Anda di halaman 1dari 15

PEMARKAHAN

BMK 3023 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KUMPULAN KULIAH B

TUGASAN BERPASANGAN

TAJUK TUGASAN

SOALAN 1
BINCANGKAN PERBEZAAN DAN PERSAMAAN YANG WUJUD ANTARA
PEMIKIRAN KREATIF DENGAN PEMIKIRAN KRITIS DAN BAGAIMANA
KEDUA-DUANYA BERFUNGSI DALAM PROSES KOMUNIKASI.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO I/C


RAJA NUR HANNANI BINTI RAJA D20171078619 970124085868
KAMARRUDIN
SITI NORHAYATI D20171078701 970730125620

NAMA PENSYARAH:
DR. ARIFF BIN MOHAMAD
Pengenalan

Menurut Gallagher (1985), pemikiran adalah satu proses mental yang membolehkan
individu mencipta atau menghasilkan idea atau keluaran baru atau menggabungkan semula
idea atau keluaran baru dalam cara yang asli atau baru baginya dan berguna serta bernilai dari
segi sosial. Mengikut John Barell (1991), pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha
mencapai keputusan yang wajar. Menurut Mayer pula, pemikiran melibatkan pengelolaan
operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang
yang bertujuanuntuk menyelesaikan masalah. Menurut Chaffee pula, pemikiran merupakan
proses luar biasa yang digunakan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Selain itu, pemikiran juga merujuk kepada proses menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan serta
membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.
Perkataan ‘komunikasi’ berasal daripada perkataan Latin ‘cummunicare’ yang
bermaksud ‘menjadikan umum’. Komunikasi ialah sebuah sistem dan ia bukannya hanya
sebuah konsep yang mudah. Secara mudah, ia merujuk kepada proses pertukaran maklumat
yang melibatkan proses menghantar dan menerima maklumat. Ia dilakukan dengan
mewujudkan dan membangunkan persefahaman antara manusia melalui pertukaran idea,
konsep, pendapat, fakta dan kepercayaan.
Dengan menukar maklumat, individu-individu dan kumpulan-kumpulan berupaya
melaksanakan tugas dan aktiviti harian. Komunikasi bukan saja penting dalam kehidupan
peribadi kita, ia juga penting dalam kehidupan bekerja kita serta amat diperlukan dalam dunia
perniagaan atau sektor kerajaan. Komunikasi selalu dianggap penting dalam organisasi
perniagaan. Baru-baru ini, sebuah kajian dijalankan terhadap sepuluh buah organisasi,
kecekapan komunikasi sesebuah organisasi didapati amat penting untuk kejayaannya
(Clutterbuck, 2001). Sesebuah syarikat memerlukan dan mahukan orang yang mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang baik. Dalam hal ini, gaya pemikiran kreatif dan kritis
mempunyai fungsinya yang tersendiri bagi membantu proses komunikasi dengan lebih
berkesan. Pemikiran yang dijana melalui seseorang individu mempengaruhi proses
komunikasi setiap individu tersebut.
Pemikiran kritis

Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan interaksi antara


pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan mencorakkan
alam sekelilingnya. Seseorang yang berfikir secara kritis sentiasa menilai sesuatu idea dengan
sistematik sebelum menerimanya. Perkataan kritis adalah berasal dari satu perkataan Inggeris
iaitu ‘critic’. Kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘kriths’ (kritikos) yang
membawa erti menimbang (judge). Menimbang pula bermaksud menilai, membezakan,
mencetuskan dan menyoal sama ada sesuatu itu benar atau salah. Kritis tidak membawa
maksud yang negatif seperti ‘mengkritik’, ‘menghentam’, ‘mengkomen’, ‘mengecam’, dan
‘membangkang’. Sebaliknya, ia adalah sifat semulajadi manusia untuk mencari kesilapan
yang dilakukan oleh orang lain. Apabila kita berfikir secara kritis, ia dapat membantu
mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan pada cara-cara berfikir seseorang atau pada idea
atau cadangan yang dikemukakan.
Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima
sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbang idea itu semula dengan
menganalisa semula idea tersebut secara kritis dan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek.
Pemikiran kritis turut memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru yang lebih
sempurna daripada pandangan atau idea yang diterima sebelumnya. Kemahiran berfikir
secara kritis adalah kemahiran berfikir untuk membuat penilaian tentang sesuatu data atau
maklumat. Pemikir memerlukan kemahiran untuk membuat analisis data atau maklumat yang
hendak dikritisnya dengan cara membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas,
mengenal pasti sebab dan akibatnya.
Pemikiran kritis ialah usaha untuk membuat penilaian yang baik tanpa terpengaruh
oleh pertimbangan yang tidak relevan. Ia agak sukar kerana hasrat atau keinginan kita akan
mengganggu penilaian kita dan kadangkala kita terpaksa berurusan dengan individu-individu
yang lebih berminat untuk membuat sesuatu mengikut cara sendiri berbanding dengan
mengetahui apa yang adil, betul atau benar (Royce P. Jones, 2006).
Apabila berfikir secara kritis, kita tidak berubah menjadi seseorang yang tidak
beremosi tetapi, kita membuat penilaian dalam keadaan perasaan dan emosi kita tertumpu
kepada matlamat dan arah yang sewajarnya. Dengan itu, ia merupakan bantuan dan bukannya
halangan terhadap penilaian kita. Oleh itu, pemikiran kritis ialah sesuatu aktiviti apabila anda
cuba membentuk atau membuat penilaian dengan bantuan pertimbangan yang relevan dan
boleh dipercayai.
Pemikiran kritis juga mampu membolehkan individu untuk menganalisa hujah yang
diterimanya tidak kira sama ada hujah yang kuat atau hujah yang lemah dan teori yang
berguna akan diguna pakai manakala teori yang lemah akan disangkal oleh pemikir yang
berfikir secara kritis. Malahan, kita akan berupaya untuk berhujah dengan berkesan
berdasarkan idea-idea yang bernas yang telah diperolehi. Hakikatnya pemikiran ini mampu
membuatkan kita berhujah dengan baik serta menganalisa hujah dengan baik dan lengkap.
Pemikiran kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka serta cekap dalam mengkaji sesebuah
hujah mahupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan atau pun penulisan. Hal ini
dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu adalah betul ataupun salah. Selain itu
pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus
menolaknya tanpa berfikir terlebih dahulu. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani
permasalahan serta jelas dalam melihat keadaan sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling
kita. Lebih jelas lagi, pemikiran kritis adalah sebuah kemahiran hidup yang amat penting di
mana pada dasarnya mampu membantu kita dalam berhujah secara berkesan, menganalisa
hujah secara kritis dan lengkap dan memungkinkan kita untuk berfikir positif dan inovatif
serta terbuka.
Pemikiran kritis membawa maksud kebolehan seseorang untuk membantu dan
membaiki idea-idea orang supaya ia boleh diterima atau ditolak sekiranya idea tidak benar
atau tidak ada kepastian sama ada hendak menerimanya atau tidak disebab kerana tidak
cukup maklumat untuk menerima atau menolak. Kritis juga bererti keupayaan untuk
menganalisa apa yang diperkatakan, menilainya dengan teliti, mencari bukti tentang
kebenaran tentang sesuatu perkara, menyusun atur semua maklumat dengan tepat. Tujuannya
untuk mengelakkandaripada membuat kesilapan cara berfikir, meneliti dan menyoal perkara-
perkara yang tidak munasabah serta membuat keputusan dan perancangan berdasarkan
maklumat yang ada. Selain itu ia juga bertujuan untuk mencari kefahamankefahaman baru.
Kritis dapat ditentukan samaada sesuatu kenyataan itu betul atau salah. Bagaimana pun,
kritikan hanya boleh dibuat untuk membaiki idea-idea yang ada dengan mencari kelemahan
yang terdapat pada idea tersebut.

Jenis-Jenis Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis terbahagi kepada dua kategori iaitu pemikiran kritis rendah. Kategori
ini melibatkan proses kognitif yang sederhana. Antara kemahiran-kemahiran kritis tahap ini
ialah membanding dan membezakan, membuat kategori, membuat sekuens atau urutan,
meneliti bahagian-bahagian kecil serta keseluruhan dan menerangkan sebabnya. Jenis
pemikiran kritis yang kedua ialah pemikiran kritis tinggi. Ia melibatkan proses kognitif dan
metakognitif. Pemikiran tahap ini juga menggunakan kemahiran metakognitif menerusi daya
taakulan. Di antara kemahiran pada tahap ini ialah membuat ramalan, usul periksa andaian,
membuat inferensi, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan mencari
sebab serta membuat kesimpulan.

Pemikiran Kreatif

Pemikiran kreatif mempunyai definisi yang berbeza dengan pemikiran kritis. Hal ini
kerana kreativiti merupakan sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan daya ciptanya dalam
mencipta manusia dan alam ini. Kreativiti bukanlah sesuatu yang baru. Cuma ia semakin
berkembang dari segi budaya, serta bidang kehidupan lain seperti ekonomi dan politik.
Pemikiran kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan idea
kreativiti berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau pendekatan atau ciri-ciri lama.
Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta dapat
menggunakan idea tersebut untukmenyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kreativiti juga
didefinisikan dengan melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat kreatif yang semulajadi,
produk kreatif, proses kreatif dan penekanan terhadap kreativiti ataupun persekitaran yang
menyokongnya. Orang-orang yang berfikir kreatif dianggap sebagai orang spontan dan
sanggup mengambil risiko serta melakukan kesilapan. Mereka juga dianggap sebagai orang
yang boleh menerima idea-idea dan pengalaman yang baru. Pemikiran kreatif juga dikenali
sebagai pemikiran lateral yang bermaksud berkembang kepada beberapa cara penyelesaian
dari satu idea utama.

Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif

Beberapa ciri-ciri pemikiran kreatif ialah keaslian, kelancaran, kefleksibelan dan


penghuraian. Keaslian merupakan idea-idea yang diterbitkan adalah luar biasa dan asli. Ia
tidak ditiru atau diciplak bulat-bulat. Keasliannya tetap dipelihara dengan syarat idea tersebut
merupakan pembaikkan daripada idea lama. Kita mendapat idea hasil daripada apa yang kita
lihat dan saksikan seperti benda, perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Sudah
sekian lama kita dapati orang mengukur kelapa secara tradisional. Ia bukan sahaja tidak
efisien tetapi amat memenatkan. Apabila satu alat ukur kelapa yang canggih dan ekonomik
dicipta, ia boleh dilabelkan sebagai asli dan baru kerana masih belum terdapat idea yang kita
bayangkan. Kelancaran pula bermaksud keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara
spontan dan ada pula yang memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung
kepada individu, persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.

Proses Menerbitkan Pemikiran Kreatif


Idea sangat penting kepada manusia kerana dengannya manusia boleh membuat
keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kreativiti terdiri dari himpunan pengetahuan,
imginasi, dan penilaian. Proses ini berlaku menerusi peyusunan semula dan perkaitan antara
pengetahuan dan pengalaman dalam cara yang baru. Untuk berfikiran kreatif, seseorang perlu
mempunyai maklumat tentang perkara yang hendak difikirkan. Terdapat beberapa cara
bagaimana sesuatu idea kreatif dapat diterbitkan antaranya proses menyoal, proses tidak
sengaja, pengalaman dan proses kesilapan. Proses menyoal terjadi apabila sesorang itu akan
menyoal apabila ia ingin tahu atau tidak pasti akan sesuatu. Soalan boleh ditujukan pada diri
sendiri atau kepada orang lain. Keadaan ini akan membuka minda kita dengan lebih luas.
Proses tidak sengaja juga merupakan cara bagaimana sesuatu kreatif dapat diterbitkan. Proses
ini berlaku secara tidak langsung. Idea datang menerusi pemerhatian persekitaran dan
mendapat idea dari persekitaran. Seterusnya adalah melalui pengalaman. Reka cipta melalui
pengalaman adalah berbeza daripada reka cipta yang melalui proses tidak sengaja. Melalui
pengalaman kita tahu bahawa sesuatu yang dicipta itu akan berjaya. Selain itu, proses
kesilapan juga cara bagaimana sesuatu idea kreatif dapat diterbitkan. Kemajuan dalam bidang
sains dan perubatan adalah hasil daripada kajian dan menjalankan eksperimen. Ketika proses
tersebut, kadang kala ahli sains membuat kesilapan dalam pentafsiran dan penelitian. Melalui
kesilapan tersebut, mereka menjumpai formula atau kaedah baru untuk menyelesaikan
masalah atau menjayakan kajiannya. Di samping itu, melalui imaginasi dan visualisasi.
Semua orang mampu membuat imaginasi dan visualisasi. Proses imaginasi dan visualisasi ini
bersifat abstrak, tetapi boleh diterjemahkan secara konkrit.Visualisasi dan imaginasi boleh
dilakukan dengan lima prinsip utama: Prinsip tersebut adalah menentukan matlamat yang
ingin dicapai, mencipta idea dan buatkan gambaran yang jelas, sentiasa tumpukan
pemerhatian, menimbulkan daya positif dan meningkatkan fungsi otak kanan

Teknik-Teknik Melahirkan Pemikiran Kreatif


Teknik-teknik melahirkan pemikiran kreatif adalahh teknik sumbangsaran. Teknik
sumbang saran merupakan pengumpulan idea daripada ahli kumpulan tanpa menjalankan
undian atau kritikan terhadap idea yang diberikan walaupun tidak logik seterusnya
perbincangan bersama akan dijalankan untuk menentukan idea yang akan diguna pakai.
Seterusnya, teknik peniruan. Teknik ini meniru apa yang pernah dibuat oleh orang lain
sehingga mendapat satu idea baru yang diinginkan. Teknik peta minda juga teknik
melahirkan pemikiran kreatif. Ia melibatkan mengambil nota dan menggunakannya untuk
menjana idea secara berkaitan. Ciri utamanya ialah memori visual, kata kunci, penglibatan
secara sedar, pengelompakan dan perkaitan. Selanjutnya, analisis inventori masalah iaitu
memfokuskan kepada masalah-masalah yang wujud serta mengenalpasti masalah dan
membincangkan masalah.

Perbezaan Pemikiran Kritis dan Pemikiran Kreatif

Perbezaan pemikiran kritis dan kreatif adalah pemikiran kritis menilai idea yang sedia
ada manakala pemikiran kreatif pula menghasilan sesuatu yang baru. Pemikiran kritis menilai
idea yang sedia ada dengan melakukan proses pemikiran yang bermula dari proses menyoal
kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Pemikiran ini
melibatkan tiga jenis aktiviti mental. Analisis, sintesis serta penilaian merupakan elemen
yang ada dalam pemikiran kritis. Pemikiran kritis akan menilai idea dengan menganalsis
pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat
kesimpulan. Pemikiran kreatif pula adalah menghasilkan sesuatu yang baru. Pemikiran ini
memiliki daya cipta yang baru mempunyai kemampuan untuk menciptakan serta
menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan sesuatu yang baru adalah baik berupa gagasan
mahupun kenyataan relatif berbeza dengan apa yang telah ada sebelumnya.
Perbezaan yang turut dapat dilihat melalui kedua-dua pemikiran ini adalah pemikiran
kritis dalah proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan memperbaiki kefahaman
dengan erti kata lain pemikiran kritis mendorang individu menguji kebenaran sesuatu perkara
manakala pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang fleksibel iaitu lepas daripada
belenggu pemikiran lama dan berusaha mencari arah pemikiran dan hala tuju yang baru,
mengharapkan dan menjangkan kepada sesuatu yang unik dan asli. Pemikiran kritis lahir
daripada sessorang ynag mempunyai semangat ingin tahu tentang sesuatu perkara manakala
pemikiran kreatif pula seseoranh yang mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenal pasti
sesuatu, menginterpretasi dan melihat kemungkinan-kemungkinan melalui daya pandang-
timbang.
Pemikiran kritis dan kreatif dapat dibezakan melalui ciri-ciri yang tertentu. Secara
umumnya, ciri-ciri pemikiran kritis merangkumi aktiviti mencirikan, mengelas, mengumpul
dan menganalisis manakala, ciri-ciri bagi pemikiran kreatif pula ialah seperti meramal,
mensintesis dan menafsir.
Perbezaan pemikiran secara kritis dan pemikiran secara kreatif dapat dilihat melalui
idea ynag dijana. Pemikiran kritis adalah reaksi atau gerak balas terhadap idea-idea yang
telah dijana atau telah sedia ada. Pemikiran kritis bukan penghasilan idea yang baru.
Penhasilan idea yang baru melibatkan pemikiran kreatif, dan bukan pemikiran kritis. Hasil
pemikiran kritis adalah idea yang disampaikan secara menyakinkan munasaha dan bernas.
Manakal, bagi pemikiran secara kreatif pula merupakan pemikiran yang memerlukan
keberanian untuk menjana idea yang banyak, pelbagai, dan baru tanpa kongkongan dari idea
yang lama. Oleh itu, pemikir yang kreatif berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan
kritikan, dan bersedia untuk bertanggungjawab atas keputusanya. Hal ini demikian kerana
pemikiran kreatif tidak menerima idea dari yang lama.
Penilaian merupakan aspek yang penting bagi pemikiran secara kritis berbanding
dengan pemikiran kreatif. Pemikiran kritis digunakan sama ada sesuatu idea itu patut
dipercayai atau sesuatu tindakan perlu dibuat. Penilaian dibuat berasaskan satu set kriteria,
termasukk keaslian, kebenaran, kejituan, kemunasabahan serta nilai idea yang berkenan. Bagi
pemikiran kreatif tidak melakukan penilaian terhadap sesuatu idea kerana idea yang dicipta
adalah hasil yang baru, estetik dan membina. Pemikiran ini hanya memerlukan imaginatif
yang mencapah berdasarkan pengalaman yang lepas. Imaginasi memerlukan kemahiran
sintesis iaiatu cantuman idea-idea yang sedia ada.
Pemikiran juga memerlukan satu analisis yang melibatkan penggunaan operasi dan
kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir
dan difahami dengan jelas. Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif dan gigih.
Hal ini berbeza dengan pemikiran secara kreatif yang melalui satu proses perkembangan idea.
Salah satu hasil imaginasi adalah perkembangan atau peluasan idea yang sedia ada.
Walaupun idea yang dihasilkan bukan merupakan rekaan yang baru, namun hasil itu dapat
menyediakan pelbagai alternatif yang baru. Bagi pemikiran secara kreatif pula pemikiran
secara reka cipta. Hasil pemikiran kreatif yang unggul adalah penghasilan idea yang baru
iaiatu reka cipta. Reka cipta juga dijalankan berasaskan proses sintesis yang sedia ada,
sehingga sesuatu yang asli diciptakan.
Perbezaan kedua-dua pemikiran ini berdasarkan aspek Pemikiran kritis juga lebih
kepada pemikiran secara logik. Pemikiran kritis secara logik merangkumi kaedah menaakul
secara logik dan bersepadu, dengan mempertimbangan andaian yang dibuat, serta sedar
tentang hujah yang berat sebelah (bias). Kemahiran berfikir secara kritis juga digunakan bagi
menyelesaikan satu masalah, membuat keputusan serta mempelajari konsep yang baru.
Pemikiran kreatif pula lebih kepada mengembangkan daya kreativiti untuk mendapatkan
idea. Idea bagi pemikiran kreatif dijana sebanyak yang mungkin, pelbagai dan asli sebagai
jawapan yang mungkin untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan kehidupan peribadi dan
professional. Pemikiran secara kreatif perlu menjana kemungkinan-kemungkinan.

Persamaan Pemikiran kritis dan pemikiran kreatif

Persamaan yang dapat dilihat melalui pemikiran kritis dan pemikiran kreatif adalah kedua-
duanya dibuat untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Pemikiran kritis dan
kreatif juga mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih
praktikal. Selain itu, ia juga keduanya digunakan bagi menghasilkan idea atau ciptaan yang
kreatif dan inovatif. Secara amnya, persamaan yang dipaparkan dapat mengatasi kesilapan-
kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Disamping itu, keduanya
juga dilihat dapat meningkatkan aspek kognitif dan afektif yang seterusnya dapat
memperkembangkan perkembangan intelek mereka.
Persamaanya yang juga dilihat dalam konteks ini adalah, bersikap terbuka dalam
menerima dan memberikan pendapat, membina keyakinan diri untuk memberikan hujah,
membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberi pandangan dan
kritikan.
Disamping itu, persamaan yang dapat diketengahkan adalah keduanya bertindak
membuat kesimpulan yang lebih dipercayai melalui susur galur pemikiraan yang digunakan.
Keputusan yang dihasilkan adalah lebih bijak dan perkara yang dikaji dapat dilihat dengan
lebih mendalam. Selain itu, ciptaan misalnya dihasilkan adalah lebih kreatif. Segala kritikan
yang dibuat dilihat lebih membina dan hasil yang dicipta adalah lebih bermotif.
Pemikiran kritis dan kreatif juga dibentuk bagi mengelak kesilapan dalam berfikir.
Kesilapan yang sering dilakukan secara tergesa-gesa untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan sesuatu masalah misalnya. Hal ini demikian kerana, terkadang kita tidak
menggunakan masa yang cukup untuk bertindak.
Dalam membuat inferens, pemikiran kritis dan kreatif menunjukkan persamaan.
Dalam hal ini , inferens dibuat melalui kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak
berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila hendak
merancangkan langkah-langkah, tindakan atau membuat keputusan dan pilihan. Menganalisis
sebab dan akibat keputusan atau kesan.
Kepentingan dan tujuan pemikiran, menurut Som dan Mohd Dahalan (1998)
menyatakan terdapat beberapa kepentingan berfikir. Antaranya, Memupuk dan mewujudkan
pemikiran yang baik serta berkesan-membantu seseorang berfikir secara bijak dan berkesan
melalui pendidikan dan amalan dalam sistem pendidikan negara. Mengamalkan budaya
berfikir secara kritis dan kreatif-Negara memerluka modal insan yang mempunyai pemikiran
yang tajam, kritis, inovatif, imaginatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dalam kehidupan harian. Mengelakkan kesilapan berfikir-kita berfikir setelah dirangsang dari
tindakbalas dari sesuatu. Akibatnya kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kita sering melakukan kesilapan kerana
berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur atau tidak jelasdan bercelaru. Meningkatkan
kualiti berfikir-dengan adanya kursus, bengkel dan program berkaitan dengan kemahiran
berfikir, diharapkan akan meningkatkan kualiti berfikir dalam kalangan pelajar mahupun
masyarakat.

Pemikiran Kritis dan Kreatif Membantu dalam Proses Komunikasi

Pemikiran secara kritis dan kreatif membantu dalam proses komunikasi. Kemahiran
komunikasi sangat penting dalam kehidupan yang mana dapat menghubungkan anatar satu
dengan yang lain. Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan
maklumat dan makna daripada satu pihak iaitu pengantar kepada pihak yang lain iaitu
penerima. Kemahiran ini merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain. Aspek
ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan
nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya
dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.
Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu
berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang
melibatkan orang lain. Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu
memajukan kerjaya seseorang. Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek
kemahiran seperti kemahiran bukan lisan, kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan
bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.
Seseorang yang berfikiran kritis dan kreatif dapat melakukan sesuatu tugas dengan
cekap dan berupaya dalam menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau
kewajaran sesuatu idea dapat melancarkan proses komunikasi sama ada komunikasi sehala,
dua hala dan sebagainya. Pemikiran yang kritis dan kreatif juga membantu proses
kemunikasi kerana ia melalui satu proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul sehingga
dapat memberi maklumat dan bertindak. Pemikiran yang kritis dan kreatif juga dapat
membantu proses komunikasi dengan memberikan satu pemikiran refleksi yang memberikan
fahaman baru. Komunikasi yang melibatkan lima langkah iaitu pengirim membentuk idea,
pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej, mesej akan melalui aluran
komunikasi, penerima mendekodkan mesej tersebut serta maklum balas pengirim dapat
berjalan dengan lancar apabila adanya pemikiran kritis dan kreatif dalam pemikiran
seseorang.
Apabila berinteraksi dengan orang lain, seseorang perlu cuba menyelidiki mengapa
seseorang memiliki tingkah laku tertentu. Melalui pemikiran kritis dan kreatif ia dapat
membantu seseorang memahami tingkah laku orang lain. Penguasaan dalam perkara ini dapat
mengelakkan kita daripada terus membuat satu kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa
melihatnya secara lebih terperinci. Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi
tingkah laku seseorang ialah aspek budaya. Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor
yang dapat menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang datang daripada latar belakang
budaya yang berbeza. Pemikiran kreatif dapat membantu disebabkan oleh pemikiran yang
terbuka.
Dengan adanya pemikiran kritis dan kreatif, ia akan membantu seseorang itu dalam
hubungannya dengan seseorang yang lain dan konteks yang berbeza. Hubungan komunikasi
yang dilakukan dengan murid-murid di sekolah adalah berbeza dengan hubungan komunikasi
yang dilakuan antara rakan sekerja. Dengan adanya pemikiran ini, seseorang akan mahir
dalam ilmu komunikasi yang dapat membantunya meningkatkan keberkesanan berhubung
dengan pelbagai peringkat manusia. Pemikiran kritis dan kreatif ini juga membantu dalam
proses komunikasi yang mana aspek komunikasi dianggap asas seseorang dalam
mengendalikan kehidupan hariannya. Dalam sebuah organisasi umpamanya seseorang
kakitangan perlu menjalani memiliki satu pemikiran yang kritis dan kreatif agar dapat
melancarkan urusan komunikasi dengan berbagai peringkat pegawai serta dalam konteks
yang berbeza-beza. Lantara itu, pemikiran ini perlu ada dalam diri seseorang kakitangan
dengan seorang kakitangan yang lain. Kekurangan dari sudut lemahnya berfikir secara kritis
dan kreatif akan merencatkan kelancaran proses komunikasi ini.
Kepentingan pemikiran kritis dan kreatif juga dalam proses komunikasi ini adalah
seseorang akan lebih cenderung mendapat perhatian dari pihak organisasi berbanding
seseorang yang lemah dari aspek berfikir secra kritis dan kreatif. Keupayaan seseorang
berfikir dapat membuatkan seseorang itu meningkat dalam kerjaya dengan lebih mudah.
Selain itu, sempadan dunia sudah menjadi tiris. Pergerakan manusia dari satu negara ke
negara yang lain sama ada bekerja atau menetap sudah menjadi perkara biasa. Masyarakat
yang berbilang bangsa dan budaya dalam sesuatu negara semain menjadi norma sekarang ini.
Di Malaysia, perkara ini sudah menjadi semakin ketara kerana kita melihat semakin ramai
bangsa asing yang datang ke sini sama ada atas urusan bekerja, membina satu kerjasama atau
bermautautin. Kehadiran mereka memerlukan kita bersedia untuk berfikir secara kritis agar
dapat menjalinkan satu hubungan yang baik dan berkesan. Seseorang perlu mempunyai
pemikiran secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah dalam proses komunikasi
dan ia merupakan senjata untuk menghadapi dunia yang semakin pelbagai ini.

Dalam memulakan satu proses komunikasi yang baik memerlukan kita bersedia untuk
memulakan komunikasi. Komunikasi yang baik memerlukan kita untuk memberikan
melontaran idea-idea yang bernas. Idea ini memerlukan kita berfiir secara kritis dan kreatif.
Seseorang yang dapat berfikir secara kritis dan kreatif dapat memastikan satu komunikasi
berjalan dengan baik serta dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan cekap. Sebagai
contoh, jika seorang guru sudah bersedia namun ia masih perlu mengawal gangguan
psikologi yang mungkin menghalangnya dari berkomunikasi yang baik. Tegasnya, proses
komunikasi yang berkesan bergantung kesediaan seseorang yang mempunyai pemiiran yang
kritis dan kreatif.
Satu salah faham yang sering kedengaran ialah meningkatkan kuantiti komunikasi
akan meningkatkan juga kualiti komunikasi. Hal ini membawa maksud bahawa semakin
banyak orang berkomunikasi, anggapannya ialah semakin baik komunikasi. Ini merupakan
satu pernyatana yang tidak benar sama sekali. Proses serta kualiti komunikasi tidak
bergantung kepada kuantitinya. Sebaliknya, kualiti komunikasi bergantung kepada kemahiran
seseorang yang memiliki pemikiran secara kreatif dan kritis dalam memahami keperluan
konteks komunikasi tersebut. Kepentingan pemikiriran kritis dan kreatif juga dalam proses
komunikasi adalah mengelakkan kita melontarkan suatu perkara dengan terburu-buru.
Tindakan ini mendatangkan risiko kepada diri sendiri. Pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa “ terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa buruk padanya”. Hal ini bertepatan
apabila seseorang gagal menganalisis serta berfikir secara kritis dan membuat satu perkara
yang tidak betul. Ini merupakan hakikat yang tidak boleh dinafikan dalam proses komunikasi.
Apa sahaja yang diperkatakan tidak boleh ditarik balik setelah ia dilafazkan. Oleh itu, apabila
berkomunikasi, pemikiran secara kritis adalah perlu agar tidak menimbulkan keadaan yang
tidak selesa dalam proses komunikasi.
Kamarudin Husin (2003) menyatakan aktiviti berfikir dapat dijayakan melalui aktiviti
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Semasa berinteraksi, bahasa yang
digunakan perlulah bersesuaian dalam konteks dan situasi sosial yang bermakna. Cuba
bayangkan sekiranya seseorang itu berbahasa yang tidak teratur dan kurang jelas. Apakah
anda akan katakan, Semasa berinteraksi, proses berkomunikasi akan mewjudkan pertukaran
pandangan, pendapat, idea dan pemikiran secara bijaksana. Seseorang yang boleh
menggunakan bahasa dengan baik semasa berinteraksi, ia dapat melahirkan pemikiran dan
penggunaan bahasa yang tepat dan betul, mempengaruhi cara kita bercakap, berkebolehan
berhujah dengan menggunakan pendekatan pemikiran logik serta menggunakan gaya inotasi
yang pelbagai.

Kesimpulan
Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir dan
menggabungjalinkan dengan aspek komunikasi amatlah dituntut kerana ia bukan hanya
memudahkan manusia untuk berinteraksi, malahan mampu membantu menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Manusia sentiasa menghadapi pelbagai masalah harian dan
tidak lagi boleh hidup dalam keadaan yang seadanya. Justeru itu kemahiran berfikir amat
penting bagi meneruskan penghidupan dan dapat meningkat kualiti kehidupan harian.

Rujukan
Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Beng, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shukory dan
Zuraidah Zainol (2010). Modul Pemikiran Kritis dan Kreatif. Jitra, Kedah: Pure Honey.
Kamarudin Hj Husin. (2003). Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2005). Meningkatkan Daya Fikir. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai, Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Yusof Hassan. (2007). Teori Pendidikan Pemikiran Global. Tanjong Malim, Perak:
Penerbit UPSI.
Som Nor & Mohd Dahlan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif (KBKK). Petaling Jaya : Pearson Education

Anda mungkin juga menyukai