daripada satu pihak iaitu pengantar kepada pihak yang lain iaitu
penerima. Kemahiran ini merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain. Aspek
ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan
nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya
dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.
Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu
berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang
melibatkan orang lain. Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu
memajukan kerjaya seseorang. Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek
kemahiran seperti kemahiran bukan lisan, kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan
bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.
Seseorang yang berfikiran kritis dan kreatif dapat melakukan sesuatu tugas dengan
cekap dan berupaya dalam menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau
kewajaran sesuatu idea dapat melancarkan proses komunikasi sama ada komunikasi sehala,
dua hala dan sebagainya. Pemikiran yang kritis dan kreatif juga membantu proses
kemunikasi kerana ia melalui satu proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul sehingga
dapat memberi maklumat dan bertindak. Pemikiran yang kritis dan kreatif juga dapat
membantu proses komunikasi dengan memberikan satu pemikiran refleksi yang memberikan
fahaman baru. Komunikasi yang melibatkan lima langkah iaitu pengirim membentuk idea,
pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej, mesej akan melalui aluran
komunikasi, penerima mendekodkan mesej tersebut serta maklum balas pengirim dapat
berjalan dengan lancar apabila adanya pemikiran kritis dan kreatif dalam pemikiran
seseorang.
Apabila berinteraksi dengan orang lain, seseorang perlu cuba menyelidiki mengapa
seseorang memiliki tingkah laku tertentu. Melalui pemikiran kritis dan kreatif ia dapat
membantu seseorang memahami tingkah laku orang lain. Penguasaan dalam perkara ini dapat
mengelakkan kita daripada terus membuat satu kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa
melihatnya secara lebih terperinci. Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi
tingkah laku seseorang ialah aspek budaya. Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor
yang dapat menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang datang daripada latar belakang
budaya yang berbeza. Pemikiran kreatif dapat membantu disebabkan oleh pemikiran yang
terbuka.
Dengan adanya pemikiran kritis dan kreatif, ia akan membantu seseorang itu dalam
hubungannya dengan seseorang yang lain dan konteks yang berbeza. Hubungan komunikasi
yang dilakukan dengan murid-murid di sekolah adalah berbeza dengan hubungan komunikasi
yang dilakuan antara rakan sekerja. Dengan adanya pemikiran ini, seseorang akan mahir
dalam ilmu komunikasi yang dapat membantunya meningkatkan keberkesanan berhubung
dengan pelbagai peringkat manusia. Pemikiran kritis dan kreatif ini juga membantu dalam
proses komunikasi yang mana aspek komunikasi dianggap asas seseorang dalam
mengendalikan kehidupan hariannya. Dalam sebuah organisasi umpamanya seseorang
kakitangan perlu menjalani memiliki satu pemikiran yang kritis dan kreatif agar dapat
melancarkan urusan komunikasi dengan berbagai peringkat pegawai serta dalam konteks
yang berbeza-beza. Lantara itu, pemikiran ini perlu ada dalam diri seseorang kakitangan
dengan seorang kakitangan yang lain. Kekurangan dari sudut lemahnya berfikir secara kritis
dan kreatif akan merencatkan kelancaran proses komunikasi ini.
Kepentingan pemikiran kritis dan kreatif juga dalam proses komunikasi ini adalah
seseorang akan lebih cenderung mendapat perhatian dari pihak organisasi berbanding
seseorang yang lemah dari aspek berfikir secra kritis dan kreatif. Keupayaan seseorang
berfikir dapat membuatkan seseorang itu meningkat dalam kerjaya dengan lebih mudah.
Selain itu, sempadan dunia sudah menjadi tiris. Pergerakan manusia dari satu negara ke
negara yang lain sama ada bekerja atau menetap sudah menjadi perkara biasa. Masyarakat
yang berbilang bangsa dan budaya dalam sesuatu negara semain menjadi norma sekarang ini.
Di Malaysia, perkara ini sudah menjadi semakin ketara kerana kita melihat semakin ramai
bangsa asing yang datang ke sini sama ada atas urusan bekerja, membina satu kerjasama atau
bermautautin. Kehadiran mereka memerlukan kita bersedia untuk berfikir secara kritis agar
dapat menjalinkan satu hubungan yang baik dan berkesan. Seseorang perlu mempunyai
pemikiran secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah dalam proses komunikasi
dan ia merupakan senjata untuk menghadapi dunia yang semakin pelbagai ini.
Dalam memulakan satu proses komunikasi yang baik memerlukan kita bersedia untuk
memulakan komunikasi. Komunikasi yang baik memerlukan kita untuk memberikan
melontaran idea-idea yang bernas. Idea ini memerlukan kita berfiir secara kritis dan kreatif.
Seseorang yang dapat berfikir secara kritis dan kreatif dapat memastikan satu komunikasi
berjalan dengan baik serta dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan cekap. Sebagai
contoh, jika seorang guru sudah bersedia namun ia masih perlu mengawal gangguan
psikologi yang mungkin menghalangnya dari berkomunikasi yang baik. Tegasnya, proses
komunikasi yang berkesan bergantung kesediaan seseorang yang mempunyai pemiiran yang
kritis dan kreatif.
Satu salah faham yang sering kedengaran ialah meningkatkan kuantiti komunikasi
akan meningkatkan juga kualiti komunikasi. Hal ini membawa maksud bahawa semakin
banyak orang berkomunikasi, anggapannya ialah semakin baik komunikasi. Ini merupakan
satu pernyatana yang tidak benar sama sekali. Proses serta kualiti komunikasi tidak
bergantung kepada kuantitinya. Sebaliknya, kualiti komunikasi bergantung kepada kemahiran
seseorang yang memiliki pemikiran secara kreatif dan kritis dalam memahami keperluan
konteks komunikasi tersebut. Kepentingan pemikiriran kritis dan kreatif juga dalam proses
komunikasi adalah mengelakkan kita melontarkan suatu perkara dengan terburu-buru.
Tindakan ini mendatangkan risiko kepada diri sendiri. Pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa “ terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa buruk padanya”. Hal ini bertepatan
apabila seseorang gagal menganalisis serta berfikir secara kritis dan membuat satu perkara
yang tidak betul. Ini merupakan hakikat yang tidak boleh dinafikan dalam proses komunikasi.
Apa sahaja yang diperkatakan tidak boleh ditarik balik setelah ia dilafazkan. Oleh itu, apabila
berkomunikasi, pemikiran secara kritis adalah perlu agar tidak menimbulkan keadaan yang
tidak selesa dalam proses komunikasi.
Pemikiran kritis dan kreatif juga berfungsi dalam proses komunikasi dengan

Anda mungkin juga menyukai