Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala


pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi
pelajaran. Rangsangan yang sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan
menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia,
jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan
kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.
Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan alat-alat bantu
pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan
media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak
memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Alat bantu pengajaran atau dalam
erti kata lainya ialah bahan bantu mengajar(BBM) begitu banyak memberi sumbangan
yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di
kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai
masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran
zaman (OmardinAshaari, 1999).
Dalam hal ini guru seharusnya kreatif dalam pengajaran supaya dapat
menark minat murid kepada pembelajaran. Peranan guru adalah penting dalam
mewujudkan kreativiti dalam sesuatu pengajaran. Hal ini bertepatan dengan maksud
kenyataan Leonard M.S (1996 m.s. 47) yang berbunyi kreativiti dalam kelas seharusnya
boleh memimpin murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam
pengajaran. Oleh itu, perolehan bahan bantu mengajar (BBM) oleh guru-guru hendaklah
menepati cita rasa murid-murid. Kreativiti guru itu sendiri sebenarnya dapat menghasilkan
suatu bahan bantu mengajar berkesan. Justeru, tidak kira mana-mana subjek yang diajar
oleh guru BBM sememagnya wajib ada dalam setiap slot pengajaran.
Pelbagai jenis dan bentuk BBM yang boleh dihasilkan oleh guru. Hal ini
bergantung kepada keperluan dan kesesuaian BBM yang direka mengikut tahap kognitif
murid, matapelajaran dan lain-lain.

1
2.0 LAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MENGENAI BAHAN BANTU
MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
Hasil menjalani PBS selama lima hari di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, saya dan
beberapa rakan saya telah melakukan pencarian maklumat berkenaan bahan bantu
mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan dan
pembelajaaran moral di sekolah berkenaan. bagi mempeolehi maklumat yang lebih
terperinci berkaitan dengan BBM moral, kami sepakat untuk meminta bantuan daripada
guru panitia pendidikan Moral di sekolah berkenaan. Guru tersebut dikenali sebagai En.
Mohd Nor. Hasil daripada temubual kami bersama En Mohd Nor, kami dapati bahawa di
sekolah berkenaan terdapat 4 orang sahaja guru yang mengajar subjek pendidikan Moral.
Diantara keempat-empat guru tersebut hanya seorang sahaja yang mempunyai Opsyen
pendidikan Moral. Di sekolah tersebut juga bilangan murid yang mengambil subjek Moral
adalah sedikit berbanding sekolah seperti SJKC dan SJKT. Tambahan pula, dalam
kumpulan murid Moral tersebut, terdapat beberapa murid dikategori sebagai LINUS,
pemulihan,dan yang cemerlang.

2.1 Jenis Jenis Bahan Bahan Bantu Mengajar


Berikut adalah jenis jenis bahan bantu mengajar yang pernah guru dalam subjek
moral. Antaranya adalah seperti bahan berbentuk multimedia atau TMK. Menurut
En. Mohd Nor, bahan multimedia atau TMK sememangnya perlu dijadikan
sebagai bahan BBM moral pada masa kini. Hal ini kerana ia adalah selari dengan
hasrat negara dalam mewujudkan pembelajaran abad 21. Namun demikian di
sekolah berkenaan guru amat jarang menjadikan bahan multimedia sebagai
bahan BBM moral. Selain TMK, penggunaan buku teks sebagai bahan bantu
mengajar adalah tidak pada sekolah itu. Di samping itu, tidak tercuali juga BBM
yang berbentuk kad tugasan, kad gulung, carta gambar dan lembaran antara BBM
yang digunakan semasa pengajaran moral.

2.2 Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar


Bagi bahan bantu mengajar berbentuk bahan TMK, guru sekolah tersebut
mendapati bahawa penggunaan BBM seperti itu kurang berkesan terhadap murid
moral di sekolah berkenaan. Hal ini kerana kekurangan murid dalam subjek
menjadi menjadi faktor guru di sekolah tersebut tidak mengunakan pendekatan
BBM seperti ini berbanding di sekolah yang mempunyai murid pendidikan moral
yang ramai ia dapat memudahkan pelaksanaan BBM yang berbentuk TMK.
Disebabkan kekangan bagi melaksanakan pembelajaran menggunakan bahan
multimedia, guru di sekolah tersebut mengambil pendekatan menggunakan BBM

2
yang berbentuk peta I-Think. Selain itu, guru tersebut mengatakan bahawa
kategori murid yang begitu lemah di sekolah berkenaan menyebabkan guru tidak
menggunakan pendekatan TMK sewaktu mengajar dan di tambah pula dengan
kekangan jadual yang padat di bilik TMK tersebut yang lebih mengutamakan
subjek-subjek teras untuk menggunakan bilik komputer tersebut.
Kebanyakan guru yang mengajar subjek moral ini agak berumur dan kurang
pakar dalam menggunakan pendekatan TMK dan lebih menjurus penggunaan
buku teks. Buku teks yang merangkumi semua topik yang perlu dipelajari
memudahkan guru untuk menghabiskan silibus dalam masa yang ditetapkan.
Tambahan pula pelaksanaan BBM buku teks menunjukkan keberkesanan
berbanding BBM berbentuk TMK. Hasil penelitian guru di sekolah tersebut
penggunaan BBM yang bergambar seperti kad gambar, carta dapat menarik
perhatian murid untuk menyertai pembelajaran. Murid kelihatan tertarik terhadap
pengajaran yang banyak menggunakan pendekatan visual.
Di samping itu, BBM yang berbentuk lembaran kerja berkesan terhadap murid
di sekolah itu. perbincangan soalan lembaran kerja diantara guru dengan murid
dapat menunjukkan majorit murid berjaya menyiapkan latihan dalam masa yang
ditetapkan dengan bantuan guru. Hal ini semua bahan sudah disediakan oleh
guru dan murid hanya perlu menjawab soalan di dalam kertas tersebut tanpa
menyalin soalan.

2.3 Jenis Kepakaran Dan Kekerapan Guru Menggunakan Bahan Multimedia


Sebagai Bahan Bantu Mengajar.
Guru di sekolah berkenaan lebih gemar menggunakan buku teks sebagai BBM
favourite mereka. Memandang guru kebanyakan guru moral di sekolah tersebut
bukan daripada opsyen Moral. Jadi, kepakaran guru dalam menggunakan bahan
berbentuk multimedia bagi subjek moral adalah berada pada tahap sederhana.
Kebanyakan guru tersebut mempunyai kemahiran menggunakan power point,
video dan aplikasi frog. Walaupun guru di sekolah ini mempunyai 3 kemahiran
dalam TMK, tetapi mereka masih belum menerokai secara mendalam terhadap
kemahiran itu untuk dijadikan medium mengajar subjek Moral.
Selain itu, penggunaan bahan multimedia sebagai bahan bantu mengajar
adalah jarang digunakan di sekolah tersebut. banyak kekangan yang
menyebabkan guru terpaksa menggunakan bahan bantu mengajar lain selain
yang berbentuk TMK. Tambahan pula, setelah diuji, tahap keberkesanan
penggunaan BBM seperti itu gagal mencapai objektif yang dinginkan. Guru diitu
juga berpendapat tidak semestinya murid itu tidak dapat menunjukkan prestasi

3
terbaik dalam subjek Moral meskipun guru tidak menggunakan bahan bantu
mengajar berbentuk multimedia.
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat banyak bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru di
sekolah ini dalam subjek pendidikan Moral. Namun begitu, kebanyakan guru moral di
sekolah kurang menggunakan BBM yang berbentuk multimedia kerana terdapat banyak
kekangan bagi melaksanakan pendekatan TMK. Tahap keberkesanan antara BBM yang
digunakan guru dalam subjek moral juga menunjukkan bahawa penggunaan BBM yang
berbentuk kad gambar menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi berbanding BBM
yang lain mana BBM yang berbentuk multimedia menunujukkan hasil yang kurang
berkesan terhadap pembelajaran murid-murid di sekolah itu.
Guru moral di sekolah ini juga menunjukan tahap kepakaran yang rendah dalam
menggunakan pendekatan TMK dalam pengajaran pembelajaran moral kerana guru
yang mengajara moral di sekolah tersebut tidak pakar dalam subjek berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai