Anda di halaman 1dari 6

DEFINISI ISLAMOFOBIA

Pada Pandangan Barat


Berdasarkan sorotan literatur, istilah Islamofobia ini telah mula digunakan di Perancis
oleh Etienne Dinet dan Slima Ben Ibrahim pada 1925 di dalam bukunya Acces De Delire
Islamophobe. Istilah Islamofobia ini walaubagaimanapun tidak popular dan ianya juga sama
sekali tidak menjadi isu pada waktu itu. Di Amerika, Islamofobia ini sebenarnya telah mula
digunakan pada 1991 melalui satu artikel di dalam majalah Insight, namun masyarakat
tidak ambil kisah dan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap fenomena Islamofobia ini.
Akhirnya istilah Islamofobia ini semakin popular dan mencapai kemuncak penggunaannya
selepas 11 September 2001 diikuti dengan pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 dan
pengeboman di London pada 7 Julai 2005.
Secara umumnya Islamofobia ini merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan
terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang
berkaitan dengan Islam. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamofobia bermakna suatu
permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau
kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka.
Pentakrifan yang hampir sama diberikan oleh Laporan Commission on British
Muslims and Islamofobia yang menyatakan bahawa ianya merujuk kepada dread or hatred
of Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslimsatau irrational fear of Islam or
anti-Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-Arab racism. Melalui pentakrifan
ini, dapatlah disimpulkan bahawa Islamofobia ini merujuk kepada persepsi negatif terhadap
Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan oleh ketakutan dan
kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam.
Pada Pandangan Islam
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti
agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar).
dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang
kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Al Baqarah: 120)
Berdasarkan perkara tersebut islam memberi definisi islamofobia sebagai ketakutan
manusia terhadap agama Islam sebagai pegangan hidup. Kenyataan ini disokong oleh
Sayid Ali Khamenei, 21 Januari 2015, menurut beliau islamofobia adalah propaganda yang
dilakukan oleh masyarakat di barat bertujuan untuk melaksanakan pemerintahan secara

diskriminasi terhadap manusia sama ada komunisme, sekularisme dan liberalisme.


Berdasarkan maksud ayat di atas ialah perancangan ini telah mereka lakukan sejak awal
lagi supaya manusia tidak berminat untuk menjadikan agama islam sebaga pegangan
hidup. Hal ini bertujuan untuk mengajak kita dalam sama-sama menganuti agama mereka.
Kesannya islam tidak akan berkembang dalam dunia manusia dan lenyap dari
pengetahuaan manusia.
Bentuk tafsiran Islamofobia Di Dunia Dan Malaysia
1.0 MEDIA
Peranan media dalam membentuk pendapat umum sememangnya tidak dapat
dinafikan. Media yang pro-barat dan sentiasa mengambil peluang untuk memberikan imej
yang buruk kepada Islam sudah pasti akan terus menyebarkan berita-berita yang
menggambarkan kenegatifan Islam. Misalnya penerbitan filem Fitna oleh ahli politik
Belanda bernama Geert Wilders yang kemudiannya disiarkan secara berleluasa
menyebabkan masyarakat umum mempunyai pandangan yang amat negatif terhadap Islam
khususnya al-Quran. Ini diikuti dengan liputan yang sangat berat seperti yang berlaku di
palestin, di mana pembunuhan yang dilakukan oleh tentera israel terhadap penduduknya
tanpa mengira usia sama ada kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua. Hal ini dijelaskan di
dalam media massa seperti keratan akhbar dibelakang ( Lampiran 1 ). Bahkan Perserikatan
Bangsa-Bangsa (PBB) tidak mampu berbuat apa-apa terhadap isu ini.
2.0 POLITIK
Dalam segi politik pentadbiran berlandaskan Islam seakan terabai sedangkan
pemerintahan berasaskan syariat islam adalah kaedah yang terbaik di dunia. Hal ini berlaku
di Malaysia dimana dalam melaksanakan pemerintahan Islam terbatas. Pada pandangan
kaum bukan islam di Malaysia bahawa pemerintahan islam tidak boleh dilaksanakan di
dalam negera kerana terdiri daripada pelbagai kaum. Keunggulan Rasulullah s.a.w. sebagai
pemerintah bukan sahaja diakui oleh masyarakat Islam, malah oleh pengkaji sejarah
daripada kalangan masyarakat bukan Islam (Jules Masserman, 1974 ). Beliau meyatakan
kemajuan yang telah dicapai oleh Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan dengan
adanya sebuah tamadun yang dibina atas dasar agama. Bahkan, pada masa itu,
masyarakat di ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum seperti Yahudi, Parsi dan lain-lain.
3.0 GAYA HIDUP
Di samping itu, pemakaian yang dipakai oleh masyarakat Islam dianggap sebagai
satu bentuk keterlampauan manusia terhadap agama. Sebagai contoh, wanita islam

memakai purdah dan berjubah, lelaki islam yang berjanggut panjang dan memakai celak
bagi lelaki ( Lampiran 2 ). Di Germen pula pendatang asing dari Turki dibunuh mengikut
kaum manakala perempuan yang memilih untuk memakai hijab dipandang serong dan
dibenci di French. Akhbar juga menyimpulkan mengenai pandangan tentang makna sosial
agama dan nilai-nilai di 13 negara Eropa dan negara lain ( Lampiran 3 ).Kesimpulan yang
saya ingin lakukan ialah berkaitan dengan masyarakat yahudi dengan islam ada sedikit
persamaan. Tetapi yahudi tidak pula dianggap sebagai pengganas di dalam dunia. Hal ini
menyebabkan pandangan masyarakat di dunia hanya memandang tentang keburukan islam
semata-mata.
4.0 SOSIAL
Dalam aspek pergaulan yang dilakukan oleh islam seakan-akan membatas
perhubungan manusia antara lelaki dan perempuan. Maka, kebanyakkan masyarakat di
eropah telah membuat suatu propa-ganda yang menyatakan islam menghalang hak asasi
manusia. Hal ini boleh kita lihat seperti berlaku di kawasan eropah seperti di ( Lampiran 4 ).

Punca-Punca Wujudnya Islamofobia Dalam Dunia

t
k
h
e
m
ia
n
u
d
p
g
b
lo
s
jy
r

Berdasarkan hujah saya yang pertama ialah agama islam dianggap sebagai agama
pengganas kerana wujudnya beberapa kumpulan militan yang menggunakan nama islam
untuk berperang. Tuduhan ini mula popular dan semakin mendapat tempat selepas
berlakunya peristiwa hitam 11 September 2001 apabila sekumpulan pemuda disyaki
beragama Islam merampas kapal terbang penumpang di Amerika Syarikat dan merempuh
bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York yang menyebabkan lebih 6,000 orang mati.
Selepas peristiwa tersebut, berlaku pula beberapa siri letupan bom di seluruh dunia
terhadap kepentingan Amerika yang juga disyaki dilakukan oleh beberapa kumpulan
pemuda Islam. Bermula daripada peristiwa-peristiwa tersebut, anggapan bahawa Islam
merupakan agama yang mengajar keganasan mula mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat bukan Islam seluruh dunia.
Selain itu, isu kumpulan militan Negara Islam (IS) yang dikecohkan baru-baru ini
sehingga merebk ke asia tenggara. Hal ini amat membimbangkan masyarakat di malaysia
kerana malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Berita yang dipaparkan di kaca televisyen
sekali lagi telah menyebabkan pandangan masyarakat bukan islam menjadi negatif. Justeru
itu, hal sebegini sewajarnya idak boleh dipaparkan. Selain itu, kesahihan maklumat yang
disampai oleh televesyion bukan tepat. Tetapi cuba kita lihat isu yang ditimbulkan oleh
masyarakat islam dilakukan seperti cuba untuk membakar rumah duta mesir pada waktu
tengah hari berkaitan dengan isu ini. hal ini menyebabkan satu tanggapan yang negatif
mereka tehadap islam, disamping orang yang baru sahaja memeluk agama islam akan

terasa tergugat. Maka perkara sebegini hendaklah kita jauhi seperti yang ditegaskan oleh
ulamak-ulamak atau mufti.
Hujah saya yang kedua ialah kurang ilmu pengetahuan dan pendedahan mengenai
islam. Hal ini merujuk kepada penyampaian maklumat yang kurang jelas atau langsung
tiada maklumat. Sebagai contoh pada zaman penyebaran islam yang dulu masyarkat, telah
ditempatkan seorang pendakwah bagi menyampaikan ajaran islam. Tetapi pada masa kini
wujud satu istilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan telah berlaku yang membawa erti
bahawa kemajuan teknologi dalam menyampaikan dakwah. Namun, denagn kemudahan
yang ada telah menyebabkan massyarakaat manusia alpa dalam mencari apakah yang
dikatakan islam bahkan melebihkan kemudahan itu kearah yang tidak berfaedah.
Selain itu, kebanyakkan masyarakat pada masa kini kurang dalam penghayatan
dalam mempelajaari agama. Sebagai contoh,masyarakat islam itu sendiri kurang untuk
menghadiri ceramah atau pengisian yang dijalankan, kesannya apabila masyarakat bukan
islam bertanya menyebabkan kepayahan menjawab soalan yang mereka ajurkan.
Islamofobia bukan wujud dalam kalangan oleh bukan islam bahkan orang islam sendiri
mengalami situasi yang sama. Sebagai contoh mudah seramai manakah masyarakat masa
kini memenuhi ruangan solat di masjid dan surau kerana mereka beranggapan bahawwa
solat berjemaah ini suatu bebanan. Hal ini merujuk kepada kita mudah panas apabila
dikaitkan dengan isu agama bahkan kita seharusnya meneguhkan asas islam dalam hati
kita supaya penyakit fobia itu boleh dibendng.
Hujah saya yang ketiga ialah masyarakat dunia hanya memandang
mengenai sejarah dan peristiwa yang berlaku sepanjang zaman kejatuhan
tamadun islam. Mereka berangggapn bahawa islam boleh mengalami
keruntuhan yang teruk walaupun mempunyai pemerintahan yang baik. Seperti
sebuah buku saya baca iaitu jatuhnya sebuah tamadun( sila rujuk lampiran
dibelakang. Peristiwa yang berlaku di dalam buku ini ialah Pemerintahan Islam
pernah menjadi kuasa besar yang mencorak lanskap pentadbiran dunia selama hampir 14
abad semenjak zaman Rasulullah SAW. Islam tersebar dengan agak pantas, menguasai
seluruh Jazirah Arab, seterusnya meluas ke Al-Syam (Jordan,Lubnan,Palestin & Syria),
Utara Afrika, Iraq, Parsi, Eropah dan juga Asia termasuklah Alam Melayu.
Kerajaan Uthmaniyyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila Kota
Constantinople telah ditakluk oleh Muhammad al-Fatih (1432-1481). Penaklukan kota ini
oleh umat Islam telah membawa erti sebuah kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak
yang menjadi seteru kepada Islam. Ia menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal
iaitu Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan Kristian. Empayar Rome Byzantine dan
Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar
Byzantine juga telah membuka ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di
Eropah, terutama Eropah Timur.

Kebangkitan Arab (Arab Revolt) yang berlaku pada tahun 1916, menyaksikan kerajaan
Uthmaniyyah kehilangan kawalan ke atas wilayahnya di negara Arab terutama di Jazirah
Arab (Saudi) . Ketika perjanjian pembahagian wilayah kepada kuasa-kuasa besar dilakukan
pada 30 Oktober 1918, sebahagian wilayah di Semenanjung Arab yang masih berada di
bawah Uthmaniyyah hanyalah Yaman, Asir, Mdinah, sebahagian kecil Syria dan sebahagian
kecil Iraq.
Perjanjian ini seakan-akan suatu paksaan ke atas Kerajaan Uthmaniyyah untuk
mengiktiraf satu perjanjian sulit yang dilakukan oleh United Kingdom, Perancis dan Rusia
pada tahun 1916, iaitu Perjanjian Sykes-picot. ia adalah perjanjian sulit untuk membahagibahagikan wilayah di bawah Uthmaniyyah kepada kuasa-kuasa tersebut, termasuklah
Palestin. Ia dibuat ketikamana Sir Mc Mohan, wakil British di Mesir menghubungi Sharif
Hussain di Mekah untuk menjayakan Arab Revolt, dengan menjanjikan wilayah pentadbiran
Jazirah Arab untuk beliau. Namun, sebaliknya berlaku kerana British terlibat dalam
perjanjian rahsia tersebut. hasilnya, selepas Arab Revolt, Sharif Hussain pula yang terpaksa
keluar dari negaranya ke Jordan.
Hujah saya yang keempat ialah islam adalah agama yang mefokuskan tentang ke
akhirat. Tanggapan ini adalah kerana wujudnya satu kumpulan yang dikenali sebagai
golongan tabilgh
Hujah saya yang keempat ialah budaya yang ditunjukkan oleh masyarakat islam.

Anda mungkin juga menyukai