Anda di halaman 1dari 19

Nilai –nilai murni dalam

pembentukan
kerohanian
Kepercayaan kepada Tuhan
• Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun Negara.
Antara ciri-ciri orang yang percaya kepada Tuhan ;
• Mempercayai Tuhan yang menciptakan alam ini.
• Mentaati segala perintah suruhan dan perintah larangan.
• Mempercayai adanya hari pembalasan.
Baik hati
• Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain
• secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak
tanduk orang lain.
Antara ciri-ciri orang yang baik hati adalah ;
• Belas kasihan
• Bertimbang rasa
• Murah hati
• Saling memahami
• Sedia memaafkan orang lain.
Bertanggungjawab
• Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas
serta
• kewajipan dengan sempurna.Ada beberapa ciri-ciri yang menunjukkan
• apakah kita termasuk orang yang bertanggung jawab ataukah tidak.
Antara
• ciri-ciri orang yang bertanggung jawab adalah :
• Memandang bahawa tidak ada orang yang terbebas dari kesalahan.
• Displin terhadap aturan.
• Berusaha menepati janji.
• Senantiasa bersedia meminta maaf.
• Bersedia menerima kritikan atas kesalahan yang dibuat.
• Berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Terima kasih
• Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan,
• penghargaan dan sumbangan yang diterima.Didalam Hadis riwayat Imam
• Tirmizi ada menyatakan:
“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia,
maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.”
• Islam mengajar manusia jalan untuk menjaga hubungan dengan Allah, begitu
• juga hubungan sesama manusia. Perkataan dan perbuatan yang diajar oleh
• Nabi S.A.W. , pasti membawa kebaikan di dunia dan akhirat.
Hemah tinggi
• Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang
patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan
ahli masyarakat yang lain.
Antara ciri-ciri berhemah tinggi adalah ;
• Bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi
• Bersikap bersedia mengakui kesalahan dan kelemahan diri sendiri
• Suka bergaul mesra dan tidak mementingkan diri sendiri.
Hormat menghormati
• Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan
memberi layanan yang bersopan.
Antara ciri-ciri hormat menghormati adalah ;
• Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan
• pangkat.
• Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada
• orang lain serta menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang
• lain.
Kasih sayang
• Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang
lahir daripada hati yang ikhlas.

Antara ciri-ciri kasih sayang ialah :


• Wujud penerimaaan dan penghormatan
• Wujud pengiktirafan dan sentiasa prihatin
• Wujud persefahaman dan permuafakatan
• Sentiasa memelihara perpaduan dan persaudaraan
Keadilan
• Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pengertiaan adil ialah

berpihak kepada yang benar dan yang hak, berpegang pada kebenaran. Secara ringkasnya, adil bermaksud menempatkan

sesuatu pada tempatnya. Apabila sesuatu itu tidak diletakkan pada tempatnya yang hak maka ia dikatakan sebagai zalim.
Antara ciri-ciri
• keadilan adalah ;
• Mempertimbangkan sesuatu secara objektif, menyeluruh dan wajar.
• Mengkaji, menyiasat dan meneliti sebelum keputusan diambil.
• Tidak memihak kepada keluarga dan kawan.
• Tidak buat keputusan terburu-buru.
• Mementingkan kebenaran.
• Tidak menyalahkan orang sebelum menyiasat.
• Tidak membuat diskriminasi kaum/jantina.
• Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam tindakan dan keputusan
sama
• ada dalam memberi ganjaran dan hukuman.
• Tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana menguntungkan.
• Menjatuhkan hukuman walaupun melibatkan keluarga.
• Berhati-hati ketika menjalankan hukuman.
• Bersikap berperikemanusiaan, adil dan tegas.
• Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.
• Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas
dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan
bencana.
Antara ciri-ciri keberanian adalah ;
• Nilai ini merangkumi berani dengan tidak membuta tuli.
• Berani kerana benar.
• Berani mempertahankan pendirian.
• Berani bertanggungjawab.
Kejujuran
• Kejujuran adalah berkaitan dengan bercakap benar, bersikap amanah dan
ikhlas dalam setiap perlakuan.
Antara ciri-ciri kejujuran ialah :
• Mempunyai sikap bertanggungjawab ketika menjalankan tugas.
• Menunaikan janji positif dan tegas.
• Menyimpan rahsia yang diamanahkan.
• Bercakap benar, jujur mengenai sesuatu perkara.
• Menjaga harta benda yang diamanahkan dengan baik.
• Menyampaikan berita yang diamanah dengan tepat.
Kerajinan
• Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan,
• Kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu
perkara.
• Sifat rajin berusaha itu perlu disemai pada setiap insan dari kecil lagi
agar sifat tersebut berkekelan sehingga dewasa.
Kesederhanaan
• Besikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
• Agama Islam menganjurkan agar umatnya sentiasa hidup sederhana
dalam semua tindakan, sikap dan amal.
• Islam adalah agama yang berteraskan nilai kesederhanaan yang tinggi.
• Kesederhanaan adalah satu ciri yang umum bagi Islam dan salah satu
• perwatakan utama yang membezakan dari umat yang lain.
Toleransi
• Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi
kesejahteraan hidup.
Berdikari
• Kebolehan untuk mengurus diri dan menjalankan tugas yang
diberikan.
• Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung
kepada orang lain.
• Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian bertanggungjawab,
berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri.
Berdisiplin
• Mengikut arahan guru dan peraturan yang ditetapkan serta boleh melengkapkan
tugas yang diberi.
• Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermaknakesanggupan
seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hakorang lain,
mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentinganorang lain.
Antara ciri-ciri orang yang berdisiplin adalah ;
• Bersikap realistik.
• Sentiasa berfokus atau terarah.
• Melakukan secara berterusan.
• Kreatif dan berinisiatif;

Anda mungkin juga menyukai